Tuesday, May 11, 2010

MUNCUL kembali (731)

Leka boleh menyumbang petaka

SELAIN dari kena jangan alpa dan leka, jangan merasa tidak pernah kuat serta sentiasa berusaha meperkukuhkan kedudukan, Umno sebagai parti yang mendominasi Barisan Nasional (BN) kena bersedia untuk menerima teguran dan kritikan demi kemantapan parti itu.

Umno kena mmasyarakat dan menghak-milikkan parti itu kepada majoriti rakyat negara ini ddi samping kena dibersihkan dari karat-karat persepsi bahawa Umno adalah kepunyaan barisan kepimpinannya sahaja manakala para penyokong atau ahli biasa tidak ada sebarang guna, terutama pada luar edah pilihan raya.

Dengan kata lain kepimpinan Umno kena mengambil sikap merendah diri kepada para penyokong dan ahli biasa. Jangan sekali-kali berlagak sombong dengan menggalakan atau menganggap 'toidak heran' denngan penghijrahan keluar wakil rakyat, pimpinan dan ahli.

Sebaliknya segala usaha kena dibuat bagi menghadang sindrom lompat parti kerana ianya akan memberi kesan negatif dari sudut persepsi umum dan reputasi parti. Hakikat dan hakikinya parti yang benar-benar kuat dan hebat bilangan ahli dan sokongannya akan sentiasa meningkat.

Sehubungan dengan itu saya sangat bersetuju dengan amanat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri bahawa Umno tidak boleh leka, sebaliknya barisan kepimpinan kena memastikan Umno dipahat dan ditintakan di hati rakyat, Umno kena dibina sebagai sebuah entiti yang berpaksikan kepentingan rakyat.

Umno yang merupakan sebuah parti politik yang sudah matang dan berpengalaman pada usia 64 tahun sekarang kena menjadi sebuah parti politik kesayangan majoriti rakyat kalau pun bukan kesayangan semua rakyat negara ini, bukannya menjadi sebuah parti yang diangap rakyat hanya memperjuangkan kepentingan sahaja.

Jika Umno dan pimpinannya leka dan gagal membina Umno sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat, parti itu akan berdepan dengan petaka kehilangan sokongan, malah akan berdepan dengan sindrom dan wabak lompat parti sebagaimana yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tempiasnya turut terpercik kepada Pas.

Sebaliknya jika Umno berjaya dibina sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat, maka segala strategi, rangka dan kerangka parti pembangkang, termasuk maki hamun, fitnah dan persepsi busuk lagi membusukkan parti pembangkang melalui ceramah-ceramah politik, blog dan media cetak serta elektronik berhaluan kiri untuk rosakkan reputasi Umno pada mata rakyat jelata akan menjadi umpama anjing menyalak bukit, paling tidak pun untuk tujuh generasi akan datang,

1 comment:

Pemain Politik Veteren said...

Umno akan semakin kukuh dan mantap. Saya setuju hasrat pembangkang bagi hancurkan Umno dan BN tidak ubah seperti anjing salak buki sahaja.

Umno kena terus kerja keras untuk mendominasi komponen parti pemeintah dan jangan terikut-ikut dengan provokasi pembangkang.

Biarkan pembangkang memnbina impian dan angan-angan, Umno kena kurang bercakap tetapi kena banyak bekerja.