Thursday, May 13, 2010

MUNCUL KEMBALI (733) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EAAN

Kelantan dilanda kepanasan melampau

SAYA terkejut bila rakan dari KL yang sedang bercakap dengan saya melalui telefon memaklumkan hujan sedang turun dengan lebat dan menjadi punca suaranya kurang jelas. Katanya hujan turun di KL hampir setiap hari.

Dia pula terkejut bila diberitahu di Kelantan, terutama di Kota Bharu tidak hujan, malah Kelantan sedang mengalami kepanasan melampau. Parit taliair dan alur kering, sesetengahnya sampai merekah.

Di samping itu bekalan air paip di rumah saya terganggu, malah jarang benar masanya keluar air manakala di sesetengah kawasan dikatakan paip hanya keluar angin. Ianya berlaku barangkali kerana berpunca dari kepanasan melampau.

Kebanyakan orang Kelantan tidak minum air yang sumbernya dari air paip di rumah masing-masing kerana ianya berkeladak. Masing-masing terpaksa membeli air botol untuk minum dan digunakan untuk memasak.

Air paip dan bil air dibayar sekadar untuk basuh berak dan kencing, mandi dan mencuci pakaian. Kalau pakaian berwarna putih boleh menjadi kekuning-kuningan dibuatnya.

Untuk satu keluarga yang mengandungi lima anggota, sekurang-kurangnya sebotol besar air berharga RM5 diperlukan setiap hari, bersamaan dengan 30 botol sebulan yang bernilai RM150.

Kipas di rumah pula terpaksa berputar 24 jam, kalau tak dipasang kipas alamat tidak boleh duduk, panas dan bermandi peluh dibuatnya. Tidur malam pun kena berkipas. Padahnya bil elektrik melonjak.

Badan pula mengalami ruam dan gatal-gatal kerana badan mudah berpeluh oleh cuaca panas, ada yang kata antaranya kerana mandi dengan punca air yang kurang bersih, berkeladak.

Kawan saya kata kenapa tak diadakan sembahyang sunat Istisqa', minta turun hujan. Dulu khabarnya bila diadakan sembahyang sunat Istisqa', ketika Dato' Haji Nik Aziz tengah berdoa, hujan dah pun turun.

Saya tak berani nak komen. Cuma saya agak bahawa kepanasan melampau yang melanda Kelantan sekarang bertujuan untuk selamatkan akidah orang Pas kerana kebanyakan mereka percaya kerana doa Dato' Nik Aziz, maka hujan pun turun.

Masing-masing lupa bahawa MENKERANAKAN selain dari kerana Allah boleh rosakkan akidah. Mempercayai bahawa hujan turun kerana doa Dato' Nik Aziz boleh menyebabkan punah akidah.

Hakikat dan hakikinya hujan atau tidak, panas atau sejuk ditentukan oleh Allah dan tidak ada kuasa boleh MENGKERANA dan DIKERANAKAN selain dari KERANA ALLAH.

Keupayaan manusia hanya berdoa meminta dari Allah dan berusaha, termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan meningkakan kemudahan asas bagi maksud pembekalan air dengan niat mahu memastikan pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Saya terperanjat bila kawan dari KL kata kalau apa yang saya katakan tentang apa yang sedang berlaku di Kelantan sekarang benar, bermakna tidak ada keberkatan untuk Kelantan, malah tidak mustahil apa yang sedang belaku adalah kifarah terhadap rakyat Kelantan yang semacam MEMBERHALAKAN sesama manusia.

Saya tidak berani ulas lanjut, sebaliknya saya buka untuk perbahasan para penjenguk secara rasional dan profesional yang saya yakin para penjenguk lebih berilmu dan lebih bermaklumat dari saya serta lebih rasional dan lebih profesional dari saya dalam hal hukum hakam.

28 comments:

Anonymous said...

saya juga diberitahu oleh seorang kawan yg berkursus di Terengganu mengatakan di sana pun hujan jugak petang2..

Anonymous said...

ambo raso nanti hujan mari...tok guru pun berdoalah...lepastu hebohlah puak-puak PAS kata doa tok guru makbul....
doa tok guru loni tok serupo mulo...
nok buat guano mugo buleh bersaing dengan syaitan...buleh kata hudoh ko orang...

Pak Haji 5 Kali Tanpa Tajaan said...

Kerana dosa mulut celupar, cepelag, agas, sombong, bongkak, takbur dan rasa alim dari segala yang alim, kemarahan dari langit yang menyebabkan Kelantan panas melampau terpaksa ditaggung oleh rakyat elata, bayar air papi untuk basuh berak dan kencing jah, nak minum tak tergamak, kena beli air mineral yang dibetulkan.

Khabarnya orang sekitar Panji Kota Bharu nak berjimak pun takut, tak ada air nak mandi junud. Tok berdos ko kerajaan yang menebabkan rasa tanggung susahdan sengsara macam sekarang ko lloni. Acu try bilik buka kitab teh. Jangan dok ggaduh suru sbar dengan ujian kerana manusia disuruh ikhtiar.

Unknown said...

Kpd penjengut2 blog ini,saya minta
menganalisa sesuatu, buatlah secara berpatutan, kalau nak kira dr segi bala tuhan, para rasul2 dan nabi2 dan ulama2 lebeh teruk ujian dari pada kita yg jahil ini,harap buka kitab2 agama yg muktabar.dari segi sains minta lah
ahli2 sains menghuraikan secara saintifik .orang2 yg jahil saja
dari kedua belah pihak yg mentafsi
r fenomena alam ikut rasa utk buat
modal balahsama sendiri...

Anonymous said...

orang PAS rela berbalah sesama sendiri asalkan niat boleh perintah negara, biarlah berbaik dengan orang kafir pun tak apa...sanggup menggadai nama Allah asalkan orang kafir menyokong PAS...PAS untuk semualah katakan...
Nizar sanggup menghina orang Melayu dihadapan orang cina...sanggup membuat fitnah dan mengapi-apikan bangsa lain membenci melayu dengan mengatakan 'najib nak basahkan keris ini dengan darah cina'...
keris lambang kemelayuan....
nizar hina orang melayu dengan mengatakan 'keris ini sudah karat'....maknanya apa tu....
ingatlah...
agama kita nobatkan,
bangsa juga kita harus pejuangkan...
bukankah malaysia ini tanah tumpah darah kita...
kalau orang kafir memerintah...bolehkah kita membuat ibadat dengan bebas...mendirikan masjid dengan bebas...azan dengan bebas...membuat kegiatan ekonomi dengan bebas...
lihat di selangor walaupun orang islam memerintah tapi sekelilingnya orang cina belaka...bolehkah pejuangkan syiar islam...nak selesaikan isu arak pun gaduh...sebaliknya babi pula dibesarkan...
di kedah...isu babi pun hangat jugak...sampai DAP nak keluar dari pakatan...PAS terpaksa mengalah...
janganlah asyik berbangga nak tinggikan syiar islam tapi bila dah perintah...senyap....
pas loni tok serupa mulo....

Anonymous said...

sesama sendiri maksudnya sesama bangsa dan agama.

Anonymous said...

Seperti di Hulu Selangor, melayu2 UMNO bertungkus lumus siang-malam "berjuang" memenang Kamalanathan MIC, hindu, sahabat karib UMNO tu... supaya Zaid, melayu PKR kalah... maka BERDAKAPANlah melayu UMNO dengan pemimpin hindu itu...... kerana kalahnya suara Melayu anti-ISA, menangnya suara hindu MIC diParlimen..... hehehe...

Hebat betul perjuangan "untuk melayu" bagi UMNO kini ...... kakakaka..

"UMNO saja penyelamat Melayu/Islam?" ...kurafatnya ideologi UMNO bila pinggirkan Allah....

Anonymous said...

PAS pun apa kurangnya bertungkus lumus untuk calon cina DAP di Sibu...
PAS tak serupa mulo...
kita tengok hasilnya...adakah menang DAP yang didakap oleh PAS...
mendakap DAP serupa dengan mendakap syaitan laknatullah...tetapi dihalalkan oleh tok guru....he he he

Anonymous said...

tapi hok kita hairan takdak air pun dia tok gege...senyak tipah...
kena beli pun belilah...nok wak guano muga fenomena alam....
kalu orang UMNO perintah dia kata balo doh...

Anonymous said...

Nak mintak puak-puak PAS (Puak Ahli Syurga) tolong jawab isu yang ditimbulkan di bawah ni .....


" Kalu DAP menang di Sibu ni , pendokong PAS yang bermati-matian berkerja untuk kemenangan tersebut ada jaminan boleh masuk syurga ko dalam keadaan pemimpin DAP jelas dan nyata tolak negara Islam ( kata Karpal Singh) dan pemimpin utamanya pulaberkeras mempertahankan negara sekular ( kata Kit Siang).
Harap pemimpin Dewan Ulamak PAS / tok lebai PAS boleh beri fatwa berkaitan perkara tersebut. Betapa suka yang amat para pejuang dan pekerja PAS ( yang berjuang untuk menegakkan negara Islam) di Sibu kalau dapat tambahan pahala kerana memastikan DAP yang menolak negara Islam itu menang dalam pilihanraya tersebut. ha..ha..ha..

Anonymous said...

JOLO LAH TU MELI

JUDI HALAL LAGU MANA?

BASO POK KO ANGGUK

Anonymous said...

Maso mahathir nak mari kelate pada 1998, panas terik..ore pas kata tuhe turun bala sebab mahathir nk mari kelate. Sehari lepas mahathir mari, ujan turun, ore pas kata tuhe turunkan huje sebab nk basuh dosa hok mahathir bawa.. kkeno alik dio sokmo.

Anonymous said...

Kalu judi ore tu halalkan.. guano pulok dengan lesen jual arak di kelate yg di halalkan.. dop supo ko?

Kalu kata ore melayu ada main judi bola.. guano pulok dengan ore melayu hok kena igat sebab dok beriba GRO ngan togok arak hok kena igat di MDT..

wakakaka.. supo dop?

Anonymous said...

Pas loni tok serupo mulo...
mungkin sikit lagi orang bukan islam akan jadi calon PAS...kerana sayap PAS yang dinamakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan dilancarkan 23 mei ini di Perak.
Penyokong PAS dok bergege dengan nok melaksanakan hukum Islam sedangkan puak-puak bukan Islam ni sokong Islam ko??....
kalu de barang molek bercampur dengan tok molek...barang sudah tentu jadi tok molek....
tentunya PAS bukan parti Islam....

Nok ghoyat :
YB Wangsa Maju (Wee Chong Keong) keluar doh dari PKR dan jadi bebas...PAS bila lagi nak membebaskan diri dari PKR?

Tok rok doh weh...muga pah sorang...sorang...tubik...ko guano???

Anonymous said...

hoh, kalu lagu tu gak biar belako. judi halal, arak halal, gro halal, halal belako...

mapuh
otak dok kaki
dok eret sentimen jah

Anonymous said...

air oh air...
mujor jugak aku ada telaga...
boleh gali dan gali...
kalu tidak anak bini aku...
tokleh nok ambil air sembahyang, tok leh nok mmasak,
tok leh nok bersuci....
Syukurlah...
pada Allah kerana masih lagi menyayangi hambanya,
membuat telaga berair...
kalu tok berair gak...
tak ada arah nok wak guano...
nok harap air kerajaan negeri...
tok berapa lalu...
bau klorin, air karat dan kadang-kadang tubik angin saja...

bozae said...

aik...tajuk kemarau di kelate tapi gano yang buleh mari nok ngato ko ore PAS ni? pelek..pok2 mu ni hidup la dok ngato mu aku. supo jah dua dua. bak kato ore putih it take two to tango

Anonymous said...

Salam Abe Li.

Saya baca posting abe li acap kali juga tapi tidaklah selalu maklumlah sibuk dengan urusan dunia. Untuk pengetahuan abe li saya anak kelate duduk KL. Saya suka baca blog ore kelate punya.

Betul di KL selalu hujan terutama belah petang kadang2 bawa ke malam.
Saya tak pandailah nak ulas pasal berkat, memberhalakan tok guru dan sebagainya sebab saya bukannya tok wali. Tok wali lain, ore yang rapat dengan Allah dan langsung tak peduli hal2 dunia.

Apa yang saya faham, semua yang terjadi atas dunia ni semua atas pengetahuan Allah hattan luruh bergerak satu debu dijalanan KERANA ALLAH Maha Mengetahui dan setiap yang berlaku boleh dijelaskan (bersebab musabab) terutama dari segi sains dan teknologi. Selain itu juga boleh ditafsirkan daripada pelbagai ilmu Allah.

Berkaitan dengan hujan di KL dari segi sainsnya mudah dihuraikan. Hujan terjadi apabila apabila banyak pemeluwapan gas-gas panas naik ke udara dan membentuk wap-wap air. Wap-wap air kemudiannya pecah lalu terjadilah hujan.

Kenapa KL? KL merupakan pusat tumpuan manusia. Disinilah terbangunnya pelbagai prasarana yang kesemuanya mengeluarkan gas-gas hatta daripada badan seorang manusia. Dan bila diselidiki hujan di KL juga mengandungi asid-asid yang terkumpul daripada pelbagai aktiviti manusia.

Soalnya, ramai daripada orang terutama Melayu tidak memiliki ilmu dan kalau memiliki ilmu pun hanya untuk menduduki jawatan. Tidak ramai menjelaskan sesuatu perihal berdasarkan ilmu walaupun mereka tahu. Sebab paling utama ialah masyarakat yang lebih suka kepada mitos dan dongeng. Kalau nak hurai lagi panjanglah ceritanya.

Bagi saya, peranan penulis ialah memecahkan minda mitos dan dongeng itu. Bagi saya juga dalam setiap ceramah tok guru beliau cuba memecahkan minda negatif ini dan ramai yang faham. Masalah yang tidak faham ialah orang yang anti tok guru. Apa yang tok guru kata semua di 'heh'nya. Tok guru pun sedar dia tidak maksum seperti nabi. Jadi kita perlu buka minda dan ilmu bantu bila mendengar sesuatu majlis ilmu tanpa membenci siapa yang bercakap dalam majlis itu.

Masalahnya juga berlaku dalam pimpinan pas terutama anak-anak muda yang masih belum matang dan hanya tahu bercakap 'perjuangan'.
Sebagai orang lama apa kata kalau kita sama-sama membuka minda orang lain kerana 'iqra' yang tuhan suruh. Tanpa 'iqra'tetap mundur. Niat yang betul menghasilkan natijah yang baik. Bukan kerana manusia tetapi KERANA ALLAH.

Anonymous said...

Guano sampai kerja di KL, kerja kat Kelantan takdok ko?

Hujan di KL fenomena alam, hujan di kelantan tok gitu pulak?

Bukankah KL dan Kelantan adalah bumi Allah...

Bingung kawe pendapat demo ni....

Ternyata mengKERANAnya yang dinyatakan oleh MELI adalah betul...dan ada dikalangan manusia ini...
Bukan mitos atau legenda...

Abdul Rahman Albotoki Allichini Wal Gherlinnin said...

Weh meli masa aku tulis komen ini hujan sedang turun. Oleh itu marilah kita ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana memerintah malaikat yang menjaga hujanNYA menurunkan hujan. Oleh itu mari lah kita gi makan Sup Pungg**ng besar depan masjid Kg Sireh.

Anonymous said...

abe anon 16 may:

dale subjek geografi ado oyak...malaysia ado 2 monsun besar...monsun timur laut dan monsun barat daya....

MTL sokmonyo berlaku pado oct-april dan MBD berlaku mei-oct. Setiap monsun aka bawo huje dan area disebaliknya kan mengalami cuaco panah... huje akan turun skali skalo..

kalu ikut lojik alam... kelate/ganu/pehe/mersing ake mengalami cuaco panah...kebetule kelate terletok di utara panta timur..cuaconyo banyok dopengaruhi oleh LCS dan Teluk Siam.

keno pulok loni..air laut pase kecik...kalu surut, surut habis...bilo keadaan gini, tiupan angin akan lemoh bole jadi tadok lasung. oleh yg demikian, awan2 yg mengandungi air banyok tok sapa di kelate.

sbb itu keno mitok doa... manusio keno mitok doa... kalu main duk kato doa dio ni gitu gini..huje mari ko? kebetulan tok guru buat solat panggil huje..huje turun... mmg itu kerja tuhe tp tuhe suruh kito berdoa..

nok buat guano..time tu nik aziz hok ketuai solat tu buke dolloh samah tok gundu pondok geting.

Anonymous said...

Allah yang menurunkan hujan bukan sebab manusia itu dan ini menyebabkan Allah turunkan hujan.
Manusia hanya berdoa....yang memakbulkan hanyalah Allah....

bukan sebab orang itu dan ini yang berdoa barulah hujan turun.....
Kalau manusia berkuasa sungguh...
doalah supaya kemarau dimusim tengkujuh....

Aku percaya kuasa Allah...
tapi tak percaya kuasa manusia.

Jangan anggap Allah sebagai suruhan manusia...
suruh hujan dia bagi hujan, suruh kemarau dia bagi kemarau...suruh buncit perut dia bagi buncit perut......

nauzubillah himinza liq...

Allah tuhan yang kita sembah...janganlah sekutukannya.

Anonymous said...

Allah yang menurunkan hujan bukan sebab manusia itu dan ini menyebabkan Allah turunkan hujan.
Manusia hanya mampu berdoa....yang memakbulkan hanyalah Allah....

bukan sebab orang itu dan ini yang berdoa barulah hujan turun.....
Kalau manusia berkuasa sungguh...
doalah supaya kemarau dimusim tengkujuh....

Aku percaya kuasa Allah...
tapi tak percaya kuasa manusia.

Jangan anggap Allah sebagai suruhan manusia...
suruh hujan dia bagi hujan, suruh kemarau dia bagi kemarau...suruh buncit perut dia bagi buncit perut......

nauzubillah himinza liq...

Allah tuhan yang kita sembah...janganlah sekutukannya.

Anonymous said...

Hudud - PAS
Sekular - DAP
PKR - Liberal

Gabungan PAS + DAP + PKR = Negara Islam

Anonymous said...

Gabungan PAS + DAP + PKR = Negara Islam macam pulau pinang, selangor dan kedah?????

john said...

kesimpulan komen utk posting kali ni..

"Gabungan PAS + DAP + PKR = Negara Islam macam pulau pinang, selangor dan kedah?????" = UMNO-APCO habis modal....huhuhu.

Anonymous said...

mari belajar PPSMI=anakjajahbritish=umno=apco= zionisme?

Nota: Korea, Jepun, Cina ... maju.. tak pakai PPSMI pun..

....................
dullu kala UMNO + MCA + MCA = Perikatan, kapal layar ..... hasilnya dapat "Perlembagaan Lord Reid".. akhirnya kongsi lah Tanah Melayu dengan para pendatang bawaan British....

kemudian 1965, UMNO/Perikatan... serah Pulau Singapura (Temasik) kepada PAP... melayu putih mata...

lepas 13Mei69, UMNO cari kekuatan baru Perikatan + Gerakan + PAS + PPP + dll = BN... UMNO berkuasa penuh semula melalui BN.... 1979 tendang PAS macam anjing kurap... ISA alat berbisa DEMOKRASI SEKULAR UMNO...

DEB, Dasar Pelajaran Kebangsaan, dll tak sampai sasaran.. kerana KORUPSI.. pemimpin2 UMNO/BN kaya raya & bermewahan melalui "manipulasi kuasa rakyat" ...

Rakyat ingin keluar dari "tempurung cengkaman autokratik UMNO/BN". Mereka dah mula buka mata & mulut, pasang telinga & ubah minda serta "bertindak halus" ... dipeti undi.. melepasi onak ISA, ugut-pujuk, guridam lama UMNO, .... "REVOLUSI SENYAP" sejak 1990 berjalan lancar ... menuju sasaran..

cuma KEBONGKAKAN KEPUAKAN ASSOBIYYAH UMNO/BN saja.. tak ingin hormati suara DEMOKRASI, KEBENARAN & KEaDILAN serta HAK RAKYAT ... masih melabel para penentang draconiannya sebagai "PENJAHAT/PENGKHIANAT NEGARA" untuk justifikasi mudah diburu, tindas, dizalimi, dipenjara, didera, ....

Wahai puak2 mustakbirin UMNO & BN ... mu tunggulah sehingga Allah tukarkan kuasa ini kepada mereka2 yang telah mu ZALIMI/ANIANYAI selama ini... doa puak2 MUSTADHAIFIN akan dimaqbulkan juga akhirnya ... InsyaAllah....

Joe Miang said...

...kita buat formula metamatik pula.. PAS=ISLAM..DAP=PAS.. DAP=ISLAM...???

FATWA PAS tahun 70'an :
...UMNO+MCA+MIC = KAFIR

FATWA PAS tahun 2008 :
...PAS+DAP+PKR = ISLAM

...kontrator sumbang wang kepada UMNO adalah RASUAH..

...kontraktor sumbang wang kepada PAS adalah derma jihad..