Tuesday, May 18, 2010

MUNCUL KEMBALI (735)

TunBoldai janji walaupun kalah adalah langkah terbijak dan bukti keluhuran perjuangan

WALAUPUN kalah dengan majoriti 398 undi kepada DAP yang menerima sokongan kuat PKR dan Pas, namun segala janji semasa kempen tetap akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Sibu sebagaimana yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin adalah satu langkah terbijak dan terbukti BN luhur dalam perjuangannya.


Keluhuran itu mungkin tidak dapat dilihat dan dinilai dalam tempoh terdekat oleh sesetengah rakyat, sebaliknya ia akan memakan masa yang agak lama sebagaimana bila ditanam pokok buah-buahan, ianya tdak akan ters berbuah tetapi memerlukan penjagaan yang rapi dan akan memakan masa yang agak panjang untuk boleh dinikmati hasilnya.

Kalah atau menang adalah adat dalam setiap perlawanan, malah ianya adalah suatu ketentuan dan takdir yang tidak mampu diubah-pinda. Manusia hanya mampu berusaha dan hasil kepada usaha itu sama ada akan mengembirakan atau pun mendukacitkan bukan kuasa manusia untuk tentukannya. Meratapi, berdukacita atau berputus asa dan hilang semangat untuk terus bangkit dari kejatuhan adalah sikap keji dan terlarang.

Yang pasti pihak yang menang atau kalah sama-sama diuji-Nya. Pihak yang menang bukan bermakna nasibnya baik manakala pihak yang kalah bukan bermakna nasibnya malang, menang bukan bermakna kuat dan hebat, kalah bukan bermakna lemah dan segala harapan sudah punah ranah. Sesungguhnya sebagaimana pihak yang menang mencapai kemenangan ada hikmahnya, maka di sebalik kekalahan juga ada hikmahnya.

Justeru pihak yang terlibat dalam pertandingan kena reda dengan keputusan yang telah ditakdirkan, yang kalah kena terima hakikat diuji manakala pihak yang menang juga jangan lupa bahawa ia juga diuji, apakah janji-janji yang dibuat akan dan mampu ditepati. Janji wakil rakyat yang diberi mandat atas nama pembangkang atau kerajaan, kualiti perkhdamatannya akan diperhati dan dinilai oleh pengundi.

Walaupun BN kalah, namun seramai 18,447 pengundi telah memberi undi kepada BN di Sibu. Setidak-tidaknya pemberi undi kepada BN itu perlu dihargai dengan melaksanakan janji yang diberi sepanjang tempoh berkempen atau janji-janji pada pilihan-pilihanraya lepas yang belum ditunaikan tanpa menidakkan hak 18,845 pengundi yang memberi undi kepada DAP dan kalangan yang tidak keluar mengundi, termasuk penduduk Sibu yang belum layak mendaftar sebagai pengundi.

Kerajaan BN tidak boleh melihat bakti dan khidmat kepada rakyat dalam konteks yang sempit dan jumud seperti pihak pembangkang kerana BN menerima mandat bagi memerinah negara ini dan setiap rakyat yang memberi mandat kepada BN atau yang berpihak kepada pembangkang kerana terbuai oleh plbagai kemanisan janji yang secara lojiknya mustahil akan menjadi realtiti, kena diberi nikmat yang sama rata.

Soal wujudnya tradisi ada anjing atau kucing yang sanggup menggigit tangan orang yang memberi mereka makan tidak patut timbul kerana tahap ilmu dan keprofesionalan tahap pemikiran dan penilaian rakyat terhadap kualiti BN sebagai sebuah kerajaan akan pelbagai-bagai bentuknya dan BN harus menerima hakikat dan hakiki itu dengan penuh profesional.

Tugas BN sebagai kerajaan adalah menyempurnakan dengan semaksima mungkin tugas kekerajaanan untuk dinikmati dan dinilai oleh rakyat yang akan nantinya akan membuat rumusan sama ada mereka perlu terus memberi mandat atau sebaliknya. Kalau sebagai kerajaan BN terus meningkatkan kualiti sebagai sebuah kerajaan, maka segala tagedi dan ceramah pembangkang bagi menumbangkan kerajaan akan menjadi tidak ubah seperti anjing menyalak bukit yang mana bukit tidak mungkin runtuh kerana tetapi anjinglah yang akan mengalami sakit tekak sudahnya.

16 comments:

Anonymous said...

Setiap JANJI yang dibuat harus DITUNAIKAN. Bukankah dalam Islam salah satu sifat orang MUNAFIK ialah orang yang TIDAK MENUNAIKAN JANJI.
Jangan mengharapkan budi yang ditaburkan DIBALAS tapi anggaplah budi yang diberikan adalah satu TANGGUNGJAWAB IKHLAS.
Sama ada orang hendak membalas budi atau tidak bergantung kepada diri seseorang itu.
Biarlah kita banyak BERBUDI daripada kita banyak MENCACI...
kerana suatu KETIKA nanti orang akan MENGENANG JASA kita kalau kita BANYAK BERBAKTI.
Sudah menjadi LUMRAH DUNIAWI, orang yang banyak berbakti tidak dikenang ketika HIDUP ini tapi dikenang apabila kita MATI...

Anonymous said...

Baguuuuuusnya & Ikhlaaaaaaasnya .... pemimpin2 UMNO........

Kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.....
"UMNO-Royalti dirampas, Subsidi dibatas"

Dagang lalu ditanakkan, suami pulang kelaparan.....
"UMNO- APCO ditantang, ULAMAK ditentang"

UMNO perjuang "Melayu & Tanah air" sampai negeri tergadai/terjual.. Pulau Singapura, Pulau Kuala Perlis, Batu Putih, Kawasan minyak Blok L & M, .... madey, dollah, najib senyum simpol tiada ingin cabar, dari dulu melayu umno sokong saje .... Kalau sibuk hangat pun.. bila musim pemilihan ketua bahagian/ perhimpunan UMNO... itu dilena dengan majlis berpantun, lawak jenaka, gurau senda & mengampu saja..... tak sempat nak fikir tentang agama, bangsa & negara ... ahli2 UMNO yang datang pun itu ramai yang nak cari habuan & hiburan saja... melalui AMALAN POLITIK WANG & RASUAH UMNO... hehhehe...

"UMNO-Aktiviti Masjid dibatas, Aktiviti Maksiat, Judi dibebaskan"

PRU13 semakin hampir...
Tinggalkanlah UMNO dengan "labu2 korupsi"nya itu..... ramai2 kita dokong PAS, PKR,.... POLITIK BARU, HARAPAN BARU...

Anonymous said...

Kalau sebagai kerajaan BN terus meningkatkan kualiti sebagai sebuah kerajaan....

Itulah harapan rakyat tapi realitinya apa BN buat?

Anonymous said...

Yang Kerajaan PAS buat apa ? Tengok wakil Rakyat PAS di Kelantan berapa banyak sorang memilikinya. Dok kaya ke harta jah. Sedangkan sahabat-sahabat hidup dalam sederhana dan mati tidak berharta sedangkan asalnya ada harta. Wakil Rakyat PAS pulak lain. Lepas jadi wakil Rakyat aje harta menjadi buruan utama. Anda lihat sendiri kecenderungan Wakil Rakyat PAS kini. Tak payah tanya soalan tapi anda sendiri yang jawab soalan yang timbul dalam kepala anda.

Anonymous said...

Mari ramai-ramai pakat sokong kerajaan Islam yang diterajui oleh PAS,DAP dan PKR.di Pulau Pinang kita ada Al-Ustaz Lim Guan Eng. Umat Islam dijaga. Peniaga Islam dibantu. Sebab itu orang Islam di P.Pinang selamat. Tunjuk perasaan takde. Ekonomi berkembang. Dakwah juga berkembang. Selamat dunia akhirat sebab Khalifah Umar Abdul Aziz jadi rujukan utama Ustaz Lim Guan Eng.

john said...

Nok tanyo..nok tanyo...

1.gertok manek urai rm7juto buleh guno doh deh?..

2.seleso la ambo naik gertok Sultan Yahyo lo ni hok tamboh jadi 4 lorong tuh. luas litar, tok jem doh k.bharu-p.pekan lo ni. Syukurlah ho projek umno-apco tahun 2006, 2007 siap doh!..tuu baru dio..

hidup umno-apco..projek dijanjikan,kroni dutamakan!

chegarMD said...

Saya berasa nak tingak ugutan karpal shikh terhadap pm (menhumban nya kedalam jel),kerana mencabul undang
undang prk,sebagai satu pengajaran
kpd sesiapa sahaja yg melanggar undang2 tak kira siapa yg bersalah.
itu cuma harapan yg mustahil berlaku di malaysia selama pelaksanaan undang2 ada duble standard.

Anonymous said...

anak siapa yang mati?
royalti siapa dirampas?
ulamak siapa ditentang?
aktiviti masjid mana dibatas?
royat dengan jelas weh,
ambo nok dengar?
kalu nok kata....ambo pun buleh kata!
Pakatan Rakyat...harapan baru yang tak ada apa-apa.
Gapo hok barunya...royatlah...ambo nok tahu jugak.
Hok jelasnya...kalu menang gak dapat gaji dan elaun belako.
Rakyat dok terango....baru pade muko.

Anonymous said...

To anonymous (11:01 PM)

UMNO PAS parti politik belako, tujuan dapat kuasa. Semua adalah makhluk yang tidak sempurna sampai bila-bila.

Tuan fikirlah dengan akal yang waras, hati yang tenang, dada yang lapang.

Antara UMNO dengan PAS untuk zaman sekarang.

Anonymous said...

Meli...
aku tahu perasaanmu
gelodak jiwa membayangi sejarah lampau
ketika nafas perjuanganmu masih merah
kau dipatahkan umpama ranting rapuh
hati mana tidak terbakar
jiwa mana tidak membara
rasa mana tidak kecewa.
Buangkan itu semua
daki dunia
habuk kehidupan
berhijrahlah
atas nama La Ilahaillallah Muhammad Rasullallah.
Tidak rugi
tidak hilang bisa ular dengan menyusur akar
saat kembali makin hampir
hanya yang dibawa
La Ilahaillillah Muhammad Rasullallah

Anonymous said...

en meli ragui dpt pahala ko PAS sokong & berpakat dengan DAP untuk lawan rasuah & penyelewengan kuasa UBN.....

Ambo pun nok tanyo en meli, bbanyak ko pahala dok sokong UMNO/BN yang terang-terangan berpuluh tahun dok kokok duit rakyat, rasuah, salahguna jentera kerajaan.....

Tok guru ada royat.. jika ada dua mudharat yang perlu dipilih... "mengambil mudharat kecil bagi mengelak mudharat yang besar, maka harus Adanya.

......mu fk laa sendri..........

Anonymous said...

Guano weh kerajaan PPinang sekat ore nok berkecek...
Dulu demo kata kerajaan PPinang tok sekatpun ore nok kata begapo...
Berkecek buleh lah...
tapi buat dok dek...
Kalu tok caya...baca ini berita:

KUALA LUMPUR 20 Mei - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan permit ceramah politik tidak akan menghalang UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui DAP.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, halangan tersebut tidak akan melemahkan semangat UMNO dan BN untuk memberi penjelasan dan khidmat kepada rakyat kerana yakin masalah itu mampu diatasi.

Pah lagu mano?????

Anonymous said...

Double standard ni byk dlm PAS dan juga UMNO...

Bila org lain buat salah habis dikutuk... dihina..malah dijanjikan pula dgn neraka...

Tapi bila salah dipihak PAS... habis diputar ayat Al-Quran utk halalkan segala kesalahan tersebut...

SiUMNO pulak.. sibuk nak beli undi cina... yg melayu merempat ni patut diutamakan....


DAP=MCA=GERAKAN=SUPP = mudaharat besar

Pentaksub PAS/UMNO = Mudharat besar

Yg Ikhlas
Pembaca setia msomelayu.blogspot

Anonymous said...

AKU MENUNGGU JANJI PETRONAS PADO NEGERI2

MUNAFIK MUNAFIK MUNAFIK....

CELAKO CELAKO CELAKO SEMUA TERMASUK HOK DUK SOKONG MUNAFIK MUNAFIK..

Anonymous said...

Habis begapo yang tidak mudarat besar...
PKR...Parti Kucar Rakyat...Lagi Mudarat Besar...he he he
koho lama koho berkucar...sebab tu pah sore sore tubik...

Anonymous said...

Tak mudarat besar apa lagi... jika UMNO dok ugut/paksa orang ikut telunjuk jahil & jahat mereka tu .. dah macam ala-firaun, namrud pegang kuasa dulu kala...

Tenguk lah program2 yang melalai & menyesatkan orang melayu tu banyak... dah puas tegur sejak awal merdeka samapai sekarang... tak berubah2....

Orang2 melayu semakin ramai yang kaki maksiat, penjenayah dan sesetengahnya murtad! .. mereka semakin berani buat macam2 kejahatan.. sebab asuhan amal agama yang kurang dan tak bimmbang dengan penguatkuasa undang, polis, hakim boleh counting punya...... RASUAH itu ibu segala durjana masyarakat & pemimpin2 negara sekarang. Politk wang & rasuah, musuh negara no.1 ... negara dalam bahaya & tak selamat..... INILAH MUDHARAT yang BEASR... rakyat perlu tolak & musnahkan!

Parti yang dok pertahan RASUAH perlu disingkirkan.... Selagi berkuasa UMNO/BN, selagi itu rasuah & ganas bermaharajalela.. mari kita selamatkan Malaysia dengan tolak UBN.