Sunday, May 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (736)

MIC: jangan jadi seekor kerbau yang membawa lumpur


BARISAN Nasional (BN) umpama sebatang tubuh kepada parti-parti komponen dengan Umno adalah pendominasinya. Apa pun masalah yang dihadapi oleh mana-mana parti komponen, mahu tidak mahu ianya akan turut menjadi masalah dan akan mencacat-celakan BN.

Atas nama MIC sebagai sebuah parti, ianya perlu diselesaikan di kalangan MIC sendiri dan orang lain, parti-parti komponen tidak boleh campur. Tetapi atas nama BN, parti-parti komponen kena ambil penduli dan kena menyumbang peranan bagi membaik-pulih keadaan, apatah lagi oleh Umno atas nama pendominasi BN.

Pimpinan MIC boleh untuk menolak campurtangan, khususnya pandangan dan nasihat membina dari parti-parti sekomponen, apatah lagi dari BN jika kemelut yang berlaku hanya bersifat ribut dalam cawan atau umpama kutu di atas kepala MIC semata-mata.

Tetapi kalau ianya sampai menjejaskan prestasi dan reputasi BN pada mata majoriti rakyat gara-gara kemelut yang melandanya, maka MIC sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN yang mewakili kaum India itu tidak boleh mengelak dari menerima atau meminta pelan, rangka, kerangka dan strategi baik pulih dari BN.

Sebagaimana Umno dan parti-parti komponen yang lain, mahu pun parti-parti pembangkang, malah kita sebagai seorang manusia yang pada hakikat dan hakikinya tidak mudah nampak kesilapan, kesalahan dan keterlanjuran sendiri, maka demikian halnya dengan MIC.

Pimpinan parti itu tidak mungkin dapat melihat kesalahan, kesilapan dan keterlanjuran masing-masing sehingga membawa kepada berlakunya kemelut yang kalau tidak segera diusahakan secara proaktif dan kalau ditak diketemui jalan damai, ianya pasti akan bertambah parah dan akan lebih membawa padah.

Ertinya MIC memerlukan campurtangan tangan part-parti komponen atau pun dari BN untuk secara jujur dan tulus membetulkan apa yan tidak betul dalam MIC dan mengsehalakan ketidak-sehalaan di kalangan pimpinan MIC sehingga menimbulkan kemelut yang tidak sepatutnya dibiarkan terus kusut.

Bagi saya mahu tidak mahu sebelum cepati dan kuah karinya menjadi basi dan sebelum meruku berkulat dan hampak, segala kemelut perlu diselesaikan tanpa bertangguh dan menunggu sehingga nasi menjadi bubur, sehingga setitik nila merosakkan susu sebelanga. Ini adalah kerana pilihanraya umum ke-13 semakin hampir.

Kegagalan MIC melalui calon-calonnya yang gagal mempertahankan kerusi masing-masing pada pilihanraya umum ke-12 dan menyebabkan BN gagal mengekalkan kemenangan 2/3 patut dijadikan iktibar bahawa sebarang kemelut yang melanda parti komponen, maka BN seluuhnya akan menghadapi kesan sampingan.

MIC kena secara jujur memperakukan punca kemelut yang berlaku dan punca itulah yang perlu diperbaiki. Ibarat mahu membuang kelimumur yang berkerak di kepala, kita kena berkorban mencukur rambut supaya kerak kelimumur mudah dibuang.

Kalau kerana Samy Vellu maka MIC dilanda kemelut dan BN pun turut menerima tempiasnya, kenapa tidak Samy undurkan diri dari MIC bagi membolehkan kepimpinan parti itu diganti demi kepentingan BN.

Samy tidak boleh syok sendiri dengan sokongan yang diterima dari segelintir pimpinan dan ahli MIC tetapi beliau kena dapatkan pandangan dari rakan-rakan sekomponen dan juga atas nama BN tentang kedudukannya sebagai Presiden MIC sama ada boleh melabakan BN jika beliau kekal sebagai presiden atau sebaliknya.

Samy dan pimpinan MIC kena mengelak dari menjadi seekor kerbau yang membawa lumpur yang akan turut sama terpercik ke parti-parti komponen yang lain, apatah lagi kalau sampai akan menyebabkan BN terlumur lumpur yang cemar han hanyir.

12 comments:

john said...

salam...

Ambo nok suko dulu nga artikel ni deh,ha..ha..ha..ha..ha..ha..

Bakpo amno suko?..sebabnyo dale umno tu buke stakat mic sajo lo ni dok kuca selut(bahaso lembut pado taik!). hok mulo2 skali MCA (CSL-denga vdonyo vs O.T.K), pastu umno-apco (che det vs pak lah) lo ni mic pulok! dae nyo palo tu buruk habih jakit pah ko ekor. buia la nasihat abe li weh supayo bn tu gagoh smula.

p/s: Abe li tok ser komen ko pasal isu judi umno-apco, geger doh seluruh m'sia. ko abe li jadi srupo tok2 peti umno nga penasihat umno doh? kae abe li penganalisis politik BEBAS seperti diwar-warkan..hah! apa lagi belasahle..guno dalil2 ilmu pondok hok abe li ado tu. samo ado nok pertahan judi ko nok menentang judi?...ambo tungguuuuuu.

Anonymous said...

sememangnya 1UMNO, 1BN serta seluruh komponennya ...bukan MIC saja... telah menghanyirkan rakyat & negara seluruh sejak dari dulu..... Hanyir dengan politik wang, rasuah, berebut kuasa, skandal, isu moral/ akhlak, ....

yang lebih hanyir UBN lagi ni .. bila gadai hak/maruah/aset negara. ..terkini lantik APCO/yahudi sebagai barisan penasihat kerajaan UBN & isu jual telaga minyak Blok L&M di sarawak kepada brunei ...???

Anonymous said...

Mari kita pakat hapuskan judi di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR). Biar rakyat tahu bahawa negeri PR banyak bergantung kepada hasil judi dan Pusat Urut (Selangor).Barulah kita boleh laksanakan hudud dan sokongan kuat DAP dan PKR.

Anonymous said...

John.
sebelum mu suruh meli berkecek hal judi ni, mu fikir ko dok sahabat-sahabat mu dalam pakatan dok biar judi di selangor tu...
dengar ko kecek benci sangat judi ni...tapi bakpo tok haramkan di tempat mu perintah tu...bakpo tok nasihat ko saing-saingmu PKR dan DAP tu suruh haramkan judi...robohkan kilang arak tu...
hapuskan judi ditempat kita perintah dulu... barulah boleh berkecek dan marah ko ore lain...
Mu ni pelik betul...kalu kena ko puak mu...mu senyak tipah...
kalu mu tok berani nok nasihat ko saing-saingmu...mulah arang islam yang tak bermaruah dan berkecek besar...
aku memang tok sokong hal judi ni...

Anonymous said...

Isu Judi : Nak tanya sikit. John ni jenis rabun dekat ko rabun jauh ?

Anonymous said...

RANTAU PANJANG 26 Mei - Penyokong Pas bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya anggota Pas bersetuju dengan kenyataan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya ini kerana perkara tersebut akan diperincikan oleh Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong Pas bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan anggota baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak.

Jolo ko parti Islam (??????) Semalaysia ni.

Anonymous said...

Tukar ajelah PAS kepada PASDAP.

Anonymous said...

Saya rasa nama tu tak ong lah dalam pilihanraya ke 13 nanti. Tukar aje PAS kepada DAPAS.Itu lagi terang lagi bersuluh.

Anonymous said...

Ini kata John !!!

" Bakpo amno suko?..sebabnyo dale umno tu buke stakat mic sajo lo ni dok kuca selut(bahaso lembut pado taik!)....

Ambo nak tanya :

1) PKR tak kuca wakyoh ko
2) PAS tak akan kuca ko isu orang cina boleh jadi ahli
3) DAP jangan dilihat tenang takdak buaya. Tunggu dan lihat lps ni.

john said...

Salam...

ambo nok suko skali lagi deh..ha..ha..ha..ha..ha..ha..

"bakpo tok nasihat ko saing-saingmu PKR dan DAP tu suruh haramkan judi...robohkan kilang arak tu...
hapuskan judi ditempat kita perintah dulu... barulah boleh berkecek dan marah ko ore lain...
Mu ni pelik betul...kalu kena ko puak mu...mu senyak tipah..."
1.KHIR TOYO MENGAKU LULUSKAN 4500 PERMIT PERJUDIAN-BUKAN AMBO TUDUH,KHIR TOY SEDIRI ROYAK! OK LA PASAL NOK HAPUS JUDI? MB KEDAH NGA MB SELANGOR KATO DOH HOK ADO LO NI TIDAK AKAN DIBERI PERMIT LAGI DOH DAN AKAN DIHAPUSKAN SECARA BERPERINGKAT2. MB NEGERI2 UMNO MANO WEH? TAK DOK BUNYI PON. KO PEKOK LINGO BELAKO DOH!

"judi hanya untuk orang2 bukan islam sahaja-kata geng2 umno'
TAHUKAH ANON UMNO-APKO BAHAWO ORE MCA, GERAKAN SENDIRI SANGGUP BERSAMA MEMPERJUANG AGAR JUDI BOLA TIDAK DIBENARKAN, TENGOK BERITA YANG BERLAKU DI KELANG PASAL BUDAK CINA BERJUDI SAMPAI HUTANG RM600K APA MCA BUAT? NI LAH KALU DOK DALE UMNO-APKO HABIH PAKAT JADI BUTO NGA TULI BLAKO!

pasal DHPP, demo tok soh rusing la..kalu pas kuca utung ko demo la. bakpo nok tulong rusingnyo biar bendo ni berlaku dulu kalu buruk demo komen la..ni tok berkait dengan akidoh islam wahai anon umno-apko!

kata anon yang malu2 kucing " aku memang tok sokong hal judi ni..."
DOH YANG MU DOK SOKONG UMNO-APKO TU APE KE HAL? MU INGAT SLAMO KENING MEMANG TAKDOK JUDI LULUS KO SEBELUM NI? WEI BUKO MATO LA, DALE UMNO-APKO BULEH BLAKO HOK BAIK ADO, HOK BURUK ADO. MU NOK AMBIK HOK BAIK SAJO TOK LEH SEBAB DIO MARI NGA HOK BURUK SKALI. TU BEZO DENGA PASNYO! ADO MU DENGAR PAS BUI LESEN JUDI?


p/s: betul kato KPPas bahawo umno-apko lebih bahayo dari Al-arqam..

Anonymous said...

Petikan apa yang dikata oleh Sdr. Ahmad Anang :

Popular betul UMNO-UPCO. UMNO dah sinonim dengan UPCO. Helah DSAI memang menjadi betul, canang seantero dunia. Tapi apa yang dia spin tu dah kena batang hidung dia balik. Si Gila Kuasa ni dah kena maki dek yahudi yang banyak berurusan dengan dia. Berapa banyak dana dia dapat. Kat M’sia dia kutuk yahudi. Kat Amerika yahudi kutuk dia. Bagai melepas anjing tersepit. Bodoh betul, tempias ludah sendiri. Yang heran, kat M’sia ni bersepah company yahudi dan produk yahudi. Ada orang PAS-PKR ambik tahu? Check kat rumah masing2, berapa banyak barang yahudi ada dalam rumah? Lawak Antarabangsa…. Pak lawaknya DSAI…hehe

Semoga kita paham kenapa ada dok sibuk main isu umno-apco

Anonymous said...

melayu UMNO sokong najib gadai aset strategik pusaka warisan bangsa disingapura ....tanjung pagar & woodlands... pengkhianatan besar kepada Tanah Melayu...!!!
..akan disumpah sepanjang zaman...
... seperti Tunku rahman lepas pulau singapura dulu....

mana dia tok joghoo tukang karut PERKASA?? kahkahkah....

Yang UMNO bising hanya bila tak dapat projek, permit, subsidi, atau habuan untuk diri sendiri saja... seperti Zaharin PP yang lompat ari tu.....