Monday, May 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (739) - DIKEMASKINI DAN PEMBETULAN EJAAN

Judi: bentengilah dengan iman dan taqwa

ADA yang anggap saya tidak prihatin dengan isu judi. Buktinya tidak ada sebarang entry diposting dalam blog saya mengenainya sedangkan isu itu sedang hangat diperkatakan.

Walaupun ikut bersama Haji Mohd. Sayuti Omar ke demonstrasi anti judi bola di Bachok (sebagaimana coretan Mohd. Sayuti melalui blognya), tidak ada sebarang coretan dibuat melalui blog saya.

Pada saya soal judi ke, rumah urut ke, pusat hiburan ke, pusat pelacuran ke dan pelbagai perlakuan haram dan berdosa lagi tidak akan memberi bekas kepada orang Islam yang beriman dan bertaqwa.

Yang memperhebohkan tentang judi, rumah urut, pusat hiburan, pusat pelacuran, penjualan arak dan sebagainya adalah orang Islam yang tidak cukup beriman dan bertaqwa.

Orang Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa tidak akan merasa kekok, bimbang atau khuatir ditohmah dan disalah persepsi berada di tengah-tengah peminum arak, penjudi, pelanggan perempuan sundal dan sebagainya kerana dengan benteng iman dan taqwa, mereka tidak akan melakukan apa yang diharamkan oleh hukum hakam.

Iman dan taqwa akan membentengi diri dari turut sama menjadi peminum arak bila berada bersama peminum arak, tidak akan berjudi walaupun berkawan dengan penjudi atau bila masuk kedai judi, tidak akan berzina walaupun berada di pusat-pusat pelacuran.

Yang gege gegok pasal judi, pasal rumah urut, pasal pusat hiburan, pasal penjualan arak adalah di kalangan orang Islam yang tidak beriman dan bertaqwa , orang Islam yang tidak yakin boleh tidak akan turut terlibat sama jika berada di tengah-tengah peminum arak, penjudi, penzina, penipu, pemakan rasuah dan sebagainya.

Maknanya mereka yang gege gegok sehingga sanggup berdemonstrasi adalah terdiri dari kalangan yang tidak percaya kepada diri sendiri, masing-masing tidak yakin dengan kualiti iman dan taqwa masing-masing, walhal premis dan lesen perjudian adalah untuk bukan Islam kerana rakyat negara ini pelbagai kaum dan pelbagai fahaman agama.

Hakikat dan hakikinya, ramai di kalangan umat Islam kita yang loya dan nak muntah melihat daging babi digantung dalam cermin atau di goreng di kedai-kedai makan bila ke Golok misalnya tetapi tidak ada yang muntah atau loya menggunakan khidmat urutan atau menzinai wanita Siam yang kerjanya adalah melacur.

Ramai yang menentang kewujudan premis dan kelulusan permit judi, lesen rumah urut, lesen penjualan arak dan yang seumpamanya kerana menganggapnya haram jadah tetapi tidak ramai pula yang rasa haram pun, apatah lahi merasa loya menerima dan memberi rasuah, dapatkan kawasan balak secara tidak sah, tidak melaksanakan tugas dengan sempurna, berbohong, kelentong dan sebagainya walhal semua perlakuan itu juga haram dan berdosa.

Kenapa keadaan itu berlaku? Jawabnya kerana orang Islam hanya Islam tetapi tidak beriman dan bertaqwa. Orang Islam yang beriman dan bertaqwa tidak akan beli TOTO walaupun masuk kedai TOTO, tidak akan minum arak walaupun duduk semeja dengan peminum arak.

Orang Islam yang beriman dan bertaqwa juga tidak akan berurut menggunakan khidmat tukang urut wanita atau bersundal walaupun berada di Golok atau di mana-mana negara yang di hotel-hotelnya ada menyediakan tukang urut wanita dan perkhidmatan persundalan walaupun barangkali yang disua untuk disundali adalah gadis secantik Pretty Zenta.

Keterlibatan dalam bidang kemediaan secara tidak langsung menterdedahkan saya kepada pelbagai keadaan dan memberpeluangkan saya berdepan dengan pelbagai orang. Berbanding dengan tok-tok lebai di negara kita, terutama di Kelantan, saya lebih respect tok-tok lebai di sebelah Siam.

Ini adalah kerana dalam keadaan perundangan tidak menghalang mereka dari menyundali perempuan sundal, tidak dihalang minum arak, berjudi dan pelbagai perlakuan sumbang dan berdosa lain lagi, mereka tetap mampu mengiman dan mentaqwakan diri mereka dan tidak terlibat dalam perlakuan maksiat.

Apakah jika tok-tok lebai kita tidak terikat dengan penguatkuasaan undang-undang, mereka boleh untuk tidak melakukan kerja-kerja maksiat jika berada dalam keadaan sebagaimana tok-tok lebai sebelah Siam dan yang menjadi umat Islam sebagai penduduk minoriti di sesebuah negara?

Pada pemerhatian saya yang pernah ikut rombongan ke sebelah Siam dan Kemboja yang anggotanya terdiri dari kalangan yang kononnya mendukung perjuangan Islam, ramai juga yang tanggalkan kopiah dan jilat bibir tengok golekkan punggung orang betina Siam dan Kemboja.

Rasanya golongan jenis inilah yang gege gegok dan sanggup berdemonstrasi membantah judi bola walaupun lesen judinya diluluskan untuk bukan Islam yang mana bukan Islam itu pula tidak kira apa bangsanya, termasuklah orang Melayu.

Hakikat dan hakikinya orang Melayu tidak semestinya sempurna keIslamannya kalau sekadar Islamnya kerana dilahirkan oleh ibu hasil perkongsian hidup dengan bapa beragama Islam tetapi tidak ada iman dan taqwa.

Kalau Islam pun tetapi sanggup melakukan perbuatan haram dengan berjudi, minum arak, berzina, makan rasuah, menipu, kecong, mungkir janji, pecah amanah dan sebagainnya, maka dengan sendirinya tentu ada kecacatan di mana-mana pada kualiti keIslaman dan sudah pasti umat Islam berkenaan tidak beriman dan bertaqwa.

Islam sahaja tidak akan layak untuk ke syurga tanpa dilengkapi dengan imam dan taqwa. Secara peribadi saya lebih suka sentiasa berada di tengah-tengah peminum arak, di tengah para pelacur, di tengah-tengah penjudi, di tengah-tengah perasuah dan pelaku kemungkaran lain lagi untuk menguji ketahanan iman dan taqwa saya selain dari berada di masjid, mendengar kuliah, menadah dan mentelaah kitab.

Justeru itu bagi saya bila judi bola dikeluarkan lesen, ianya adalah suatu bentuk ujian bagi mengukur (termasuk diri saya sendiri) sejauh mana ketahanan iman dan ketaqwaan umat Islam di negara ini yang tidak akan tahu sekental mana iman dan taqwa masing-masing tanpa menempuh ujian.

Itulah antara punca kenapa saya tidak ikut sama gege gegok dalam kes judi bola, malah semasa ke Bachok bersama Mohd Sayuti Omar dan berlakunya demonstrasi di perkarangan masjid, saya memilih beriktikaf dalam masjid sementara menunggu demonstrasi selesai dan tidak menulis pun mengenai demonstrasi itu melalui blog saya.

Bagi saya buatlah gedung perjudian sama besar dengan negeri Kelantan yang membabit pertaruhan yang boleh menjadikan seseorang itu billioner sekali pun, saya tidak akan ikut sama berjudi kerana keharaman judi itu ada disebut dalam al-Quran, maknanya berjudi adalah perbuatan terlarang bagi umat Islam yang beriman dan bertaqwa.

Kalau saya buat juga, maka Islam saya, iman dan takwa saya akan cacat dan terkikis kualitinya dan tidak layaklah bagi saya untuk mengaku sebagai seorang Islam tulen yang beriman dan bertaqwa.

Walaupun berjudi tidak sampai tanggal Islam atau murtad tetapi ianya berdosa dan umat Islam semua tahu apa tempat kesudahannya bagi pelaku dosa.

14 comments:

Anonymous said...

jange gitu Abe Li we...nanti John kato abe li tidok islamik...sebab berlainan pendapat denga set2 taksub bodo PAS tu...kito kesie tengok puok2 PAS habis air liur dok berjerit pasa judi...takut tok tahe godaan kot...

Anonymous said...

Tanya John kepada Joostspring dengan penuh riak dan megah :

"doh mu nok duduk dale smutar sapo?..Dolloh Sa'amoh?..Tok Peti Perok? Tn guru Awe Adek? Tok Pekase Brehim Ali..ko Tn guru Murujib?

ulasan ambo :

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang
sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :

Antaranya, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau
ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain
jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak
diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang
lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya
serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi
darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat
biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

john said...

The Arrogant John....

"jange gitu Abe Li we...nanti John kato abe li tidok islamik..."
ANOM TAHU HUJOH ABE LI KALI NI TOK ISLAMIK...BAKPO? BAIK AMBO AMBIK KATO2 ABE LI KITO
"Pada saya soal judi ke, rumah urut ke, pusat hiburan ke, pusat pelacuran ke dan pelbagai perlakuan haram dan berdosa lagi tidak akan memberi bekas kepada orang Islam yang beriman dan bertaqwa".
MEMANG LE TOK BERI BEKAS KALU SEMUO ORE ALIM SRUPO ABE LI SEDIRI. PAH LAGU MANO KALU BUDOK-BUDOK HANYA, ADOKAH SEMUO BUDOK NI ALIM?

Yang memperhebohkan tentang judi, rumah urut, pusat hiburan, pusat pelacuran, penjualan arak dan sebagainya adalah orang Islam yang tidak cukup beriman dan bertaqwa."
PANDAI DOH ABE LI KITO MELABELKAN SESEORANG YANG MEMBANTAH MAKSIAT SEBAGAI TAK CUKUP IMAN DAN BERTAQWA, INGATKAN ORE PAS JE PANDAI BAB NI. PAH LAGU MANO PULOK ABE LI WEH HOK QURAN SURUH "AMAL MAKRUF, NAHI MUNGKAR"?

"Maknanya mereka yang gege gegok sehingga sanggup berdemonstrasi adalah terdiri dari kalangan yang tidak percaya kepada diri sendiri, masing-masing tidak yakin dengan kualiti iman dan taqwa masing-masing, walhal premis dan lesen perjudian adalah untuk bukan Islam kerana rakyat negara ini pelbagai kaum dan pelbagai fahaman agama."
MAKNANYA BETUL LAH TU TINDAKAN DATUK NAJIB MELULUSKAN JUDI NI DAN ABE LI KITO SOKONG LA. BULEH PASTI KO ORE ISLAM TOK BERJUDI? PADO AMBO KALU TAKDOK PUSAT JUDI NI TOK KIRO LAH ORE TU ISLAM KO KAPIR KO SEKURANG-KURANGNYO KITO BULEH MENYEMPITKAN RUANG MAKSIAT YANG ADO? DOK GITU EH? KALU LIM GUAN ENG LULUS LAIN CERITO, INI MELAYU ISLAM!

"Itulah antara punca kenapa saya tidak ikut sama gege gegok dalam kes judi bola, malah semasa ke Bachok bersama Mohd Sayuti Omar dan berlakunya demonstrasi di perkarangan masjid, saya memilih beriktikaf dalam masjid sementara menunggu demonstrasi selesai dan tidak menulis pun mengenai demonstrasi itu melalui blog saya."
HOK TU AMBO KATO, KALU SEMUO ORE ALIM SRUPO ABE LI TAK PO. ABE LI MALAS TULIS BUKE SEBAB APO, SEBAB TAKUT KENO KO ORE HOK ABE LI JUNJUNG LO NI EH. NANTI APO PULOK KATO ANOM2 UMNO-APKO DALAM BLOG NI.

DARI PADO HUJOH ARTIKEL NI KESIMPULAN HOK AMBO BULEH BUAT IOLAH. IMAN DAN TAKWA HAK MASING2, MU BUAT HOK MUNG, AKU BUAT HOK AKU. MUNG JAHIL MU MASUK NERAKO..MUNG ALIM MU BULEH SYURGO. TEGUR-MENEGUR DALAM URUSAN DUNIO DAN AGAMO TAK PERLU SELAGI MANO IMAN KITO KUAT, NASIHAT-MENASIHATI TAK PAYAH SELAGI IMAN KITO KUAT..ATAU SETENGAH ORANG KATA KUBUR SENDIRI-SENDIRI LAH...

p/s: ini sebab PR je buat abe li malas tulis..acu PR buat silap nyo tegur bekebuk eh..macam artikel depan. pasal jawatan TPM2..buke ado dale quran pun kaum mana layak jadi tpm (judi ado,Suroh al-Maidah ayat 90)..dalam DAP melayu pun ado..bukan jawatan PM pun nak bagi..kecoh set2 umno wak heboh..

Gu Meli masa di UPKn said...

Abe Li capok bola tengah padang, ikut demo la wei nak sepak ko nak kuda.

Ambo rasa Abe Li tersengih baca komen ambo.

joostspring said...

kawe nak jupe jgk dgn john ni...

nak tgk stara mana ore gak john ni..

mmg demo totok nik ajis r john..

tahniah r john...syukur nik ajis ada ore srupo demo ni...

Unknown said...

Ternyata dlm bab ini,meli tersasar
jauh, guna otak beku umno dlm hujahan yg tidak bertunjang kpd quran dan hadis, memang tak patut
langsong orang yg beragama berhujah
dgn membabi buta macam tu, atau boleh di katakan keghahking atau
taksub keumno.harap meli kembali kpd kitab2 yg dia sebut sebelom ini,dan istighfar banyak2 atas kesi
lapan itu.

Anonymous said...

Ambo minat benar baca tulisan kickdefella ni...Acu John dan konco2 ulas ckit...

Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.

Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,

“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"

Anonymous said...

AMBO SUKO BENAR BACA ULASAN KICKDEFELLA NI...
ACU JOHN DAN KONCO2 POK NIK AZID ULAS SIKIK...

Dibawah pentadbiran Islam di Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam dengan mengenakan cukai arak kepada premis-premis yang menjualkan arak itu.

“Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya,” kata Nik Aziz pada 19 November 1992.

Selang dua tahun kemudian pada 26 November 1994, apabila pihak-pihak yang tidak faham dengan dasar Membangun Bersama Islam mengkritik penjualan arak di Kelantan, Nik Aziz berkata,


“Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?”

Orang Melayu Dekat Kampung Siam said...

Apa bezanya lesen judi dengan kebenaran membina to'kong bersila di Tumpat dan Bachok?

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

chegarMD said...
Ternyata dlm bab ini,meli tersasar
jauh, guna otak beku umno dlm hujahan yg tidak bertunjang kpd quran dan hadis, memang tak patut
langsong orang yg beragama berhujah
dgn membabi buta macam tu, atau boleh di katakan keghahking atau
taksub keumno.harap meli kembali kpd kitab2 yg dia sebut sebelom ini,dan istighfar banyak2 atas kesi
lapan itu.

June 1, 2010 8:57 AM


KEPADA PARA PENJENGUK BLOG KAPAK JANGAK NI, RASANYA ANTARA MELI DENGAN chegarMD SIAPA LEBIH YANG LEBIH FAHAM DENGAN APA YANG DIMENGAJIKAN, SIAPA YANGF BERIMAN DAN BERTAQWA?

melikapakjangak said...

Para penjenguk yang ilmuan!
Saya tidak pernah merasa lebih berilmu, lebih beriman dan bertaqwa dari sesiapa. Juga tidak mahu dilihat lebih berilmu, lebh beriman dan lebih bertaqwa dari sesiapa.

Saya masih jahil, masih dalam proses belajar dan bersedia diajar walaupun oleh kalangan yang lebih muda dari sudut usianya dari saya.

Bagaimanapun saya agak tidak bersetuju dengan pendekatan para pendakwah dan ilmuan Islam yang asyik mendakwah kalangan yang sudah Islam dan menjadi jaguh di masjid dan surau semata-mata.

Pada saya mereka yang ke masjid dan surau adalah merupakan orang yang sudah ada hidayah dan tidak perlu lagi terlalu didakwah.

Yang kena didakwah adalah kaki judi, kaki mabuk arak, kaki betina, kaki rasuah, kaki seleweng, kaki ponteng kerja dan yang terlibat dalam pelbagai pelakuan maksiat lagi. Mereka ini yang perlu didakwah.

Tetapi kalau tidak berada di tengah-tengah mereka, macam mana mereka boleh didakwah, mereka tidak ini tidak akan ke masjid, surau atau madrasah serta majlis-majlis keagamaan.

Pemberi kuliah, para tok guru, tok lebai, ustaz, ustazah, pendakwah, bilal, siak dan pejuang Islam pula boleh pastikah kekentalan iman dan taqwa diri masing-masing jika tidak berdepan dengan ujian?

Apakah masing-masing boleh tahan untuk tidak beli TOTO bila masuk kedia TOTO dan tahu nilai hadiah yang ditawarkan. Bolehkah untuk tidak terlibat dengan zina kalau berada di tempat yang kalau berzina pun tidak akan ada tindakan undang-undang sayriah diambil.

Ini yang cuba saya tekankan. Kita di Malaysia kurang teredah ujian ujian kekentalan iman dan taqwa kerana bimbang akan didakwa dibawah undang-undang syariah. Takutkan tindakan undang-undang dengan takutkan iman dan taqwa rosak dua perkara yang berbeza.

Anonymous said...

ChegarMD tu kaki jilat bontot anwar meme la semuo PR buat betul belako..nok banding ilmu denga Abe Meli, baik abe meli jauh laa...
ChegarMD! mu tu tahu dok baco fatihah, ko baco mace ore sie...

melikapakjangak said...

PEMBETULAN!PEMBETULAN!PEMBETULAN!

Ini yang cuba saya tekankan. Kita di Malaysia kurang teredah ujian ujian kekentalan iman dan taqwa kerana bimbang akan didakwa dibawah undang-undang syariah. Takutkan tindakan undang-undang dengan takutkan iman dan taqwa rosak dua perkara yang berbeza.

June 1, 2010 11:58 PM

BACA......
Ini yang cuba saya tekanankan. Kita di Malaysia kurang terdedah kepada ujian bagi mengukur ketahahanan sebenar iman dan takqwa kita.

Kita tidak melakukan sesuatu kemungkaran lebih kepada kerana takut dikenakan tindakan undang-undang, takut akan malu dan menjadi sasaran kutukan rakan taulan.

Antara takutkan undang-undang (hukuman di dunia) dengan takut iman dan taqwa rosak, dua perkara yang berbeza. Orang yang takutkan undang-undang boleh melakukan sesuatu jika diyakini perbuatannya tidak tercium oleh pelaksana undang-undang.

Manakala orang yang takut iman dan taqwanya rosak, tidak akan lakukan perbuatan maksiat walau dalam keadaan apa sekali pun.

Anonymous said...

Anon June 2, 2010 2:57 AM ..
memang le jilat bontot anwar tu tak best ,.. kalu JILAT BONTOT NAJIBUL & ROSMAH M LAGI wangi..jelira.. jutajuta RM le ... kahkahkah......