Monday, May 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (740)

TPM II untuk DAP: Anwar gali lubang timbus PR

KERAJAAN yang ada dan berdominasikan Umno kurang disenangi oleh sesetengah pihak bukan kerana ianya sebuah kerajaan yang tidak berkualiti atau kerana tidak ada keupayaan untuk memerintah.


Ini jelas terbukti apabila dibandingkan dengan negara-negara serantau yang lebih dahulu mencapai kemerdekaan, Malaysia jauh lebih membangun dan rakyat hidup lebih sejahtera.

Ketidak-senangan sesetengah pihak terhadap kerajaan yang sedia ada kerana dasar kerajaan yang sentiasa berusaha untuk lebih selesakan lagi rakyat yang sudah pun sedia selesa, menjadikan rakyat lupa bahawa sebagai sebuah kerajaan yang dibentuk oleh manusia akan ada kelemahan dan ketidak-sempurnaannya.

Ramai di kalangan rakyat yang asyik bertanya apa sumbangan kerajaan kepada mereka tetapi jarang pula bertanya apa sumbangan mereka kepada kerajaan sebenarnya.

Kerana itulah sentiasa ada pihak yang sanggup berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan dengan menggunakan pelbagai taktik dan teknik, termasuk membuat tawaran merbahaya yakni janji kewujudan jawatan timbalan perdana menteri II untuk parti DAP misalnya walaupun DAP adalah merupakan parti politik anti-Islam bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah umat Islam.

Manakala tokoh yang membuat janji itu sendiri menyenaraikan diri dan menjanjikan kepada dirinya sendiri bahawa jawatan perdana menteri adalah untuknya, sekali gus memaknakan bahawa matlamat induknya adalah untuk menmduduki kerusi perdana menteri.

Dari sudut Islamnya, orang yang berkehendakkan sesuatu jawatan adalah orang yang paling tidak layak dan tidak wajar dipenuhi hajatnya, yakni orang yang patut disenaraikan untuk dipilih menjadi pemimpin.

Ini adalah kerana ada hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebut bahawa baginda tidak akan melantik sesiapa yang berhajatkan sesuatu jawatan kerana bila orang yang sedemikian diberi jawatan, ianya bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi juga akan menyusahkan diri orang yang berhajatkan jawatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu saya yakin langkah persendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menawarkan jawatan TPM II kepada DAP umpama beliau menggali lubang kubur bagi menimbus Pakatan Rakyat (PR).

Hujah saya adalah kerana Pas sebagai parti tertua dalam PR yang mendakwa berjuang atas landasan Islam bukan sahaja tidak akan dan tidak boleh bersetuju dengan kewujudan TPM II khusus untuk DAP tetapi juga tidak mungkin akan membelakangi hadis Rasulullah s.a.w. dalam soal pemilihan perdana menteri.

Lagi pun sebilangan rakyat kurang menyenangi kerajaan sedia ada bukannya kerana kegagalannya sebagai sebuah kerajaan, tetapi kerana dilihat tidak Islamik, sebaliknya lebih condong kepada sekularisme tanpa mengambil kira keterpaksaan untuk berlaku adik kepada rakyat yang pelagai bangsa, pelbagai budaya dan anutan agama.

Tawaran sebuah kerajaan yang sama corak dan pendekatan kerajaan yang sedia yang hanya berbeza nama bagi pendapat saya bukanlah yang diharapkan oleh majoriti atau pun minoriti rakyat negara ini.

Yang menarik perhatian mereka dan ingin dirasakan adalah pemerintahan kerajaan yang menjadi perjuangan Pas yang menggunakan acuan, rangka dan kerangka Islam tulen. Itu pun kalau Pas kota apa yang dikata.

Kerajaan yang ada dengan pendekatan pemerintahan sekularisme mencapai kejayaan sebagai sebuah kerajaan secara hakikat dan hakikinta yang tidak boleh dinafikan.

Kemakmuran dan keuynggulan negara ini kerana kejayaan kerajaan yang memerintah membina pemerintahan berkualiti telah menyebabkan negara ini menghadapi masalah kebanjiran rakyat asing datang mencari rezeki.

Ada yang sanggup berdepan dengan risiko dikenakan tindakan undang-undang kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen yang sah. Walaupun ada di kalangan rakyat Malaysia yang berhijrah keluar, tetapi jumlahnya hanya boleh dibilang dengan jari.

Bak kata orang di mana ada gula maka di situlah semut berkerumun sehingga ada yang sanggup mati kerananya. Maknanya kepada rakyat asing, Malaysia dibawah kerajaan yang ada umpama gula yang mana masing-masing berebut-berebut untuk menikmati kemanisannya.

Tetapi oleh kerana rakyat negara ini selesa dan diselesakan oleh pelbagai kenikmatan, malah dimanjakan dengan tongkat dan subsidi, maka keselesaan yang dinikmati menjadi tidak begitu bernilai tinggi, apatah lagi untuk disyukuri.

Samalah seperti orang yang sentiasa sihat, ianya tidak akan dapat menikmati dengan erti kata sebenar nikmat rasa sihat, orang yang tidak pernah hidup dalam keadaan susah tidak akan benar-benar berjelira menikmati kesenangan sebagaimana nikmatnya orang yang sentiasa sakit tiba-tiba pulih dari sakit dan orang yang susah tiba-tiba menjadi senang.

Dengan kata lain jika PR menggunakan pendekatan Pas yakni penggunaan acuan, rangka dan kerangka Islamn tulen, maka ada kemungkinan majoriti rakyat negara ini akan menukar kerajaan

Tetapi jika usaha penukaran kerajaan dibuat menggunakan pendekatan Anwar Ibrahim, saya yakin majoriti rakyat akan tolak dan kerajaan yang ada akan dikekalkan, apatah lagi bagi merekla yang hafal hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan seandainya orang berkehendakkan sesuatu jawatan dilantik, ianya bukan sahaja akan menusahkan orang ramai tetapi akan menyusahkan diri orang yang dilantik itu sendiri.

Yang diharapkan oleh rakyat yang waras pemikirannya bukan untuk menukarkan nikmat dengan laknat, senang dengan susah, aman dengan kacau bilau dan sejahtera dengan jetaka.

Saya yakin bila TPM II ditawarkan kepada DAP, maka majoriti rakyat akan melihat bahawa ianya adalah suatu ciptaan malapetaka, terutama untuk umat Islam negara ini.

4 comments:

Orang Macang Gocoh said...

Mu ni Meli suko buka tempayan budu tengah kawan lalat. Entry mu ni boleh jadi buku balah Pas-PKR kalu mu nak tau gat. Baso kerenatmu nih Meli.

Soldek Qoresy Nasi said...

Jangan mudah murih ko Meli, acu semak hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dulu, betul hak Meli kata ada tu mugo ada sungguh atau Meli belawok.

Kalu ado gat, Meli bukannnya buka budu punya tempayan tengah lalat punya kawan tapi Meli kelebek mata pemimpin yang mengaku beragama Islam supaya jangan duduk jenera mampus dalam soal pemilihan pemimpin.

Anonymous said...

inilah yang dikatakan mengkhianati bangsa....tapi kadang-kadang bangsa sendiri tidak sedar atau mungkin tidak sedar diri...

Anonymous said...

Lo ni pun berbelas menteri & tim. menteri dari bangsa Cina yang UMNO dah lantik ... bahkan menteri2 ni berkuasa menetapkan dasar kerajaan & miliki kuasa eksekutif di setiap kementerian yang diketuai mereka.... selama 50 tahun banyak kepentingan bumiputera dah ditelan secara amalan bisnes AliBaba & rasuah oleh menteri2 bukan melayu ni ....

Jadi, apa masalah dengan cadangan TPM II dari orang bukan Melayu jika nak pastikan menteri2 dibawahnya tidak RASUAH, menyeleweng dari mandat rakyat, dasar negara atau perlembagaan....

Kalu boleh kita cadangkan ... Kalu PM dari Melayu PKR maka TPM I dari Muslim PAS, atau Jika PM dari Muslim PAS, TPM I dari Melayu PKR...

...jika UMNo pun ikut PR kita gilir PM dari samada melayu PAS, melayu PKR, melayu UMNO(tapi yang bukan spesis RASUAH la)... yang penting Melayu/Islam beriman, berilmu, berakhlak dan pemimpin krismatik berkualiti..... bukan kerana keturunan, kepuakan, kedaerahan, ...seperti diamalkan oleh UMNO/BN hari ini... amalan assobiyyah.. merosakkan ISLAM, KEADILAN dan DEMOKRASI....