Tuesday, June 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (741)

Masalah bekalan air boleh tumbangkan kerajaan

GARA-GARA anak lelaki saya yang diberi sticker 'Aduan Rakyat' terbitan TV3 yang diagih-agihkan sempena Jom Heboh di Kelantan baru-baru ini dan ditampal pada bahagian belakang kereta yang kerap saya gunakan untuk ke mana-mana, saya kerapkali dihampiri oleh orang awam untuk membuat aduan, rata-rata tentang masalah bekalan air yang dianggap kronik di Kelantan sekarang.

Ada sesetengahnya kenal saya sebagai pengamal media dan ketika awal penubuhan TV3 sehiggalah stesen tv swsata itu membuka cawangan pada peringkat negeri, saya yang ketika itu adalah Pemberita Daerah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) di Kota Bharu,, Kelantan adalah penulis skrip berita dan program-program majalah untuk jurukamera sambilan TV3 Kelantan. Mereka ingat kerja saya sekarang macam dulu juga.

Bila saya kata saya sudah tidak aktif lagi dalam bidang kemediaan arus perdana, dengan jurugambar sambilan TV3 Kelantan pun sejak tahun 1997 dulu lagi saya dah tidak lagi sedia skrip, kini saya hanya mengendalikan blog, di samping hanya sesekali menulis di akhbar dan majalah manakala penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan toleh syarikat saya pun sudah dihentikan, masing-masing tetap juga mahukan saya bantu lanjutkan tentang masalah mereka, disuruh saya tolong hubungi Karam Singh Walia atau pun Puspawati Ramloo.

Ertinya masalah bekalan air paip di Kelantan dalam keadaan benar-benar kronik dan memasalahkan rakyat selaku pengguna. Walaupun muncung paip keluar air macam lelaki kencing dedas, airnya tidak boleh digunakan untuk diminum kerana berkeladak. Orang Kelantan meminum air yang dibotolkan oleh pengusaha penghasilan dan pengedaran air mineral. Kena beli, bukannua percuma.

Perumahan Kastam Desa Ku Jib Panji dan kawasan sekitar adalah antara kawasan yang paling ketara, malah pergilah ke mana-mana sahaja di muka bumi Kelantan ini, kecuali bagi mereka yang menggunakan air sungai atau telaga, pasti akan ada rungutan tentang masalah bekalan air paip yang sangat kronik walaupun telaga-telaga punca air sudah digali dan peneraju kepimpinan Air Kelantan Sdn Bhd yang bertanggungjawab dalam pengurusan air telah bertukar ganti.

Kebanyakan penduduk bertindak mengorek lubang dan mengepam air dari perut bumi dan untuk tujuan itu mereka terpaksa berbelanja melebihi RM1,000 umntuk itu yang dikatakan mengikut peraturan, apa yang dilakukan adalah menyalahi undang-undang tetapi mereka tidak ada pilihan bagi memenuhi keperluan air.

Bil air dibayar, tapi untuk untuk diminum dan masak makanan, kena beli air botol. Bil elektrik juga melonjak kerana kuasa elektrik banyak digunakan untuk pam air. Untuk tujuan penjimatan terpaksalah korek lubang punca air sendiri selain dari ada memasang mesin penyedut pada batang paip Air Kelantan yang mengalami masalah tekanan rendah kronik.

Kononnya pembayaran bil air hanyalah untuk membantu mencergaskan operasi Air Keantan Sdn Bhd sedangkan faedah dari pembayaran bil itu tidak berbaloi. Pada saya penggalian telaga punca air dan langkah mengepam air bawah tanah yang dipraktikkan di Kelantan gagal dan tidak mencapai matlamat sebagaimana yang diteorikan oleh kalangan yang pakar walaupun telah melibatkan perbelanjaan yang sangat besar.

Saya sekeluarga sudah mengalami masalah muncung paipiu tidak keluar air dan air berkeladak ini sejak lebih 15 tahun tetapi tidak dihebohkan kerana menyangkakan ianya masalah batang paip sambungan kediaman saya. Bila rata-rata orang bercakap dan merungut tentangnya barulah saya sedar bahawa masalah bekalan air di Kelantan merangkumi kawasan yang luar dan menyusahkan sebilangan besar rakyat Kelantan.

Suatu ketika, tanpa ada autoriti dalam bidang keteknikalan, termasuk dalam soal pembekalan air, saya pernah cadangkan supaya pihak pengurusan air mendapat sumber air dari sungai Danau Toban, dekat kampung saya yang mempunyai ke dalaman ratusan meter. Sedut dan tapis dan wujudkan tangki transit. Rasanya kosnya lebih murah dan airnya kalau dipam bagi memenuhi keperlan seluruh Malaysia pun tidak akan menyebabkan sungai kering kerana pantang hujang lebat, air sungai akan melimpah dan penduduk kawasan sekitar akan mengalami banjir.

Sungai Danau Toban tidak sama dengan Sungai Kelantan dari sudut kedalam air dan kualitinya. Air sungai Danau Toban sentiasa jernih dan seumur hidup saya yang sudah menjangkau usia 54 tahun, airnya tidak penah keruh. Cadangan itu dibuat sebelum keputusan menggali telaga dapatkan punca air bawah tanah dibuat dan waktu itu saya masih bekerja di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan tetapi nampaknya cadangan itu tidak pernah menarik kecenderungan pihak berkaitan untuk membuat kajian tentang kemungkinan ada lojiknya cadangan saya itu.

Sebenarnya belum terlambat untuk pihak berkaitan dalam pembekalan air di Kelantan mengubah strategi dalam mendapatkan punca air yang lebih praktikal daripada membuang masa dan kos mencari punca kelemahan ekoran dari percubaan mendapatklan bekalan air bawah tanah dengan menggali telaga-telaga gergasi sedangkan rakyat sebagai pengguna terpaksa terus menghadapi masalah bekalan air yang kronik.

Jangan terkejut kalau kerana masalah air yang sedang membebani rakyat sekarang boleh menyebabkan Kerajaan Kelantan yang ada dalam sekarang boleh tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

15 comments:

Anonymous said...

Kawe raso kalu John baco ulase abe Meli ni, John aken salohke kerajaan Pusat...walaupun hak utk tadbir air dan galian dibawah kerajaan negeri...
nasihat ambo ko John, keno tengok jugok situasi..bukenya semuo puok PASDAP tu betul belako....ko guano..he he he

john said...

"Kawe raso kalu John baco ulase abe Meli ni, John aken salohke kerajaan Pusat...walaupun hak utk tadbir air dan galian dibawah kerajaan negeri..."
TAHU TAKPO.....TIMO KASIH TULONG JJELAS PANDANGAE AMBO..TOK KENO ULAS DOH LO NI ORE SET2 UMNO-APKO PEHE DOH TUH...

Anonymous said...

ha ha ha..meme betul ambo teko..ambo nok pese ko John, pese ko bini dan woris, supayo seksok kalu john mati, tolong masuk sekali dale kain kapan bendero PAS, denga Kad Ahli PASDAP, dok pung borang keahlian PASDAP cawangan mano...ko guano???he he he

john said...

"ha ha ha..meme betul ambo teko..ambo nok pese ko John, pese ko bini dan woris, supayo seksok kalu john mati, tolong masuk sekali dale kain kapan bendero PAS, denga Kad Ahli PASDAP, dok pung borang keahlian PASDAP cawangan mano...ko guano???he he he"
BERRES..ATAH DEMO BELAKO..AMBO BULEH BLAKO..GAPO LAGI?..ADO SO KOMEN LAGIH AMBO BULEH RESPON...JANGE BALUT NGA DDERO UMNO-APKO SUDOH EH..HAHAHAHA

Anonymous said...

Bo la wei..
John abis modal...nk jual tak laku doh...ambo mnta ulas kenyataan TGNA ttg judi, dale posting abe Li hok dulu pun tak ulas2...abis doh tu...ngaku la John!

ALIM KUCING said...

RENUNGAN <><><><><>
"....Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara baik" - Ali 'Imran:143.

***********************************

"Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredhaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" - Al-Nisa':114

***********************************

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: sesungguhnya aku ialah dalam kalangan Muslimin!. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat.
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat" - Fussilat: 33-35.

***********************************

"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala pekara): sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" - Al-Hujurat: 9-10.

***********************************

Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" - Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani.

AMBO SALIN SEMULA HOK ABE LI CATAT PADA RUANGAN RENUNGAN BLOG DIA, SEMUGA BOLEH DIJADIKAN RENUNGAN DALAM KITA BERBAHAS DAN BERTELAGAH YANG PERLU DIAMBIL KIRA BOLEH DAN TIDAK BOLEHNYA.

ALIM KUCING said...

Ambos rasa Abe Li ada hadis tentang tanggungjawab kerajaan yang kena menyediakan kemudahan asas seperti padang ragut, api dan AIR.

Memandangkan masalah air sekarang ini memasalahi rakyat Kelantan di mana-mana, maknanya kerajaan yang ada gagal sediakan dengan sempurnanya antara kemudahan wajib sedia.

Kenapa ini berlaku? Jawabnya kerana semuanya terlalu berpolitiking, banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk menyempurnakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai sebuah kerajaan digunakan UNTUK BERPOLITIK, bukannya hanya berpolitik dalam edah pilihanraya sebagaimana yang sepatutnya.

Bila ada tegura dan cadangan dibuat akan dilihat dengan mata politik, akan dinilai tentang untung ruginya dari sudut politik, padahnya semnuanya jadi TAIK, banyak cakap dari buat, banyak janji tapi tidak DITEPATI.

ALIM KUCING said...

Nak tambah sikit lagi.....

BANYAK TORI TETAPI TIDAK BERKULAITI, BANYAK PERANCANGAN DAN PELAN PELAKSANAAN OLEH PAKAR-PAKAR YANG KONONNYA MENGAJI TINGGI TETAPI TIDAK MENJADI, BILA PELAN PELAKSANAAN SESUATU PROJEK AKAN DIFIKIRKAN PEMBOCORAN DAN PENTIRISAN DI SANA-SINI, KENA ADA APA YANG SEPATUTNYA MASUK DALAM GUNI SENGAJA DITUMPAHKAN DI LUAR GUNI UNTUK NANTINYA DIMASUKKAN KE DALAM KOCEK SENDIRI.

Anonymous said...

Ambo pun nok buei cadengae jugok la..

DUIT ROYALTI MINYAK KELANTAN yang dijenamakan WANG EHSAN KERAJAAN PUSAT tuu.. bolehlah digunakan untuk baiki sistem bekalan air untuk seluruh rakyat Kelantan ni... jagae dok kemut ko puok2 mulut buoya nasional yang do kedarah ... tok kira halal-haram tu..

Jangae pulak DUIT ROYALTI (ditukar nama WANG EHSAN oleh Awang Adek) digunakan untuk wat jjudi bola sudah la...... hehehe.....

Nak tambah sikit... jangae la subsidi beras, gula & minyak dihapuskan tapi subsidi kepada syarikat2 UMNO, kroni2 pemimpna2 UMNO/BN ditambah lagi... sebab .. dulu masa PokLoh..anak, menantu PM cepat kaya, sekarang masa Najib.. adik, kroni bini PM cepat kaya pulak... hahahaha ...

wan said...

Macan ni TGNA nak memerintah macan mana kalau masaalah asas rakyat spt air tak selesai.. asyik dok ceramah aje tak jadi.. tengok kalifah Islam dulu masa memerintah semua infrastruktur bagus.. demo bukan saja dok ceremah tapi buat keje..

Anonymous said...

Jangan bimbang. Nama John dah ada senarai dalam Syurga. Itu janji Tok Guru dia. Tok Guru dia kata sesiapa yang sokong PAS akan masuk Syurga. Cuma tak tahu Syurga mana yang Tok Guru dia janjikan. Cuma nak tanya John, Khalifah Guan Eng Al-Umar Abd. Aziz termasuk dalam senarai ke ?. kalu dia tak sir balut dengan bendera UMNO pun tak apa sebabnya bendera roket ada. dan regu diapun dah ada jgk dah. Berbahagialah John dengan Syurga yang diidamkan melalui janji Tok Guru dia.

Anonymous said...

Ini hak Joostspring minta dengan John dulu tapi tak tertunai lagi.


john...

bleh tak mu we nama kitab hok org mitak tu..

jgn duk pusing cerita gak???

hebat demo joh..hebat..

May 28, 2010 12:44 AM

Ulasan :

Ambo minta Ustaz John jumpa dengan Tok Guru hak jong tentukan Syurga / Neraka seseorang itu dan tanya kitab rujukan gapa hak berkaitan dengan isu yang disebut tu. Tolong maklum dalam blog Melikapakjangak ni supaya kita ramai-ramai pakat gi beli. jangan lepas tangan mcm orang tak berilmu dan tak ngaji. Sepatutnya John tanya lah dengan tok guru dia (kitab mana hak tok guru dia pakai) kalu betul dia ngaji nga Tok guru dia tu. Ambo berguru dengan Tok Guru lain yang tak sama dengan Tok Guru John. Hairan ambo ! dia minta ambo pulak gi tanya Tok Guru dia macam lah ambo ngaji dengan Tok Guru dia. Jangan banyak dalih lah John. Sebagai anak murid yang setia, dia yang sepatutnya tanya.Ambo tunggu nama kitab hak John ttanya nga Tok Guru Mursyid hak serba tahu dan serba penghukum itu. Jazakallah.

Unknown said...

Sebenar nya rakyat kelantan ni saba
r sangat,memang lah kerajaan pas
kurang keriatif dlm pembangunan.ki
ta mesti membezakan di antara edio
logi dgn pembangunan,kalau kita keritik tentang pembangunan jangan
ashik dok buat alasan2 akhir rakya
t jemu dgn kerajaan. contoh nya di pasir mas
1- air kuning dan terputus pula tu
2- pasar, seolah2 kita hidop di bangladish.
3- lintasan kereta api dah 4 th blom siap2.
5- perparitan stiap kali hujan akan berlaku banjir terutama di kg
dangar. tulah saja contoh nya.begitu juga dgn ahli perliman
datok paduka ibrahim ali nak jadi
hero malaysia tapi tempat sendiri
tak pandai utk jaga.

Anonymous said...

untuk makluman kepada juak2 UMNO yang taksub tu...

macamana nok buat pembangunan infrastruktur & ekonomi? jika ... semua cukai2 pendapatan, kastam, roadtax, dll... karajaan pusat kutip, royalti pusat galas, ... bila agih kekayaan hasil mahsul yang negeri tertentu saja di utamakan... diskriminasi peruntukan, projek ketara sekali... kelantan dapatlah duit ehsan tu pun bukan diagih kepada kerajaan negari.. takut kontraktor UMNO tak dapat.... komisen untuk Ketua2 bahagian UMNO susah masyuk...? Sama berlaku di kaw. projek2 Felda,Felcra, Kesedar, KADA, RISDA, .. yang terlibat dengan politik UMNO, .. tak berapa nak berjaya berbanding input peruntukan yang besar kerana budaya "kekah duit rakyat"! Bukan nak fikir tentang kebajikan rakyat, tapi nak jaga periuk nasi ketua2 & puak2 UMNO saja...

Juak2 fanatik UMNO jugak tak "kaba" kurap panau penuh ditubuh dia, hok mereka nampok kurap orang lain saja....

puok2kito said...

anon June 4, 2010 5:56 AM

Demo ni silap kecek.. pitih dok bayar bule bule ko kelantan water tu gapo.. tokker dok sumbat dale pokek nga gaji jah.. Demo tahu dok bukok paip lonih serr bunyi angin jah .. meter jale tapi air dok tubik. bil bule bule cecah 15~20 ringgit tapi air hok dapat brapo gelen jah.. hok keladok toksoh royak la. Ore dok halal kijoe lagu tuh.. make pitih gitu haram.. toksoh dok sabik hal pusat gapo la .. lonih puok puok kito kena selsai masalh ni dulu sebab kito merintoh.. selangor dio bulih selesai caro dio(skure-kure buwi air free biar keladok pom).. tapi kelate sejak 20 tahun merintoh masalah ni dok selesa-selesa.. ni sikit sikit alik kerajae pusat..hok saloh kito kena tegur jugok weii nya tok halal demo dunio akhirat kalu dok nipu. Jange dok alik cramoh jah pok pok kito nih sedar ko diri etek.. pah nok suh ore sokong.. rakyat dok ajin caro. pitih peruntukan dun dok ajin sapa.. wokil rakyat ni krijoe dio caro ko rakyat buke dok caro ko politik jah.. ari ari dok ngato ko ore pahtu kelik dumoh tido esok lagu tu pulok.. lamo gak gi keda kopi ANA poso ari nih mapuhla lagu tuh gak..turun jengok etek ore kapung tanyo kaba air-air lagu mano kito nih.. Cikgu kalu kijo ngaja budok budok dio ngaja jah.. buke gi skoloh dok caro ko lagu lain.. wokil rakyat pom kena supo lah.. jange dok makegaji buto. Haram tau dok... kito sedap kecek ore tu hare ore nih hare hok tuboh kito sdiri dok napok...