Tuesday, June 8, 2010

MUNCUL KEMBALI (743)

Bukan jangan tunduk, tetapi kena tundukkan peruncit pemboikot

SEBAGAI pengguna, seluruh rakyat negara ini yang mukallaf dan waras kena bersetuju dengan permintaan Persatuan Peerlindungan Pengguna Malaysia (PPPIM) supaya kerajaan tidak tunduk dengan desakan peruncit yang merancang memboikot barangan kawalan seperti gula, tepung, minyak masak dan gandum, bermula Selesa depan.


Bagi saya desakan boikot peruncit bukan sekadar boikot, sebaliknya bersifat menggugut dan mencabar peruntukkan kuasa, kewibawaan, hemah, pretasi dan reputasi kerajaan, terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Justeru kerajaan bukan sahaja tidak boleh tunduk kepada desakan, ugutan, cabaran dan hasrat/niat peruncit mahu bergaduh dengan kerajaan dalam kes barangan kawalan, sebaliknya kerajaan, khususnya KPDNKK dan agensi dibawahnya kena menundukkan peruncit pemboikot tanpa perlu kompromi.

Pada pendapat saya sudah sampai masanya untuk pihak kerajaan mengendalikan secara langsung pengimportan gula, tepung gandum, minyak masak dan pelbagai barangan keperluan yang lain dan melantik koperasi tentera (PERNAMA) sebagai pusat transit induk pengagihan barangan kawalan negara.

Sama ada untuk bekalan ke stesen-stesen minyak, pasar tani, pasar malam, pasar raya atau kedai 24 jam, biarlah PERNAMA yang uruskan, sekaligus membuat pemantaun, di samping ianya disalurkan kepada koperasi RISDA, koperasi FELCRA, KOHILAL dan koperasi-koperasi lain yang seumpama dengannya.

Kenapa PERNAMA sebagai pusat transit induk? Jawabnya kerana ianya koperasi tentera yang pastinya mempunyai displin ketenteraan di samping ada kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat kerajaan dan negara.

Dalam keadaan negara aman sekarang, dengan menggunakan kenderaan tentera, barangkali pengagihan, yakni jualan secara langsung pelbagai barangan keperluan ke kawasan-kawasan perumahan, perkampungan, malah juga di kawasan-kawasan pedalaman boleh dilakukan.

Dalam pada itu patut digalakkan kewujudan koperasi desa pada setiap kampung dan desa bagi dijadikan sebagai pusat transit penjualan barang-barang keperluan pada peringkat kampung.


Dengan cara itu secara tidak langsung hasil keuntungan koperasi akan dapat dinikmati oleh masyarakat setempat sebagai ahli koperasi di samping mereka tidak akan berdepan dengan masalah mendapatkan barang keperluan kerana tidak mungkin akan wujud perbuatan menyorot barangan yang pembekalan dan pengagihan dipantau.

Jika cara sedemikian dipraktikkan, bukan sahaja para peruncit tidak perlu biokot, malah kewujudan peruncit itu sendiri menjadi tidak perlu dan tidak memberi sebarang guna serta tidak memberi sebarang fungsi kepada rakyat dan negara ini.

Tidak perlu difikirkan nasib peruncit atau pemborong kerana selama ini mereka tidak pernah fikirkan pun tentang masalah yang dihadapi oleh kerajaan dan rakyat yang terpaksa menanggung susah kerana kerenah mereka yang lebih utamakan kepentingan keuntungan tanpa memikirkan walaupu sekelumit tentang kepentingan rakyat dan negara,

1 comment:

Pengguna Terguna said...

Kalau peruncit agas, kerajaan patut kena seribu kali lebh agas, kalu peruncit acu naok sikih, kerajaan patut terus bagi penipah.