Tuesday, June 8, 2010

MUNCUL KEMBALI (744) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Melihat keterbukaan Pas pada Muktamar Tahunan Ke-56

PARTI Islam Se Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 24 November 1951 dan kelulusan pendaftarannya dibuat oleh pegawai pendaftaran pertubuhan beragama Hindu, bermuktamar tahunan untuk kali ke-56nya pada 9, 10, 11, 12 dan 13 Jun, bertempat di Kota Bharu, Kelantan.


Dilahirkan di Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyyah, Butterworth, sekolah yang mana ketika itu Haji Ahmad Badawi Ahmad Fahim adalah selaku Mudir di samping merupakan pengasas sekolah berkenaan, sekali gus antara pengasas Pas, adalah merupakan ayanda kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi: Pas lebih menampakkan kehebatannya di Kelantan.

Sebelum kembali kepada Pas semula pada penghujung tahun 1990, Kelantan yang sebelumnya diperintah oleh Pas selama 18 tahun telah jatuh ke tangan Umno/BN pada tahun 1978 hingga 1990. Sejarah politik negara memperlihatkan betapa ketika Pas tidak ada pasaran di negeri-negeri lain, ianya tetap laku di Kelantan.

Maka tidak hairanlah apabila Kelantan pada masa dulu, sekarang dan selamanya dilihat sebagai kubu kuat Pas walaupun parti itu dilahir dan didaftarkan kelahirannya di Pulau Pinang yang kini dikuasai DAP, rakan kongsi Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Berbanding dengan di negeri-negeri lain, Pas Kelantan mempunyai lebih banyak kemudahan termasuk bangunan besar dan gah yang sesuai untuk diadakan persidangan atau muktamar, maka wajarlah kalau muktamar diadakan di Kelantan.

Namun entah secara kebetulan atau sengaja dirancang oleh kalangan tertentu, nampaknya sempena muktamar kali ini yang diadakan di Kelantan, muncul dua isu besar yang penulis yakin mahu tidak mahu akan dibangkitkan oleh perwakilan dalam muktamar nanti.

Isu yang dimaksudkan ialah Kelantan yang didakwa sebagai lubuk GRO dan isu Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) yang mempunyai 20,000 pelabur , dikatakan menanggung kerugian RM45 juta.

Isu GRO yang telah membabitkan penangkapan seramai 76 GRO di Kelantan oleh Imigresen Kelantan sejak bulan Januari membabitkan imej dan reputasi Kerajaan Kelantan berslogankan Membangun Bersama Islam manakala isu KOHILAL pula membabitkan Pas Pusat.

Sesuai dengan imejnya dan landasan perjuangannya yang kononnya berteras-tunjangkan Islam, masalah GRO, kes buang bayi dan pelbagai lagi perlakuan maksiat sepatutnya hanya menjadi kes terpinggir dan terpencil di Kelantan, amat tidak wajar Kelantan menjadi leader bagi kes-kes seperti itu.

Demikian juga kes kerugian atau sebarang penyelwengan yang membabitkan kerugian puluhan juta ringgit dalam KOHILAL, ianya tidak boleh berlaku supaya Pas berbeza dengan Umno yang serba cemar dan najis mughalazzah pada mata Pas dalam pengurusan kewangan dan kebendaan di samping jahil dalam hal-hal keagamaan.

Sama-samalah kita lihat keterbukaan Pas dalam memperhabas dan menangani isu-isu berkenaan sempena muktamar tahunan ke-56 yang akan berlangsung selama lima hari.

Pasti segala hujjah para perwakilan dan pimpinan akan dinilai oleh umum dari sudut kualiti, keterbukaan dan ketelusan Pas dalam menghadapi dan menangani isu yang melandanya supaya Pas tidak akan dilabel sebagai BIKIN TAK SERUPA CAKAP atau MENGATA DULANG PAKU SERPIH.

16 comments:

john said...

Nok tanyo...

pasal keda pelaye ko..keda minum air ko hok ado pelaye seksi2 ni..sapo dio hok ado kuaso untuk menangkap samoado pelayae seksi tu ko, pelayae@gro wargo asing ko?..tuae kedai ko?..agok2 set2 ore kapung kalu buat tindakan sendiri buleh dok dale usaho nok banteras gejalo nih? takut2 lamo2 dok igat ore kokser dengan tok tahu punco kuaso lamokae behae saman tok tentu pasal.

yo la nok harap ko imigresen, ko polis ko..demo2 ni ado prosedur dio..mungkin ambik maso..kalu adu saloh laku srupo GRO ni buleh wak tindakan slalu ambo raso masaloh ni smeta jah buleh selesai (majoriti ore kelate tok ser termasuk umno jugok kacawoli hok jahil2 jah). kalu wak dale kawasan MPKB tak dok masaloh buleh ambush dengan kuaso hok ado..ni hok buat kawasan2 terpencil pah tu buke isle pulok..nok jelas situ jah ambo..ko ado sapo2 sini biso bab2 perundangan ginih...

Samad Kuchelong said...

Mugo ni ada di Jalan Zainal Abidin Kota Bharu. Try John g jjalan teh. Hak ada kedai cermin gelap dan ada orang dok ccacan jago yo lo la. Tu dalam kawasan MPKB.

Berapo kali serebu berapa kali igat doh, yang peliknya kedai tu masih dibenarkan operasi, mula ada asrama budok-budok ttina sebelah tu, llono tak tau asrama tu guno lagi ko tidak, kawe jarang gi kota bharu lloni.

kakiku said...

meli tulis :"Isu yang dimaksudkan ialah Kelantan yang didakwa sebagai lubuk GRO dan isu Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) yang mempunyai 20,000 pelabur , dikatakan menanggung kerugian RM45 juta".

weeeeeek! nak muntah,
meli! meli! meli!
dengar sini,
jange buat-buat tuli,
kita penulis jgn boleh dijual beli,
sama taraf dgn kambing biri!

weeeeeek! nak ketuk,
kita kena tahu batas sempadan,
kerajaan negeri dgn persekutuan,
GRO lintas sempadan,
mari kita fikir biar ke depan,
Thailand sempadan dgn Kelantan,
Kelantan hanya tempat perhentian,
sebelum cari make di seremban,
KL, ipoh, johor tempat tujuan,
76 GRO tiada niat nak ke Kelantan,
cuma jahat tuduhan Barisan.

weeeeeek! nak muntah,
meli! oh meli!,
bakpa mu jadi gini!,
GRO tina cari make,
buat kerja di kelab male,
kelab male tak ada di kelate,
kalu ada juga tu hak hare,
wajib atas org isle,
cegah maksiat lawan sete,
yg aku duduk here,
demo pula duk ejek ke ore,
tolong ingatke tuhe,
umur demo buke nya panje,
kalu nak mati jgn dale barise.

weeeeeek! nak muntah,
Kohilal!
meli! meli!,
kapak demo naik karat,
tolong baca malaysiakini,
kenyataan telah dikeluarkan.
tiada penyelewengan,
tiada penipuan,
tambahan pula,
buke PAS jagi tauke,
cuma ahli PAS yg main sehe,
tahi ore jgn lesek ke ore lain.

weeeeeek! nak muntah,
nasib menimpa demo duk bawah ketiak ore Barise.

Orang Pas Pengkalan Chepa said...

Abe Meli tentu ketawa besar baca komen KAKIKU. Lagu tu 'lah Abe Meli orang yang ditarbiyyah oleh Pas. Ambo rasa inilah yang Abe Meli sebut MEMERBAHALAKAN sesama manusia, ambo nak tambah MEMERBAHALAKAN Pas.

Hak pimpinan Pas kata, segala program Pas buat betul belako, bukan hak Pas semuanya tak betul.

Makhluk di langit dan di bumi pasti dapat buat kesimpulan bahawa yang tidak betulnya, yang ssumbat dan kuran seganya adalah kepala KAKIKU dan kalangan yang spesis dengannya.

Pas, negara dan bangsa tidak ada sebarang laba memiliki manusia jenis lagu ni.

Orang Pas Pengkalan Chepa said...

Abe Meli tentu ketawa besar baca komen KAKIKU. Lagu tu 'lah Abe Meli orang yang ditarbiyyah oleh Pas. Ambo rasa inilah yang Abe Meli sebut MEMERBAHALAKAN sesama manusia, ambo nak tambah MEMERBAHALAKAN Pas.

Hak pimpinan Pas kata, segala program Pas buat betul belako, bukan hak Pas semuanya tak betul.

Makhluk di langit dan di bumi pasti dapat buat kesimpulan bahawa yang tidak betulnya, yang ssumbat dan kuran seganya adalah kepala KAKIKU dan kalangan yang spesis dengannya.

Pas, negara dan bangsa tidak ada sebarang laba memiliki manusia jenis lagu ni.

Samad Kuchelong said...

Kakiku acu try gi tengok Jalan Zainal Abidin tu, sebelah kedai jual komputer tu, yang cermin gelap tu, try masuk ada mugo begapo ddale. Kedai tu buka awal malam sampai pagi, tengahari tutup.

Jange nak tegak benang basah gat, sesama manusia boleh la nak tipu tetapi Allah tak mungkin tertipu.

Ku Ching bin Ku Rap said...

Kakiku Tulis.....

kapak demo naik karat,
tolong baca malaysiakini,
kenyataan telah dikeluarkan.
tiada penyelewengan,
tiada penipuan,
tambahan pula,
buke PAS jagi tauke,
cuma ahli PAS yg main sehe,
tahi ore jgn lesek ke ore lain.

weeeeeek! nak muntah,
nasib menimpa demo duk bawah ketiak ore Barise

MALAYSIAKINI JADI RUJUKAN? BERAT. ORANG RUJUK AL-QURAN DAN HADIS, DEMO RUJUK MALAYSIAKINI.TOK GURU DAN TOK ALIM MANA YANG KENDALIKAN MALAYSIAKINI? AMBO RASO ORANG MALAYSIAKINI NAK BACO JAWI PUN TOK GHETI. MUGO LAGU NI BUAT RUJUKKAN.

KALU TOK SILAP FIRASAT AMBO, TIGA HARI LAGI KAKIKU AKAN MENGALAMI PENYAKIT MUNTAH KUNING DAN BERAK TIDAK BERENTI. KO GUANO ABE MELI.

Anonymous said...

kakiku...kakiku..
konon org seni nak tunjuk bakat,
tapi tulis bare tak tepat,
otok lemoh pikir kok jahat,
hilang ilmiah hilang makrifat
dicelah ppioh ilmu tersekat,
kerana taksub akal terlipat...

natijah terima ilmu yg salah,
hasil didikan org tak habis skoloh
habih umat dok terimo susoh..
hari-hari dok ajok ggocoh
pah...kalu lagu ni ado ko paedoh?

perjuangkan parti lebih dari agamo,
Saudara seislam dicaci dihino
Di ajak bersatu ditolok muno-muno,
relo pakat ngan keling ngan cino
tak tau ambik hadith mari mmano
sapa bilo puok demo nak jadi bengo!

kakiku said...

kah kah kah!
weeeeeek! nak muntah!
meli! oh meli! geng gong mu,
ku ching bin ku rap kata :
"MALAYSIAKINI JADI RUJUKAN? BERAT. ORANG RUJUK AL-QURAN DAN HADIS, DEMO RUJUK MALAYSIAKINI.TOK GURU DAN TOK ALIM MANA YANG KENDALIKAN MALAYSIAKINI? AMBO RASO ORANG MALAYSIAKINI NAK BACO JAWI PUN TOK GHETI. MUGO LAGU NI BUAT RUJUKKAN".

kah kah kah!
fikir dgn kepala otak,
jgn guna kepala lutut,
nak rujuk kes kohilal,
dalam qur'an dale hadis?,
Surah gapa we?,
ayat berapa we?!
kalu tak cerdik tak sah japuk.
weeeeeeeeek! nak terberak!

kah kah kah!
Samad Kuchelong said :
"Kakiku acu try gi tengok Jalan Zainal Abidin tu, sebelah kedai jual komputer tu, yang cermin gelap tu".

tak payah menyuruh,
tak payah mengarah,
kalau mungkar disitu depan mata,
kena cegah dgn kuasa,
lemah tiada kuasa ditangan, laporkan sahaja ke MPKB,
kalau tidak dilayan pakai,
tulis internet kita hebohkan.

kah kah kah!
tadak nama nak japuk :
"perjuangkan parti lebih dari agamo,
Saudara seislam dicaci dihino
Di ajak bersatu ditolok muno-muno,
relo pakat ngan keling ngan cino
tak tau ambik hadith mari mmano"

kawe jawab,
tak sah duk wat supa ore tongo,
tak ingat ke jahat puak demo,
ore PAS hari-hari kena hino,
supa manusia tak harga mano,
lebih dari india dan cino,
jange mudah lupa ore umno,


lama sudah ore PAS dihino,

Ku Ching bin Ku Rap said...

kah kah kah!
fikir dgn kepala otak,
jgn guna kepala lutut,
nak rujuk kes kohilal,
dalam qur'an dale hadis?,
Surah gapa we?,
ayat berapa we?!
kalu tak cerdik tak sah japuk.
weeeeeeeeek! nak terberak!

MEMANG JENIS TAK MENGAJI AGAMA, BERLAGAK PANDAI. JENIS SPESI MANUSIA JENIS NI 'LAH JADI PENTAKSUB SEHINGGA SANGGUP MEMBERBAHALAKAN SESAMA MNUSIA DAN POLITIK KEPARTIAN DALAM PAS.

DEBEK-DEBEK KAWE PUN ADA MA DARI AL-AZHAR UNIVERSITI JUGA UDOH-UDOH, LLONI KIRA PEMBERI KULIAH DI MASJID-MASJID JUGOK.

NAK GHOYAT WI KP DEMO, KERANA KOHILAL DIURUS-TADBIR TAK IKUT APA YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN DAN HADISLAH MAKA JADI BERKUCA-HAYA.

KAWE PUN ADA SAAM SIKIT SEBANYAK. BUNYI KABA BINI TOK GURU PUN KENA TIPU SAMPAI 20 RIBU OLEH KOHILAL, KES PROJEK BURUNG UNTA DI AUSTALIA. BAKPO PITIH GI DOK TOHOK DI AUSTRALIA, BUMI KELANTAN, TERUTAMA KOTA BHARU DOK BUWI KO CHINA. BASO BENGO.

YANG DEMO RASA KES KOHILAL TOKLEH NAK RUJUK AL-QURAN DAN HADIS, TETAPI BOLEH YAKIN PAS PARTI TU ISLAM, PARTI YANG SELARI DENGAN AL-QURAN DAN HADIS TU, ADA KE DALAM AL-QURAN DAN HADIS DISEBUT TENTANG PAS?. RATAN NI KENA MENGAJI. TOKLEH PAKAI SEDAP NAK BERHUJAH BOLEH PUNAH AKIDAH.

KAWE CARI FAKTA HAK ABR MELI TULIS PENDAFTARAN PAS DILULUSKAN OLEH PEGAWAI PENDAFTARAN BERAGAMA HINDU, KAWE KHUATIR ABE MELI SENGAJA NAK FITNAH PAS.

PARTI ISLAM DILULUSKAN PENDAFTARAN OLEH PEGAWAI PENDAFTARAN BERAGAMA HINDU, MACAM MANA BOLEH JADI PARTI ISLAM SENGOTI. BAGI KAWE HOK MENGAJI AGAMA, KES NI BERAT.

FAKTA ITU BETUL. ADA TERKANDUNG DALAM BUKU TULISAN MOHD. AMIN YAAKOB TENTANG SEJARAH PAS. ABE MELI TAK FITNAH PAS, BARANGKALI BANYAK ORANG PAS TAK TAU TENTANG ITU. MAKNANYA ABE MELI BANYAK TAU TENTANG PAS.

KAKIKU KENAL KO TIDAK SIAPA ITU MOHD. AMIN YAAKOB?

Tok Siak Masjid Kampung said...

Guano gamok KAKIKU? Demo Ph D dalam bidang pengajian dari U mano? UK (Ulu Kelantan), UT (Ulu Terengganu), UP (Ulu Perak). US (Ulu Selangor, UGM (Ulu Gobek Mokwo) atau UKJ (Ulu Kapak Jangak)?

Demo Hafal ko 6,236 keseluruhan ayat al-Quran, 4780 ayat-ayat Makiyah dan 1,456 ayat Madaniyyah. Ko demo jenis puak hak dok kata ayat Quran ada 6,666 ayat, lebih sebanyak 430 ayat lagi dari kandungan ayat al-Quran sebenar. Bokali demo guna ayat hak 430 tu hok tambah sediri jadi 6,666 ayat walhal 4780 + 1,456 = 6236, bukannya 6,666.

Mengaji kena habis, jangan dok pakai agak-agak atau ikut trend jah. Kawe ambik perangkaan tentant ayat al-Quran tu dari tulisan Abe Meli. Bila kawe sejarah al-Quran dalam al-Quran dan Terjemahan hadiah dari Khadim al-Haramin asy Syarifain (Pelayan Kedua Tanah Suci) Raja Hahd ibn 'Abd al'Aziz Al Saud.

Tok Siak Masjid Kampung said...

PEMBETULNAN!!!!!!!!!!!!!

...Mengaji kena habis, jangan dok pakai agak-agak atau ikut trend jah. Kawe ambik perangkaan tentant ayat al-Quran tu dari tulisan Abe Meli. Bila kawe sejarah al-Quran dalam al-Quran dan Terjemahan hadiah dari Khadim al-Haramin asy Syarifain (Pelayan Kedua Tanah Suci) Raja Hahd ibn 'Abd al'Aziz Al Saud....

BACA......
Mengaji kena habis, jangan dok pakai agak-agak atau ikut trend jah. Kawe ambik perangkaan tentanG ayat al-Quran tu dari tulisan Abe Meli.

Bila kawe semak sejarah naskah al-al-Quran dan Terjemahan hadiah dari Khadim al-Haramin asy Syarifain (Pelayan Kedua Tanah Suci) Raja Hahd ibn 'Abd al'Aziz Al Saud, fakta itu betul.

Maknanya sebelum tulis sesuatu, Abe Meli buat kajian. Sebelumnya kawe pun anggap ayat Quran berjumlah 6,666 ayat juga.

Anonymous said...

Orang Pas Pengkalan Chepa said...
Abe Meli tentu ketawa besar baca komen KAKIKU. Lagu tu 'lah Abe Meli orang yang ditarbiyyah oleh Pas. Ambo rasa inilah yang Abe Meli sebut MEMERBAHALAKAN sesama manusia, ambo nak tambah MEMERBAHALAKAN Pas.

hehehe... AMBO 50 TAHUN DOK BERHALAKAN PEMIMPIN2 UMNO SEKULAR SAJA..... PAS TAK MAIN LA, SEBAB ADO JUGOK JAWATE, PROJEK, FULUS ADA MASYUK..

Ku Ching bin Ku Rap said..
MALAYSIAKINI JADI RUJUKAN? BERAT. ORANG RUJUK AL-QURAN DAN HADIS, DEMO RUJUK MALAYSIAKINI.TOK GURU DAN TOK ALIM MANA YANG KENDALIKAN MALAYSIAKINI? AMBO RASO ORANG MALAYSIAKINI NAK BACO JAWI PUN TOK GHETI. MUGO LAGU NI BUAT RUJUKKAN.

hehehe... AMBO PUAK2 UMNO, BUAT RUJUKAN KEPADA SUMBER SOHIH DARI UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, RTM, TV3... SAJA... QURAN & HADIS TU BUAT FORUM ATAU MUSABAQAH BOLEH LA.. NAK BUAT PERLEMBAGAAN NEGARA/ NEGERI TAKLIH SEBAB TOK GURU KAWE APCO NASIHATKAN TAKUT PERTUMBUHAN EKONOMI TAK CAPAI 6.1% DAN BANYAK PUSAT JUDI KENA TUTUP .... MULOH TOK NOAH DULU TOKEY GENTING HILAND, CUCU DIO TOK NAJIB PUN HALALKAN JUDI SUKAN ... BAKA TOK JJURUH...... MACAM JUGOK BAKA TOK GGAWA ALI JUGOK... KAKI KUCAR, .. MULOH TOK GURU WAN MAT KG. JAL PUN TOK GGAWA ALI LAWE JUGOK DULU2...

Tok Siak Masjid Kampung said...
Guano gamok KAKIKU? Demo Ph D dalam bidang pengajian dari U mano? UK (Ulu Kelantan), UT (Ulu Terengganu), UP (Ulu Perak). US (Ulu Selangor, UGM (Ulu Gobek Mokwo) atau UKJ (Ulu Kapak Jangak)?

hehehe... demo tok siak masjid kampong tu ngaji tinggi sangat bokali.. lebih tinggi dari Azazil... lama2 dok ampu puok2 UMNO yang tolak hukum hakam asas Islam kerana yakin dengan teori sekular.......... AMBO YANG BODO JAHIL TOK NGAJI TINGGI NI YAKIN DENGAN ISLAM DAN PANGKAH PAS SOKMO.. TAK TERGAMAK NOK PANGKAH UMNO, BN,... KERNA ZAID IBRAHIM YANG MENGUCAP SYAHADAH PERNAH MINUM ARAK... LEBIH BAIK ... DARI WAKIL UMNO/BN, KAMALANATHAN K. SELANGOR YANG PENYEMBAH BERHALA BATU CAVES TU.... TAPI AJARAN UMNO TU.. SERBA BOLEH.. HALAL-HARAM... TAK KIRA...

kakiku said...

kah kah kah!
malah duk laye,
tapi kecek dgn ore gong,
sedap juga sekali sekala,
ore gong kata :
"DEBEK-DEBEK KAWE PUN ADA MA DARI AL-AZHAR UNIVERSITI JUGA UDOH-UDOH, LLONI KIRA PEMBERI KULIAH DI MASJID-MASJID JUGOK".
weeeeeek! nak muntah,
azhar? azhaaaaaaaaaaaaar?
gi ngaji dengan sapa denu,
banyak sungguh himar dan unta,
bumi mesir dua gelaran,
bumi anbia dan bumi firaun,
kawe takut tok guru demo,
anak beranak firaun,
demo pun seperti himar,
berat belake pikul kitab,
tapi semakin jauh dgn tuhe,
baik kawe ngaji malaysia,
tapi kawe buke himar keldai.

kah kah kah!
demo ada MA,
weeeeeek! nak muntah,
beli mana, Maidin ke?,
sijil abu lahab tinggi lagi,
duduk dekat dgn nabi,
kuliah masjid kuliah balaisah?
terpaksa kena basuh,
cuci semula ore jung dengar,
takut sesat takut punah.


PAS TELAH MEMBERI KENYATAAN SECARA RESMI BAHAWA KOHILAL TIADA KAITAN DENGAN PARTI.
PARTI JUGA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SYARIKAT KOHILAL, WALAUPUN DIDAPATI RAMAI AHLI-AHLINYA TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOHILAL.
tidak semua ore PAS terlibat dgn kohilal, supa kawe. Terdapat juga ore UMNO terlibat dgn kohilal, walaupun dia ore tidak ore PAS. tak pecaya tanya meli ... berapa meli kena/rugi kawe tak tahu.k

kakiku said...

kah kah kah!
malah duk laye,
tapi kecek dgn ore gong,
sedap juga sekali sekala,
ore gong kata :
"DEBEK-DEBEK KAWE PUN ADA MA DARI AL-AZHAR UNIVERSITI JUGA UDOH-UDOH, LLONI KIRA PEMBERI KULIAH DI MASJID-MASJID JUGOK".
weeeeeek! nak muntah,
azhar? azhaaaaaaaaaaaaar?
gi ngaji dengan sapa denu,
banyak sungguh himar dan unta,
bumi mesir dua gelaran,
bumi anbia dan bumi firaun,
kawe takut tok guru demo,
anak beranak firaun,
demo pun seperti himar,
berat belake pikul kitab,
tapi semakin jauh dgn tuhe,
baik kawe ngaji malaysia,
tapi kawe buke himar keldai.

kah kah kah!
demo ada MA,
weeeeeek! nak muntah,
beli mana, Maidin ke?,
sijil abu lahab tinggi lagi,
duduk dekat dgn nabi,
kuliah masjid kuliah balaisah?
terpaksa kena basuh,
cuci semula ore jung dengar,
takut sesat takut punah.


PAS TELAH MEMBERI KENYATAAN SECARA RESMI BAHAWA KOHILAL TIADA KAITAN DENGAN PARTI.
PARTI JUGA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SYARIKAT KOHILAL, WALAUPUN DIDAPATI RAMAI AHLI-AHLINYA TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN KOHILAL.
tidak semua ore PAS terlibat dgn kohilal, supa kawe. Terdapat juga ore UMNO terlibat dgn kohilal, walaupun dia ore tidak ore PAS. tak pecaya tanya meli ... berapa meli kena/rugi kawe tak tahu.

melikapakjangak said...

Saya tidak pernah terlibat dengan KOHILAL. Amanah Saham Nasinal (ASN), Amanah Saham Bumiputera (SAB), Amanah 1Malaysia dan apa-apa jua saham termasuk saham skim cepat kaya saya tak masuk walaupun Pak Man (Osman Hamzah@Pak Man Telo) rakan baik saya, kami pernah duduk sebilik di Wisma KL ketika mengikuti kurus anjuran Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), kamai sama pemberita daerah Bernama.

Mungkin dalam soal pengumpulan harta dan meraih pendapatan mewah dari kerja mudah saya agak otodoks. Saya utamakan perolehan sepadan dengan gelagak otak dan tumpahan keringat kerana berusaha untuk dapat rezeki. Kerana itu agaknya saya tak pernah kaya macam orang lain.

Macam mana pun saya tetap seronok kerana saya jadi saya. Saya sendiri tak pernah mahu jadi orang lain selain dari saya mahu jadi saya!