Thursday, June 10, 2010

MUNCUL KEMBALI (745)

Kempen anti Israel sama dengan kempen anti rokok

KEMPEN anti Israel, kutukan, permusuhan dan demonstrasi anti bangsa Yahudi yang hilang nilai-nilai kemanusiaan peringkat individu, NGO mahu pun melalui saluran diplomatik tidak ubah seperti kempen anti merokok apabila selain dari pelbagai produk keluaran dan edaran negara berkenaan, kapal-kapal kargo juga dibenarkan memasuki pelabuhan negara ini.

Berapa banyak kedai-kedai 24 jam, restoran makanan segera dan pasararaya milik Israel atau yang peniaga bangsa berkenaan memiliki ekuitinya yang telah tamatkan perniagaan mereka kerana sikap anti Yahudi kita, terutama apabila kapal misi kemanusiaan ke Gaza diserang dan titawan komando Yahudi.

Sudah berapa ribu buah kedai dan syarikat perniagaan yang mengimport, memborong dan menjual produk keluaran/edaran Yahudi yang telah terpaksa gulung tikar di negara ini kerana produk keluaran/edaran Yahudi bertaraf ayam tak patuk itik tak sudu di negara ini.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang merasa jijik seperti jijik melihat daging babi memakai baju, seluar, kain, cermin mata dan sebagainya yang dikeluar/diedarkan oleh syarikat-syarikat Yahudi,

Berapa orang yang merasakan seolah-olah mereka sedang membaham daging bangsa Palestin apabila memakan ayam goreng di restra-restoran makanan segera milik Yahudi dan berapa ramai yang merasa seolah-olah sedang meminum darah bangsa Yahudi dan darah sekarelawan misi kemanusiaan yang terkorban semasa meneguk air keluaran/edaran syarikat Yahudi.

Berapa ramai yang merasakan bahawa mereka sedang membantu menambah keangkuhan dan kekejaman Israel dengan berbelanja di pasar-pasaraya milik bangsa Yahudi.

Bukankah dengan kapal-kapal dagang Israel dibenarkan berdagang di Malaysia sama seperti Malaysia, ianya tidak ubah seperti kempen anti merokok sedangkan penanaman tembakau sebagai komponen utama dalam penghasilan rokok ditanaman secara besar-besar.

Malah kebenaran itu pula akan sama seerti kehairanan sahabat-sahabat kita di kalangan bangsa Siam apabila mendapati orang Melayu tidak makan kura-kura dan penyu tetapi telur haiwan itu dimakan sedangkan dari telur akan lahirnya kura-kura atau penyu.

1 comment:

Anonymous said...

John demo isap roko ko? kalu isap rokok gak malu la wehhh...