Thursday, June 10, 2010

MUNCUL KEMBALI (746) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Blogger disekat buat liputan Muktamar Tahunan Pas Ke-56

KALAU bloggers TINTA MERAH, Saudara Mohd. Sayuti Omar yang juga penulis tersohor, penerbit buku-buku politik yang berjaya dan pemilik akhbar MINGGUAN SIASAH masih dalam sumpah tidak akan masuk ke dalam bangunan PUTIK milik Pas, saya juga tidak masuk ke PUTIK selepas tidak lagi bertugas di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) sejak akhir tahun 2005.

Malah setelah saya sering ditanya 'DATANG BUAT APA' dan sering diajar supaya 'JANGAN DOK TULIS KOKSIR' oleh kalangan tertentu dalam Pas yang saya yakin tidak sebesar mana otak dalam kepalanya dan tidak cukup panjang akalnya (walaupun ianya seorang wakil rakuat dan exco) untuk menilai dan memahami nilai dan peranan seorang penulis, saya tidak pernah datang lagi ke PUTIK, walaupun di perkarangannya.

Belum tentu yang bertanya dan cuba ajar saya itu lebih banyak jumlah dermanya dari sumbangan yang saya hulur bagi pembinaan PUTIK yang saya sendiri tidak berapa setuju dengan pembinaannya kerana ianya bagi saya tidak terlalu perlu dan bukan seperkara yang terdesak. Saya lebih suka kalau Pas wujudkan pasaraya khas untuk peremnpuan sahaja dan untuk lelaki sahaja sebelum bina bangunan seperti PUTIK.

Kerana itu, demi prinsip, saya tidak ambil pusing mana tentang muktamar yang berlangsung bermula hari ini (9/6/2010) walaupun ada yang cadangkan supaya diterbitkan buku khas untuk pasaran sepanjang lima hari muktamar, kononnya boleh buat duit kalau buku yang ditulis akan labakan Pas dan PR.

Macam mana pun saya jenis penulis yang tidak boleh menulis sesuatu yang bertentangan dengan apa yang saya tahu, yang diberitahu dan yang difirasatkan. Saya hanya boleh menulis apa yang mahu saya tulis, bukannya diminta menulis tentang sesuatu isu.

Petang semalam (8/6/2010) saya menerima telefon dari seorang sahabat, seorang penulis dan juga seorang guru yang kini memiliki Ph D yang mahu pergi sama-sama saya ke PUTIK pada hari Jumaat bagi majlis yang dianjurkan Pusat Kajian Strategik (PKS) khusus untuk para penulis dan penggiat budaya.

Saya kata kalau majlis di PUTIK saya tak akan hadir demi prinsip, lagi pun saya tidak dimaklumkan tentangnya, malah sehingga saat saya menulis entry ini pun, belum ada pihak berkaitan yang memaklumkan tentang perkara tersebut. Maknanya saya tidak mungkin dijemput.

Sahabat itu tidak percaya saya tidak dimaklumkan kerana dakwanya yang membuat jemputan melalui SMS, telefon dan email kononnya orang rapat dengan saya. Pada jangkaannya, sayalah yang memberikan nombor telefonnya untuk dihubungi.

Saya tegaskan kepadanya bukan saya yang berikan. Sebenarnya selepas saya berhenti dari UPKn, tidak ramai kakitangan UPKn yang berani bertemu saya secara terbuka, kalau ada pun, hanya sorok-sorok.

Saya juga kata padanya bahawa saya tidak pernah mahu nama saya dipahatkan sebagai penulis, sasterawan atau wartawan dalam kamus pengiktirafan mana-mana pihak. Saya lebih suka hidup cara saya dengan identiti saya. Saya buat kerja saya ikut cara saya.

Bila saya tidak dmaklumkan, maknanya nama saya tidak tersenarai sebagai individu yang terlibat dan perlu diterlibatkan dalam program yang diadakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Saya tidak rasa apa-apa, malah saya tetap bangga kerana saya masih mampu jadi saya yang tidak boleh dicucuk hidung dan diperlembukan untuk apa-apa tujuan pun oleh mana-mana pihak.

Hari ini (9/6/2010) pula saya menerima SMS yang bertulis: "Blogger lebih mulia dari PAS. Blogger tak masuk bangunan PUTIK yg dibuat dari duit rasuah balak hasil pemberian 12,980 ekar di Ulu Ninggiri dan Relau kpd Liew Ah Kow@Simon. Itu sahaja respon yang perlu blogger jwb berhubung sekatan bagi blogger utk buat liputan muktamar". SMS itu diterima pada 03:39:12.

Blogger mana pula yang disekat buat liputan? Saudara Haji Mohd Sayuti dan saya dari awal-awal lagi tidak akan letakkan diri pada tahap hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, demi prinsip saya tak akan ke PUTIK, saya yakin Saudara Mohd. Sayuti tidak akan masuk ke dalam PUTIK, kalau pergi pun sekadar di perkarangan.

Apa sebabnya Saudara Mohd Sayuti tak masuk ke PUTIK dan juga tidak masuk Dewan Undangan Negeri Kelantan walaupun kedudukannya dalam Pas dari sudut imej dan reputasinya tidak tercalar macam tercalarnya imej dan reputasi saya (matanya nyaris-nyaris buta kerana bekerja untuk Pas), bolehlah tanya beliau sendiri.

19 comments:

Anonymous said...

TG Nik Aziz dulu kato Isle benar kebebasan bersuara, tapi bakpo takut ore komen dale Blog, DAP tok bui ko tok guru wei?

Anonymous said...

nampaklah sekarang siapa sebenarnya lebih terbuka...dulu nak hapuskan akta percetakan konon...cakap tak serupa bikin!

Unknown said...

pas tak larang orang pergi meliputi
muktamar, cuma nya jangan dok tulis
kuksir, tapi umno dgn media massa,
tv, milik rakyat dah barapa banyak
penulis2 dah di gam.berita muktamar
pkr, pas tidak di siar secara septut nya sebagaimana negeri2 maju yg lain, lain lah kalau muktamar umno, tv rakyat di jadikan hak umno. ini kah keadilan
yg di sukong oleh meli dan pencacai
umno.

Unknown said...

Masaalah pembalakan di kelantan telah di jadi modal politik umno
saya menyeru pas sepaya mendedahkan
mengapa ia diluluskan dan kalau ada
tekanan pihak2 tertentu utk meluluskan, sebagai kerajaan yg mendakwa islam sebagai panduan, harap dedahkan dan minta sprm menyiasat tampa niat melindongi siapa2 yg terlibat kerana balak harta rakyat dan siapa yg tak berani menjaga harta rakyat silakan pergi jahanam,kerana allah
lebeh perlu di takuti..

Wartawan Penyiaran Pencen said...

media massa,
tv, milik rakyat dah barapa banyak
penulis2 dah di gam.berita muktamar
pkr, pas tidak di siar secara septut nya sebagaimana negeri2 maju yg lain, lain lah kalau muktamar umno, tv rakyat di jadikan hak umno. ini kah keadilan
yg di sukong oleh meli dan pencacai

MACAM MANA NAK SIAR, KALAU PAS DAN SEKUTUNYA TIDAK PERNAH JAGA HATI PETUGAS-PETUGAS MEDIA MASSA DENGAN MACAM-MACAM TOHAMAN DAN CACIAN.

PETUGAS MEDIA MAASSA SEMUANYA ORANG YANG ADA HATI DAN PERASAANNYA, BUKAN TUNGGUL MATI. KALAU KITA RASA KITA AGAS, ORANG LAIN PUN RETI AGAS.

TAK 'KAN MASA BUKAN MUSIM MUKTAMAR PANDANG MEDIA MASSA MACAM ANJING BURUK KEPALA, BILA ADA MUKTAMAR ORANG YANG DIPERANJING-KURAP-BURK-KEPALAKAN TOLONG KITA, BERAPA AMAS DEMO BUWI GAJI KO ORANG MEDIA MASSA?

Anonymous said...

BERKURUN2 PUAK2 ORIENTALIS BARAT BERTUNGKUS LUMUS DOK BELAJAR & DENGAR BAB ISLAM.... TAPI BILA DIA TULIS BUKU ATAU ARTIKEL MESTI DIA CARI HOK NAMPAK HUDUH ISLAM...... KEMUDIAN RAMAI ANAK2 UMAT ISLAM NGAJI DARI BUKU KARANGAN PUAK2 ORIENTALIS NI... AKHIRNYA ANAK2 MURID ORIENTALIS INI PULAK YANG TAK YAKIN DENGAN ISLAM & DOK TOLAK ISLAM.... SEPERTI SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN2 & PUAK2 UMNO MALAYSIA HARI INI..

BEGITULAH PERANAN PENULIS DALAM MENDAKWAH ATAU MENDAKYAH MANUSIA ... KE JALAN ALLAH ATAU KE JALAN SYAITAN....

RASULULLAH PUN SERING NASIHATKAN KEPADA KITA DENGAN PUAK2 TALANG DUA MUKA... JIWA MUNAFIK & KEDENGKIAN YANG MENEBAL... KITA HARUS WASPADA..... KEPADA GOLONGAN PEROSAK & PARASIT ISLAM..... MEREKA MERASA GOLONGAN YANG TERMULIA DISISI MANUSIA MUSYRIKIN SEKULAR YANG MENYEKUTUKAN PERLEMBAGAAN ALLAH DENGAN PERLEMBANGAAN MAKHLOK ...

Wartawan Muda Akhar Alternatif said...

Tulis hodoh tentang Pas bukan bermakna hodohkan Islam. Islam bukan Pas dan Pas itu bukan Islam.

Kalau anggap Pas itu Islam, Islam itu Pas dan jadi ahli Pas atau sokong Pas baru Islam gat, maknanya orang swebelum Pas lahir pada 24 November 1951 bukan Islam belakalah, kalau Islam pun maka Islamnya tidak sempurnalah.

Saya setuju dengan hujjah Abe Li yang kerap saya baca, kalau anggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas, akan rosak akidah kerana Pas tidak cukup suci untuk disamatarafkan dengan Islam.

kakiku said...

ka ki ku!
Meli oh meli!
kawe sokong pendirian demo,
demo tak gi kerana prinsip,
kawe tak gi juga krn prisip,
ini baru anak jate,
biar putih mata jange putih tule,
kawe tabik angkat tange,
mulia manusia kerana berprinsip,
hina manusia tanpa prisip,
sekali lompat sekali terjun,
(katak puru kata emas)

"sokong UMNO tu atas prisip juga ke abe li?"

Anonymous said...

Wartawan Muda Akhar Alternatif said...
Tulis hodoh tentang Pas bukan bermakna hodohkan Islam. Islam bukan Pas dan Pas itu bukan Islam.

........ Saya setuju dengan hujjah Abe Li yang kerap saya baca, kalau anggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas, akan rosak akidah kerana Pas tidak cukup suci untuk disamatarafkan dengan Islam.
____________________________________

hehehee.... Warta Muda Akhar Alternatif .. mu ni dangkal akal, cetek maklumat, IQ low ... tak leh nok beza antara maksud "parti dengan agama"... sebab tu fahaman mu terhadap PAS jadi songsang .. Lepas tu mu raso mu seorae yae betul, hok orae lain salah habih ....

... memae PAS bukan agama, memae PAS tak sama taraf dengae Islam.... tapi PAS sebuah parti/ wadah/ kumpulan/ golongan/ pasukan yang bergerak atas landasan aqidah & misi Islam "pada masa ini", seperti zaman dulu ada Pasukan Perang Pimpinan Jaafar Abi Talib di medan perang mu'tah... Rasulullah & ummat Islam menyokong dan mendoakan kemenangannya... begitu juga pasukan tentera Islam pimpinan khalid alwalid & abi ubaidah aljarah dimedan perang Yarmourk, Amirul mukminin & ummat Islam menyokong dan mendoakan kemenangannya...

Kita sokong PAS atas prinsip perjuangan Islam, Kita bukan percaya PAS itu agama, tapi wadah perjuangan agama Islam untuk masa ini ... cuma mu & puak2 otak macae mu saja terperasan segala khoyalan mu tu betul.... dok lawan puak2 yae berjuang Islam dan dok sokong puak2 hok khianati Islam.... Puak2 kaki rasuah, munkar, dok sekularkam umat Islam yae dok dalam UMNO/BN mu raso jelira & tak hodoh ko??

Atau kerana takut ko ketua2 UMNO APCO, MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB, SNAP, dll... takut susah hidup dibumi kerajaan UMNO/BN yang maha agung ni ...... Inilah "aqidah songsang" para penganut tegar UMNO hari ini....

Pengedar Kopi Misai Kucing said...

"sokong UMNO tu atas prisip juga ke abe li?"

ABE MELI SOKONG UMNO? DEMO SOH KO? SETAHU KAWE ABE MELI BERKECUALI DALAM BERPARTI POLITIK. DIA LEBIH KEPADA ORANG MEDIA.

KALAU DIA SOKONG UMNO, MUNASABAH KO KAK LAH BINI DIA DIWAKAFKAN UNTUK PERJUANGAN PAS?

seperti zaman dulu ada Pasukan Perang Pimpinan Jaafar Abi Talib di medan perang mu'tah... Rasulullah & ummat Islam menyokong dan mendoakan kemenangannya... begitu juga pasukan tentera Islam pimpinan khalid alwalid & abi ubaidah aljarah dimedan perang Yarmourk, Amirul mukminin & ummat Islam menyokong dan mendoakan kemenangannya...

LAYAK KO PAS SAMAKAN PERJUANGANNYA DENGAN PERJUANGAN YANG PERNAH MENDAPAT DOA KEJAYAAN RASULULLAH S.A.W?.

PAS KENA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, KENA KENCING DALAM TEMPURUNG DAN TELEK MUKO SEDIRI, JANGE DOK PERASAN SANGAT.

Anonymous said...

Pengedar Kopi Misai Kucing said...
LAYAK KO PAS SAMAKAN PERJUANGANNYA DENGAN PERJUANGAN YANG PERNAH MENDAPAT DOA KEJAYAAN RASULULLAH S.A.W?.

PAS KENA UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI, KENA KENCING DALAM TEMPURUNG DAN TELEK MUKO SEDIRI, JANGE DOK PERASAN SANGAT.

_________________________________

hehehe... pengedar kopi misai kucing ni memae benak akal & agama la .... otak melayu kelas hamba pengampu UMNO.. soal layak tak layak tu.. bukan tugas ambo nak sukat tapi perkataan ambo adalah "pada masa ini" PAS adalah pilihan wadah untuk perjuangkan politik Islam berbanding yang lain. Jika ada yae lebih baik dari PAS, ambo akan sokong yae terbaik tu!

Jika ditelek dari air kencing tadahan tempurung yang dicadangkan oleh pegedar kopi misai kucing tuu... dan kalau dibandingkan dasar & amalan UMNO dengan PAS dari sudut komitmen Islamnya, bagi ambo untuk masa ni... semua Melayu Islam kena sokong PAS la.... pada PRU13... kecuali hok otak2 yang gersang fokus Islamnya & tamak duniawi.... masa tu 2/3 Parlimen diisi oleh melayu Islam/ muslim bukan Melayu PAS... UmNO nak perhambakan semua jentera kerajaan & syarikat2 GLC tak lih lagi... selama ni UMNO/BN dok pergunakan untuk kaburi mata rakyat dengan "habuan politik wang" & "janji kemewahan duniawi & hiburan"..

Mereka yang dok pertahankan hari ini.. adalah yang jenis "otak karat korupsi & materialistik" ....

Pengedar Kopi Misai Kucing said...

Itu pandangan demo, mugo demo orang Pas berkarat. Orang Umno pun ada pandangan mereka jugak. Demo orang hak sokong Umno jahil belaka, tak mengaji agama belako ko?

Demo rasa rang Pas alim dan mengaji belako ko, boleh msuk Pas belako boktan demo taksub Pas. Demo jangan ingat dalam serban, dalam jubah, dalam kilas orang Pas takdok ular.

Kawe rasa dalam Pas ulamaknya tak seberapa yang banyak ULAAAAAARMAK!!!!!

Anonymous said...

Pengedar Kopi Misai Kucing royat dalam Pas ulamaknya tak seberapa yang banyak ULAAAAAARMAK!!!!! ... Ambo mintak demo, pengedar koi misai kucing, senaraikan nama2 ULAAAAAARMAK PAS tu... supaya kita minta ustaz2 PAS tu berhujjah sendiri dengan demo yang alim ni...

Tapi ambo pun nok tanyo.. Bagaimana dengan ULAAAAAARMAK UMNOO pulok? kita sembahyang sujud kepada Allah & ikut syariatNya ... bila politik, muamalat, sosial, pendidikan, perundangan, dasar luar negara ... sujud kepada AJARAN SEKULAR & PEMIMPIN2 FASIK pulok, boleh ko??

Bila ULAAAAAARMAK UMNO nok ajarkan ketua & ajk Umno yang ttino & sesetengah bini2 PM, menteri2 UMno tu tutup aurat mengikut syarak?
.... hehehehe...ULAAARSAWO ... kenye bbocah....

Pengedar Kopi Misai Kucing.. said...

Tutup atas buka bawah buat apa. Kiro laumdiiinuwwaliadiiin suahlah, dmo dngan taksub berkarat demo demo kawe dengan kesederhanaan kawe.

Seksok samo-samo boleh tengoklah ramai orang Pas ko ramai orang Umno masuk syurga.

Sapo lebih banyaok buwi sedekah dengan sapo lebih banyak minyak sedekh (tadah ppiah tepat ceramoh) pun boleh tau doh sama lebih mulia di sisi Allah

Pengedar Kopi Misai Kucing said...

laumdiiinuwwaliadiiin .....

MKOHON BACA:

LAKUMDIIINUKUMWAWALIyADIIIN

mintaa\ maaf salah eja.

Anonymous said...

Pengedar Kopi Misai Kucing..royat puok dio banyok sedeqah pulok... bagus la tu.. sedeqah atas dasar YAKIN kepada Allah & Islam, TAAT atas syariatNya dan IKHLAS dalam amal perbuatan kerna Allah semata2..

Baru2 ni Tokey judi Vincent Tan nok derma RM525 juta kalau kerajaan UMNO/BN yang lantik PM Najid setuju lulus lesen judi bola... kuat betul tokey2 ni nok derma kepada pemimpin2 UMNO/BN... hehehhe.. budaya hulur duit bawah meja UMNO/BN... kalau nok dapat lesen, permit, kontrak, projek, jawatan,... kahkahkah.. tangae diatas meja, lebih baik dari tange dibawah meja ko?

Dulu dizaman Rasulullah, ada yang bernama Abdullah bin Ubay bin Salul sedeqah buat projek pembangunan masjid jugak tapi buat masjid dhirar.... tujuan nak pesongkan umat dari Islam sebenar, yang berdasarkan al Quran & al hadist... mereka selewengkan Islam mengikut akal munafik mereka...

Kalau Pengedar Kopi Misai Kucing & para abdi UMNO nok tahu.. sesetengah pemimpin PAS memang miskin harta.. terpaksa minta derma untuk berjuang.. ahli2 PAS pun ditarbiyyah bukan saja bersedeqah/ berzakat tapi berjihad seluruh upaya untuk Islam... kedua2 pihak pemimpin & penyokong PAS terpaksa kekang nafsu kemewahan duniawi & ada yang terkorban nyawa untuk Islam....

Itulah bezanya... antara parti UMNO dengan PAS.. bagi mereka2 yang qalbun salim....

Ambo masih tunggu senarai nama2 ULAAAAAARMAK PAS tu... ?????

Pengedar Kopi Misai Kucing said...

Kekang nafsu? Royat Pok Yib pekak badak dan buta kepek bulehlah. Hak dok baham balak, dok jual tanah hutan tu bukan ko orang Pas.

Estate Kuala Geris, Sokor, Kuala Tiga, Tako, Taku, Kuala Hau dan lain-lain tu milik sapo lloni? Acu semak mmolek.

Try semak juga ladang-ladang Gemalai Plantation Sdn Bhd, Ladang Relai Sdn Bhd, Acacia Sdn Bhd, Ladang Sungai Terah Sdn Bhd, Ladang Serasa Sdn Bhd atau lombong yang diluluskan atas nama Pakar Ganda Sdn Bhd, Fitri Jaya Sdn Bhd, Kuasa Mewah Sdn Bhd, Kapasiti Sdn Bhd, Comford Target Sdn Bhd dan ada puluhan nama lagi.

Ladang-ladang semua nak jual, pelabur yang jv dengan agensi kerajaan negeri nak tarik diri belako. Bakpo? Boktan kerajaan negeri menyusahkan mereka, berkongsi yang tiada laba tetapi ada bala.

Abe Meli berani siarkan ke agaknya kalau kawe posting di blog dia ni nama-nama orang politik Pas terima bayaran siap dgn resitnya sekali atau setdak-tidaknya salinan bankdraf dalam penjualan ladang dan lombong? Antaranya jual lombong palsu, tipu bakal pembeli?

Kalau demo nak suruh rakyat tau, kawe boleh buktikan lagu mana feel perangai yang orang Pas anggap puak-puak demo masuk syurga belako boktan berjurus sebagaimana penegasan berikut oleh penyokong berkarat Pas:

sesetengah pemimpin PAS memang miskin harta.. terpaksa minta derma untuk berjuang.. ahli2 PAS pun ditarbiyyah bukan saja bersedeqah/ berzakat tapi berjihad seluruh upaya untuk Islam... kedua2 pihak pemimpin & penyokong PAS terpaksa kekang nafsu kemewahan duniawi & ada yang terkorban nyawa untuk Islam....

Itulah bezanya... antara parti UMNO dengan PAS.. bagi mereka2 yang qalbun salim....

Acu demo gi tanya UPEN atau pegawai-pegawai kanan dalam SUK, begapo perancangan ekonomi yang kerajaan negeri Pas lloni buat selama perintah Keantan, lagu mana jaminan masa depan kewangan negeri selain dari berserah pada takdir.

Demo dengar puak-puak UALAAAAAARMAK Pas menyalak gat sedap sokmo 'la. Try jengok jabatan hok jong jaga pitih nak bayar gaji, lagu mana.

Berapa buah masjid hak kerajaan Pas buat, gertak, jalan. Bangunan hak ada rata riti di Kelantan bukan Kerajaan Pas buat tapi Cina, tok-tok wakil hanya dapat komisyen.

Lama-lama rakyat Kelantan jadi orang Palestin, tanah dijual pada orang asing atas nama tolong bangun dan maukan negeri.

Jawapan mudah bila rakyat tanya macam mana banyak hak Melayu bertukar tangan pada Cina, itu bukan keajaan buat tetapi angkara istana. Royat ko PoK Had buleh la. Istana dengan kerajaan bila umpama minyak dengan airnya?

Nak mmain politik pun kena buka mata luas sikit, jangan mudah kelabu mata kerana tenggekan kopiah, lilitan serban dan jubah labuh sapu taik ayam.

Kalu Pas ikut perintah Islam sungguh, dah 29 tahun lamanya, Kelantan atau Kota Bharu tentu dah jadi macam Dubai. Ini tidak, semakin lama perintah, tanah hutan di Ulu Kelantan semakin banyak yang botak, kemajuannya takdok. Boktan pemerintaan yang sangat bijak dan berkatnya ULAAAAAAARMAK Pas.

Mujur la getah mahal harganya. Kalu tidak gat tak tau 'la nak jadi apa. Boktan Pas ko harga getah naik? Boktan makbul doa ULAAAARMAK Pas ko? Tepuk dada tanya sama gambar bulanlah

Anonymous said...

Alhamdulillah... maklumat dari Pengedar Kopi Misai Kucing diatas cukup banyak & informatif. Ada yang positif, ada yang negatif.

Walau didiskriminasi & disabotaj oleh Kerajaan Pusat UMNO/BN, positifnya bila dia senarai banyak projek, ladang, lombong, bisnes kerajaan Negeri Kelantan Pimpinan PAS telah buat... PAS selama ini digambarkan macam tak reti nok tadbir bisnes & kerajaan.. rupanya dah banyak usaha dibuat oleh kerajaan PAS untuk tingkatkan keupayaan kerajaan dan rakyat. Ini semua disembunyikan oleh Utusan Malasia, Berito harie, RTM & TV3... Dari hasil inilah mungkin kerajaan negeri dapat jugok bayar gaji kakitangannya, baiki serba sikit kemudahana kerajaaan, buat jugok koho-koho pembangunan infrastruktur rakyat, yang signifikan.. pembangunan pendidikan YIK, maahad2, tahfiz sains, KIAS, dll yang masyhur.. sesetengahnyanya mengalah sekolah2 KPM.. yang telah menghasilkan ribuan pelajar cemerlang sejak kian lama... dan banyok lagi la..

Yang negatifnya bila Pengedar Kopi Misai Kucing dakwa ada penyelewengan dari dasar dan prinsip Islam dalam urus tadbir kerajaan negeri dibawah PAS ni... Saya amat berharap Pengedar Kopi Misai Kucing mesti berani menampilkan nama2 pemimpin2 PAS yang menyeleweng dan hadapkan kemuka pengadilan melalui proses undang2...kita tak pernah bersimpati dengan pemimpin2 yang jahat dalam PAS atau mana2 pihak... dakwa & hukum mereka. .... itu prinsip & pendirian.. Ini juga amar ma'ruf nahi munkar,,,, Tapi jangan pulok "Pengedar Kopi Misai Kucing" menjadi "Pengedar Fitnah Alim Kucing" hehehhe...

Ambo masih tunggu senarai nama2 ULAAAAAARMAK PAS tu... ?????

Pengedar Kopi Misai Kucing said...

Kalau ambik tindak unde-unde pun puak demo kata pelaksana unde-unde memihak kepada BN. Polis memihak, mahkamah memihak, SPR memihak. Kalau untung ko demo baru angkat ibu jari. Macam cerita kitab kulit hijau dan merah pula.

Kawe ni antara orang yang turut buat lade, nak tulung kerajaan. Tapi gat gu kawe pelabur dari luar dah tak minat nak teruskan, tak sanggup tanggung bebe, dok nak jual lade.

Hak buka lde-lade tu bukan kerajae, tapi puar yang orang macam kawe bowok. Regu kawe takpolah samo-samno Islam, hak lain-lain rata-rata bukan orang Islam, Melayu pun buke.

Demo dok luar dengan kawe dok ddale lain sakan. Demo pakai agak-agak, kawe tuke tunggak. Kalu demo duduk tepat kawe, bokali tok dan sekerat ari, demo tungge jubur taik ko kerajaan hak demo dok rasa comel lloten lloni.