Monday, June 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (747)

BERGURAU/PERSENDAAN BIAR BERADAB DAN BERTAPIS

DENGAN segala rendah diri saya memohon agar para penjenguk jangan keterlaluan dalam memberi komen atau mengambil kesempatan untuk bergurau dan mempersendakan pengendali blog ini atau kalangan tertentu yang kurang disenangi atas apa faktor sekali pun.

Saya dukacita dengan tindakan penjenguk yang menamakan dirinya sebagai Nuar Air Lanas yang memberi komen bagi entry LAGI PEMBERITAHUAN!!!!!!!! yang pada saya sangat melampau dan sangat lagi amat-amat tidak bertanggungjawab.

Saya tidak yakin Nuar Air Lanas (saya agak ditujukan kepada sahabat saya Anuar Said, rakan setugas saya di UPKn dulu) yang tulis komen berkenaan.

Setahu saya walaupun beliau seorang yang kelakar dan suka bergurau tetapi gurauan Anuar Said tetap beradab dan bersopan. Mungkin ada rakan yang kenalinya telah menggunakan namanya secara tidak bertanggungjawab.

SUK Kota Darulnaim adalah pusat pentadbiran kerajaan, ianya tidak boleh dijadikan bahan gurauan, apatah lagi dalam bentuk bertulis dan boleh dibaca di seluruh dunia kerana ianya melibatkan maruah sebuah kerajaan.

Che Lah CC Urusetia Penerangan (sahabat saya) adalah penjawat awam yang tidak patut dijadikan bahan gurauan dan persendaan. Pembabitan namanya dalam komen yang dibuat boleh mengaibkannya, jabatan tempat dia bertugas dan kerajaan selaku majikannya.

Saya baru sedar tentang komen yang melampau dan tidak bertanggungjawab itu apabila ada yang telefon marah-marah dan mahu mennyaman saya.

Bila saya tanya nak saman pasal apa? Pemanggil suruh saya buka blog dan baca komen bagi entry LAGI PEMBERITAHUAN!!!!!!. Nyaris-nyaris tumbang saya yang dalam keadaan kurang sihat membaca komen yang dimaksudkan.

Saya dapat bayangkan betapa marah dan aibnya Nuar Ayer Lanas dan Che Lah CC Urusetia Penerangan kalau kedua-duanya membaca komen berkenaan yang barangkali antara niat pengomen adalah bagi mewujudkan ketegangan antara saya, Nuar dan Che Lah CC.

Saya atas nama Ramli Abdul Halim yang Nuar dan Che Lah CC cukup kenal sifat dan sikap saya, dengan segala rendah diri memohon maaf atas apa yang berlaku.

Saya tidak ada kepakaran teknikal untuk menyekat atau menapis komen yang dihantar sebagaimana yang dimiliki oleh blogger-blogger lain. Apa yang diposting oleh pengomen, maka yang itulah akan terpapar.

Kalau kedua-duanya mahu saman malu, saya besedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya supaya pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan. Sesungguhnya saya terasa teramat-amat kesal, malu dan bersalah dengan apa yang belaku.

Malah secara peribadi dan atas rasa dukacita yang amat sangat, jika berlaku lagi kes-kes yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab begini, mungkin saya akan BUBAR blog ini, malah tidak mustahil saya akan ucapkan SAYONARA kepada bidang ini.

4 comments:

Wokyoh Gu Syamat said...

Jahat sungguh manusia ni. Sanggup buat apa yang tidak patut dibuat. Kalau pihak berkaitan saman, tentu Abe Li sebagai pengendali blog terheret sama.

Macam mana pun diharap Abe Li terus berblog, kalau tidak rasanya akan hilang meriah dunia blog tanpa MELIKAPAKJANGAK.

Mat Jin Gobek Api, Tumpat said...

Ambo pun minta Abe Li terus berblog. Yang buat tu bukan Abe Li.Sabar dan teruskan berblog.

Hamid Pendek said...

Aloh takut gitu lalu nah weh, kalu saman biar amba bayar, bawah rm 5 juta amba settle, apa takut

melikapakjangak said...

Bukan soal takut tetapi soal maruah dan feel perangai. Tak baik persendakan orang. Persenda saya tak apa tetapi mempersendakan orang lain rasanya tak wajar, apatah lagi membabitkan penjawat awam.

Saya tak ada harga samah pun, kalau dijual kati harga saya barangkali lebih rendah dari tahi ayam monel.

Tetapi Cik Llah CC, Nuar Ayer Lanas mahu pun Hamid Pendek ada nilainya sebagai penjawat awam, mahu pun sebagai aktivis dan parti.

Mereka semua sahabat saya. Seloro bewok boleh jejaskan hubungan kami. Walaupun saya bukan lagi bekerja untuk Pas, sebaliknya banyak menegur dan mengkritik kerana pada saya ianya suatu keperluan, sekurang-kurangnya atas sifat peribadi bagi menunaikan tuntutan fardu kifayah, namun sebagai sahabat dan rakan setugas, hubungan kami tidak terjejas dan tidak patut dijejaskan oleh suatu bentuk gurauan dan persendaan melampau.

Soal bayar denda tidak timbul. Saya pernah disaman dan didenda, saya tak pikul guni gandum minta derma pun, saya bayar sendiri. Yang ditimbulkan ialah kaitan nama-nama yang tidak patut dijadikan bahan gurauan melampau dan keterlaluan.

Kena bezakan antara gurau lisan dengan gurau bertulis, apatah lagi melalui blog yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Saya dicap sebagai anti perjuang Islam kerana banyak tegur dan kritik Pas walaupun tanggapan belum tentu betul.

Kalau kes yang sama keluar dalam blog bloggers lain tidak sama dengan ianya keluar dalam blog saya. Orang politik sepatutnya kena ambil kira dari pelbagai sudut.