Saturday, June 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (749)

Pengkalan kebajikan: wanita BN kena bersedia pikul tanggungjawab

SAYA cukup tertarik dengan kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi mengerakkan 19,000 ketua cawangan part-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menjadi pangkalan Kebajikan.


Ianya akan digerakkan bersama Komandan dan Skuad Sayang di seluruh negara yang akan berfungsi membantu menyelesaikan masalah kebajikan secara berkesan di peringkat akar umbi.

Seandainya pelbagai pihak termasuk pihak pembangkang turut sama melakukan perkara yang serupa dari sudut fungsi dan matlamatnya walaupun barangkali berbeza namanya, sudah pasti pelbagai masalah kebajikan akan dapat dikenalpasti dan diselesaikan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

Secara tidak langsung juga kes-kes terlepas pandang terhadap kalangan yang memerlukan pembelaan dan perhatian akan dapat diatasi dan akan menjadi kes-kes yang sangat terpencil.

Adalah melabakan rakyat dan negara kalau orang politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan sebagainya berlumba-lumba dan bersaing secara sihat untuk memberi khidmat kebajikan yang lebih baik dari lebih berkualiti dari pesaing.

Kualiti perkhidmatan, termasuk khidmat, peranan dan fungsi orang politik akan dinilai oleh rakyat jelata tentang sejauh mana sumbangan yang diberikan melabakan rakyat jelata, bukannya sekadar retorik semara-mata.

Justeru jika pimpinan dan ahli wanita parti-parti komponen benar-benar ada niat murni mahu memelihara keuntuan BN dan memastikan BN sentiasa di hati rakyat, maka mereka perlu memberi komitmen kepada menambah-baikkan khfdmat kepada rakyat jelata.

Antaranya kena memberi komitmen kepada gerakan bersama dengan Skuad Komandan dan Skuad Sayang.

Wanita dari parti pembangkang mungkin melakukan perkara yang sama, namun wanita BN tidak perlu gusar, risau dan irihati, sebaliknya kena memberi saingan sesihat mungkin untuk dinilai oleh rakyat jelata.

4 comments:

Anonymous said...

Sdr MKJ, cadege demo yae ni ambo cukup setuju... kerana ambo dari pihak golongan mustadhaifin ... selalu terabai, tersisih dari arus pembangunan & kebajikan...... kadae2 keno isi borang UMNO dulu baru boleh memohon apa2 peluang kerja, subsidi, dan bantuan kerajaan pusat.... tok ngulu/ ketua kampong/ JKKK / ketua2 cawangan UMNO.. kadae2 agas sangat dengan kuasa kerajaan memerintah. kalah takabbur menteri2/pegawai2 besar kerajaan yang berkuasa, dok ugut orae kampung/ rakyat miskin...

Pemimpin2 melayu suka sangat tindas bangsa sendiri..... diskriminasi bantuan/subsidi, ISAkan, AUKUkan, manipulasi spr/sprm/ pdrm/mahkamah, sabotaj bisnes melayu yang buka pengampu/perasuah,.. dll...

Hok ayat2 dari 4 paragraf terakhir MKJ diatas cukup ambo setuju... BUAT KEBAJIKAN TU MESTI IKHLAS KERANA IMAN & TAAT KEPADA ALLAH. BUKAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK SAJA...... hehehe.. shahrizat jalil... bila mu nok pakai tudung ppala tu dengan betul.... Tok salleh mu tak ajar & tak marah ko mu tak pakai tutup aurat dengan betul tu...... lagu mano nak suruh puok2 wanita/ puteri mu semuanya perangai jjurus jiko ketua pun lintang pukang lagi.....??????????

kakiku said...

meli oh meli!
tak raya tak puasa,
tapi bunyi bedil mercum,
Booom! boom! boom!
sah dah! tahu dah!
meli ore UMNO!
tak caya baca kenyataan.

"Wanita dari parti pembangkang mungkin melakukan perkara yang sama, namun wanita BN tidak perlu gusar, risau dan irihati, sebaliknya kena memberi saingan sesihat mungkin untuk dinilai oleh rakyat jelata".

meli oh meli!
demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,
kawe tahu kawe reti,
demo puji demo bangga,
muga Shahrizat kaum ibu demo,
demo pun tahu ini nak kecek melayu,
tapi telinga buat tak dengar,

demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,
BARU la ni nak buat baik,
50 tahun duk mana,
habih jangak habih lawa,
tinggal gigi hak rongak,

demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,
apa niat apa tujuan,
buat baik buat kebajikan,
ikhlas niat duk belakang,
nombor satu nombor one,
nak kuasah nak menang,
biar lari dari pembangkang.

demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,
nak buat gapa ada kuasa,
nak kontrak nak cari make,
menyamun merompak kade-kade,
habih dak lani duit kerajaan,
bukan nuduh bukan nak gege,
rafidah aziz tg. adne,
ramai lagi ore lain.

demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,
tipu melayu tolong jange,
hari-hari ore pun jemu,
melayu ari ni tak supa dulu,
tahu mana hilir mana ulu,
suratkhabar menawak tv menipu,
menteri berucap supa ore kelu,
geng mamak tipu melayu.

demo puji demo bangga,
muga kaum ibu ore demo,

Pok Ya Semut Api said...

Mu mato bole atau jenis tak gheti berterimo kasih dengan apa yang kerajaan BN berdominasikan Umno hak demo benci sangat tu buat selamat keni.

Biar gat Kelantan, Pulau Pinang, Selangor Kedah sepanjang dok bowoh kerajaan hok demo dok ssohor jadi lebih molek dari negerti hok Umno perintoh gat dulu baru nak menguduh pun.

Berapo bilion doh hokmu dan keturunanmu buwi pitih ke negaro yang mu berkecek agas sokmo. Mu tau ko taik hokmu beraok tu pun taik subsidi, hak tankedaroh barang subsidi belako. Beras dan semua barang kawalan tu mu nak tau gat dijual dengan harga lebih rendah boktan kerajaan subsidikan harganya. Kalu dok gat mu kena bayar harga beras, harga gula, harga minyak dan macam-macam lagi sama mahal alik siam nun.

Kalu mu raso kerajaan hokmu sokong biso gat, bakpo tok suru subsidi getek harga beras, biar harga di negeri-negeri hak kerajaanmu dok ssohor perintah tu jual beras samas jah sekilo.

Ni di Kelante air paip pun takdok, demo kena boring sediri belako, dok nak berkecek agas. Ambo tokleh tebing dengan ore agas lagu ni Abe Meli, sementa makan penipah takdok pasa. Baso agah tak padan dengan kerako.

Berapo kali sebagai rakyat Malaysia menate ni kena makan ubi kayu, terpaksa kebulur boktan kerajaan BN perintah? Kalu taknkederoh abuk ggaji jugak gat, maknanya baso jenis ekor tirus.

Ambo ado worih alik Siam. Ambo tau lagu mano payohnya demo tu nak atar anak sekolah. Boktan tu lah banyok hok atar anak mengaji Rantau Panjang. Belanja muroh. Ramai hak mari cari makan Malay, bukannya boktan nak cari susah, boktan nak cari makan di Malay lebih mudoh. Kalau ikut penilaian KAKIKU gat, kucing kurap pun mampus tak makan boktan BN memetintah Malaysia.

Baso tok sega. Maaf Abe Meli, ambo kasar sikit. Abe Meli tau ko menate bingong dok ratan mano?

kakiku said...

to Pak Ya Semut Api,
anda betul!
tiada yg betul!
kecuali sebetul-betulnya,
orang panggil betul sodek,
betul bendur,
betul bodoh,

meli! kelihlah gu demo ni!
" Mu mato bole atau jenis tak gheti berterimo kasih dengan apa yang kerajaan BN berdominasikan Umno hak demo benci sangat tu buat selamat keni".

#Sepatutnya BN/UMNO/APCO/YAHUDI keno berterima kasih kpd rakyat, kerana rakyatlah yg beri kuasa melalui undi, buke rakyat kena berterima kasih ke BN. Kalu rakyat tak undi BN, tetu mapuh lama dah. Sebab tu lani puak BN baru kata nak tolong rakyat, bokali insaf dah tu. Tapi jange nak tipu melayu, melayu lani dah reti tahu.
Suruh terima kasih? Kawe terima kasih kalu demo tunai amanah, kalu demo khianat amanah rakyat, tak berapa sara kalu bui terima kasih".

meli! kelihlah gu demo ni!
"Beras dan semua barang kawalan tu mu nak tau gat dijual dengan harga lebih rendah boktan kerajaan subsidikan harganya".

#kah kah kah! fikir dgn kepala otak, jange fikir dgn kepala lutut.
Memang kerja mana-mana kerajaan pun didunia ni beri subsidi. Bo kali bare murah di Amerika, UMNO/BN lah hak perintah. Kilang banyak di CHINA, kerana BN/UMNO lah perintah. Kalu tak ada BN/UMNO bare di England ake mahal belaka. Adakah atas dunia ni, malaysia saja hak beri subsidi ke rakyat dia?.

meli! kelihlah gu demo ni!
"Ambo ado worih alik Siam. Ambo tau ........."

#Worih kawe juga ada di Kanada, tak rajin lapar terpaksa make ubi kayu ... tapi kerajaan Kanada buke kerajaan BN/UMNO.
Worih kawe ada di jerman, boleh subsidi gotu goni, tapi kerajaan dia buke kerajaan BN/UMNO.
"Hanya kerajaan dipimpin UMNO ake maju, hanya UMNO menyatukan ore melayu, pandai merintah negara, pemimpin yg cerdik. Sementara parti lain ake bawa negara kepada kemunduran, ejen musuh, tak pandai merintah, memecahkan belah ore melayu. Dakwaan ini adalah KHURAFAT nombor satu (one) yg menghantui ore melayu.
Kalu ore melayu tak buang khurafat ini ke laut, sampai bila-bila pun melayu akan ditipu.

meli! kelihlah gu demo ni!
"Baso tok sega. Maaf Abe Meli, ambo kasar sikit. Abe Meli tau ko menate bingong dok ratan mano?"

#Mana-mana berasa nak komen perangai tak cerdik lagu ni, tolong post ke blog ini segera!.