Tuesday, June 29, 2010

MUNCUL KEMBALI (750)

Rakyat Malaysia semua berotak dan berilmu

AGAK lama saya tidak posting apa-apa entry. Sebenarnya sudah lama saya tidak buka blog kerana agak kalut dengan urusniaga bagi mendapatkan dana bagi membolehkan dsaya kembali menerbitkan akhbar mingguan, majalah dan buku yang terpaksa dihentikan kerana masalah dana.

Walaupun perniagaan baru mendatangkan laba besar, kalau tidak ada aral melintang projek pertama memberikan saya laba sehingga RM1.5 juta, namun tidak timbul rasa seronok pun kerana ianya bukan bidang yang saya minati dan bukan yang diperjuangkan serta yang menjadi matlamat hidup saya.

Saya ceburi bidang baru kerana saya perlukan wang untuk jelaskan hutang apabila orang tidak bayar hutang saya. Tidak lebih dari itu. Antara hutang yang kena saya lunasi adalah tunggakan gaji para pekerja.

Ada bekas petugas yang tidak faham dengan apa yang saya hadapi kerana mereka bukan taukeh yang kena bayar gaji dan yang kena menanggung kos pengurusan, sebaliknya hanya sebagai pekerja yang dibayar gaji, anggap saya gagal tunai janji, bernafsu besar tetapi tenaga kurang dan sebagainya.

Saya telan segala tohmahan dan persepsi negatif terhadap saya, malah ianya menjadi semacam tonik dan stamina untuk saya berusaha lebih keras supaya akhirnya saya dapat buktikan bahawa saya tidak sebusuk yang disangka walaupun saya telah menjadi mangsa kebusukkan orang yang mulutnya saja manis tetapi jubur manyak masam, mulut manyak bau longkang.

Nampaknya Allah makbulkan doa saya dan merestui serta memberkati usaha saya. Segala tunggakan gaji kakitangan Insyaallah akan diselesaikan sesegera mungkin dan operasi penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku yang terbantut akan digerakkan semula bila urusan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) selesai.

Ramai yang anggap saya 'tak berapa sega' kerana memilih bidang perniagaan berisiko tinggi sedangkan saya kenal ramai orang, malah tidak kurang dari lima orang sahabat saya adalah jutawan yang boleh bantu saya kalau bidang yang saya niagakan boleh melabakan.

Sebenarnya saya memilih bidang penerbitan bukan kerana mahukan untung, sebaliknya saya mahu buat apa yang saya minat. Dunia kemediaan adalah darah daging saya. Sudah lebih 30 tahun saya berada di dalamnya.

Melalui bidang ini saya boleh berdakwah, boleh berpolitik, boleh membuat teguran, kritikan dan cadangan untuk semua pihak sama ada pihak pembangkang atau kerajaan, perkhidmatan awam dan sebagainya serta berpeluang memberi kritikan sosial.

Berjaya menerbitkan akhbar mingguan, majalah bulanan atau buku menjadikan saya lebih seronok daripada kejayaan mengurus jual ladang sawit, ladang getah atau kawasan pertanian berjumlah berbelas ribu hektar atau menjual kawasan lombong bijih besi, emas dan sebagainya atau pun kejayaan menjual lot-lot tanah dan rumah.

Saya tidak berminat untuk ulas apa yang sedang berlaku di Selangor pada kemunculan yang lebih brsifat melepas gian berblog kali ini kerana bagi saya kerajaan PR Selangor sebuah kerajaan yang gagal dan akan lebur pada pilihanraya umum ke-13 nanti atau lebih awal dari itu.

Saya juga tidak mahu mengulas tentang pandangan Dato' Nik Aziz berhubung tindakan 40 ulamak muda menyertai Umno kerana bagi saya Pas tidak sesuci sebagaimana yang Dato' Nik Aziz dan pendukung serta penyokong Pas anggapi.

Pas bagi saya adalah parti politik yang banyak kotor dari cuci, sama sebagaimana parti-parti politik yang lain. Langkah 40 ulamak muda menyertai Umno bagi saya adalah betul kerana mereka tentunya dapat membetulkan Umno kalau parti itu selama ini tidak betul dan bercanggah dengan agama.

Setidak-tidaknya mereka telah menunaikan tuntutan fardu kifayah.

Langkah 40 ulamak muda itu patut disokong dan dialu-alukan, bukannya disindir dan diperjahilkan hanya kerana mereka sertai Umno, bukannya sertai Pas, yang mana dari sudut kepentingan politiknya, langkah mereka itu akan merugikan Pas.

Saya mendapat maklumat (kalau tidak tepat maafkan saya), pengisian jawatan untuk Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) serta pegawai-pegawai kanan kerajaan juga kini diberi keutamaan kepada mereka yang berlatarbelakangkan pendidikan agama.

Kalau Umno tidak meminati Islam dan anti Islam, dari segi lojiknya kenapa 40 ulamak muda sanggup sertai Umno dan kenapa pengisian jawatan PTD dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dipilih dari kalangan berpendidikan agama.

Manakala Pas pula kini lebih kepada menjalin hubungan dengan bukan Islam yang secara terang-terang anti Islam sedangkan sebelum ini kerjasama Umno dengan parti-parti bukan Islam ditentangnya.

Rakyat Malaysia semuanya berotak dan ada ilmu, mereka mampu membuat penilaian dan tidak boleh dipaksa untuk melihat Pas sebagai parti suci dan sama taraf dengan Islam manakala parti-parti lain cemar belaka.

Bagi saya lebih laba kepada Pas kalau parti itu mempersucikan parti sendiri dengan tidak ghairah mempercemarkan parti lain kerana rakyat jelata bukannya boleh diperbodoh dan diperbangangkan, mereka boleh bezakan antara cemar dengan cuci tanpa perlu dipaksa membezakannya.

Pertama kali saya masuk ke Kelantan Trade Center (KTC) kerana menghadiri majlis makan malam Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan, saya terperanjat melihat betapa kotornya karpetnya, apatah lagi jambangnya.

Kebersihan sebagai sebahagian dari lambang kebersihan nampaknya tidak dipraktikkan langsung oleh KTC. Saya mendapat maklum YM Tengku Salwani yang mahu melepas hajat terpaksa pulang dan tinggalkan majlis kerana keadaan tandas yang menjijikkan.

Kalau hanya sebesar KTC tidak boleh dijaga dari sudut kebersihannya, mana mungkin sebuah badan politik yang disertai oleh pelbagai jenis orang boleh disucikan. Hal ini akan menjadi bahan perbandingan oleh kalangan mereka yang berotak dan berilmu.

3 comments:

Unknown said...

Kezuhudan tuan terhadap harta dunia
sangat saya hargai,tapi ketidak zuhudan tuan dgn pas/pkr tak dapat
penghargaan saya berbanding dgn kezuhudan tuan terhadap umno/bn. dlm bab umno tuan tak pernah tiban
mereka dgn berpuluh2 isu, kalau hendak di senaraikan dan ditulis satu2 sangat memualkan,
jadi kalau hendak tuan di hurmati
jangan jadikan idiologi politik penhalang utk menjadi penulis yg hibat dan di banggakan penduduk ke
lantan am nya dan kampong tuan khas
nya.
mengenai kebersihan memang patut tuan handas gi,kita di kelantan ni
sangat2 pengutor pergi kemasjid mana kalau musim petai/kerdas/jering sangat menjengkilkan.
tentang kemasukan 40 ustaz2 muda banyak lah cerita nya,cuma saya ber
harap mereka dapat apa yg mereka ha
rapkan2 iaitu berdakwah, di beri ke
bibasan yg sepenuh nya utk berdakwa
h.cerita2 yg lain tak perlulah utk
di sibarkan kerana mereka masih baru, fakta2 masih tak ada, maka dusa kering kalau kita sibar la ni,bukan begitu ke tuan?...

Haji Hussein Lubuk Tapah said...

Mungkin chegarMD baru ikuti tulisan Meli. Begapo mugo doh Meli tak tiban Umno. Pada pemerhatian saya lepas Me;li masuk bekerja dengan Kerajaan Pas Kelantan, nada tulisannya berubah. Tibanannya mula beralih kepada Pas pula.

Try cuba baco buku Gara-Gara Penangan Tok Guru Orang Istana Merana, Amanat Tok Guru, Menteri Besar Berkopiah Bawa Tuah, Parti Pilihan Rakyat Kelantan, Panglima Jihad Pas, Nik Adli Hero Baru Persada Politik Negara, Akan Termakbulkah Doa Datuk Eri Dr Wan Azizah serta akhbar tanpa permit SIRI MEMBANGUN BERSAMA ISLAM (MBI) yang ditulis diterbitkan Meli. Sapo orang Umno yang Meli tak katak.

Lloni jah nada Meli berubah, tak hairan kalau 40 ulamak muda pun ikut sama sertai Umno, tentu ada sesuatu yang istimewanya Umno yang hanya boleh dilihat kebaikan tanpa pandangan, tanganggap dan penilaian tanpa prejudis dan tanpa tohmahan liar.

Punca perubahan nada Meli dan orang sepertinya serta kesanggupan 40 ulamak muda sertai Umno yang kena dikaji punca dan kerananya demi kebaikan Pas/PR semdiri.

Anonymous said...

kita ppakat tengok la ggapo ulamak muda yang en meli banggakan itu nak buat bagi dakwah & hapuskan munkar & maksiat dalam UMNO... hehehhe..

lagu mano wea puak2 ulamak tua dalam UMNO lo ni? Ramai jugak.. Ustz wan Mokhtar, Dr Yusuf Nor, Dr. Abdullah, Ustz Abd. Hamid Osman, Ustz Abd Hamid Zainal Abidin, Ustz Jamil Khir, Ustz Nakhaei, Ustaz Ghazali, Ustz Md Nor, dll..... Dok diam tok kketek.. macam ular sawo kenyee ko? Gaji besar, projek banyok...

Ulmak tuo UMNO tak le lawan ko.. politik wang, rasuah, murtad, zina merata2, judi bola, dsb ... ?