Tuesday, June 29, 2010

MUNCUL KEMBALI (751)

Kerajaan PR selangor gagal

SEBAGAI pendominan kepada rakan sepakatan dalam pakatan longgar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh memberi seribu satu macam alasan untuk menegak benang basah tentang kedudukan sebenar Kerajaan PR di negeri berkenaan yang pada hakikatnya semakin goyah, mumut dan rapuh kronik.

Tokoh-tokoh yang dianggap berbisa, bersengat dan bertaring oleh pendukung dan penyokong PR, terutama dari PKR walapun belum tentu sedemikian halnya penerimaan majoriti rakyat, yakni tokoh seperti Anwar Ibrahim juga boleh mendrama-swsatakan dolak dalihnya tetapi belum tentu akan diterima oleh rakyat yang berakal dan waras sebagai sesuatu yang benar dan betul.

Pada saya, sama ada kalangan yang sempurna pancaindera penglihatan dan pendengaran atau sebaliknya, asalkan masih belum rosak deria fikirnya pasti akan dapat mencium hakikat di sebalik apa yang telah, sedang dan akan berlaku kepada Kerajaan PR Selangor, apatah lagi dengan keadaan terkininya.

Sama ada suka atau tidak, sama dengan rela atau dipaksa dan terpaksa, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan berundur dari kerusi Menteri Besar sebagai seorang menteri besar yang gagal kerana kalau siapa pun yang menduduki kerusi berkenaan dari PR di Selangor, ianya tetap akan gagal.

Rakyat Selangor meragut mandat dari Barisan Nasional berdominasikan Umno pada Pilihanraya Umum Ke-12 pun kerana mereka mahu melihat dan bernaung di bawah sebuah kerajaan yang Islamik sifatnya. Tetapi ternyata kerajaan PR berdominasikan PKR gagal merealisasikannya. Pada saya inilah faktor induk kepada kegagalan kerajaan PR Selangor.

Retak yang berlaku apabila kerusi Pengerusi PKR Selangor yang sepatutnya menjadi kerusi kembar kepada kerusi Menteri Besar dipindah milik dari Khalid kepada Azmin Ali, pasti akan berkesudahan dengan terbelah dan lebur.

Kalau kerajaan PR Selangor boleh bertahan sehingga pilihanraya umum ke-13 akan datang pun, ianya sudah boleh dianggap sebagai sangat bernasib baik. Bagi saya kerajaan PR Selangor akan musnah dan lebur lebih awal lagi, sekali gus ia akan memberi kesan kepada PR seluruhnya dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tanpa kerusi Pengerusi PKR, Khalid tidak mungkin dapat melaksanakan tugas kementerian-besarannya, kecuali seandainya beliau sanggup menjadi robot yang segala pergerakkannya akan berdasarkan kepada rangka dan kerangka yang sedia dimonitor sepenuhnya. Solanya sanggupkah beliau dirobotkan.

Khalid telah cukup berjaya, dihormati, disanjungi dan diidolai sebagai tokoh besar dalam pembinaan ekonomi negara, termasuk dalam menjayakan Amanah Saham Nasional (ASN) yang telah memberi menfaat besar kepada kaum Bumiputera. Beliau telah berjaya digula-gulakan untuk menyertai PKR sebagai wadah perjuangan politiknya walaupun pada saya bidang politik bukan bidang yang sesuai dan serasi untuknya.

Setelah terpaksa membayar harga yang mahal dan telah mengorbankan nilai ketokohannya dengan menyertai PKR dan berpeluang menduduki kerusi PKR, apakah Khalid sanggup diperhinakan dengan terpaksa atau dipaksa mengsongkan kerusi Menteri Besar Selangor? Juga apakah beliau tidak merasakan beliau telah dihina reputasi, kredibiliti dan ketokohannya apabila kerusi Pengerusi PKR Selangor yang disandangnya diganti dengan orang lain. Bila jawatan yang diberikan ditarik balik, bermakna kemampuannnya telah diinjak-injak sekaligus jasa dan baktinya tidak ada nilai.

Melihat kepada apa yang berlaku di gelanggang dunia politik negara pada masa-masa yang lampau, apa yang berlaku dan dilakukan ke atas Khalid bukannya bersifat suatu pemulihan bagi keadaan yang serba celaru dalam Kerajaan PR Selangor, sebaliknya ianya akan membawa kepada keharu-biruan yang semakin kronik.

Dengan apa yang berlaku, apa pun usaha PR, terutama PKR untuk selamatkan kerajaan PR Selangor akan hanya menjadi sia-sia kerana Kerajaan PR Selangor adalah sebuah kerajaan yang gagal dan tidak menepati apa yang menjadi harapan pengundi selaku pemberi mandat.

Pada saya keadaan serta dasar PKR dan PR 'lah yang telah menjadikan Khalid sebagai menteri besar yang gagal dan siapa pun yang menjadi Menteri Beswar kerajaan PR Selangor, pasti akan gagal kerana Kerajaan Selangor tidak dapat diIslamikkan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat selaku pemberi mandat.

5 comments:

Mamut Bukit Gedombak said...

Parok mu bedil Meli. Peluru tepat kena muko aku pun ak tau nak buat apa. Sebagai rang PKR akan malu dengan apa yang berlaku. Bokali tak berapo lekat taha doh aku dengan PKR.

Nak masuk Pas aku tak berapa arap. Selama ni pun Pas bukannya ikhlas pun persahabatan dengan PKR, Pas ebih ikhlas dengan DAP.

kakiku said...

meli oh meli!
kawe tabek ke demo,
demo tulis kata hati demo,
demo kelih kata cermin mata demo,
demo naik angin warna darah demo,
demo tikam dgn keris cbg milik

demo kata "Kerajaan PR di negeri berkenaan yang pada hakikatnya semakin goyah, mumut dan rapuh kronik".

meli bak pa demo mikir balik?

rakyat royat UMNO tinggal kubur,
UMNO diramal jadi bubur,
benci cina, india kian subur,
lani pula melayu dah hilang kabur,
kalu tak percaya demo rasa kabur,
tanyalah budak hak nampak jubur,

meli panas kepala :
" Anwar Ibrahim juga boleh mendrama-swsatakan dolak dalihnya tetapi belum tentu akan diterima oleh rakyat yang berakal dan waras sebagai sesuatu yang benar dan betul".

meli bak pa demo mikir balik?

menyindir anwar mendrama-swastakan,
suka berdolak dalih demo gelarkan,
rakyat tolak anwar benci sakan,
hujah demo jelas kebudak-budakan,
PRU12 satu kerusi PKR diketawakan,
PRU13 1/3 parlimen bersama rakan,
mana sekolah demo dapat didikan,
hitung semula tolong kira-kirakan.

malah de kawe,
nak royat nak nasihatkan,
ini sebab kerana makan,
bila-bila tolong ingat-ingatkan,
ore bui hanya makan,
jgn bubuh dale hati kawe nasihatkan,

kah!kah!kah! said...

Dengar buleh abe Meli wei dengan kakiku, ccayo jange. Ambbo yakin keraaan PR Selangor akan tumber, malah di kedah pun akan lebur, di Keantan pun rasanya akan hancur. Pulau Pinang payoh sikit, maklumlah KMnya zuhud macam Umar Ibnu Aziz.....kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!kah!

kakiku said...

meli oh meli!
abe demo hak kuat UMNO kata :
"Ambbo yakin keraaan PR Selangor akan tumber, malah di kedah pun akan lebur, di Keantan pun rasanya akan hancur. Pulau Pinang payoh sikit, maklumlah KMnya zuhud macam Umar Ibnu Aziz....

nasib demo nak buat guano,
ada abe tapi bate kayu,
jale cacar kepala terbalik,
ke dia meli demo tolong royat,
Israel APCO pun akan hancur,
anak dia UMNO pula nak masuk kubur,

ore muda dah tahu,
bakpa meli mu keras kepala,

rasuah menyamun dan merompak,
kebas harta negara habih botak,
kerja UMNO jenis tak ada otak,
mengaku melayu perangai batak,

ore muda dah tahu,
bakpa meli mu keras kepala,

sebar khurafat konon bela melayu,
ore lain semua dianggap nak menipu,
akulah UMNO superman melayu,
tapi ore muda lani buke bate kayu,
pedih hati jiwa sayu,
selama keni UMNO menipu melayu.

Mamut Bukit Gedombak said...

Aku ore PKR/PR. Aku raso kakiju jenis babuk. Aku tengok sokmomu Meli dengan geng-gengmu. Semuanya bukan orang parti.

Masa di lobi sutera inn, aku tengok dalam gengmu duk huha-huha. mu banyak diam, banyak senyum. Nampak janggut panje semula doh.

Aku nak tegur dan berjabat tangan denganmu tapi takutmu tak layan. Aku rasa gengmu pun ak tau mu ni ada blog. Cara mereka cakap tentang IT seolah-olahmu buta kayu tentang IT, kes tu la gamknya mu banyak senyum dengan temberang geng.

Dalam blog MSO ada sebut mu adalah blogger yang dibenci orang Pas. Bakpo. Buke ko mu pernah kerja dengan kerajaan Pas.

Aku raso kalu benci pun orang macam Kakiku. Ustaz Halim, Cikgu Rahim, aku pernah dengar sendiri kata tak ramai orang macammu, nampak jahat dalam tulisan tetapi banyak membantu Pas untuk jangka panje kerana apa yang mu ramal banyak jadi kenyataan.

Aku keliru.