Friday, June 11, 2010

PEMBERITAHUAN!!!!!!

ANDA ADA ILMU DAN MINAT MENULIS?

SAYA dalam proses menerbitkan semula majalah Wasilatul-Ummah, majalah semi-ilmiah/dakwah menggunakan modal permulaan yang paling kecil. Untuk tiga keluaran pertama, saya tidak akan guna khidmat edItorial bergaji tetap bagi penjimatan kos operasi.

Sehubungan dengan itu saya ingin menyeru rakan-rakan penulis dan para ilmuan yang rajin menulis, membantu menjayakan apa yang saya rancang dengan menghantar bahan-bahan yang sesuai kepada saya untuk dimuatkan dalam tiga keluaran pertama majalah Wasilatul-Ummah.

Manakala para usahawan Melayu Muslim yang mahu membantu menjayakan penerbitan majalah ini bolehlah melakukannya dengan membeli ruang iklan pada kadar RM5,000 sehalaman, RM2,700 untuk setengah halaman dan RM1,800 untuk 3/4 halaman manakala bagi iklan jimat adalah RM500 untuk satu keluaran.

Mereka yang berminat mencari pendapatan tambahan sebagai penjual secara langsung di kawasan masing-masing, termasuk di pusat-pusat pengajian tinggi juga boleh hubungi saya untuk perbincangan lanjut.

Wasilatul-Ummah akan dijual secara terus kepada pelanggan melalui khidmat jualan terus dan tidak akan dijual di kedai-kedai buku atau gerai-gerai akhbar.

Tulisan untuk siaran/artwork iklan dan surat niat mahu menjadi pengedar hendaklah diemailkan ke alamat meli_industry@ yahoo.co.uk

Setiap tulisan yang dihantar hendaklah disertakan nombor akaun bagi memblehkan saya membuat pembayaran sekadar yang termampu untuk setiap tulisan yang disiarkan.
- RAMLI ABDUL HALIM
Ketua Pengarang/Penerbit
WASILATUL-UMMAH

No comments: