Monday, July 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (763)

Harapan rakyat kepada orang dan parti politik

MENAMBAH kemakmuran negara, menstabilkan ekonomi dan hubungan masyarakat pelbagai kaum serta pelbagai anutan agama, budaya dan adat resam adalah antara harapan induk rakyat kepada orang dan parti politik di negara ini yang mengamalkan demokrasi berparlimen.


Kaji selidik persendirian saya bagi menyiapkan penulisan buku politik saya sejak tahun 2005 ke mari mendapati, rata-rata rakyat Malaysia bosan dengan gelagat orang dan parti politik yang lebih utamakan kepentingan peribadi dan parti politik yang didukung dan disokong daripada fungsi sebenar tugas sebagai wakil rakyat yang diberi mandat.

Sehinggakan di parlimen dan dewan-dewan undangan negeri pun, fokus perbahasan wakil-wakil rakyat adalah yang berkisar kepada kepentingan politik kepartian sedangkan mandat yang diberikan oleh rakyat sama ada kepada wakil rakyat parti kerajaan atau pembangkang adalah untuk membawa suara, masalah dan harapan rakyat ke parlimen atau pun dewan-dewan undangan negeri.

Yang diharapkan oleh rakyat adalah pembangkang menegur, mengkritik, memberi cadangan, idea, rangka dan kerangka kepada kerajaan supaya menjadi kerajaan yang lebih baik manakala kerajaan pula kena menerima dengan terbuka teguran, kritikan, cadangan, idea, rangka dan kerangka penambah-baikkan dari pihak pembangkang selagi ianya memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Waktu untuk mengecam atas nama kepentingan politik yang patut dilakukan pada musimn kempen pilihanraya sahaja, itu pun mestilah secara bersopan patut dijadikan sebahagian dari lipatan sejarah. Setelah selesai pilihanraya dan rakyat telah memberi mandat, kerajaan dan pembangkang kena saling berganding dahu memberi khidmat untuk kepentingan rakyat dan negara. Hakikatnya tugas kerajaan dan pembangkang sama-sama penting, masing-masing sama-sama memikul amanah rakyat.

Berpolitikng sepanjang masa, termasuk hingga membawa ke parlimen dan dewan-dewan undangan negeri nahu tidak mahu telah menimbulkan rasa meluat dan cuak di kalangan rakyat jelata, terutama kalangan terpelajar dan profesional. Gara-gara terlalu berpolitiking, banyak keperluan asas untuk rakyat seperti bekalan air dan sebagainya tidak diberi perhatian oleh piak kerajaan dan pembangkang bagi mengatasinya.

Itulah anntara faktor induk kenapa 4,312,375 warganegara yang layak mengundi masih belum juga mendaftar sebagai pemilih walaupun pelbagai kempen pendaftaran pemilih dijalankan dan segala kemudahan disediakan bagi tujuan pendaftaran, mereka melihat orang dan parti politik bukan penyelesai masalah, sebaliknya menyumbang kepada banyak masalah .

Sebilangan besar daripada mereka yang tidak mendafftar sebagai pemilih itudipercayai terdiri dari kalangan mereka yang terpeljar dan profesional. Maknanya seramai 4,312,375 mereka yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih itu tidak akan dapat mengundi jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat sedangkan undi mereka sangat-sangat diperlukan oleh parti-parti politik yang mengharapkan mandat dan majoriti undi.

Dengan hanya 156,675 daripada lebih empat juta mereka yang layak mengundi mendaftar pada sepanjang tahun lepas, secara tidak angsung membuktikan bahawa lebih empat juta mereka yang layak berdaftar sebagai pemilih tidak berminat kepada politik kepartian dan parti-parti politik, sekali gus telah memilih untuk bebas dari kancah politik.

Jika keadaan ini terus berlaku, mahu tidak mahu ianya akan menjejaskan amalan demokrasi di negara ini dan tidak mustahil kalangan terpeajar dan profesional akan mencapai satu pakatan untuk merangka dan menggerakkan usaha ke arah mewujudkan kerajaan yang bersih dari lumpur-lumpur politik yang bagi mereka tentunya serba hanyir dan menjijikan.

Demi untuk memelihara dan mengekalkan amalan demokrasi di negara ini, setiap orang dan parti politik perlu mengutamakan harapan rakyat dan kena berhenti dari berpolitik demi kepentingan orang dan parti politik yang didukung dan disokong dengan berpolitiking sepanjang masa menyebabkan masa untuk diambil tindakan bagi menyelesaikan masalah rakyat dilihat lambat dan sering terabai.

Kaji selidik saya bagi memenuhi keperluan penyiapan buku saya barangkali lebih bersifat keindividuan di samping ruang lingkup kaji selidik saya agak sempit, dan terbatas. Ada baiknya setiap parti politik membuat kaji secara lebih serius dan berskala besar bagi mengenalpasti penerimaan rakyat dan apa harapan rakyat terhadap orang dan parti-parti politik supaya tidak akan berlaku akhirnya majoriti rakyat akan hilang peercayaan dan keyakinan kepada orang dan parti politik.

3 comments:

Zulkukub said...

Amat bersetuju dengan saudara.

chegarMD said...

Tulisan yg sangat2 berperistage,neg
ara2 memerlukan kpd muslih dari siapa2 sahaja, bukan nya pencacai smaada kpd pas atau umno,
malaysia sudah kaya dgn bloger2 pencacai tapi malaysia memerlukan golongan ketiga yg mementingkan kebenaran/keadilan dan kesaksamaan
dan berada di pihak rakyat majoriti.golongan yg tidak mempunyai kuasa memerintah tapi mem
punyai hati yg kental menghadapi hi
dop yg semakin menekan dgn polisi2
kerajaan yg tidak mesra golongan bawahan,dan pembangkang yg hanya meraung utk berkuasa.

chegarMD said...

Tulisan yg sangat2 berperistage,neg
ara2 memerlukan kpd muslih dari siapa2 sahaja, bukan nya pencacai smaada kpd pas atau umno,
malaysia sudah kaya dgn bloger2 pencacai tapi malaysia memerlukan golongan ketiga yg mementingkan kebenaran/keadilan dan kesaksamaan
dan berada di pihak rakyat majoriti.golongan yg tidak mempunyai kuasa memerintah tapi mem
punyai hati yg kental menghadapi hi
dop yg semakin menekan dgn polisi2
kerajaan yg tidak mesra golongan bawahan,dan pembangkang yg hanya meraung utk berkuasa.