Saturday, July 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (752)

Saya bukannya hidup kerana disayangi Pas dan tidak akan binasa kerana dibenci parti berkenaan

OLEH kerana tidak ada banyak masa untuk saya berdepan dengan komputer, maka saya jarang buka blog akhir-akhir ini, apatah lagi membuka blog rakan-rakan.

Berdasarkan komen seorang penjenguk blog saya pada entry MUNCUL KEMBALI (751) yang mencatatkan: "Dalam blog MSO ada sebut mu adalah blogger yang dibenci orang Pas. Bakpo. Buke ko mu pernah kerja dengan kerajaan Pas. Aku raso kalu benci pun orang macam Kakiku. Ustaz Halim, Cikgu Rahim, aku pernah dengar sendiri kata tak ramai orang macammu, nampak jahat dalam tulisan tetapi banyak membantu Pas untuk jangka panje kerana apa yang mu ramal banyak jadi kenyataan" saya membuka blog sahabat saya MSO yang mencatatkan;

"Ada sama ketika itu Ramli Abdul Halim, bloger Melikapak Jangak yang kini dibenci oleh sesetengah ahli Pas Kelantan, ..............." melalui entry Kelantan Perlu Wujudkan Anugerah Sastera Sendiri. Saya tidak melihat MSO berniat kurang baik dengan catatannya itu. Ianya adalah bagi memenuhi keperluan 5W 1H yang merupakan rukun wajib dalam penulisan laporan.

Untuk maklumat penjenguk blog saya, sebagai seorang pengamal media, dibenci atau disukai adalah seperkara yang lumrah. Menulis adalah kerja profesional dan penulis kena profesional serta memprofesionalkan diri.


Menulis dan melaporkan adalah tugas penulis/pengamal media. Soal apa yang ditulis atau sesuatu laporan boleh diterima atau tidak oleh mana-mana pihak, itu bukan kerja penulis/pengamal media, termasuklah saya. Penerimaan dan penilaian terhadap sesuatu tulisan/laporan bergantung kepada tahap pemilikan ilmu dan profesionalisme pembaca/pendengar/penonton.

Dalam menyempurnakan tanggungjawab kemediaan, saya akan menulis berdasarkan apa yang saya tahu, saya tengok dan saya dengar dengan tujuan apa yang baik dijadikan teladan manakala yang tidak baik dijadikan sempadan oleh pembaca.

Jauh sekali dari menulis untuk dipuji, sebaliknya saya bersedia dikeji dan dibenci. Secara peribadi, saya berpendirian saya hidup bukan kerana disayangi oleh Pas atau mana-mana pihak dan saya tidak akan binasa kerana dikeji.

Saya yakin sebahagian besar dari orang Pas yang membenci saya kerana tulisan-tulisan saya adalah dari kalangan tunas muda dan hingusan dalam Pas, kalangan yang masuk Pas setelah Pas serba selesa.

Kalangan veteren, yang pernah berdepan dengan Pemuda Tahan Lasak Umno, yang terdedah dengan pelbagai ancam dari Umno kerana menjadi pendukung dan penyokong Pas tidak akan mudah melatah dengan teguran saya.

Anak-anak yang menikmati hasil jualan pot getah dengan nilaian harga yang tinggi tidak akan merasa sayang pada pokok-pokok getah sebagaimana sayangnya tokcik atau mokwo yang terpaksa masuk hutan berbekalkan garam meneroka tanah hutan untuk dijadikan kebun getah.

Demikian juga dalam berpolitik. Mereka yang tidak pernah menghadapi zaman susah dan malap Pas, akan mudah melabelkan orang lain dengan macam-macam pelabelan, malah golongan inilah yang akhirnya akan memporak purandakan Pas.

Kalau betullah Ustaz Halim (Dato' Abdul Halim Abdul Rahman?) dan Cikgu Rahim (Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah?) terbuka menerima teguran dan kritikkan saya, ianya bukan sesuatu yang pelik kerana mereka lebih lama berdepan dengan kritikkan atau pun sanjungan saya terhadap Pas berbanding dengan tunas baru dan golongan hingusan dalam Pas.

Dengan kata lain, Ustaz Halim dan Cikgu Rahim lebih tahu siapa saya berbanding dengan anak-anak muda dan mereka yang bernaung dibawah Pas ketika parti itu kembali membentuk kerajaan di Kelantan pada hujung tahun 1990.

4 comments:

kakiku said...

UNTUK KAWANKU SI PENULIS

rasa sayu bercampur tangisan,
mendengar rintihan si penulis,
yg terbiar tanpa senyuman,
namun segala masa telah berubah,
betapa buruk hodohnya,
si tua menangis simpati,
tahan sebak didada,
tiba-tiba ketawa yg keluar,
kah kah kah!

Baca :""Ada sama ketika itu Ramli Abdul Halim, bloger Melikapak Jangak yang kini dibenci oleh sesetengah ahli Pas Kelantan,.............

hati mana yg benci,
diri mana tak mengenang jasa,
jgn dicari simpati,
jgn dikenang perjuangan silam,
nanti hatiku terguris lagi,
nanti hati ini mengecil kembali,
yahoooooooooooo!
mari kita bergembira.

inilah wajah sebenar seorang yg ikhlas :
"Untuk maklumat penjenguk blog saya, sebagai seorang pengamal media, dibenci atau disukai adalah seperkara yang lumrah. Menulis adalah kerja profesional dan penulis kena profesional serta memprofesionalkan diri".

ikhlasnya hati ini,
tanpa hirau cerca kejian,
atas nama keikhlasan,
berambuslah nafsu mazmumah,
aku adalah seorang profesioanal,
PROFEEEEEEEESIONAAAAAAL.

Pendirian hati ini seteguh batu,
sekuat jambatan Tendong,
terpajak bagaikan bukit Panau,
Setinggi gunung Stong,

lihat dan bacalah .....:"Jauh sekali dari menulis untuk dipuji, sebaliknya saya bersedia dikeji dan dibenci. Secara peribadi, saya berpendirian saya hidup bukan kerana disayangi oleh Pas atau mana-mana pihak dan saya tidak akan binasa kerana dikeji".

Akhirnya dan akhirnya :
"Dengan kata lain, Ustaz Halim dan Cikgu Rahim lebih tahu siapa saya berbanding dengan anak-anak muda dan mereka yang bernaung dibawah Pas ketika parti itu kembai membentuk kerajaan di Kelantan pada hujung tahun 1990".

Bukalah hati-hati mu,
exco si exco kanan,
spekear dan si timbalannya,
penerangan negeri Kelantan,
kenangani jasa yg lebih lama,
lama selama garam dalam mulut,
siapa yg makan garam dahulu.

Terima kasih kawanku si penulis.

Anonymous said...

Kepada penyokong PAS sekelian,

Pandang,selidik,kaji dan apa-apa je lah,jadi lah pembaca yang matang.
Jangan selalu mengharapkan semua pandangan orang lain sama dengan pandangan kita.

Jangan lah kita selalu berfikir dan pandang semua orang yang berada didalam organisasi PAS 100% melakukan perkara yang betul, mungkin adalah juga salah silapnya.

Sebahagian besar orang-orang yang memberi komen di dalam blog adalah keterlaluan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.Adakah kita seronok mengata dengan perkataan yang kasar atau adakah itu imej kita?

Adakah penyokong-penyokong PAS hanya mahu gunapakai tulisan yang memuji PAS sahaja?, walaupun ada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan.

Kononnya sayang kepada organisasi PAS tapi kadang kala sikap dan cara, langsung tidak memberi keuntungan kepada PAS.

Anonymous said...

keji orang PAS kepada kita, tak serupa dengan keji ALLAH...jauhkanlah dari keji ALLAH... dan keji PAS adalah dunia politik semata-mata...dan jauhkanlah daripada dunia politik yang keji yang dibuat oleh pembangkang pada hari ini...keji kerana menanam sikap membenci-membenci antara sesama kita...kadang-kadang buat fitnah untuk membenci orang lain...satu perkara yang tidak betul jika orang lain percaya adalah berbisa...dan apakah balasannya di akhirat nanti...tidak takutkah???

Minah Juling Sepupu Halimah Jongang said...

Saya kagumi Pakcik Meli. Ikut kata ayah saya, Pakcik Meli orang luarbiasa. Dalam diam dia banyak bantu Pas.

Antaranya melalui penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku-buku menggunakan perbelanjaan sendiri. Ratusan ribu wangnya habis untuk itu.

Beliau tidak pernah minta kawasan balak walaupun sepatutnya dengan penjualan kawasan balak dia dapat biayai penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku.

Yang kecong dia, yang tidak bayar sejumlah wang bagi kos pertukaran hakmilik menerbitkan Mingguan Wasilah misalnya adalah orang Pas, menyebabkan perniagaannya lingkup.

Beliau tidak pula nyenyeh muka minta kawasan balak atau sebarang bantuan dana bagi menerbitkan kembali akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku.

Kini beliau diktakan bekerja keras siang malang mengumpul dana melalui perunding jualan tanah, ladang dan lombong untuk membangun kembali perniagaannya yang runtuh.

Bagaimana murah hatinya Pakcik Meli dalam membantu Pas, boleh tanya rakan-rakan setugasnya semasa beliau bertugas di Urusetia Penerangan dulu.

Berbanding dengan Pakcik Meli yang banyak berkorban untuk Pas sebelum Pas kembali memerintah Kelantan dan ketika saat awal kerajaan Pas Kelantan bangun kembali, golongan muda dan mualaf dalam Pas lebih menikmati hidup selesa.

Mereka jenis inilah jenis bencikan orang macam Pakcik Meli. Pun begitu saya yakin, berdasarkan kepada cerita ayah saya tentang Pakcik Meli, Pakcik Meli tidak akan marah atau berkecil hati dengan tanggapan buruk dan kecaman terhadapnya.