Saturday, July 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (753)

Jangan porak-purandakan moral kerana gila kuasa

POLITIK, parti politik dan berpolitik serta berparti politik memerlukan kecerdikkan dan tahap profesionalisme berskala besar, memerlukan lebih ramai penyokong dari penentang supaya mendapat lebih majoriti dalam pilihanraya.


Hati dan perasaan semua pihak yang bertanggungjawab kepada pemberian mandat perlu dijaga dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh. Membuat musuh dengan mereka bermaka menempah kecelakaan.

Pakatan Pembangkang (PKR) boleh menyerang, memperlekeh, membuat tohmohan, memberi persepsi buruk, menfitnah atau pun menidakkan kejayaan Barisan Nasional (BN) yang terus menerima mandat membentuk kerajaan.

Tetapi memfitnah agensi kerajaan, termasuk dengan dakwaan palsu Felda bankrap adalah sutau tatacara berpolitik yang sangat tidak bijak, amat tidak profesional dan tidak bermoral.

Tindakan itu bukan sahaja akan melukakan hati para pgawai FELDA tetapi ianya merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan institusi yang banyak membangunkan masyarakat Melayu. Natijahnya nasib para peneroka FELDA jauh lebih baik dari semasa mereka belum jadi peneroka.

Berpolitiklah secara yang sepatutnya, jangan kerana gilakan kuasa dan kerusi perdana menteri dan kerusi menteri, maka apa yang diharamkan oleh Islam yakni menfitnah pun sanggup dijadikan senjata dalam perlumbaan meraih mandat.

Rakyat bukannya bodoh. Persepsi majoriti rakyat tidak mungkin seragam dengan persepsi pembangkang atau apa yang diharap rakyat persepsikan terhadap kerajaan. Mengecam kerajaan dan mengajak rakyat membenci kerajaan sepanjang masa adalah tindakan yang tidak bermoral.

Masa untuk berhujah dan menarik sokongan rakyat selaku pemberi mandat adalah semasa pilihanraya. Setelah pilihanraya dan rakyat telah memilih parti untuk diberi mandat, maka keputusan rakyat mesti diterima dan dihormati.

Kalau masih dipertikaikan bermakna keputusan rakyatlah yang dipertikaikan, bukannya kerajaan yang mahu tidak mahu kena tubuh kerajaan kerana telah dilanjutkan pemberian mandat, yakni amanah dan tanggungjawab untuk menjadi kerajaan.

Sementara menunggu tibanya pilihanraya akan datang, ianya patut diisi dengan muhasabah dan kaji selidik kenapa pakatan pembangkang masih ditolak oleh rakyat dan kerajaan yang ada masih terus diberi mandat.

Baiki asegala kelemahan supaya pada pilihanraya akan datang rakyat akan melihat pembangkang lebih baik dan lebih berkemampuan untuk diberi mandat membentuk kerajaan menggantikan kerajaan yang sedia ada, barulah nampak bestrai dan profesional berpolitik.

Kalau asyik mencerca kerajaan penerima mandat rakyat, mahu tidak mahu akan timbul rasa meluat di kalangan rakyat. Bila rakyat meluat harapan untuk diberi mandat membentuk kerajaan akan tersekat.

Rakyat akan membuat penilaian tentang kualiti kerajaan memerintah. Keupayaan terus bertahan dalam keadaan sentiasa dikecam, diburukkan, diperlekeh, ditohmah, difitnah, diganggu dengan demonstrasi dan sebagai tetapi masih mampu bertahan, akan dilihat ada sesuatu yang luar biasa milik pimpinan kerajaan yang ada.

Sekali gus rakyat akan bertanya pada diri sendiri, dalam mempertikaikan jasa dan bakti kerajaan yang memerintah lebih lima puluh tahun, apa pula jasa, bakti dan sumbangan pembangkang kepada negara selama tempoh yang sama selain dari mengisi masa setiap saat dengan memburukkan kerajaan.

Hakikat dan natijahnya menjadi kerajaan tidak semuda menjadi pembangkang. Rakyat sedang membuat penilaian apakah negeri-negeri yang diperintah pembangkang lebih baik dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN.

Kalau kerajaan pembangkang di negeri-negeri yang diperintah gagal dilebih-baikkan dari negeri-negeri yang diperintah oleh BN, hasrat Pakatan Pembangkang untuk memerintah Malaysia tidak ubah seperti angan-angan sang katak puru .

Kononnya katak puru berkata badan berkerapu dan berpurunya akan bertukar menjadi licin dan lemu lepas bunyi guruh. Tetapi entah sudah berapa juta kali guruh lepas berdentum, katak puru tetap kekal dalam keadaan asalnya, mimpi untuk menjadi licin lebih bersifat mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.

Dalam berpolitik, kena elakkan dari berangan-angan macam katak puru atau sang pungguk yang mabuk air sejuk pada puteri bulan, sebaliknya orang politik kena pastikan diri sentiasa berada dalam realiti untuk mengelak dari 'perasan' dijulang dan disayangi, walhal dibenci kerana sikap sendiri.

2 comments:

kakiku said...

keh! keh! keh!
Yahooooooooooooo!
adakah peneroka di Kemahang bodoh apabila dakwaan mereka ditipu bertahun-tahun adalah benar,
Adakah dapat balik RM7 juta setelah bertahun kena tipu mendurhaka.
hujan dah naik ke langit.

keh! keh! keh!
ciiiiiiiiiiisss, sialan kenapa kamu tuduh felda bankrap?.
kalau kita jujur dan benar, sanggup buka baju dan pecat kain, silakan siasat kalau ada najis dan ketuk kering. Bukan kata kau tipu dan fitnaaaaaaaaaaaaaaaah.
Sudah biasa makan taik, takkan orang tuduh cium taik kita buat-buat marah, keh! keh! keh!.

Keh! keh! keh!
"nak berpolitik mesti cerdik", you kata.
Gua kata "nak menulis mesti cerdik"
tengok apa yg tertulis:
"Rakyat bukannya bodoh. Persepsi majoriti rakyat tidak mungkin seragam dengan persepsi pembangkang atau apa yang diharap rakyat persepsikan terhadap kerajaan. Mengecam kerajaan dan mengajak rakyat membenci kerajaan sepanjang masa adalah tindakan yang tidak bermoral".
benar! tiada yang benar kecuali yg benar, rakyat bukan bodoh,
mereka dah kenal siapa yg bermoral dan tak bermoral, sebab itu rakyat perkena tumbukan padu ke muka UMNO dalam PRU 2008, supaya insaf, nampaknya makin tak insaf-insaf.

You tulis tapi kurang stamina, tambah tenaga dengan banyak membaca, lihat ini :
"Tindakan itu bukan sahaja akan melukakan hati para pgawai FELDA tetapi ianya merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka dan institusi yang banyak membangunkan masyarakat Melayu. Natijahnya nasib para peneroka FELDA jauh lebih baik dari semasa mereka belum jadi peneroka".

Ambil contoh stadium keagungan org terenganu, runtuh kerana tak cukup besi, ada orang tuntut supaya dibuat siasatan,you pun tulis : "Tindakan itu bukan sahaja akan melukakan hati para pgawai Stadium, tetapi ianya merupakan satu penghinaan kepada ahli sukan dan pemain bola sepak yang banyak membangunkan sukan negara. Natijahnya nasib ahli sukan jauh lebih baik dari semasa mereka belum jadi ahli sukan".
Cuba kita berfikir, apa kata budak darjah 3D, bila baca apa yang tertulis?.

Banyak lagi meli!, kitakan rakan sepenulisan, sepak terajang sama-sama diketahui.

Awang Dahi Suloh Perut Londo said...

Orang yang dah dibutakan mata dan mata hatinya oleh ketaksuban melampau tidak boleh dibawa masuk dalam majlis, Abe Li. Biarlah kakiku terjun dengan labu-labunya.

Bahasa yang digunakan tidak beradab, membuktikan kecetekkan ilmu. Penjenguk tidak boleh menumpang menfaat dari komennya.