Sunday, July 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (754)

Penguasaan wanita di institutsi pengajian tinggi: lelaki patut muhasabah diri

KATA orang wanita mempunyai sembilan puluh sembilan nafsu dan hanya satu akal manakala lelaki pula mempunyai sembilan akal dan hanya satu nafsu. Maknanya lelaki patut mendahului dan menjadi pemimpin kepada wanita dalam semua hal.


Dalam Islam sendiri lelaki diberi keistimewaan apabila lelakilah yang kena menmjadi ketua keluarga dan ketua kepimpinan. Dalam sembahyang, perempuan boleh berimamkan lelaki tetapi lelaki tidak boleh berimamkan wanita.

Namun akhir-akhir ini, nampaknya sudah terbalik-kot jadinya kerana wanita nampaknya lebih berakal di samping lebih bernahsu. Ini terbukti apabila kaum wanita di negara ini misalnya terus menguasai tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Penguasaan itu berdasarkan kepada 58.6 peratus (61,750 pelajar) daripada 105,377 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA bagi sesi pengajian 2010/2011 adalah wanita.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 40,366 pelajar mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.

Penguasaan wanita bagi penempatan di universiti merangkumi semua pusat pengajian yang mana secara tidak langsung bilangan ilmuan wanita mahu tidak mahu akan mengtasai jumlah bilangan ilmuan lelaki di negara ini.

Maknanya mahu tidak mahu juga negara terpaksa mencarik adat dan peraturan Islam dengan terpaksa bernaung dibawah kepimpinan kaum perempuan kerana mereka lebih berilmu.
Adalah sesuatu yang sangat janggal kalau golongan berilmu bernaung dibawah orang yang tidak berilmu semara-mata kerana tuntutan keperluan adat mahukan tuntutan agama. Apa akan jadi kalau wanita pemilik Ph D berketukan bos yang hanya memilik MA, BA, diploma atau berkelulusan PM dengan keputusan cukup makan.


Keadaan bilangan wanita lebih cerdik dan berilmu berlaku kerana kalangan lelaki tidak memberi tumpuan kepada usaha mengisi dada dengan ilmu, sebaliknya masing-masing lebih cenderung membinasakan diri, peluang dan maruah kelakian melalui kegiatan penyalah-gunaan dadah, rempit dan aktiviti kerosakan moral yang lain.

Justeru itu pada pendapat saya adalah menjadi tuntutan fardu kifayah bagi lelaki yang waras dan sempurna akal dan moralnya untuk mencari formula, tonik, pelan, rangka dan kerangka untuk menyedarkan kaum sejenis supaya tidak rosakan diri manakala yang telah rosak perlu bertaubat nasuhah.

Juga perlu disedarkan kepada kaum sejenis bahawa menjadi fardu kifayah kepada mereka untuk memastikan kaum lelaki kena lebih berilmu dari wanita kerana merekalah yang kena jadi ketua keluarga, ketua kepada kepimpinan dan juga imam sembahyang.

Kena timbul kebimbangan tentang sah atau tidak sahnya sembahyang kalau isteri yang lebih berilmu berimamkan suami yang jahil ketika sembahyang. Bolehkah wanita yang lebih berilmu menjadi perdana menteri di sebuah negara yang lelakinya kurang berilmu dari kaum wanita.

Sehubungan dengan itu, bangkitlah wahai kaum lelaki, marilah sama-samalah kita memuhasabah diri apakah kita berada di jalan yang benar dan diredai-Nya jika negara mempunyai kaum wanita yang lebih berilmu dari lelaki, sekali gus pasti akan berlaku kes suami takutkan isteri dengan rumahtangga berketuakan isteri

7 comments:

Anonymous said...

saya pun fikir Rosmah Mansor lebih berilmu dari Najib A.Razak...kuang kuang!!!

Lebai Mangkok Hayun said...

Diri sendirinya pulok lagu mano? Kalau dilihat pada cara menulis, demo jenis aloh ko bini jugok ni, sebab tu mudoh syok dan label ko orang lain, termasuk PM yang kalau tidak ada keistimewaan dan kelebihannya tak 'kan Allah takdirkan dia jadi PM. Kalau Nik Aziz, Hadi, Nuar Brehim atau demo yang lebih baik dari Najib tentulah Tuhan takdirkan demo. Demo ingat Najib boleh jadi PM kalau tanpa izin-Nya. Kalau Allah izin dan takdirkan, tentulah ada lebihnya dari orang lain. AFO FEHEM???????

john said...

Muncul kembali jare2...

utk lebai mangkuk ayun...

"Kalau Nik Aziz, Hadi, Nuar Brehim atau demo yang lebih baik dari Najib tentulah Tuhan takdirkan demo. Demo ingat Najib boleh jadi PM kalau tanpa izin-Nya. Kalau Allah izin dan takdirkan, tentulah ada lebihnya dari orang lain."

-Allah bagi peluang belako kepado yg layok! Allah bagi bukan free. Pemimpin ado tanggongjawab besar mangkok! kalu mu baik kepado ore, beruntung lah kamu. Pemimpin yang adil yang bertakwa sepenuhnya akan buleh ganjaran lebih pada ore lain begitu jugok sebaliknya. Ambo nok tanyo pulok? Bakpo Allah bui firaun jadi rajo?, Namrud jadi rajo kalu buke dengan keizinanNyo...POKOKNYO AMANAH PEMIMPIN TERHADAP ALLAH DAN RAKYATNYO YANG DEMO KENO PERSOALKAN...

p/s: NKRA Najib Kerja Rosmah Arah..

Lebai Mangkok Hayun said...

Ambo nok tanyo pulok? Bakpo Allah bui firaun jadi rajo?, Namrud jadi rajo kalu buke dengan.

TU KERJA TUHAN, KAWE TOK LAYOK NAK JAWAB BAGI PIHAK TUHAN. DEMO TANYA TUHAN SEDIRILAH DOH RASA DEKAT DENGAN TUHAN SANGAT GAT.

Anonymous said...

Tuan Mangkuk Hayun,

Yang dapat kuasa didunia tak semestinya benar dan betul,
Yang tak dapat kuasa didunia tak semestinya salah dan kalah....

Kalau macam tu Yahudi Israel tu benar dan betul ke???
Umat Islam Palestin tu salah ke???

Kesian Mangkuk, silap2 haribulan jadi mangkuk tandas....

Alim Kucing said...

Orang bukan Islam, termasuk Yahudi berkuasa kerana umat Islam umpama buih. Pah pula tu suka berpuak-puak sesama sendiri tetapi bersekongkol dengan puak anti Islam.

Inilah yang dikatakan apa yang dibuat seakan perbuatan orang beriman tetapi sebenarnya perbuatan orang munafik manakala yang melakukan perbuatan yang kononnya perbuatan orang m adalah perbuatan orang beriman.

Penyakit dan perbuatan ini banyak kawe dok perhati tengoj banyak dilakukan oleh oranng Pas.

Semoh Maso said...

Jange dok persoal ketetapan Allah, dok peruduh apa yang telah ditkadikan-Nya, termnasuk bila Datuk Seri Najib jadi PM dan Datuk Seri Rosmah jadi bini PM.

Dok peruduh bukan apa, boktan kita tak jadi jadi PM, tak jadi bini PM, boktan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bukan orang dari parti kita.

Acu periksa tengok getek perangai sebenar Mursyidul Am Pas, Presiden Pas dan bini serta anak masing-masing.