Sunday, July 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (755)

Pas-DAP: masuk angin keluar asap

ACAP kali saya tulis tentang pakatan Pas-DAP umpama ayam yang disembelih secara sah digulai dalam satu belanga dengan bangkai ayam mampus dipulas tengkuk. Maknanya pakatan Pas-DAP sesuatu yang sangat sulit untuk disenada-seiramakan kerana perbezaan amat ketara dasar parti masing-masingn, bukannya sebagaimana pakatan Pas-PKR atau PKR-DAP.


Harus diingat dua jenis makhluk yang sangat Allah laknati adalah syaitan/iblis dan juga Yahudi. Kedua-duanya dilaknat bukan kerana masing-masing melaksanakan hukum hakam separuh-separuh sebagaimana pelabelan Pas terhadap Umno dalam konteks kepentingan berpolitik dan pentadbiran di negara ini, tetapi kerana syaitan/iblis dan Yahudi menolak Islam dan hukum hakam secara total.

Parti mana di Malaysia yang menolak Islam secara terang-terang sebagaimana penolakkan DAP? Setelah dikenalpasti bahawa DAP tidak boleh menerima Islam dan juga konsep negara Islam, kenapa Pas masih ada hati untuk bekerjasama sebagaimana ada hatinya tokoh tertentu dalam Pas yang sangup bekerjsaama dengan syaitan yang dilaknati Allah.

Buikankah apabila makhluk yang dilaknati Allah serta yang dilarang menjalin persahabatan dengannya tetapi kita pula masih mengambil sikap menongkah arus untuk berbuat baik dan menjalin kerjsama dengan makhluk yang dilaknati, maka ianya secara tidak langsung menampakkan kita mahu dilihat bahawa Allah telah melakukan kesilapan dan kita yang kononnya arif dengan hukum hakam dengan perbetulkan kesilapan itu.

Bukankah tindakan yang seakan memberi gambaran Allah melakukan kesilapan boleh membawa kepada kerosakkan akidah. Allah tidak mungkin melakukan kesilapan dan segala larangan serta suruhan-Nya adalah berfaedah untuk makhluk ciptaan-Nya. Oleh itu kenapa kita mesti menongkah arus.

Siapa kita sebagai makhluk untuk tunjuk lebih hebat dari Allah semata-mata kerana kita mahu membuktikan kepada orang yang kita mahu pengaruhi agar percaya bahawa Umno yang kita tidak suka, berpolitik dan berkerajaan secara tidak selari dengan Islam sehingga kerana kepentingan politik kepartian kita sanggup mendekati, bersahabat dan bekerjsama dengan makhluk yang dilaknati-Nya.

Kerana sikap keras pedal Pas yang boleh bekerjasama dengan DAP yang secara terang menolak Islam tetapi menyenarai-nerakakan orang Umno yang bukan sahaja mengucap dua kalimah syahadat dan mengamalkan budaya hidup memiripi tuntutan Islam tetapi telah melaksanakan pelbagai kemudahan bagi mengembangkan syiar Islam, maka lihatlah sekalian makhluk di langit dan di bumi apa yang sedang berlaku kepada Pas-DAP.

Lihat sahaja bagaimana kesanggupan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyanggah Mursyidul Am, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan sanggahan yang bukan sahaja orang Pas tetapi orang Umno pun tidak sanggup membuat sanggahan yang serupa berhubung dengan konsep negara Islam.

Dengan meminta Pas menghormati DAP sebagai respon kepada cabaran Mursyidul Am Pas supaya Pengerusi DAP membuktikan bahawa konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas benar-benar salah sebagai tanggapan Pengerusi DAP itu, apakah rakyat Malaysia boleh yakin bahawa kerjasama sebagai satu pakatan antara keduanya masih juga seperti sedia kala.

Kalau setelah dasar, pendekatan dan matlamat Pas berpolitik diinjak-injak oleh DAP sedemikian rupa pun Pas masih boleh bersollu dengan DAP, saya yakin lama-lama kelamaan Pas akan menjadi parti yang hanya ada pemimpin tetapi tidak ramai pendukung dan penyokong sebagaimana yang mensindromi PKR. Tidak mustahil Pas pun akan mengalami fenomena wakil rakyatnya lompat parti.

Bagi saya ketegasan sama ada oleh pemimpin Pas atau DAP bahawa kerjasama kedua-dua parti masih kuat walaupun mempunyai pendirian berbeza dalam pelbagai isu, terutama isu konsep negara Islam, penegasan itu secara hakikat dan hakikinya umpama masuk angin keluar asap, malah ianya menunjukkan tanda-tanda pakatan yang dibina sedang mumut, rapuh dan reput kronik.

4 comments:

Anonymous said...

Sesungguhnya kita ini adalah manusia dari golongan Umat Muhammad, kita boleh berdakwah kepada manusia lain. DAP itu terdiri dari manusia (bukan Jin, Syaitan atau makhluk lain). Selagi ia manusia insyaAllah dengan dakwah yang betul akan terbuka hatinya. Melainkanlah mereka itu jin, syaitan atau makhlu halus lain, memang tiada upaya kita untuk berdakwah kepada golongan makhluk halus selain manusia.

Jadi apa salahnya kalau PAS ingin mendakwah kepada DAP. Tiada mustahil mereka berubah kalau kita mencuba.

Minat Julung Sepupu Fatimah Jongang said...

Yang menolak dakwah adalah syaitan dan iblis, bukannya Jin. Makhluk bernama Jin ada Islam ada yang kafir macam manusia juga.

Memang boleh didakwah kalau ada keupayaan kalau Pas boleh memanipulasi DAP bukannya DAP memanipulasikan Pas.

Rujuk al-Quran, kenapa kita dilarang bersahabat dengan orang Yahudi. Bukankah orang Yahudi itu orang macam kita, bukannya syaitan atau iblis, malah bukan juga jin.

Para penjenguk patut melihat secara ilmiah, rasional dan profesional apa yang tersurat dan tersirat disebalik apa yang Pakcik Meli tulis.

Lebai Mangkok Hayun said...

Sejak kerjasama dengan DAP, berapa orang doh Pas berjaya Islamkan orang DAP. Selama lebih 20 tahun Pas perintah Kelantan, berapa orang orang bukan Islam dah berjaya di Islamkan?

Jahil-jahil UMno pun ada PERKIM, ada Pusat Islam, ada IKIM, ada JAKIM yang bekerja bagi mengembangkan syiar Islam.

Ustaz 4 Thanawi said...

Dok ralit dakwah sesama sediri, dok beraso diri sediri lebih alim, orang takdok jadi orang Pas Jahil. To'kong di Jubakar, Terbak (Yumpat) dan di Balai Bachok koho tinggi lebih pada pucuk nyior.

Berapa orang Siam Terbak, Teresek, Jubakar, Kok Seraya, Aril, Balai, Muring, Kuang, Berchang dan sebagainya yang dah masuk Islam hasil dakwah Pas setelah 20 tahun memerintah Kelantan. Ada ke sampai 20 orang?

Orang Cina, orang India, Oeang Asli pulok berapo orang masuk Islam. Rok ko dengan sokong Pas, Siam, Cina, India, Orang Asli nak masuk syurga.

Muhasabah, jangan dok agah boktan jadi orang Pas. Lambang Pas, keahlian Pas, pangkah Pas tak jaminan masuk syurga. Silap gayung sumbe lako ppetang lagi nyo limpar sosang ke neraka, boktan memutuskan silatur-rahim yang dilarang dalam Islam.