Monday, July 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (756)

Yang tak dapat bekalan air paip 70%, yang ada paip tapi tak ada air berapa peratusnya pula?

SRBAGAIMANA sukar untuk percaya masih ada lagi keluarga di Kampung Pauh Dalam, Pengkalan Chepa, Kelantan, yakni keluarga Yusuf Wahab tinggal di dalam reban ayam dan untuk masuk ke dalam rumah kena melalui proses merangkak (lihat laporan muka 15, Utusan Malaysia 5 Julai), barangkali sukar kepada mereka yang tidak pernah mengalami sendiri pengalaman betapa rakyat Kelantan menghadapi masalah air kronik, untuk mempercayai hakikat dan hakiki apa yang telah, sedang dan akan berlaku.

Pasti menudingan akan dihala ke arah Umno atau apa yang dilabelkan sebagai penkhianat serta musuh Kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam, kononnya sengaja mereka-cipta cerita bagi memburukkan kerajaan berkat terajuan pemimpin keramat tanpa takutkan laknat.

Kita ikuti laporan berikut:

Hanya 70% penduduk Kelantan dapat air

KOTA BHARU 4 Julai - Kerajaan negeri mengakui hanya mampu memenuhi keperluan bekalan air bersih kepada 70 peratus daripada 1.5 juta penduduk negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Infrastruktur, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman dan bahagian selatan Kelantan masih belum dapat menikmati bekalan air bersih yang disalurkan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Menurutnya, kos yang tinggi untuk penyediaan sistem bekalan air ke lokasi yang berjauhan dari paip utama, antara faktor bekalan air bersih gagal disalurkan sepenuhnya.

"Kegagalan ini wujud berikutan kedudukan rumah-rumah penduduk yang berjauhan. Biasanya kita dapat selesaikan masalah bekalan air penduduk yang tinggal di kawasan 'kompak' seperti taman perumahan di bandar Gua Musang.

"Tetapi untuk menyediakan sistem paip kepada beberapa rumah yang berada di lokasi-lokasi yang terasing dari penempatan utama melibatkan kos yang tinggi namun, kita akan mencuba sedaya upaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Jajahan dan Loji Rawatan Air Terbaik di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Majlis anugerah itu diadakan bagi menghargai sumbangan dan usaha cemerlang yang diberikan oleh kakitangan AKSB seluruh negeri bagi 2008 dan 2009.

Bagaimanapun Md. Anizam berkata, kerajaan melalui AKSB akan sentiasa meningkatkan usaha memenuhi keperluan asasi rakyat dengan kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan. - petik dari laporan Utusan Malaysia.

YB, yang tak dapat bekalan air 70% satu hal, yang termasuk dalam senarai penerima air paip, yakni ada batang paip dan bil airnya kena dibayar setiap bulan tetapi bekalan airnya sering terbantut, berapa peratus pula? Tak buat kajian ke?

YB dipelawa datang ke rumah saya pada sebelah tengahari hingga sebelum pukul 12 malam, cuba buka paip, ada air ke tidak atau YB boleh ke Panji, terutama sekitar Perumahan Desa Kujid, khususnya kawasan perumahan kastam, apakah bekalan airnya sempurna.

Banyak lagi kawasan yang mengalami masalah yang serupa pada setiap jajahan, daerah dan mukim yang sepatutnya YB turun sendiri ke lapangan dan kumpulkan maklumat tanpa terlalu percayakan laporan serba molek penuh bodek dari AKSB.

Bila ASKB suruh tukar batang paip daripada besi yang kononnya berkarat kepada PVC misalnya, batang paip rumah saya dah pun ditukar dari batang besi kepada pvc kerana ikut cadangan AKSB tetapi bekalan air tetap tidak semnpurna, malah airnya masih jugak berkeladak.

Untuk makluman, bekalan air di Masjid Telipot dan Kampung Sireh misalnya, bergantung kepada air yang di'BOORING'. Kalau harapkan bekalan air kerajaan, setiap waktu ahli jemaah terpaksa bertayamun kerana tidak ada air untuk berwuduk, terutama pada hari Jumaat.

Kenapa setelah urusan pembekalan air bertukar tangan dari Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB) kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang berbangga dengan telaga-telaga binaannya, masalah bekalan air masih juga berlaku?

Apakah tidak dikhuatiri nanti apa yang berlaku akan dilihat sebagai sebahagian dari kegagalan kerajaan. Apakah AKSB tidak bimbang kegagalannya akan menjadi antara punca kepada kejatuhan Kerajaan berslogan Membangun Bersama Islam pada pilihanraya umum ke-13 nanti?

8 comments:

Put,,,put...puttttttttt... said...

Ambo pernah terpaksa berungga ke sungai lepas berak boktan air dalam jambe rumah ambo tak tubik air.

Bila nok berak tokleh nak tahan wei.

Put,,,put...puttttttttt... said...

PEMBETULAN

boktan air dalam jambe.....BACA... boktan air paip dalam jambe.....

Anonymous said...

Ambo masa kecik2 dulu, tahun 70han, tenguk rupa paip air disekolah saja... berak berungga cari umbi pokok besar. kemudian cari telaga.

Tapi kita lo ni doh jarang ada telaga dalam rumah. tu pun tak pernah nak kata syukur kepada "nikmat Allah". sebab masa dulu tak ada air paip tapi masjid & balaisah penuh dengan jemaah dok nadah kitab. mereka dulu syukur & tunduk kepada hak Allah. Kita lo ni semakin cerdik, semakin kaya, semakin mewah, semakin derhaka kepada Allah. sekiranya kemarau panjang, paip ada,air kurang. komplain. Terlupa yang menurun air atau tidak tu kerja Tuhan, bukan parti itu atau ini! Jikalau hujan panjang, terlebih air, bah, banjir, tenggelam, lemas. komplain. Dimana ittiqad kita kepada Allah, jika kita asyik komplain atas ketetapanNya? Kita ambil mudah meletakkan kesalahan orang lain, sedangkan sifat kufur nikmat & bermaksiat kepada Allah sebenarnya punca kesengsaraan yang paling hampir! Kita sanggup bermusuhan dengan Allah dan wali2 Allah serta penjuang2 Islam kerana sesuatu yang duniawi?!!

Awang Kentut Ikan Perkasam said...

Bila kena atas ppalo Pas guna alasan ketentuan Allah selalu. Kita diberi otak guna untuk berikhtiar, sakit kena berubat, kalau ada batang paip takdok air kena guna otak cari sebab, cari silap bakpo ait tak tubik.

Kalau beraso tokleh baiki masalah air baik mengaku, biar rakyat korek telaga semula, tak payah bayar bil air. Ini tidak, paip air, bil kena bayar, kalau korek sendiri jadi satu kesalahan pula.

joostspring said...

anom 5 july 8.58

lar...mintak nik ajis doa suruh turun hujan la kl kemarau panja sgt...hari tu bersungguh sgt oyt nik ajis ni ada karamah la..

chegarMD said...

Air adalah satu dari hak asasi manu
sia yg tidak boleh di kompromi,
dalam keadaan perang sekalipon air
tak boleh di potongatau di racun.
maka apa2 hujah dari mana pemerinta
h tak boleh di terima.air sekarang
menjadi isu besar di mesir dengan
negara2 africa yg menjadi punca kpd
sungai nile yg boleh mencetuskan
perang di antara mereka yg terlibat
kalau orang kelantan tahu hak nya
terhadap kerajaan, ianya boleh menjatuhkan kerajaan, tapi orang
kelantan betul serupa sodek maka air merah dan putus2 pon tak apa. bila orang kelantan nakmaju? senang nya perintah kelantan. banyak nya perkara kalau nak
di bilang tak terbilang.miskin rakyat kelantan dlm negeri terbiar
oleh kerajaan negeri,dlm pringkat
pusat di anaktiri oleh kerajaan pusat.orang2 pasirmas pula tok wakil pula sibuk dok pperang dgn
khairy sehingga rakyat pasirmas seolah tak ada wakilrakyat.

Anonymous said...

Mana negeri yang 100% rakyat dapat air bersih dari paip?
Perlis?
Johor?
Melaka?
N.Sembilan,
Terengganu?
Pahang.. hehehe lagi parah tentang pengurusan airnya..
Sarawak?
Sabah?

Isu air ni bukan isu lokal kelantan & kedah saja, tapi isu nasional. terutama bila musim kemarau. Janganlah terlalu takabbur yang kerajaan BN saja yang pandai urus air dengan sempurna. Jangan anggap yang kerajaan PR buat semuanya bodoh & rugi rakyat.

Walaupun di diskriminasi oleh kerajaan pusat BN,
Kadar harga per unit air paling murah adalah Kelantan.
Pelepasan bayaran 20m3 air yang rakyat guna adalah Selangor.
Pengurusan Pihak berkuaasa air yang paling untung adalah P.Pinang.

Sedangkan negeri2 dibawah BN yang banyak terima bantuan kerajaan pusat masih jugak terkebelakang dalam pengurusan airnya. Ketirisan kewangan yang parah, dek kerana rasuah & kontraktor2 yang dipaksa bayar "tol bulanan/ ufti gateway hiraki kuasa kerajaan BN" kepada ketua2 UMNO semua peringkat.. hehehe.. terutama semasa setiap pilihanraya... hehehe...

Allah maha mengetahui, Raqib & 'Atiq yang mencatat segala...tipudaya UMNO & pendokong2 kemungkarannya......

Put....Put....Putttttttt said...

Biar molek negeri kita laaaa, dok ddoli apo dengan negeri lain. Doh kata kito biso, kerajaan kita berkat dan keramat