Monday, July 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (758)

ke arah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
Sumbangan semua pihak perlu

KEMAHUAN Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Razak supaya sektor swasta menjadi enjin penggerak kepada hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi bukan sahaja kena diberi perhatian serius tetapi perlu direalitikan secara proaktif.

Konsep bersatu teguh bercerai roboh patut diparaktikkan oleh rakyat negara ini tanpa mengira taraf dan kelas serta fahaman politik kerana tugas menyumbang buah fikiran dan tenaga ke arah yang memberi menfaat kepada agama, bangsa dan negara menjadi kewajipan kepada setiap warganegara.

Menyerahkan kepada kerajaan atau kepada pihak swasta semata-mata bagi menjayakan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi serta yang stabil ekonomi, politik dan keselamatannya bukanlah sesuatu tindakan yang bijaksana dan ianya menyongsang dan terkesamping dari tuntutan bersatu teguh bercerai roboh.

Dalam konteks kenegaraan dan menambah-baikkan lagi kualiti perkhiodmatan kerajaan yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat misalnya, pihak pembangkang bertanggungjawab memberi teguran, kritikan, buah fikiran dan cadangan membina supaya apa-apa jua kelemahan kerajaan dapat dibaiki dan diatasi.

Tetapi bila berada di luar negara, sebenci mana pun pihak pembangkang kepada kerajaan yang memerintah atas sebab dan alasan apa sekali pun, adalah melanggar tatasusila serta adat dan adab bernegara seandainya negara sendiri dikecam dan diburukkan di luar negara semata-mata kerana kerajaan yang memerintah dibentuk oleh parti yang dimusuhi.

Susah atau senang, mudah atau payah, mundur atau maju kena ditanggung bersama, malah masing-masing kena bertanya pada diri sendiri apa sumbangan yang telah diberikan kepada negara, bukannya ditanya apa sumbangan negara kepada kita sebagai warganegara, apatah lagi mengambil bahagian untuk memprorak-purandkan negara.

Kecaman dan kegiatan memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara melalui apa cara dan saluran sekali pun menjadikan kita akan dilihat oleh orang asing bagaikan menepuk air di dulang atau meludah ke langit, malah mereka akan melihat kerendahan dan kerosakkan moral kita.

Pihak peniaga pula tidak boleh tamak haloba sehingga sanggup mengenepikan semangat perlu berbakti kepada negara di samping mengaut keuntungan pada jumlah yang membuatkan pengguna terbeban. Masing-masing kena ada semangat untuk mendapat faedah sebagai warganegara dengan pada masa yang sama bersedia pula untuk berbakti.

1 comment:

!,2,3 Sekeh Lekup said...

Bila puak pembangkang nak tulung abe meli, puak dia bual jah besarnya, nafsu besar tenaga kurang.

Dia buta-kepekkan mata dengan penapaian kemajuan kemajuan negara sejak merdeka walhal sumbangan sendiri habuk pun tarak.

Tengoklah negeri yang parti pembangkang merintah, ada ke semaju dubai, london dan sebagainya. Rasanya nak atuk egn negeri-negeri yang BN perintah pun tak layak.

Bual besar pembang tidak ybah seperti kentut peminat ikan perkasam, bau busuk banga tetapi takdok rekod lagi ada yang mati boktan busuk dan kuatnya bau kentut.