Tuesday, July 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (759)

Hanya media yang dikendalikan kalangan rosak fikiran dan moral rosakkan masyarakat

PERANAN media tidak boleh dipandang enteng dan mudah kerana fungsi serta peranannnya cukup besar, berpengaruh dan mulia.

Media dalam bentuk pelbagai rupa medium boleh menjadi racun atau pun penawar bagi akal budi dan pemikiran manusia sejagat.

Justeru itulah bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada masalah jika syarikat media condong kepada mana-mana pihak asalkan yang disediakan mempunyai interigiti dan kredibit;i, bukan karut, berunsur fitnah atau rekaan semara-mata.

Laporan mengenai Felda bangkrap adalah merupakan antara contoh paling ketara betapa pengamal media mengepikan soal kredibiti dan interigiti dalam bermedia.

Bagi saya Al-Quran adalah antara media dan medium dan ianya merupakan media dan medium paling berkreditibiliti dan berinterigriti sebagai saluran komunikasi Allah dengan hamba-hamba-Nya.

Dalam konteks kehidupan kita, suratkhabar, majalah, radio, tv, blog, feks, sms, feks dan email adalah merupakan media dan medium, yakni saluran komunikasi.

Suratkhabar, majalah, radio, tv, blog, feks, sms, feks dan yang seerti dengannya boleh memainkan peranan yang dimainkan oleh al-Quran mahu pun menjadi alat syaitan dan iblis.

Para petugas media boleh menjalankan kera-kerja para ulamak atau pun melakukan kemunafikkan, bergantung kepada kesediaan sama ada mahu kerja haram atau halal, kerja yang mendatangkan pahala atau dosa.

Titisan pena pengamal media yang mgeulamakkan dirinya, nilai titisan tintanya sama nilai dengan titisan darah para mujahid manakala titisan pena pengamal media yang menjalankan kerja-kerja munafik, bermakna mereka sengaja mengumpul kayu api neraka untuk membakar diri sendiri dan oarng menjadi tanggungannnya di akhirat nanti.

Samada ada seuatu media akan merosakan fikiran atau masyarakat bergantung kepada matlamat sebenar sesuatu media diwujud dan diusahakan, sama ada mahu menjadi media yang berkredibiliti dan beristerigiriti atau untuk media yang munafik.

Dengan segala kemunafikkan, para pengusaha dan penggerak media munafik boleh berbangga dengan kejayaan mempersendakan pihak berkuasa dengan pelbagai fitnah tetapi secara tidak langsung ianya mempersendakan diri sendiri yang melakukan kemunafikkan yang bermakna menghimpun noda dan dosa.

Justeru itu hanya media yang diusahakan dan dikendalikan oleh kalangan yang rosak pemikiran dan moral serta yang jahil tentang fungsi sebenar media dan medium sahaja yang sanggup memainkan perasaan merosakkan pemikiran rakyat

11 comments:

Wartawan Pencen said...

Betul kata kerana, kuih terbentuk sebagaimana acuannya. Media pun akan berperanan mengikut apa yang menadi matlamat penerbitan dan pengendalinya.

Nak masuk syurga ada caranya, yakni siarkan benda yang benar walaupun pahit. Nak masuk neraka pun ada caranya yakni banyakan fitnah dan tohmohan lair

Anonymous said...

En. Meli, dari hujjah demo tu.. maklumat & media yang penabur fitnah tu... hanya puak2 bukan UMNO/BN saja kot? Sebab tu felda nak saman, sprm pun boleh saman, spr pun boleh jugak... berita pelawok belako.. hehehe...

Mungkin demo nok kempen... Berita & media yang paling sohih & anggun adala Utusan msia, berita harian, NST, kosmo, metro, RTM, TV3, . .. hok tokey2 dio puak2 UMNO.. hehehe...

akhbar...... demo nok gantung ko, demo nak bakar ko, demo nok goreng ko, demo nok rebus ko... loh gila kerana falsafah demo "ISA-Ikut Suka Aku" la ...kahkahkah...

kakiku said...

kuang! kuang! kuang!
meli oh meli!
pada kebiasaan kawe membuat komen kepada apa yang telah demo catat. Namun pada kali ini kawe nak menarik perhatian demo kepada tulisan manusia tidak bernama (barangkali hantu)7.43pm. Hantu ini menulis : "En. Meli, dari hujjah demo tu.. maklumat & media yang penabur fitnah tu... hanya puak2 bukan UMNO/BN saja kot?".

Dengan bahasa yang mudah, "hanya pembangkang sahaja penabur fitnah, orang UMNO dan media milik UMNO tak pernah membuat fitnah, berita yang disebar adalah berita sahih dan benar iaitu sebenar-benarnya".
Kalau seekor kambing terbaca kenyataan ini, nascaya kambing tersebut akan terberak sambil terkencing. Lucu lagi kelakar.

Hantu yg baik ini menulis :"demo nok gantung ko, demo nak bakar ko, demo nok goreng ko, demo nok rebus ko... loh gila kerana falsafah demo "ISA-Ikut Suka Aku".
Betul sebetul betulnya, kuasa menentukan kedudukan berita terletak ditangan UMNO, cermin matanya yang mewarnakannya, hitam cermin mata UMNO, hitamlah berita itu, untuk menebalikkan warna berita, UMNO terpaksa menggunakan pelbagai undang-undang dan akta. Sehingga dunia ini kelihatan begitu sempit kepada penerima berita.
Namun segala penguasaan UMNO ke atas berita mulai pudar, rakyat mulai membebaskan diri daripada ketagihan paksa kepada berita buatan UMNO. Mereka menggunakan media internet yg lebih terbuka, dah hasilnya terbukti dalam PRU 2008. Barangkali dgn bertambah luasnya pengaruh media internet, UMNO akan hanyut dilaut cina selatan sampai ke Vietnam dalam PRU mendatang.
Maka UMNO terpaksa melancarkan serangan propoganda untuk menipu rakyat, bahawa media pembangkang penipu, pembohong, penyebar fitnah, sumber yang tidak sahih.
Meli! adakah blog demo merupakan salah satu daripada tukang dikir UMNO?. Kalau jawapannya adalah "ya", demo adalah seorang lelaki yang perlu dihormati.

melikapakjangak said...

Saudara-saudara penjenguk. Sebagaimana yang acap kali saya tegaskan, saya bukan orang politik, sebaliknya saya pengamal media. Kebetulan saya lepasan sekolah agama pula walaupun tidaklajh mengaji sampai ke Mesir atau mana-mana negara arab.

Saya tidak hafal al-Quran atau hadis tetapi saya boleh membaca hawi dengan baik, malah ketika membuat liutan dalam menjalankan tugas kewartawanan, saya membuat catatan menggunakan tulisan jawi.

Sebagaimana saya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, saya juga tidak berpihak kepada mana-mana media. Yang dilaporkan betul oleh mana-mana media sekali pun saya akan terima, manakala yang tidak betul saya tolak.

Ada laporan-laporan dalam Mingguan Wasilah, Mingguan Konsep serta beberapa majalah terbitan syarikat saya ketika syarikat saya masih aktif dulu, sebagai ketua pengarang dan penerbit saya menolaknya walaupun sesuatu laporan dilepas-siar.

Sebagai ketua pengarang dan penerbit saya hanya boleh tanya pelapor apakah laporannya berniat baik atau jahat, bila dikatakan bertujuan, saya siar walaupun saya nampak ianya berniat jahat. Ini adalah kerana saya tidak dapat melihat dengan jelas apa yang terkandung dalam hati orang lain

Betul atau palsu sesuatu laporan hanya pelapornya sahaja yang tahu. Bagaimanapun melaporkan sesuatu yang tidak benar adalah melanggar etika dalam dunia kemediaan dan pastinya berdosa dari sudut Islam.

Demikian halnya dengan blog saya. Ianya tidak dibayangi oleh mana-mana pihak, apatah lagi parti politik. Saya cuba berkecuali sebagaii pengamal media.

Soal ada pihak yang anggap saya bias kepada mana-mana parti politik itu hak pihak yang membuat tanggapan yang tidak akan tahu apa yang terkandung dalam hati dan perut pedal saya. Yang pasti tanggapan terhadap saya tidak tepat dan pembuat tanggapan perlu beristighafar supaya dosa salah tanggapan akan gugur.

Secara peribadi saya sentiasa memaafkan mana-mana pihak yang membuat tanggapan liar, tohmhaan dan persepsi buruk serta membuat andaian yang tidak pernah tepat terhadap saya. Sebagaimana saya tidak mahu saya berdosa kerana menyakiti hati mana-mana pihak, saya juga tidak mahu ada pihak yang terpaksa tanggung dosa kerana secara sengaja atau tidak menyakiti hati saya.

Saya sentiasa mengharapkan agar setiap titisan tinta yang saya tulis ada unsur-unsur dakwah dan babas dari sebanar kekufuran.

RAMLI ABDUL HALIM said...

MAAF!!!!!!

ATAS BENBERAPA KESILAPAN TEKNIKAL, NAMPAKNYA ULASAN SAYA SAMAPI BERULANG SEBANYAK TIGA KALI. SAYA KURANG ARID DENGAN TEKNIKAL.
----------- RAMLI ABDUL HALIM

Anonymous said...

En. Meli, sebenarnya apa yang seseorang luahkan dimulut atau perkataannya itu merupakan apa yang tersarang dibenak hatinya.

Jika seseorang cenderung kepada sekular, kebendaan atau kepuakan, maka segala ayat2 dimulut atau perkataannya lebih memaniskan golongan itu....

Jika seseorang cenderung kepada Islam, kerohanian atau kemanusiaan, maka perkataanya lebih menjurus kepada kebersamaan dalam golongan itu....

"PERKATAANNYA & PERBUATANNYA ADALAH ISI HATINYA" - kecuali mereka yang hipokrit @ munafikin.

kakiku said...

kuang! kuang! kuang!
meli sahabat lama kawe, yang sama-sama tahu perit pedih seorang pengamal media, demo berhak untuk mencatat:
"saya bukan orang politik, sebaliknya saya pengamal media".

kuang! kuang! kuang!
Kawe pun terasa nak royat :
"Tiada siapa pun yang boleh mengatakan bahawa demo bukan seorang ahli politik. Sementara demo pula hanya boleh mendakwa demo seorang pengamal media bebas.
Namun segala dakwaan tersebut tidak boleh ditelan bulat oleh sesiapa pun dimuka bumi, atau dipaksa ke atas mana-mana pihak untuk ditelan. Hanya pejenguk blog demo sahaja boleh tentukan.
Bagaimana penjenguk menerima atau menolak bergantung pada apa yg mereka baca drpd cacatan demo.
Kalau penjenguk dan blogger UMNO mengatakan mengatakan bahawa cacatan yang demo tulis pro mereka. Sedangkan pada masa yg sama blogger pro PR mengatakan cacatan demo menunjukkan cacatan blogger pro UMNO. Bagaimana demo nak dakwa demo bebas?.

Kuang! kuang! kuang!
Kawe minta maaf banyak-banyak dgn mantiq ini, kerana ianya mungkin menyentuh perasaan dalam lubuk hati demo. Kawe tahu demo mudah terguris perasaan dgn cacatan yg pedas panas pedih.

Kuang! kuang! kuang!
Meli! kawe sedih nak menitis peluh bila demo tulis :
"Yang pasti tanggapan terhadap saya tidak tepat dan pembuat tanggapan perlu beristighafar supaya dosa salah tanggapan akan gugur".

Kawe rasa tanggapan adalah sesuatu yang terlalu objektif. Setiap manusia tidak suci drpd membuat tanggapan sendiri ke atas sesuatu. Dimana tanggapan akan terbina berasaskan kenyataan zahiriyah. Kita tidak berhak menghalang atau menentang seseorang berdasarkan kenyataan zahir yang terdapat dihadapan mata mereka. Kerana kaedah "al-Hukmu ala az-Zahir" merupakan suatu kaedah yang telah diterima umum. Menyuruh org lain memohon ampun ke atas tanggapan yg mereka buat, adalah sesuatu yg tiada dalam kamus seorang pengamal media bebas.
Kuang! kuang! kuang!

john said...

Salam...

Syabas kakiku kerano menyedarkan abe li kito yang sudoh jauh tersasar dengan hujah-hujahnya..teruskan kakiku dengan fakta dan ilmu2 penulisan supayo geng2 pencacai sedar mereka ditipu oleh umno-apco.

p/s: John sentiasa menunggu komen kakiku..

USTAZ KAMPUNG said...

Kerana kaedah "al-Hukmu ala az-Zahir" merupakan suatu kaedah yang telah diterima umum. Menyuruh org lain memohon ampun ke atas tanggapan yg mereka buat, adalah sesuatu yg tiada dalam kamus seorang pengamal media bebas.
Kuang! kuang! kuang!

NAMPAK SANGAT KEANGKUHAN PENGOMEN INI, SEOLAH-OLAH TIDAK PERNAH RASA BERSALAH DENGAN APA YANG DILAKUKAN. TUJUAN KITA DIMINTA BERISTIGHAFAR ADALAH UNTUK MEMOHON KEMAPUNAN TERHADAP DOSA YANG KITA LAKUKAN SECARA SEDAR ATAU TIDAK. MENGAJI KENA BANYAK. SOMBONG, BONGKAK, RIAK TAKBUR DAN MERASA DIRI BERSIH DARI DOSA ADALAH BISIKAN SYAITAN DAN IBLIS YANG MENYESATKAN.