Sunday, July 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (760)

Daftar undi lesu kerana rakyat meluat dengan kerenah orang politik?

WALAUPUN pelbagai kempen pendaftaran pemilih dijalankan dan segala kemudahan disediakan bagi tujuan pendaftaran, sehingga Mei tahun ini seramai 4,312,375 warganegara yang layak mengundi masih belum juga mendaftar sebagai pemilih.


Maknanya seramai 4,312,375 mereka yang layak mengundi tetapi tidak mengundi itu tidak akan dapat mengundi jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat sedangkan undi mereka sangat-sangat diperlukan oleh parti-parti politik yang mengharapkan mandat dan majoriti undi.

Dengan hanya 156,675 daripada lebih empat juta mereka yang layak mengundi mendaftar pada sepanjang tahun lepas, secara tidak angsung membuktikan bahawa lebih empat juta mereka yang layak berdaftar sebagai pemilih tidak berminat kepada politik kepartian dan parti-parti politik, sekali gus telah memilih untuk bebas dari kancah politik.

Jika dilihat kepada perangkaan dengan Umno mencatat pendaftaran sebanyak 24,818 daripada 156,675 pemilih baru yang mendaftar sebagai pemilih tahun lepas, ianya menjadi tanda bukti bahawa parti itu masih mampu menarik minat umum terhadap parti terbesar milik orang Melayu itu.

Manakala minat terhadap DAP dan Pas seakan seimbang apabila jumlah yang didaftarkan oleh DAP berjumlah 17,790 manakala Pas 17,022. Pun begitu jumlah pemilih baru yang didaftarkan oleh DAP lebih tinggi dari Pas sebanyak 768 pemilih.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pensihatnya yang juga Penasihat Umum Pakatan Rakyat (PR) berhasrat mahu memimpin kerajaan baru menggantikan kerajaan yang sedia ada, hanya sekadar mampu mendaftar 3,331 pemilih sahaja, jauh ketinggalan di belakang pencapaian DAP dan Pas.

Manakala bagi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), nampaknya Gerakan paling tercorok dengan hanya berjaya mendaftar 322 pemilih, diikuti oleh MIC (355) dan MCA (1,467), satu pencapaian yang secara tidak langsung mencerminkan parti-parti tersebut telah gagal menarik minat pengundi baru terhadap parti-parti berkenaan.

Jika dilihat kepada jumlah pendaftaran baru pemilih dan ianya dijadikan sandaran, maka pencapaian PR mengatasi pencapaian BN. Apakahnya ianya sebagai pertanda kerajaan akan bertukar tangan dari BN kepada PR pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Sama-samalah kita tunggu dan lihat bila tibanya masanya nanti.

Yang pasti, parti-parti komponen BN, khususnya Gerakan, MIC dan MCA tidak boleh leka atau mengambil mudah dengan pelbagai langkah proaktif perlu dilakukan segera untuk menarik minat pengundi baru terhadap parti-parti berkenaan tanpa terlalu bergantung kepada kekuatan Umno semata-mata sebagai parti pendominasi BN.

Hakikat dan hakikinya sama ada parti-parti kompoen BN atau PR dalam menghadapi kehambaran penguni baru mendaftar sebagai pemilih kena memberi penekanan kepada usaha-usaha untuk bukan sahaja lebih empat juta warganegara yang layak mengundi disedarkan tentang kewajipan mereka untuk mengundi tetapi punca yang menjadi penyebab kepada kenapa mereka enggan mendaftar sebagai pemilih juga kena dikaji, dikenalpasti dan diatasi.

Bagi saya, pendaftaran pengundi baru menjadi lesu adalah kerana mereka meluat dengan kerenah parti-parti politik dan orang politik yang lebih mengutamakan kepentingan parti politik dan politik kepartian masing-masing menyebabkan mereka berpolitiking sepanjang masa dan tidak terhad kepada semasa edah pilihanraya sahaja sebagaimana sepatutnya.

Padahnya, sama ada BN mahu pun PR, masing-masing terpaksa menghabiskan lebih banyak masa berpolitiking, menyebabkan masalah rakyat, negeri dan negara, termasuk yang membabitkan kemudahan asas seperti bekalan air dan sebagainya terkesamping dari diberi tindakan segera dalam mengatasinya.

Kerana itulah mereka yang enggan mendaftar sebagai pemilih melihat orang politik dan parti politik lebih mengutamakan politik kepartian dan orang politik itu sendiri sedangkan orang ramai termasuk pengundi selaku pemberi mandat terabai dan tidak menerima banyak faedah sebagaimana sepatutnya yang mana pendedahan demi pendedahan dibuat oleh orang politik sendiri.

Saya yakin kalangan yang tidak mendaftar itu terdiri daripada para profesional dan kalangan yang bencikan kewujudan puak-puak kerana amalan politik kepartian melampau di kalangan politikus sehingga pendekatan polilik yang diamalkan menyimpang dan tidak menepati keperluan amalan demokrasi sejati.

Ekoran dari itu orang politik yang berhasrat mahu jadi pemimpin dilihat jauh lebih tidak cerdik, lebih bangang dari orang yang mahu dipimpin serta bersifat menganjur kepada pepecahan dan kehuru-haraabn. Oleh itu mereka mengambil sikap untuk tidak terlibat dalam gelanggang politik dengan tidak mendaftar pun sebagai pemilih.

2 comments:

Anonymous said...

Ayat akhir En Meli yang saya kongsi pandangan... "Ekoran dari itu orang politik yang berhasrat mahu jadi pemimpin dilihat jauh lebih tidak cerdik, lebih bangang dari orang yang mahu dipimpin serta bersifat menganjur kepada pepecahan dan kehuru-haraabn. Oleh itu mereka mengambil sikap untuk tidak terlibat dalam gelanggang politik dengan tidak mendaftar pun sebagai pemilih."....
-------------------------------------------
Kerenah politikus & pemimpin2 kerajaan yang berkuasa ...
... yang bongkak dengan kuasa,
... yang rasuah & eksploitasi harta negara,
... yang menjadi orang kaya politik,
... yang gaya hidup mewah & kebangsawanan,
... pro-kapitalis & anti-gerakan rakyat,
... sistem tadbiran kerajaan yang korupsi, kronisme & konspirasi ,
... sistem kehakiman yang pincang & favourisme,

Mungkin ini faktor2 RAKYAT MELUAT & mencari perubahan total ...??

Pemikir Kementot said...

Saya rasa negara akan lebih stabil jika pemerintahan dilakukan seara pemeintahan khlifah, pejabat pm di masjid negara, pejabat mb di masjid-masij negeri, peabat d.o. di masjid-masjid jajahan.

Ko guano tuan Meli? Rasanya itu yang tuan ndak, sebab tu tuan tak jadi orang parti politik.