Tuesday, July 13, 2010

MUNCUL KEMBALI (761)

Penyatuan Umno-Pas bukan kerja mudah tetapi memberi banyak faedah

SEBAGAIMANA saya pernah memberi sokongan kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Umno-Pas, saya juga sangat menyokong kerjasama Umno-Pas bagi memudahkan penubuhan negara Islam direalisasikan kerana kedua-dua parti dianggotai oleh orang Melayu beragama Islam..

Tetapi kerja untuk itu bukan mudah memandangkan pendukung dan penyokong Pas telah ditanamkan dengan kepercayaan dan persepsi bahawa Umno dan mereka yang mendukung dan menyokong Umno sebagai parti terbesar milik orang Melayu di negara ini lebih khianat, jahat, korupsi dan lebih tidak Islamik dari DAP, malah Umno dilabel sebagai pendominan parti pemerintah yang serba gagal dalam tempoh lebih 50 tahun penrima mandat rakyat.

Untuk memadamkan kepercayaan, persepsi, tohmahan dan penilaian pendukung dan penyokong Pas terhadap Umno yang serba buruk, cemar dan jijk pada pada pandangan mereka bukanlah satu kerja mudah. Bagi saya sertaus atau dua ratus tahun pun tidak terpadam apabila ianya telah melekat sebagai suatu kepercayaan. Demikian mahalnya harga yang terpaksa dibayar bila politik kepartian dimainkan secara melampau, sempit dan jumud.

Demikian juga betapa tidak mudah untuk disembuhkan luka dan dihilangkan parut di kalangan pendukung dan penyokong Umno ekoran tanggapan dan persepsi Pas terhadap mereka walaupun kerbersatuan kedua-dua parti pada hakikat dan hakikinya akan banyak membawa faedah ke arah merealisasikan penubuhan kerajaan dan pentadbiran Islam secara total, supaya umat Islam tidak menjadi bangsa ketuanan yang lemah dan tidak bermaya di negara waeisan nenek moyang.

Walaupun pahit menjadam untuk diperakukan, sesungguhnya telah tertinta dalam bentuk bercetak serta rakaman audio dan visual betapa Musrsyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik menentang keras idea penubuhan kerajaan perpaduan Umno-Pas di samping pendukung dan penyokong Umno acap kali disenarai-nerakakan krana memilih Umno, bukannya Pas.

Dengan mengangap pendukung dan penyokong Umno tidak ada peluang masuk syurga, semua orang boleh faham status pendukung dan penyokong Umno di sisi Nik Aziz serta para pendukung dan penyokong Pas. Isi neraka terdiri dari kalangan mereka yang berdosa dan juga orang kafir.

Setelah demikian kroniknya tanggapan dan persepsi buruk terhadap Umno serta pendukung dan penyokongnya, apakah persetujuan Nik Aziz dengan cadangan kerjasama Umno-Pas boleh diterima oleh pendukung dan penyokong Pas sendiri sedangkan persetujuannya itu sangat bervanggah dengan penentangan terhadap idea kerajaan perpaduan yang menyaksikan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Issa menyokong idea Presiden Pas itu disumpah dan dihina dengan sehodoh dan sehina bahasa oleh Nik Aziz.

Yang mengideakan kerajaan perpaduan adalah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mendapat sokongan Timbalan Presiden yang telah menjadi sasaran seranah dan caci maki Mursyidul Am manakala cadangan perpaduan Uano-Pas datang dari bekas pimpinan pemuda Parti Kedailan Rakyat (PKR), Lokman Nor Adam yang menyertai Umno dan kini adalah Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), sebuah agensi dibawah Umno.

Bila idea presiden yang mendapat sokongan timbalan presiden ditolak, apakah mudah untuk pendukung dan penyokong Pas menerima cadangan yang dikemukakan oleh seorang yang sering dianggap dan ditomah telah dibeli dan menjadi alat Umno, di samping pemberi reaksi positihnya pula adalahTan Sri Harunsani Zakaria dan Prof, Datuk Mahmood Zuhdi Abdul Majed yang sering dikecam oleh Pas kerana pendirian mereka yang tidak melabakan Pas.

Maknanya mahu tidak mahu, pada pendapat saya, bila keduanya secara realitinya dapat disatu dan dibersatukan, maka akan lahirlah tokoh dari kedua-dua parti, terutama Pas yang akan mengasaskan parti baru sebagai tanda protes sebagaimana wujudnya Berjasa, Hamim, Akim, Islah dan sebagainya ekoran dari wujudnya kalangan yang tidak boleh menerima Umno sebagai sahabat.

Ianya adalah kerana wujudnya tokoh-tokoh politik celupar dan melampau kerana terlalu yakin dengan kuasa dan populariti sehingga sanggup mengeluarkan buah fikiran yang telah menjadi suatu wabak dan sindrom kepercayaan yang tidak mudah untuk dikikis dan dipdamkan sebagai suatu pegangan di kalangan pendukung dan penyokong taksub, termasuk ketika negara terlalu amat memerlukan perpaduan sesama sebangsa dan seagama.

Pun begitu, sepayah dan sesukar mana pun usaha untuk penyatuan Umno-Pas demi memudahkan hasrat mewujudkan pemerintahan dan pentadbiran berasaskan Islam secara total, usaha tanpa jemu perlu dilakukan secara berterusan, malah bagi saya ianya menjadi suatu tuntutan fardu kifayah bagi membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pimpinan parti yang 'barangkali gelap mata' berada ketika di puncak kehebatan sehinggakan melakukan kemelampauan dalam bercakap dan membuat pendirian sehingga diterima oleh pendukung dan penyokong sebagai suatu kefahaman.

Umat Islam di negara ini patut sama-sama berdoa supaya usaha untuk penyatuan bangsa demi kepentingan agama tidak akan tersekat oleh kepercayaan dan fahaman yang boleh menggagalkan penyatuan dan mereka perlu bersabar untuk usaha ke arah itu walaupun akan mengambil masa seratus atau seribu tahun lagi setelah semangat satu bangsa satu anutan agama dirosakkan oleh permainan politik kepartian yang melampau, sempit dan jumud.

15 comments:

kakiku said...

Kuang! kuang! kuang!
maaf meli! kalu apa hak kawe catat ni demo rasa kecik hati!
kecik hati tak leh jadi pengamal media, kita kena hati besar!

kuang! kuang! kuang!
Bila daki semakin melekat, karat semakin menghijau. Maka keluarlah ideal sumbang dari otak ke tangan, mencatat komen berpihak, apa lagi dirasakan nyawa tempat cari makan telah berada di penghujung.
Bila terlalu banyak tidur sebantal dan makan makanan yg sama, natijahnya hilang pertimbangan ilmu dan sikap berkecuali seorang pengamal media seperti diwarwarkan. Bahkan kelihatan telah muyul kepada penulis upahan.
Kuang! kuang! kuang!

Tuduhan sumbang demo bahawa PAS sebagai kaum anti perpaduan merupakan suatu yg mesti dinilai semula. Terjahan biadap terhadap TGNA sebagai imam penentangan kepada penyatuan umat Islam mesti disanggah. Penilaian dan sanggahan ini satu keperluan, supaya ahli UMNO yang jahil seperti demo, kurang sedikit kejahilannya.
kuang! kuang! kuang!

oh meli pengamal media bebas!
Demo secara sengaja telah menuduh penyokong PAS telah ditanam dgn kepercayaan bahawa UMNO lebih khianat, jahat, krupsi, lebih tidak islamik dari DAP adalah sesuatu yg mesti diletakan di atas neraca (bukan dacing)pertimbangan.
Adakah tidak benar tuduhan bahawa kepimpinan UMNO tidak pernah mengkhianati mandat diberikan Rakyat?.
Adakah benar korupsi sesuatu yg asing kepada pimpinan UMNO?.
Adakah UMNO sebuah organisasi yang menuntut ahli berprinsipkan jalan hidup Islam?.
Tiga soalan ini sepatutnya dijawab terlebih dahulu oleh meli seorang pengamal media terbebas (bukan terbabas) di asia tenggara.
Kuang! kuang! kuang!

Kegagalan bertautnya PAS/UMNO/APCO/YAHUDI direjam ke atas kepala TGNA (adakah kontrak tidak disambung sebabnya? -kesah lama-).
Sedangkan demo patut mengkaji kenapa TGNA bertindak demikian.
Adakah beliau seorang ahli politik pro perpecahan?.
Adakah beliau seorang ulamak yang gembira melihat umat Islam bercerai berai?.
Jika demo menjawab "ya", pelajar darjah 2E akan mengeboo demo. Jika demo menjawab "tidak", taniah kerana demo adalah org yang paling ikhlas dan taqwa dimuka bumi.
Kuang! kuang! kuang!

Demo telah jadikan "kerajaan perpaduan" sebagai tempat cari makan demo.
1- Siapakah sebenarnya yg menolak cadangan (baca "c a d a n g a n") kerajaan perpaduan?
- Cadangan "UG" ditolak sebulat suara dlm muktamar PAS di Perak. Sebagai seorang MURSYID AM yg bertanggungjawab, bukankah TGNA berhak menegah mana-mana pihak yg cuba mengemukakan sesuatu yang jelas bertentangan dgn keputusan parti.
Bahkan TGHH secara terbuka menasakhkan kembali cadangannya. dan berkata "belum pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti".
Bukankah sesuatu yg telah dinasakhkan, secara asasnya telah terbatal. Hanya org yang cacat ideal cuba mengungkitkannya kembali.
Siapakah pula Lokman Adam, Harussani dan mahmud Zuhdi, dan kenapa pula reaksi mereka ditolak oleh PAS?
Jawapannya mudah "adakah demo percaya kepada cadangan musang, ayam dengan musang mesti bersatu dalam satu reban"?.
Hanya ayam yg berfikir dgn kepala lutut percaya kepada cadangan musang tersebut.
kuang! kuang! kuang!

" setelah tangan dipatuk ular dalam satu lubang, mustahi seorang mukmin akan memasukkan tangannya ke dalam lubang yg sama untuk kali kedua".

Anonymous said...

Bolehkah UMNO bersatu dengan "P.A.S.=Parti Ajaran Sesat" & "Penyebar Fitnah" ? hehehe...

----------------------------------------
Rasulullah tak terima tawaran manis puak2 Abu Jahal, Abu Lahab, & musyirikin Mekah untuk "bersatu & berkompromi" atas dasar bangsa Arab Quraish.

Rasulullah diutuskan untuk robohkan fahaman syirik, kurafat, bidaah, maksiat dan keegoan assobiyah serta kezaliman pihak berkuasa terhadap manusia sejagat.

Misi PAS-Islam for All-untuk tegak hak Allah dimuka bumi berasaskan ketauhidan Illahi & keadilan sejagat.

Apakah misi menegakkan hak Allah PAS terpaksa tunduk kepada agenda kurafat & korup UMNO?

Mengapa tidak UMNO itu sendiri berubah meninggalkan sekular & korupsi kepada misi menegakkan hak Allah sebagaimana PAS?

Melayu & semua kaum hanya akan selamat didunia & akhirat jika beriman & diredhai Allah.

john said...

Salam...

Ambo nok cadang biar abe li kito dok jadi wakil 'bebas' jiko ado lagi wacana perdana pasal MELAYU ni. Buleh tengok hujoh dari mulut dio sendiri lagu mano. Buleh talipon ni ko ore kuat wacana perdana supayo masukkan abe li sebagai 'waiting list panel'...nok tengok jugok abe li kito secaro 'live' jawab soalan Prof Agus...sekadar cadangan...ko guano..

p/s: nok suko tengok gelagat lokman Adam dok pertahan umno dalam wacana perdana...

Baka Long Yunus said...

Nak cadang buat apa Abe Li kata dia tak minat beroilitik kepartian. Dok terak buwi juga gat jadi macam jantan mampus pelir disuruh berbinilah. Nyanyo gu lawan, tokleh buat ggapo. Paling hebat pakai andas dengan siku atau kepala lutut.

Dok eh kakiku ni orang media strao mano menah. Berapa suratkhobar dan majalah dia dok wat tubik lloni, cakapnya seolah-olah mewakili pengamal media, naik berdiri bulu pelir aku.....tttuiiiiiiiii!

kukujariku said...

Aku pelik tengok orang PAS ni...sanggup berbaik dengan kafir tapi tak sanggup berbaik dengan sesama islam...
Islam mari dewano heh...
ko telajak nok ko islam sapai sujud dengan bapak syaitan...
patutlah masa nabi israk dan mikraj...ada makhluk yang memmanggil nabi tapi jibril melarangnya kerana itulah bapak syaitan...barangkali kalau nabi pergi menemuinya tentu nabi akan terpedaya dennganya...sebab itulah jibril melarangnya...
nabi dengar nasihat jibril itu...sebab nabi tidak riak...
tapi ulamak PAS ada perasaan riak...pendapatnya saja yang betul...orang lain tidak....sebab itu dia boleh berkawan dengan bapak syaitan....nasihat ulamak lain tidak dipedulikannya...
nauzubillah...
bukan hendak mengata..
tapi memang nyata...

Anonymous said...

kukujariku said...
Aku pelik tengok orang PAS ni...sanggup berbaik dengan kafir tapi tak sanggup berbaik dengan sesama islam...

________________________________________

Sapa orang PAS tak bbaik sesama Islam?

Orang PAS sokong semua perjuangan Islam oleh umat Muslim seluruh dunia bukan setakat melayu di Malaysia saja. Palestin, Afghnistan, Bosnia, dll..

Yang PAS tentang adalah kemaksiatan, penipuan & kezaliman sesama makhlok.

Rasulullah jugak larang mempercayai golongan munafik yang berpura2 ikut Islam tapi amalan & tindakan mengkhianati Islam serta menyesatkan ummahnya.

Rasul juga larang bertoleransi & bersama terhadap ahli maksiat yang berterusan dengan kemungkaran mereka.

Rasul menyuruh berbaik dengan sesama manusia termasuk ahli zimmi.

Apakah kerana PAS berbaik dengan DAP, demo kukujariku kata orang lain tu selain dari UMNO/BN tu, Syaitan Besar belaka?

Hai kukujariku jangan terperasan dengan Islam keturunan,... UMNO apa kurangnya dari segi kederhakaan kepada Allah?

Mungkin UMNO/BN tu.. lebih Syaitan Besar dari DAP... jika dilihat dari sudut Rasuah, Judi, penyelewengan harta rakyat, pembolotan kontrak kerajaan, manipulasi jentera kerajaan, kekangan suara rakyat (akhbar, demo,...) .......??

Anonymous said...

Bo la duk kekoh dan kecek byk blako....


Tuan Guru Nik aziz pasti akan mati apabila tiba masanya.....


lpas tu kita pakat tgk la gapo perubahan landskap politik mlysia ni...

HjMat said...

Tok soh carolah meli, komen puok-puok hok beragamakan parti pilitik, ambo setuju hok demo kato PAS saye pun ambo tak untung, PAS bencipun ambo tak rugi. Yang kita pentingkan penilaian Allah, PAS buke gaapa, cuma parti. Tempat pemain politik cari make, serupojah belako UMNO ke PKR ke takdok bezo. Cuma dalam umno orangnya nampak jahil sebab tak pakai kopiah dan serban, tetapi PAS nampak alim sebab bila boh kepiah atas kepala lilit serban sikit, maka ustaz selalu. Nampak baik. Tetapi kalu letak umpan takak juga. Tapi dalam jaso pembangunan ummah takleh nak atuk PAS dengan UMNO, biarlah Tok Guru Nik Aziz senarai nerakakan , pendokong dan penyokong UMNO, tapi ambo raso ramai dikalangan ahli UMNO yang akan jadi penyambut tetamu disyurga yang mano masuk lebih awal menanti orang PAS yang sebahagiannya masuk syurga dan tak dinafikan sebahagian besarnya ahli PAS juga akan jadi penghuni Neraka. Sebab sebahagian besar guru agama di Johor termasuk Imam dan Tahfiz sekian lamadah rata-rata UMNO dan sebahagian besar Mat Rempit, Mat dadah dan tok-tok jahil di Kelantan ada yang menyokong PAS.Jadi abe li tok soh runsing abe mat sokong abe li, sekurang-kurangnya, berani menegur, jadi ore PAS ke UMNO ke pehe, mereka jadi alat pemimpin, ado jual balok curi , ado g mekoh duit hare, ado jual air keruh, ado jual parking mahal. Ado tak buat buat jambatan, jam sokmo paala gertak, Hok tulah keno soal , buke parti gapo.

Lebai Mangkok Hayun said...

Cadangan "UG" ditolak sebulat suara dlm muktamar PAS di Perak. Sebagai seorang MURSYID AM yg bertanggungjawab, bukankah TGNA berhak menegah mana-mana pihak yg cuba mengemukakan sesuatu yang jelas bertentangan dgn keputusan parti.
Bahkan TGHH secara terbuka menasakhkan kembali cadangannya. dan berkata "belum pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti".
Bukankah sesuatu yg telah dinasakhkan, secara asasnya telah terbatal. Hanya org yang cacat ideal cuba mengungkitkannya kembali.
Siapakah pula Lokman Adam, Harussani dan mahmud Zuhdi, dan kenapa pula reaksi mereka ditolak oleh PAS?
Jawapannya mudah "adakah demo percaya kepada cadangan musang, ayam dengan musang mesti bersatu dalam satu reban"?.
Hanya ayam yg berfikir dgn kepala lutut percaya kepada cadangan musang tersebut.
kuang! kuang! kuang!

" setelah tangan dipatuk ular dalam satu lubang, mustahi seorang mukmin akan memasukkan tangannya ke dalam lubang yg sama untuk kali kedua".

SUATU PANDANGAN YANG PENUH DENGAN KEANGKUHAN, KESOMBONGAN, KERIAKKAN DAN KETAKSUBAN KRONIK (PINJAM KATA ABE MELI) SERTA ADA UNSUR-UNSUR MEMBEHALAKAN SESAMA MANUSIA. -- more

Lebai Mangkok Hayun said...

sambungan:

......BAGAIMANAPUN ORANG PAS TAK PAYAH SAKIT KEPALA FIKIR TENTANG PERPADUAN UMNO-PAS KERANA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO, PENGERUSI BARISAN NASIONAL DAN PERDANA MENTERI MENOLAKNYA WALAUPUN NIK AJIS NAMPAK MINAT.

AKU SETUJU DENGAN DATUK SERI NAJIB, UMNO TIDAK LEMAH SEHINGGA MEMERLUKAN PERTOLONGAN PAS. ELOKLAH BIARKAN PAS TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA, DENGAN ANGAN-ANGAN MAT JENINNYA, DENGAN MIMPI SANG PUNGUKNYA DAN DENGAN IMPIAN KATAK PURUNYA.

YANG PENTING UMNO BEKERJA UNTUK AGAMA, BANGSA DAN BANGSA-BANGSA YANG ADA DI MALAYSIA SERTA NEGARA TERCINTA DENBGAN PENUH KETULUSAN. UMNO TIDAK AKAN KUKUH DAN KUAT KERANA BERSAHABAT DENGAN PAS DAN UMNO TIDAK AKAN LEBUR KERANA BERTEMPUR DENGAN PAS. PAS PANANG ANGAN-ANGAN DAN TIDAK SEDAR DIRI, BERTANDING KERUSI PUN TIDAK PERNAH CUKUP KERUSI UNTUK BENTUK KERAJAAN KALAU MENANG SEMUA KERUSI YANG DITANDINGI PUN TETAPI ANGAN-ANGAN NAK JADI KERAJAAN. ROYAT KO BUDAK BARU SEHARI MASUK KELAS PASTIKAN PUN AKAN KETAWA SAMPAI SELOK TERNGANGA

Veteren Pas Pasir Mas said...

Baso menatang hanying mu ni.Nak komen pun biarlah yang untungkan Pas. Mu toksir masuk syurga ko.

Hebat 'kan TGNA pun boleh NASAKH MENASKAH. Mu tak beraso takut ko. Mu kaba ko dok sapo yang guna ungkapan NASKH MENASAKH ni selain digunakan oleh kakiku untuk Nik Aziz yang ditaksubinya.

Secumok mana doh Meli hartamu ada boktan jadi penulis upahan? Setahu aku mu ahli Pas (semak keahlian Pas), banyak membantu Pas dalam bentuk tulisan sebelum tahun 2000 ke mari.

Kakiku gagal kenal butir mana orang. Aku raso boktan baru masuk Pas, setelah Pas umpama ladang buah-buahan yang semua pokok sedang berbuah dan buhanya masak ranum dan sedia untuk dipetik hasilnya.

kukujariku said...

bapak DAP kata :
1990 "langkah mayat saya dulu..."
2010 "langkah mayat saya dulu..."
kalau nak tubuh negara Islam.

kata-kata itu seolah-olah mewakili bapak syaitan kerana tok sir kepada negara Islam...

Tetapi bakpo?????

pemimpin PAS kata :
1. “Ia adalah pandangan peribadi Karpal. Tidak semestinya apa yang keluar dari mulut beliau akan menjadi pandangan rasmi pembangkang.”(salahudin ayup)
2. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan Negara Islam.”(nik aziz)

sudah terang lagi bersuluh DAP tok sir kepada negara Islam tetapi PAS rela berkawan demi kerana nak kepada habuan politik. (sokongan masyarakat kafir supaya PAS menang dalam pilihanraya)

NOK TUBUH NEGARA ISLAM GUANO KALU PUAK DEMO TU TOK SETUJU...SEDANG DEMO TU SAING KITA...

KALU KITA BERJANJI NOK BUAT NEGARA ISLAM TAPI TENTU TOK LEH BUAT...

PAH LAGU MANO TU...
KALU KATA ULAMAK KENA KECEK KO SYAITAN...MURIH.

maaf weh...
ambo buke nok mengata...
tapi memang nyata...
biar ore PAS buka sikit mata...

Ahli Veteren Pas Bukit Panau said...

Adakah beliau seorang ahli politik pro perpecahan?.
Adakah beliau seorang ulamak yang gembira melihat umat Islam bercerai berai?.
Jika demo menjawab "ya", pelajar darjah 2E akan mengeboo demo. Jika demo menjawab "tidak", taniah kerana demo adalah org yang paling ikhlas dan taqwa dimuka bumi.
Kuang! kuang! kuang!.....

Padan aku jah jawab, minta Meli boleh terima:
KALAU BUKAN AHLI POLITIK YANG PRO PERPECAHAN, BAKPO MACAM MANA BOLEH ANGGAP ORANG PAS SAHAJA LAYAK MASUK SYURGA, YANG BUKAN PAS TERMASUK ORANG UMNO MASUK NERAKA.

LAGI MANA DENGAN NABI DAN PARA SAHABAT SERTA ULAMAK SEBELUM KEWUJUDAN PAS PADA TAHUN 1951, APAKAH MEREKA AKAN MASUK NERAKA KERANA TIDAK SEMPAT JADI AHLI PAS. PAH PU;LOK SAPO IKTIRAF PAS SEBAGAI PARTI ISLAM SELAIN DARI ORANG PAS. YANG LULUS PENDAFTARAN PAS PAS TU PUNPEGAWAI BERAGAMA HINDU. DEMO KABA KO TIDAK.

BETUL KE NIK AZIZ ULAMAK. DEMO UKUR ATAS ASAS BERGAPO RIMA? APAKAH ULAMAK BOLEH BERKECEK KOKSIR KOKDAN. MENOLAK KEISLAMAN ORANG YANG TIDAK SOKONG PAS, YANG SOKONG UMNO, BUKANKAH ITU CONTOH DAN BUKTI PALING NYATA NIK AZIZ DAN ANJURKAN PERPECAHAN. ORANG BOLEH DAN BUTA KEPIK PUN BOLEH NAMPAK.

BELUM TENTU MELI DIBOO DENGAN PENDIRIAN, AKU RASO MU YANG NAMPAK MEMBERHALAKAN NIK AZIZ YANG AKAN KENA BOO KERANA CETEK ILMU. ORANG PAS MACAMMU TAK BERI LABA KEPADA PERJUANGAN, SEBALIKNYA AKAN MEMBANTU MENJADIKAN PEMIMPIN DIBERHALAKAN JADI MANGGAK, AGAS, RIAK, SOMBONG, TAKBUR DAN LUPA DIRI. MANUSIA DISERANG PELBAGAI PENYAKIT KERANA SUKAKAN YANG MANIS-MANIS, YANG PAHIT ADALAH UBAT.

Anonymous said...

ajare grassroot umno kampong aku.......

pas pati penyelewengan, sesat, bawaan tok lebai penipuu... tak boleh pakai... kalu ada ore mengajar di masjid bukan ustaz umno jange gi... kerna duk ngajr politik saja...

pas tolak pembangunan.. jange bui ko ore pas tuu... bantuan subsidi baja, buku teks, basikal, anak itik, anak lembu,wang kuam, ... tu hak ore umno saja... kalu nok bui ko puak2 kita dalam MCA, MIC takpo... sekolah cina & tamil kita bui bantuan... sekolah SAR tu kena sekat subsidi...

Kita mengaji agama dalam TV, Radio pun cukup... toksahlah dok gi masjid... kerana dok campor gaul denga puak2 bodo jahil pas tu... diTV lagi sedap ada ceramah, forum, tazkirah, tajwid, teranum, khutbah, drama agma, dan selingan2 jamu mata artis2 "motivasi tongkat ali & kacip fatimah" dsb... penceramah hebat2.. tokpeti harussani, noh gadut, masitah, jamil khir, ustaz/usatzah2 cun,... cukup la tu... sambil2 lepas penat bekerja seharian nak capai wawasan 2020..nih...

Jange dok cuba belik2 harakah ko, suara keadilan ko, ... nanti terpesong,.. baca "kitab2 hadis umno" saja.. Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, Kosmo, Metro,... sumber sohih... dan jange dengar yang lain kecuali RTM, TV3, ...

Kalu bersatu dengan pas, boleh, tapi kuasa mesti umno seorang saja pegang, projek2 ko puak2 kita saja , ..nok bahagi kepada pas tokleh... kerana nak bahagi projek2 antara kroni umno pu tak rata lagi....

hehehehe..... amno + pas = ampas .... kahkah...

Anonymous said...

hehehehe..... amno + pas = ampas .... kahkah...

kena tambah satu lagi baru jagi GLOKAL....global + lokal..

APCO + Umno + pas = Ampas .... hahaha.....