Thursday, July 15, 2010

MUNCUL KEMBALI (762)

Tidak boleh samakan perut pedal orang lain dengan perut pedal sendiri

SERINGKALI saya dituduh sebagai penulis upahan yakni diupah supaya menulis tentang sesuatu isu. Misalnya ada penjenguk blog saya yang mencatatkan 'Bila daki semakin melekat, karat semakin menghijau. Maka keluarlah ideal sumbang dari otak ke tangan, mencatat komen berpihak, apa lagi dirasakan nyawa tempat cari makan telah berada di penghujung. Bila terlalu banyak tidur sebantal dan makan makanan yg sama, natijahnya hilang pertimbangan ilmu dan sikap berkecuali seorang pengamal media seperti diwarwarkan. Bahkan kelihatan telah muyul kepada penulis upahan.Kuang! kuang! kuang!

Semasa saya tarik balik kebenaran permit Mingguan Wasilah yang diurus-terbit oleh sebuah syarikat yang dibayangi oleh seorang exco, saya dikatakan menerima bayaran RM4 juta dari Umno supaya mencuri dan merampas permit akhbar berkenaan. Permit itu milik saya, macam mana pula saya dianggap mencuri dan merampas.

Sepatutnya saya sudah bertaraf jutawan kerana menerima upah dari Umno. Tetapi Umno sebagai parti pendominan kepada kerajaan yang memerintah bukan bodoh dan bangang (kalau tidak, masakan diberi mandat oleh rakyat untuk terus memerintah dengan izin-Nya) untuk mengupah saya yang 'cabuk' ini dengan harga yang begitu tinggi. Samas pun orang Umno tak akan upah saya.

Apa labanya bagi Umno membayar orang macam saya yang mana rata-rata mereka yang bergelomang dengan parti politik di Kelantan tahu bahawa saya manusia yang tidak boleh dibuat baik, tidak boleh dijamu rumput cerut oleh mana-mana parti politik pun untuk mendapat laba kerana saya akan sigun dan terjah belaka tanpa kira parti dan setokoh mana pun seseorang itu kalau saya dapati ianya tidak berapa betul stesen.

Insyaallah saya sedang berada diambang menjadi seorang jutawan, bukan kerana menerima upah Umno, Pas atau mana-mana jutawan demi kepentingan mereka tetapi kerana melalui usahaniaga, yakni menjadi orang tengah menjual ladang dan kawasan lombong.

Mana-mana ladang sawit, kawasan yang dilulskan untuk melombong emas dan biji besi serta tanah kosong kerana hasil balaknya sudah ditebang di Kelantan yang jumlahnya ribuan, belasan hingga puluhan ribu ekar saya telah masuk, jelajah dan tengok sendiri sebelum diurusjual.

Selain dari menjadi orang tengah (broker) unuk menjual ladang, kawasan lombong emas dan bijih besi yang rata-rata terbiar setelah hasil balaknya dipunggah keluar dengan ada pihak yang mengaut untuk berjuta-juta, saya sedang perhati apa yang berlaku kepada khazanah negeri dan saya kena menulisnya kerana bagi saya ianya tuntutan fardu kifayah, bukannya kerana diupah oleh mana-mana pihak, apatah lagi Umno.

Saya yakin ada hikmah dan tujuan di sebalik kenapa saya secara tidak sengaja tercebur dalam bidang pembrokeran penjualan ladang serta lombong bijih besi serta emas. Kenapa dalam jutaan orang di Kelantan, ada ribuan orang yang lebih arif tentang ladang, tentang lombong bijih besi dan emas serta pembalakkan, ada pihak yang menggunakan saya sebagai broker, mereka lebih percayakan saya untuk dapatkan kawasan-kawasan berkenaan yang mana bidang perladangan, lombong dan pembalakkan merupakan bidang baru bagi saya.

Kerana keperluan mendapatkan maklumat lengkap tentang sesuatu kawasan ladang, kawasan balak, lombong emas dan lombong bijih besi yang mahu dijual dan ada pembelinya, saya kena ke lokasi dan mendapatkan segala maklumat perlu.

Secara tidak langsung saya berdepan dengan banyak penemuan yang secara tidak langsung juga saya kena tulis bagi memenbuhi tuntutan fardu kifayah kerana bakat dan kecenderungan menulis anugerah Allah bukannya boleh disia-siakan. Di akhirat nanti saya akan disoal, untuk apa bakat dan kerajinan saya menulis digunakan.

Ertinya kalau saya tiba-tiba jadi jutawan atau menikmati hidup yang lebih selesa, ianya bukan kerana saya menjadi penulis upahan tetapi kerana rezeki saya sebagai 'broker' setelah saya gagal sebagai penerbit akhbar mingguan dan majalah bulanan yang saya yakin kegagalan saya itu ada hikmahnya.

Kalau saya tidak gagal saya tidak mungkin jadi broker dan tidak mungkin menjengah semua kawasan ladang, lombong dan kawasan balak di Kelantan. Hasil yang diperolehi sebagai broker akan saya jadikan dana untuk hidupkan semula syarikat penerbitan saya. Menjadi penerbit yang berjaya adalah merupakan impian utama saya.

Kuang! kuang! kuang!Kegagalan bertautnya PAS/UMNO/APCO/YAHUDI direjam ke atas kepala TGNA (adakah kontrak tidak disambung sebabnya? -kesah lama-). Pengomen turut membuat catatan (adakah kontrak tidak disambung sebabnya? -kesah lama-), pastinya merujuk kepada kontrak saya dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) yang tidak disambung.

Si pengomen ingat saya serang Pas kerana kontrak saya dengan UPKn tidak disambung, barangkali dia ingat saya berdukacita kerana kehilangan pekerjaan dan saya sekeluarga diancam mati kebulur.

Sebenarnya berada kira-kira lapan tahun di UPKn adalah satu jangka masa yang lama dan menyiksakan. Behenti kerja adalah kelaziman dalam hidup saya demi prinsip. Keluar dari UPKn bagi saya adalah satu kemerdekaan. Elaun saya di UPKn bukannya berbelas ribu pun walaupun sebelum ke UPKn saya adalah Ketua Biro bertaraf eksekutif kepada sebuah akhbar harian.

Orang suratkhabar boleh agak sendiri berapa gaji saya sebagai ketua biro dan eksekutif. Itu pun saya berhenti bila saya rasa bpihak HQ melakukan sesuatu yang bercanghgah dengan prinsip hidup saya.


Orang Pas boleh semak dengan UPKn berapa elaun permualaan dan elaun terakhir saya dengan UPKn dan orang UPKn sendiri boleh hitung elaun yang saya dapat dari UPKn mampu ada dalam kocek saya berapa hari.

Saya bekerja di UPKn bukan soal elaun dan bila kontrak saya tidak disambung bukannya satu malapetakan kepada kehidupan saya, sebaliknya ianya suatu kemerdekaan.

Yang datang cari saya dengan mahukan jawapan 'yes' dan jangan 'no' untuk menjawat jawatan pengarang di UPKn bila ditanya menjawab sumbangan saya di UPKn adalah atas nama kebajikan, bukannya atas nama profesionalisme sebagai pengamal media.

Saya yang tidak tanya pun berapa elaun yang akan diberikan, saya kata saya akan bekerja utuk tempoh dua atau tiga tahun sahaja, sehingga UPKn mendapat petugas yang boleh melakukan kerja-kerja kepengarangan dan penerbitan.

Saya diminta masuk ke UPKn, bukan saya yang nyenyeh muka minta kerja kerana sebagai penulis saya tidak pernah tidak ada kerja, malah tidak pernah ada hari cuti pun sejak 30 tahun yang lampau.

Oleh kerana tidak ada petugas dibawa masuk bagi menggantikan tempat saya, maka saya teruskan juga tugas di UPKn sehingga mengambil masa kira-kira lapan tahun walaupun pada suatu ketika saya pernah tidak datang bekerja berbulan-bulan lamanya kerana bosan dengan cara bekerja yang sangat slow.

Sukar untuk saya cari sebab kenapa saya diminta bekerja dengan UPKn. Mungkin kerana tulisan saya di pelbagai akhbar dan majalah dan buku-buku yang saya terbitkan banyak melabakan Pas apabila banyak julangan diberikan kepada Pas ekoran dari kagum dan tertariknya saya melihat Pas dari luar.

Orang Umno cukup bengang dengan saya ketika itu. Saya pernah mengalami pengalaman dihalau turun dari satu pejabat Umno bahagian kerana dianggap pengintip Pas di samping pernah kena maki oleh seorang wanita Umno (seorang tengku) kerana terlalu menjulang Pas dan menghentam Umno dalam tulisan saya.

Kerana itulah agaknya saya diminta supaya memberi jawapan 'yes' dan jangan 'no' apabila ditawarkan jawapan pengarang dan elaun sama mahal dengan jumlah elaun yang bersifat menghina profesionalisme kewartawanan tetapi saya menerimanya atas alasan kena berkhidmat atas nama kebajikan.

Yang pasti ada hikmahnya kenapa saya yang begitu kagum dengan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam ketika itu telah ditakdirkan masuk berada dalam gelup kerajaan berkenaan tanpa saya sendiri merancang atau berusaha untuk masuk ke dalamnya.

Dengan itu saya boleh nampak dan boleh kenali apa itu Kerajaan Membangun Bersama Islam dan sebagai pengamal media yang secara kebetulan menerima pendidikan sekolah agama secara ala kadar, maka nama atas tuntutan fardu kifayah, saya mula membuat teguran melalui tulisan.

Saya menulis melalui pelbagai media untuk menegur kerana kerja saya menulis, saya tidak boleh berhujah di pentas-pentasa ceramah kerana itu bukan bidang saya. Maknanya saya tegur kerajaan mahu pun Pas bukan kerana saya diupah oleh Umno sebagaimana yang disangka tetapi atas tuntutan fardu kifayah, setidak-tidaknya pada kaca mata saya.

Saya kagumi Dato' Nik Aziz Aziz dalam banyak perkara dan ada yang saya tidak boleh kagumi secara membabi buta sebagaimana kalangan yang taksub dengan beliau. Saya melihat beliau sebagaimana manusia yang ada kelemahannya.

Saya juga kagumi Datuk Seri Naib dan perdana-perdana menteri sebelumnya dengan pada masa yang sama ada perkara yang saya tidak boleh setuju.

Sebagai penulis saya akan tulis untuk dinilai oleh pembaca. Tidak semestinya apa yang saya tulis betul belaka kerana saya manusia yang serba lemah. Apa yang keluar dari mulut atau yang dilakukan oleh Dato' Nik Aziz atau Datuk Seri Najib bukan betul dan bukan silap belaka kerana mereka manusia yang bukan perfect.

Saya akan tulis apa yang patut saya tulis tanpa perlu diupah, kecuali di akhbar dan majalah yang menyediakan sejumlah bayaran satu hati.

Sumbangan wang dari tokoh Pas pun pernah saya tolak bila wang dikirimkan melalui seorang rakan tanpa alasan yang munasabah. Bila dibeli akhbar terbitan saya, barulah saya terimanya sebagai harga belian akhbar dan wang itu untuk syarikat penerbitan saya, bukannya masuk kocek saya secara peribadi.

Saya catatkan ini bukan nak tunjuk warak atau berjurus tetapi itulah prinsip saya menyebabkan saya tidak pernah hidup senang, malah saya lebih rela hidup susah daripada menerima rezeki yang tidak betul.

Justeru sesiapa pun jangan samakan prinsip, sikap dan amalan hidup saya sama dengan diri mereka yang sering anggap saya dibeli dan diupah untuk tulis sesuatu.

Mungkin si pembuat andaian boleh dibeli dan diupah tetapi bukan saya dan saya sentiasa berdoa agar saya kekal dengan cara hidup saya sampai mati.

Boleh untuk tidak beresetuju dengan apa yang saya tulis tetapi jangan mudah tohmah saya dibeli dan diupah kerana prinsip hidup saya tidak semurah yang disangka.

26 comments:

kukujariku said...

amat senang menuduh orang sebegitu...

menuduh orang lain diupah barangkali mentaksirkan diri sendiri sanggup diupah.

kalaulah orang percaya dengan tiada bukti maka orang itu bukan berfikir dengan kepala otak tetapi barangkali berfikir dengan kepala lutut...

bukan hendak mengata...
tapi berfikir biarlah terbuka...

john said...

..hujah kakiku berrbisa menyebabkan abe li terpaksa respon, kalu po ambo ni bahagie perangat tahi2 umno buleh le..jawab..jangan tak jawab..

p/s: walaupun ore tok leh tafsir perut pedal kito..tapi gayo kito menulis membuatkan ore mentafsir lagu tuh..ko guano?..po ambo dok kutuk umno..mesti ore kato ambo ore pas biarpun ambo ahli umno berdaftar!...ooops terlepas cakap daa..

Anonymous said...

Ambo org PAS berdaftar. Ambo pernah pegang jawatan sebagai Setiausaha Pemuda PAS Kawasan.Ambo buat pengakuan ni kerana Allah dan Rasulnya.John pun ngaku dia ahli UMNO. Dia ahli jah. Ambo ni pernah pegang jawatan. PAS ni lebih parti dari mempertahankan Islam. Setengah tu ilmu agama tak blahmana tapi kecek macam orang ilmu. Ni bahana sentimen parti lebihh pade agama. Hanya Allah maha mengetahui perjuangan sebenar PAS dalam konteks semasa.

kakiku said...

kuang! kuang! kuang!
meli oh meli!
bila ku dengar luahan hati mu,
hati ku sedih pilu sayu sesayunya,
tiba-tiba air mutiara menitis,
dipipi gebu tua ku.
rasanya seperti air panas kg. La.

Syukur! pujian kepada Tuhan ku,
yg memerintah langit dan bumi,
kerana sahabat lama ku, meli,
bakal menjadi jutawang,
taukeh tanah, jual lombong,
mungkin bila ku bangun dari tidur,
ku lihat meli berkereta jaguar,
berumah batu 3 setengah tingkat,
bertali leher berbaju kot,
berkawan dgn datuk menteri,
kacak, lawa, bergaya, berkrisma,
Alhamdulillah.

Ku tergaman bila ada manusia,
berhati raksasa bertubuh ultraman,
dengan sengaja bukan dipaksa,
menuduh cerca, meli ku,
penerima upah,
berkerja kerana dibayar,
keikhlasan seorang insan dicabar,
ketaqwaan seorang insan ditendang,
kewarakan seorang insan diragui,
wahai manusia!
jgn engkau samakan najis mu,
dgn minyak atar sahabat ku,
jangan samakanj ketamakan mu,
dgn air zamzam kawan ku.
kah ! kah ! kah!

Cukup dah ke pujian kawe?. kalu nak lagi kawe tambah!.

#Bahkan kelihatan telah muyul kepada penulis upahan.Kuang! kuang! kuang!"
Dalam bahasa Arab, perkataan muyul bermakna cenderung kepada sesuatu, bukan masuk kedalam sesuatu.

Cooming soon.

KAKIKU said...

kuang! kuang! kuang!
Kuang! kuang! kuang!
bukan nak marah!
kalau marah kena jual.

lihat cakap orang marah :
"Tidak boleh samakan perut pedal orang lain dengan perut pedal sendiri".

kenapa marah :"Bahkan kelihatan telah muyul kepada penulis upahan".

adakah patut marah? :
"bloglistpolitik.blogspot.com, senarai blog-blog orang yang tidak mempunyai rasa nak marah dan bersedia disanggah. Ziarah dan belajarlah.

orang tak akan menyanggah, bila blog anda seperti ini :
http://lelong.com.my & http://mudah.com.my


Ini yang sepatutnya dimarahi bila disanggah :
"catatan cerita kesah anak isteri, kemudian simpan dalam fail .doc atau .pdf, dan jangan benarkan orang lain baca, kalau fail tersebut dibaca, marahlah kepada orang yg membacanya.

Kenapa kami sanggah, tengok apa yang demo catat :

1- "Yang tak dapat bekalan air paip 70%, yang ada paip tapi tak ada air berapa peratusnya pula?"
Kepada siapa disindir catatan ini?

2- "Jangan biarkan sejarah kehancuran Kerajaan Melayu-Islam Pattani menimpa Malaysia".
Mengapakah catatan ini dibuat dan siapa yang hendak disindir?.

3-"ke arah menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
Sumbangan semua pihak perlu".
Bacalah! siapa yang hendak didosakan dlm catatan ini?.

4- "Hanya media yang dikendalikan kalangan rosak fikiran dan moral rosakkan masyarakat".
baca, baca, bacalah!, apa yg tersirat daripada apa yg tersurat.

5- "Daftar undi lesu kerana rakyat meluat dengan kerenah orang politik?
Siapakan akhirnya menjadi mangsa kesalahan?.

6- "Penyatuan Umno-Pas bukan kerja mudah tetapi memberi banyak faedah".
Adakah catatan yg ini patut kami tak marah?.

kakiku :"rindukan blog rustam sani yang menulis penuh dengan fakta dan kajian".

#"Kami bukan tongkol kayu atau anak batu, bila kami disindir & guru kami diterjah keras, kami membaca, tersengih dan tidak melawan.
Kami mempunyai hak untuk mempertahankan diri bila perjuangan kami diserang, dan kami berhak menyerang balik bila guru kami dicerca.
Namun jika perjuangan dan guru kami dicerca dan caci dalam kelambu bilik tidur kamu, kami dengan berlapang hati rela memaafkannya".

JGN MARAH, KALAU MARAH KENA JUAL.

Anonymous said...

ha ha ha..hebat sangat ko John, kakiku menulis tu, koya nok buat rangkap pantun la ko? mapuhhhhh....ore gilo pun pandai kecek belah tu, nok tahu gak gi le sepital gilo tu, belambok ore panda mengarut mace kaki ku...
berat doh puok demo nih, boleh baye kalu meritoh Malaysia, tobat tokleh ore nok tegur, abe Li sindir sikit, maroh, tok guru demo dulu kato Isle bui ore nok kecek, ni sindir bendo betol pun maroh ko....derako demo ko tok guru demo tusss

Anonymous said...

Abe Li jange sedih denga ore mace John dan kaki (kaki buruk ku) nih, puok ni, set2 make air pelir Karpal Singh dengan Lim Kit Siang doh, sebab arahe tok guru demo tus, sebab tu kalu abe li tulis sikit nok tegor tok guru demo tu, kakiku ake mengamok mace tino gilo nginye. dan john akan mabok serupo gilo tallok. Tulis abe Li, biar ore lain tahu cerito sebena kerajaan negeri kelate kito tu dan sapo sebenar gak ULar mak PAS...

Anonymous said...

PAS: MARI KITA PERJUANGKAN ISLAM...


"KITA TEGAKKAN NEGARA ISLAM..."

"...LANGKAH MAYAT SAYA DULU!"

KUANG..KUANG....KUANG!


"KITA TEGAKKAN NEGARA ISLAM..."

"LANGKAH MAYAT SAYA DULU!"

KUANG...KUANG...KUANG!

"KITA TEGAKKAN NEGARA ISLAM..."

"LANGKAH MAYAT SAYA DULU!"

KUANG...KUANG...KUANG

“DAP kalau nak hina Islam (tidak apa) pasal dia bukan Islam.”....Nik Aziz (12 Ogos 2009)

Anonymous said...

KAKIKU KALU DAH MAROH DENGAN TULISAN MELI...MU MASOK BLOG NI WAT MENATE APO?...AKU BENCI ULAT TAIKKKK KO MENATE HARAKAH DENGAN SUARA KEADILAN...TNTU DOH AKU TOK BELI...HARAM PITIH AKU BELI ALAT PENYEBAR FITNAH LAGU TU!...TU BARU BETUL, NI DAH BENCI MASUK SINI WAK BLAKE PARE APO!...BLOG NI X PERLU ORE SUPO MU...GI SAING NGAN JOHN NUH!...SAMO2 OTOK KKARAT...BASO JENIH ORG TAK RETI NK BERSYUKUR...
PTUUUUUUIHHHHH!

john said...

hahahah..ore umno babak doh..sukonyo ambo..teruskan..teruskan babakan anda..tu baru jolo..guano weh panah lingo ko..
istilah baru umno lo ni 'barang naik' tok leh sebut..hok bulehnyo..'pelarasan harga'..ingot ko 'laras senapang'?..so lagi 'penurunan subsidi'..turun kan tu..hahaha..mujur ore umno tok cerdik blako...hahahaha..

kukujariku said...

ajaran mari duano kalau ore kafir hina islam kita buat tok tahu...????
kalu kita buat tok tahu...serupa kita galakkan dia buat begitu...
koho galaklah puak dia...

serupa dengan israel serang palestin, kita boleh buat tok tahu jugak????


kalu untung ko dia dia sokong...
jangan berniaga dengan nama allah dan nama islam...

kalu pakai buah puak ni beratlah...
habis kucar lanar ugama...

bukan hendak mengata...
tapi fikirlah dengan ilmu yang kita ada...
bukan dengan rasa...

melikapakjangak said...

PENJELASAN

Saya garapkan posting MUNCUL KEMBALI (762) bukan soal marah tetapi untuk tujuan penjelasan.

Menuduh saya menerima upah dari Umno, secara tidak langsung akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti saya.

Kebetulan saya terlibat dalam pernigaan. Tohmahan itu boleh menjejaskan nama baik saya di kalanghan rakan kongsi dan juga klien, sekali gus boleh menyumbang kepada kerugian urusniaga berjuta-juta ringgit.

Bini, anak-anak, menantu, cucu, ibu, sanak saudara dan jiran sekampung saya akan turut merasa aib, sekali gus mungkin akan anggap saya rendah moral.

Saya boleh dilabel cenderung atau telah masuk Umno, ianya tidak akan merosakkan reputasi dan kredibiliti kerana amalan demokrasi membolehkan seseoramng itu menyertai mana-mana parti politik pun jika perlembagaan parti tidak menghalang.

Ada orang Melayu menyertai DAP dan Gerakan. Seingat saya jawatan Ketua Penerangan Gerakan Kelantan adalah orang Melayu pada suatu ketika dulu dan ada orang Melayu pernah jadi calon DAP di Kelantan.

Tak jadi masalah kerana perlembagaan parti membenarkan dan undag-undang negara juga tidak menghalang.

Tetapi menjadi penulis upahan adalah suatu pekerjaan yang hina dan tidak bermoral, malah saya rasa saya boleh didakwa dibawah akta rasuah.

Saya mengalu-alukan tulisan saya dan pandangan disanggah tetapi menuduh saya menerima upah tidak wajar.

Apa kata imam masjid, rumah kebajikan, sekolah thfiz dan para pelajar yang menerima sedikit sebanyak sumbangan saya, tentu mereka akan diburu rasa bersalah kerana menerima duit yang tidak bersih dari saya.

Justeru saya perlu perjelaskan supaya tidak timbul sebaranng walang di kalangan mereka yang mungkin termakan dengan tohmahan kononnya saya menerima upah dari Umno.

Anonymous said...

puok2 Qiradatun Khosi'iin ataupun Kero2 PAS ni nok dengar hanyo puji-pujien dan buke nyo tegure membino abe Lie, sebb tu la kakibusukku dan Johnnurrojim panas telingo kalu abe Lie tegur PAS, sbb puok2 dio takut ore ramai pahe tahik hok demo tu tengoh suksuk (sembunyi), so tok payah ambil hati la abe Lie wei, anggap la tuduhen puok2 kero tu, hanyolah nok munoh semangat abe lie jah...

Anonymous said...

Kita kena taat patuh kepada tok guru2 kita yang benar lagi mursyid, to guru najibul, to guru muhyidin, to guru hishamudin cucu dato noh genting hiland, to guru ali rustam, to guru rais yatim, ustaz nazri aziz, bung mukhtari,........ pemimpin2 kita saja... pembawa rezeki dan berkat kepada kita.... kalu tidak mampus kita bahan tanah kena sekat duit royalti, subsidi, projek, felda, ...... isk..isk..isk..

Anonymous said...

salah tu...
sepatutnya begini...
kita kena patuh kepada tok guru kita yang mangatakan tuhan boleh mencarut, nama allah boleh letak di kitab kristian, dengan syaitan pun boleh berkawan, orang kafir nak hina islam tak apa...orang bukan islam nak jadi MB pun boleh...

Anonymous said...

....dan kalau nak junpa saya boleh...tapi hal rayalti...isk..isk...tok guru pun nampak pitis jugak???
pitis oh pitis...
peduli apa aku dengan bangsaku...
biar bangsaku merempat dibuminya sendiri sedangkan aku senang lenang....
boleh sembahyang...
boleh berzikir...
nasib baik duduk malaysia...
kalau duduk di gaza nu...
lagu mano?
boleh sembahyang?
boleh berzikir?
malaysia dikatakan zalim?????
ih ih ih...

chegarMD said...

Sebagai rakyat kelantan yg sebahag
ian besar dari kalangan yg berpend
apatan rendah,perbincangan sekarang
perlu di ubah kpd nasib rakyat yg di timpa malapetaka baharu iaitu ke
naikan harga barang keperluan harian dan kesan2 akibat dari kenaikan itu.
sepatut perkara ini di utamakan bu
kan nya perselisihan politik yg ta
kada kesudahan.kenaikan ini membuk
tikan kerajaan sekarang bukan nya
mengutamakan rakyatbawahan/majoriti malah merupakan kerajaan bala kpd
rakyat.kalaunnak di jimat setakat
750 juta banyak perkara kerajaan boleh berjimat, soal nya adakah kerajaan berfikir akan kesusahan ra
kyat miskin .ini lah yg di namaka
yg kaya di belai yg miskin di jijak
perubahan kpd kerajaan ini perlu keranamereka sudah tidak melihat kesengsaraan golongan miskin tapi
mementingkan edia politik kapitalis
yg menindas yg tidak bertungjang kpd kepentingan rakyat.pru13 kita
golongan miskin patut menhentikan
golongan penindas ini.

Anonymous said...

yang peliknya bila harga gula naik aku pergi ke tesco tadi gula melambak-lambak...
mengapa berlaku sedemikian... kerenah siapakah semua ini...???

Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong said...

Nak cegah gula naik mudah sahaja, jangan beli gula. Bila barangan melebihi keperluan, maka harga sesuatu barangan akan jadi murah.

Demikian juga kalau mahu turunkan harga minyak, jangan pakai kereta, guna kembali kereta kuda dan kereta lembu atau guna saja pengangkutan awam.

Kereta kuda atau kereta lembu tak pakai minyak, kalau pakat-pakat guna pengangkutan awam dan masing-masing tidak memiliki kereta (sekarang tiap buah rumah ada lebih satu kereta), maka permintaan terhadap minyakl tidak akan tinggi sekali gus harga akan murah.

Bagaimnapaun harga gula dan minyak serta banyak barang lagi di negara ini jauh lebih murah dari Siam. Banyak gula dan minyak diseludup ke Thailand kerana harga minyak dan gula di negara kita lebih murah kerana disubsidikan.

Anonymous said...

Ambo harap Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong ..tu.. naik la kereta lembu dulu, jangan la beli gula, minum air sejuk jah... Puok2 yang dok naikkan harga tu... jange dok reti suruh ore lain berjimat.. yang kita hidup mewah, membazir dan gaya hidup sombong macam fir
'aun.... je... menteri2 UBN, ketua2 Umno, pegawai2 kerajaan yang dok bodek kerajaan tu... 20 thun kena hidup simple saja seperti nik aziz mb kel. tu....

Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong said...

Nik Aziz hidup simple. Podahhh. Rumah kawe dengan rumah Nik Aziz dekat jah. Kangan nak temberang dengan kawe.

Anonymous said...

Betul ke Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong dok dekat Pulau Melaka?

Kalu dia tak bolee mato atau tak lidah biawok, dio boleh banding rumuah nik aziz dengan rumah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu jah.. hok mana hebat?

Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong said...

DEMO GI RUMAH NIK AZIZ BERAPA KALI? ORANG GI SOKMONYA DI SURUH NAIK IKUT RUMAH KAYU, RUMAH LAMO. ACU TEGOK SAMBUNGAN KEPADA RUMAH KAYU TU BALAH MANO. KALU DEMO BUBUH MINYAK MOTOSIKAL KO KERETO DI SETESEN PETRONAS PULAU MELAKA, DEMO TANYO STESEN MINYAK TU HAK SAPO, PAH TU APA YANG BERLAKU DI SEBALIKNYA.

BANYOK BENDO HOK KAWE TAU TENTANG NIK AZIZ HOK DEMO DOK DEWA-DEWAKAN, TAPI KAWE ADO KERJA LAIN NAK BUAT, MALAS DOK PPECAH TELUR TEMELA. BOKTAN KAWE TAU MAKA KAWE TIDAK PUJA DIA MACAM ORANG HAK TAK TAU APO-APO. NOK ROYAT BUWI KO DEMO NIK AZIZ TU ORANG, BUKANNYO MALAIKAT.

Anonymous said...

Oii Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong ... memang le nik aziz tu manusia, bukan batu atau binatang atau malaikat... begitu jugak nabi2 dulu pun manusia.. supaya manusia lain boleh buat perbandingan. Mana manusia yang baik, mana manusia yang kurang baik....

Manusia boleh banding ....

mana yang kaki ibadat ... mana yang kaki rasuah...
mana yang guna jawatan untuk akhirat.. mana yang guna jawatan untuk dunia semata2? ....

mu tengukla kehidupan pemimpin2 UMNO hok mu puja2 dan bodek2 tu... bandingla dengan gaya hidup nik aziz...

walaupun nik aziz pada mata mu teruk sangat... tapi mu tenguk puok2 pemimpin UMno mu tu... alim warak sangat ko?

Pakar Ekonomi Kampung Kuchelong said...

Boktan mu taksub mu raso lagu tu la. Mu raso Tuhan terima ke ibadat nik azizmu, berdoa sambil teriak, pah tu tepek gambar rata-riti, bekecek ikut dan. Orang alim ko buat kerja lagu tu, menunjuk-nunjuk, berdoa, sembahyang pun pukul gambar pah tepek rata-rata. Tu ulaaaaaaaarmak politik lah gonnn, bukzn ULAMAK.

Anonymous said...

dok payoh dok baloh lah........pakat badi kato, mu kato ko aku ,aku kato ko mu,sapa bilo nok abih.acu pakat goyak hok come2 dok leh ko...opp... hok molek2 ore dok suko baco deh, hok dok molek jugok paka ughong rama2.