Monday, July 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (764)

Mana lebih penting antara hasrat rakyat dengan hasrat kerajaan?

KERAJAAN dalam sistem demokrasi adalah dipilih oleh rakyat, diberi mandat dan amanah untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Sama ada rakyat bersedia menyambung pemberian mandat dan amanah atau sebaliknya bergantung kepada sejauh mana rakyat berpuashati dengan perkhidmatan kekerjanan yang diberikan.


Menongkah hasrat raktar, bermakna kerajaan yang diberi mandat dan amanah oleh rakyat bertindak umpama 'beruk gigit tuan', umpama 'berak dalam periuk nasi sendiri' atau sengaja berbalah dengan rakyat pemberi mandat dan amanah.

Demikian halnya dengan kes Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memberi alasan tindakan Kerajaan Selangor menutup institut berkenaan kerana memenuhi hasrat kerajaan negeri supaya tidak ber;laku pertindihan antara agensi-agensi kerajaan negeri.

Tetapi bagaimana dengan hasrat rakyat, terutama para pelajar dan bakal pelajar IKYS serta ibubapa masing-masing yang mahukan kemudahan tempat belajar yang bukan sahaja dekat dengan tempat tinggal masing-masing tetapi melibatkan kos yang lebih murah.

Memanglah hasrat rakat dengan kerajaan jarang senada dan seirama tetapi antara hasrat rakyat dengan kerajaan, hasrat siapa yang perlu diutamakan. Juga perlu diperkirakan antara hasrat kerajaan dengan hasrat kerajaan, hasrat siapa yang lebih murni.

Katalah kerajaan menganggap kuasa pelaksanaan adalah haknya, bagaimana nanti kalau rakyat memberontak dan tidak mahu Kerajaan Selangor yang ada sekarang terus wujud, apakah kerajaan, terutama Khalid sebagai menteri besar boleh terus menjadi kerajaan dan menteri besar.

Bila rakyat menggunakan kuasa undinya, menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna. Sudah tentulah antara IKYS dengan Kolej Antarabangsa Inpens berbeza fungsi dan peranannya, sebagaimana berbezanya penubuhan dan fungsi PKR, Pas dan DAP walaupun berada dalam satu pakaran yakni PR.

Kepada saya sebagaimana tindakan Khalid sebelum ini yang lebih mengutamakan hasrat kerajaan pimpinannya dari hasrat rakyat yang sepatutnya diutamakan, tindakan menutup IKYS akan menyumbang kepada semakin merosot kesanggupan rakyat untuk terus memberi mandat kepada Kerajaan PR Selangor.

Ertinya, menteri besar, barusan exco, wakil-wakil rakyat serta pendukung dan penyokong PR perlu membuat persediaan mental dan fizikal untuk menerima keputusan pilihanraya umum ke-13 yang nantinya tidak akan berpihak kepada mereka kerana banyak tindak tanduk kerajaan lebih bersifat mencari balah dengan rakyat selaku pemberi mandat.

Macam mana pun segala-galanya bergantung kepada rakyat Selangor. Kita dari luar Selangor hanya mampu membuat andaian dan agakan secara umum yang belum tentu selari dengan apa yang ada dalam kepala dan dada rakyat Selangor yang akan terjemahkan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Apa pun, seandainya keputusan penutupan IKYS kekal, hendaknya semangat belajar para pelajar terus mekar dan masing-masing kena berhasrat mahu membina diri sebagai seorang yang berkemahiran dalam bidang yang diceburi dan mesti berazam untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.

6 comments:

Unknown said...

siapa kata kerajaan selangor tergug
at oleh niat kerajaan negeri utk
menutop hanya 1 institusi pengajian sedangkan kerajaan sudah menyediakan tempat lain sebagai ganti nya utk pelajar meneruskan pembelajaran.
tapi yg memang sakit kepala adalah
kerajaan pusat yg mengurangkan subsidi barangan kerana dari maklum
balas, isu ini tidak akan di biarkan saja oleh sesetengah pihak
kerana pengurangan kena atas kepala
golongan rakyat majoriti marhien
sedangkan subsidi utk koperat2 tidak pon di sentuh malah mereka
lah yg banyak menikmati subsidi lebeh dri rakyat. ternyata kerajaan ini
tidak peka dan tidak mesra rakyat
marhien dan golongan fakir miskin kalau ini berlaku di negara2 maju sudah tentu kerajaan ini akan jatoh gedebit tapi rakyat malaysia
seolah2 telah di pukau 52th sukar berubah seolah2 mereka hamba abdi
kpd umno/bn.

Anonymous said...

Bila jadi kerajaan, baru tahu pahit getirnya, cakap memang senang, negeri berkebajikan, Ambo ada pengalaman nak dikongsi. Saya tidak suka berparti politik, tetapi yang nampak cuma rakyat diberi harapan, harapan baru, tetapi hakikatnya cuma harapan. Bila dah perintah bolehlah dikatakan rakyat lari dari mulut harimau tetapi masuk mulut buaya.

Hj.Mat said...

yes.yes.yes...

Hj.Mat said...

Tok soh kira parti,partilah nyo, melayu islam sedaro kito belako, baalah masa senangjah, la ni susoh, pakat-pakat baiklah nyo. Dengar gak nasihat orang alim hok tidak jadi tok wakil gatek. Tok guru pondok lebih mulia dari tok guru politik. Tok guru politik gaji berouluh ribu sebula, tok guru pondok sesen kurap, mereka tiada kepentingan apo-apo. Jadi buka minda berfikirlah dengan hati jangan dengan nafsu

Abdul Syukur said...

Masalahnya chegarMD, kalu doh segala apa yang kerajaan buat membebankan rakyat termiskin, bakpo pilih jadi miskin, bakpo tok jadi orang kaya.

Kalau orang lain boleh kaya, bakpo kita miskin. Mereka pun dulunya bukan dilahirkan bersama bongkah emas pun, sama-sama tekanje bogel. Bakpo mereka kaya kita sessok.

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Boktanm salah kita nak embas atas ppalo kerajaan. Kerajaan sediakan pinjaman MARA, TEKUN, AIM dan sebagainya, pakat-pakat toksir bayar.

Pah dok bersaonya salah sapo. Salah kerajaan ko boktan kita sesok?

Unknown said...

Tak ada siapa yg mahu dan memilih
kemiskinan,tak ada sesiapa yg mahu
melihat anak2 nya tidak kesekulah kerana kemiskinan, tak ada sesia
pa yg redha melihat anak nya hidop
dalam reban ayam.mereka telah berusha tapi setakat itu kemampuan
mereka ,sebagai kerajaan yg bertnggongjawab perkara ini tidak seharus nya di biarkan,kemungkinan
dasar2 kerajaan yg membuat mereka
merempat,mana dia membangun bersama
islam, mana dia 1malaysia,mana dia
omar ibn alkkhatab dlm politik kita
pelajaran,air,tempat tinggal adalah hak asasi setiap individu di
malaysia.mana2 yg mengabaikan perkara ini mereka tidak layak bergelar hakim atau pemerintah tampa mengira siapa mereka.