Tuesday, July 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (765)

Pas kena senada dalaman sebelum ada hasrat wujudkan pelan damai dengan Umno

SECARA peribadi saya berpendapat merangka, mengkerangkakan dan merealisasikan pelan damai Umno-Pas adalah merupakan suatu tuntutan fardu kifayah, mudah atau payah kena diusahakan secara proaktif oleh setiap umat Islam yang mukalaf di negara ini.


Jika tidak ada sesiapa pun di kalangan orang pandai agama dalam Umno atau Pas menggerakkan usaha ke arah itu, maka mahu tidak mahu ianya akan menyebabkan seluruh pemimpin, pendukung dan penyokong Umno-Pas akan hidup dalam keadaan berdosa.

Ini adalah kerana kepentingan politik kepartian, pimpinan kedua-dua parti secara terang lagi berseluruh telah memijak-ligan tuntutan memelihara silatur-rahim, sedangkan memutuskan silatur-rahim itu sangat ditegah oleh Islam, sekali gus akan menyumbang kepada umat Islam akan menjadi umpama buih sabun, jumlah ramai tetapi lemah kerana tidak bersatu.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, pada saya, telah memenuhi tuntutan fardu kifayah apabila beliau berpendirian UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Soalnya apakah suara Ketua Dewan Pemuda Pas cukup berpower untuk menarik persetujuan daripada pimpinan yang lebih atas bagi merealisasikan pelan damai, terutama Mursyidul Am yang boleh menolak segala pandangan dan buah fikiran mana-mana tokh dalam Pas yang betentangan dengan hasratnya walaupun sebernas dan sefaedah mana pun idea, cadangan, rangka dan kerangka yang diediakan.

Saya tidak nampak Presiden, Timbalan Presiden dan majoriti pimpinan Pas akan menolak pelan damai Umno-Pas, malah saya yakin masing-masing boleh berlapang dada menerima apa yang dihasratkan oleh Nasrudin tetapi yang akan menjadi halangan induk adalah Mursyidul Am.

Jika disemak rekod pendirian Mursyidul Am sama ada dalam bentuk bercetak di dada-dada akhbar atau majalah mahu pun dalam bentuk audio visual, adalah amat mustahil untuk Umno-Pas berdamai kerana dalam perdamaian yang dihasratkan bukan bersifat 'menang-menang' tetapi Pas yang kena menang.

Soalnya apakah Umno terlalu terdesak untuk merangkak dan melutut kepada Pas untuk menjayakan keperluan damai Umno-Pas demi mempercepatkan hasrat untuk menjayakan pemerintahan secara Islam sejati di negara ini yang barangkali pada suatu ketika tidak memerlukan amalan demokrasi tetapi lebih kepada sistem pemerintahan khlaifah.

Justeru itu, pada pandangan saya, sebelum mana-mana pimpinan Pas menyuarakan hasrat damai dengan Umno, ada lebih baik dan berfaedahnya jika masa yang dibuang untuk itu digunakan untuk senada seiramakan pada semua peringkat dalam Pas terlebih dahulu.

Kalau pelan damai dirangka dan dikerangkakan untuk perdamaian UMno-Pas sedangkan dalam Pas sendiri 'berkuca-haya' yakni tidak senada dan seirama, hasrat dan penyuaraan perdamaian Umno-Pas akan hanya menjadi gimik dan retorik murahan semata-mata yang akhirnya akan menyebabkan rakyat rakyat meluat dengan gelagat orang dan parti politik.

Pada saya Pas kena ukur baju di badan sendiri, apakah parti itu lebih gagah dari Umno, maka dalam perdamaian Pas mahu dianggap pihak yang menang sedangkan setiap kali pilihanraya diadakan, calon yang dipertaruhkan tidak pernah cukup pun jumlah untuk membolehkannya membentuk kerjaan jika kerusi yang ditandingi dimenangi seratus peratus.

Kesanggupan Umno untuk bersedia 'menang-menang' adalah bersifat umpama bapa atau emak mencium tangan anak sebagai tanda merendah diri walhal yang sepatutnya anak yang kena cium tangan emak atau bapa. Bila bapa atau emak yang cium tangan anak, apa persepsi masyarakat terbanyak terhadap sikap dan sifat sang anak.

Pas juga kena tulus memuhasabah diri apakah benar parti itu selaras dengan Islam tulen atau ianya lebih bersifat apa yang dikatakan apa yang dilakukan diingatkan perlakuan ahli syuirga sebenarnya perbuatan ahli neraka manakala pihak yang dianggap melakukan perlakuan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.

Dengan kata lain, sebelum usaha perdamaian Umno-Pas digerakkan secara serius, kedua-dua parti kena tolak segala kepentingan politik kepartian dan masing-masing kena tulus demi kepentingan agama, bangsa, negara dan masyarakat majmuk. Jika tidak pasti segala usaha akan menjadi sia-sia dan membuang masa, malah orang dan parti politik akan tidak dihormati oleh majoriti rakyat.

Pun begitu sam ada umno atau Pas kena sedar dan terima hakikat bahawa perdamaian Umno-Pas yang merupakan parti yang dianggotai bukan sahaja oleh sesama sebangsa tetapi juga seanutan agama adalah merupakan tuntutan fardu kifayah dan jika tidak ada individu atau pihak yang berusaha ke arah itu, tidak kira pimpinan, pendukung dan penyokong Umno mahu pun Pas berada dalam keadaan berdosa.

10 comments:

Unknown said...

Untok apa perpaduan? kalau hanya utk menjaga kepentingan melayu/isla
m, rasa nya tidak akan menyelesai masaalah negara,negara lebeh memerlukan perpaduan rakyat demi kesejahteraan rakyat malaysia tampa
mengira bangsa dan agama.perpaduan
pas /umno akan membawa negara kearah ketidak setabilan negera se
cara keseluruhan .perkauman akan semakin menebal. apa yg ada sekarang sudah elok utk menjamin ke
setabilan ,keamanan dan hak bersama
Yg lebih penting sekarang proses pe
nukaran kerajaan pusat dari umno/BN kepakatan sebagaimana yg berlaku di
di jepon/korea/england apa yg nak di takutkan.kita tidak akan kelapa
ran.kalau mereka boleh menerima pertukaran kerajaan mengapa kita tak boleh. kita tukar selera,kalau
tak sesuai dgn selera kita ,kita tukar selepas 5th. kita mesti berani berubah.umpama nya kelantan di perintah pula oleh umno
baru kita menjadi umat yg matang tidak di perbudoh sepanjang masa oleh kerajaan yg memerintah, samaada di peringkat pusat atau negeri.bagaimana bae li...

Wak Langguk Kg Langgar said...

Tukar kerajaan tak sama dengan tukar selera tankedarah. Tengok apa jadi dengan Thailand dan Indonesia, apakah kestabilan negara mereka lebih molek dari kita.

Selas Amerika Syarikat bertukar tangan dari Bush kepada Obama, apakah kestabilan negara itu lebih baik dari sebelumnya.

Iraq selepas Saddam Hussein diguling dan disembelih, Aftghanistan selepas tumbangnya Taliba. Apakah lebih molek dari kerajaan sebelumnya.

Contoh paling dekat tengok Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan apakah lebih molek dari semasa berada dibawah kerajaan sebelumnya kalau dinilai menggunakan neraca yang bukannya neraca politik kepartian?

Nak tuka kerajaan bukan macam tukar bini, banyak isiko yang kena diperkirakan. Berpolitik dan bekerjaan bukan untuk seronok-seronok tetapi kena tunai amanah dan tanggungjawab. Jeni pemain politik nak sekadar untuk seonok yang suka anjur demontrasi, yang asyik nak jatuhkan kerajaan tanpa mengambil kira kesan dan risikonya.

Anonymous said...

Isu "perpaduan melayu" ini sebenarnya hanya mainan politik sekular umno saja.. sama seperti tawaran "perpaduan bangsa".. dari geng sekular penyembah AS/yahudi, Mahmood Abas diPalestin, Hamid Karzai di Afghanistan, Nouri maliki di Iraq, .... mulut bercakap perpaduan rakyat tapi tangan/ perbuatan dok tindas dan tipu rakyat... hehehehehe...

Isu "perpaduan melayu" ini sebenarnya hanya mainan politik sekular umno saja.. SEBENARNYA Umno/BN nak lari dari rakyat/ melayu bincang Isu naik harga minyak, gula, barangan asasi... isu penyelewengan dana Felda, isu penyerahan telaga minyak Blok L & M di Sarawak, isu penasihat yahudi APCO, isu kehilangan engin kapal terbang TUDM, isu pembunuhan Teoh oleh sprm, dll skandal yang berbelit dikalangann UBN.. tu...

Isu "perpaduan melayu" ini sebenarnya hanya mainan politik sekular umno saja.. bukan nak jaga kepntingan Melayu/Islam, SEBENARnya talian hayat nak jaga kepentingan politik draconian UMNO dan pendokong2 tyrancynya... APAKAH PEMIMPIN2 & AHLI2 PAS/ PR JUGA NAK HULUR KEPALA KEDALAM JERAT LANUN2 UMNO NI? ...hahaha.. hujah2 en.meli ni pun ... manis bagaikan gula yang membawa diabetes.... mengapa kita mesti bersatu dalam dalam kotak yang bususk UMNO saja? Mengapa kita tidak keluar dari kotak yang rosak UMNO tu kepada kotak lain ... kemudian kita bersatu, kita maju dan kita berjaya!

Fikirkanlah secara bebas dan terbuka serta hati yang tulus....

Anonymous said...

salam..
Kalau ada dua orang yang bermusuhan, salah seorang daripadanya menghulurkan salam damai...perlukah tangan yg menghulur itu disambut dan digenggam tanda bertaut semula persahabatan, ATAU perlukah tangan yg menghulur itu ditampar? yg manakah lebih mulia mengikut Islam?

2.Cuba renungkan:

"Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya dia maha mendengar lagi maha mengetahui" – al- anfal 61

"Dan katakanlah kepada hamba- hambaku, hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik ( benar ) sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka . Sesunguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" - Al-Israk ayat 53

"Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri". Hadith

'Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu) lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam) maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.'
(Surah Ali ‘Imran : 103)

'Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain...'
(Surah al-Hujurat : 12)

-Semoga kita mandapat keredhoaan Allah. amin

Unknown said...

kembali kpd pertukaran kerajaan,tid
ak ada makhluk di malaysia yg ingin
menukar kerajaan berhasrat utk
mengajak rakyat kejalan atau menguna kekerasan tapi melalui hak
yg di lunaskan oleh perlembagaan ne
gara. mengapa kita ashik mengemuka
contoh2 negara yg tidak maju menga
pa kita tidak melihat secara positi
f kenegara2 maju asia korea,taiwan,
jepon. dan semua negara2 barat.
adakah perubahan itu sentiasa negetif,ya memang ianya menakutkan
kpd pemerintah dan kuncu2 nya tapi
bagi rakyat perubahan ini tidak akan merugikan sekurang2 rakyat mempunyai kesedaran terhadap hak nya. kadang2 sesuatu yg kita suka
bukan nya yg terbaik utk kita sebalik nya ada perkara yg kita tidak suka itu lebeh baik utk kita.
siapalah kita utk menentukan sesuatu,hanya lah allah yg maha mengtahwi kita cuma berusha dan berijtihad.

Anonymous said...

kahkahkah..... puok umno guna ayat2 suci bila melindung diri dari amarah rakyat terhadap kedajalannya selama ini? Bila nak laksana hukum alquran pelbagai alasan untuk menolaknya. Perangai kaum yahudi... "ambil hukum tuhan yang sesuai dengan hawa nafsu mereka saja, mana yg terkena batang hidung disembunyikan ayat2nya.." mufti.. mufti.. harus sana harus sini
apakah ini hasil ajaran "mufti2 pembodek" yang dok bela assobiyyah umno dan amalan kurafat penguasa?

mengapa mufti ampu sana ampu sini tak baca kitab al ahkam al sultaniyah wa al wilayatul diniyah, karangan almawardi kepada pemimpin2 Umno/ ketua2 kerajaan/ negaeri yang Islam? Cukupkah syarat2, kelayakan & tanggungjawab mereka sebagai pemimpin Islam?

apakah hukumnya mufti yang berjiwa assobiyyah atau bershubahat dalam rampasan kuasa kerajaan rakyat? Rasulullah bangkit sebagai pejuang bangsa arab kah @ pembela raja2/pemimpin zalim? apakah hukumnya orang mencampuradukkan yang hak dengan yang batil? oh mufti oh mufti berapa banyak untuk suarakan isu2 yang "pokok" ....murtad, qazaf, riba', judi, pelacuran (zina), dedah aurat, program tV yang lucah ganas, bom mayat, campak mati suspek, wanita cium shah rukh khan, dll ....

oh oh mufti harus sana harus sini... alfulusiyyah ...

kukujariku said...

lebih baik dari ulamak yang mengajak perpaduan islam daripada ulamak yang sanggup berkawan dengan kafir.

Unknown said...

Kalaulah benar setulus mulus mufti perak nakkan perpaduan Melayu...beliau tidak layak jadi orang tengah atau menjadi jurucakap...sebab..setiap komen mufti mesti condong memehak pada Umno dan tak pernah ikhlaspun dengan pas..so..layakkah orang macamni nak jadi pengadil atau menjadi orang tengah..menyeru sana sini mangajak perpaduan melayu sedangkan dia sendiri sering membuat pernyataan memecahkan melayu dan sering menyakitkan hati orang pas..adilkan tindakan mufti ini? wahai orang yang berakal..fikir lah..mudah je kalau nak fikir macam mudahnya 1+1= budak tadika pun boleh jawab

Unknown said...

Perpaduan sekadar selogan politik je tu..takde jujurnya umno tu...kalau nak perpaduan..pastu umno yang mesti menang n jadi bos..siap sikit pas kena kutuk dalam media dia..pas nak bersuare kat mane..TV awam takde..surat kabar awam pun takde..ni runding yang sanagt berat sebelah..he..heh..

joostspring said...

su "perpaduan melayu" ini sebenarnya hanya mainan politik sekular umno saja.. sama seperti tawaran "perpaduan bangsa".. dari geng sekular penyembah AS/yahudi, Mahmood Abas diPalestin, Hamid Karzai di Afghanistan, Nouri maliki di Iraq, .... mulut bercakap perpaduan rakyat tapi tangan/ perbuatan dok tindas dan tipu rakyat... hehehehehe...

anom July 21, 2010 7:24 PM

----------------------------------

bila demo kaitkan proksi yahudi tu menampakkan demo ni xcerdik mana...

menunjukkan demo ni bodo xleh nak ajar dan cerdik xleh nak tumpang...

IDOLA DEMO SI NUAR ALJUBURI TU DEMO NAK AMIK LEMPAR MANA GU?????