Thursday, July 22, 2010

MUNCUL KEMBALI (766)

Walaupun penting kepada negara, kerjasama Umno-Pas tidak semudah yang diharapkan

KECUALI bagi yang taksub berpolitik kepartian dan melihat parti yang dipimpin, didukung dan disokong perfect, rata-rata rakyat negara ini pasti mengalu-alukan apa jua usaha untuk mendamaikan Umno-Pas.

Merangka pelan dan kerangka, sekali gus merealisasikan pelan damai Uno-Pas adalah merupakan suatu tuntutan fardu kifayah, mudah atau payah kena diusahakan secara proaktif oleh setiap umat Islam yang mukalaf di negara ini.

Jika tidak ada sesiapa pun di kalangan orang pandai agama dalam Umno atau Pas menggerakkan usaha ke arah itu, maka mahu tidak mahu ianya akan menyebabkan seluruh pemimpin, pendukung dan penyokong Umno-Pas akan hidup dalam keadaan berdosa.

Penentang pelan dan kerangka pendamaian Umno-Pas walaupun seseorang itu berserban sebesar 'pusu jantan' kerana mempamerkan watak alim pada zahirnya, namun pada hakikatnya ia sangat jahil dan cetek ilmu.

Menolak pelan damai Umno-Pas bermakna tidak menghormati dan mematuhi, malah bersifat memperlekehkan seruan membina dan memelihara silatur-rahim yang sangat dituntut oleh Islam.

Memutuskan silatur-rahim sangat ditegah oleh Islam, sekali gus akan menyumbang kepada umat Islam akan menjadi umpama buih sabun, jumlahnya mungkin ramai dan pada zahirnya nampak kuat dan hebat tetapi pada hakikatnya sangat lemah kerana tidak bersatu dan bercerai-berai.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, pada hemat saya, telah memenuhi tuntutan fardu kifayah apabila beliau berpendirian UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Sayangnya beliau tidak cukup berpower, suara dan pendiriannya tidak memungkinkan apa yang diharapkannya dapat direalisasikan sebagaimana idea presiden yang disokong kuat oleh timbalan presiden partinya tidak boleh dimasuk kilo langsung gara-gara ada hadangan dan galangan oleh tokoh tertentu dalam Pas.

Hasrat perdamain Umno-Pas tidak mungkin menjadi realiti kerana tokoh yang dianggap paling perfect dan paling suci dalam Pas yakni Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak hasrat dewan pemuda partinya yang menjawat jawatan itu atas pilihan majoriti ahli parti.

Nik Aziz yang menolak hasrat Dewan Pemuda Pas menyifatkan ianya adalah hasrat peribadi Nasrudin, bukannya hasrat Pas manakala presiden dan timbalan presiden serta pimpinanan lain mengambil sikap membisu. Masing-masing semacam 'kalah romo' kepada mursyidul am.

Maknanya, buatlah keputusan pada peringkat mana sekali pun dalam Pas, kalau Nik Aziz tidak restu, maka segala-galanya akan ternasakh dengan sendirinya, segala apa jua usaha yang dibuat akan hanya sia-sia belaka. Kerana itulah agaknya maka presiden, timbalan presiden dan rata-rata pemimpin parti itu mengambil sikap mengunci mulut.

Mahu tidak mahu hasrat damai Umno-Pas perlu di KIVkan, mana-mana tokoh dalam Pas selain dari Nik Aziz yang bercakap tentangnya tidak boleh diterima pakai tanpa mendapat restu Nik Aziz.

Umno atau mana-mana pihak yang berusaha ke arah itu patut tutup fail, setidak-tidaknya ketika Nik Aziz masih berhayat dan pastikan Pas mencapai kata sepakat sesama sendiri terlebih dahulu barulah apa jua usaha untuk pelan damai boleh digerakkan.

Memang majoriti rakyat melihat perdamaian Umno-Pas sangat penting kepada negara tetapi kalau sesama pimpinan dalam Pas pun tidak boleh sepakat dan sebulat kata dalam berpedirian, apatah lagi pandangan majoriti rakyat yang tidak pernah dihormati dan dinilai oleh Pas dan parti-parti dalam PR bila suara pemimpin yang dilihat dan dianggap serba perfect lebih berkuasa dari suara terbanyak.

Untuk kepentingan negara juga, apa jua usaha secara terang-terang bagi damaikan Umno-Pas prlu ditangguhkan serta merta. Lagi pun pada hemat saya Umno selaku pendominan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang memerintah negara tercinta tidak terdesak pun untuk dapatkan sokongan Pas bagi memantapkan kerajaan.

Tanpa Pas, Umno tetap utuh sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu beragama Islam. Dengan apa yang sedang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR), Kerajaan BN yang didominasi Umno mampu menjadi lebih kuat dari sudut mandat dan majoriti pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Jangan gementar pada penilaian pihak pembangkang, sebaliknya serahkan kepada Allah Maha Melihat Lagi Maha Mengetahui menilai apa yang dibuat dengan tulus dan telus. Biarkan pihak lawan rasa angkuh, sombong, riak dan takbur tetapi orang Umno kena kikis sikap-sikap buruk itu, pasti majoriti rakyat akan terus berpihak kepada Umno dengan izin-Nya.

Biarlah Pas terjun dengan labu-labunya bersama kesombongan, keangkuhan dan keriakkan segelintir pemimpin yang mabuk, taksub dan jumud dengan semangat politik kepartian yang mana segala kesombongan, kenagkuhan, keriakkan, ketaksuban dan kejumudannya akan ada penghujungnya kerana tidak ada sesiapa pun mampu tongkat langit di dunia serba sementara ini.

17 comments:

john said...

perpaduang...perpaduang...perpaduang..doh kalu orang tak mboh dak yoh le..ikut macang khairy kabor le..umno jangang dok sungguh sangak laa, napok sangak umno dok rok ccetong! ke memang umno dok rok ccetong sungguh? tok jib kate doh kang orang dok meluat lagi kang ngang umno..biorlah..perpadung..perpaduang..perpanduang..bengong sungguh la umno le ning..hoi geng2 perpaduang umno..nok perpaduang sungguh gak masuk pas le..cakap banyok dok gune..

joostspring said...

john..'

nate kera kJ tu takut dgn perpaduan sbb tahu dia xleh cari mkn dah lpas ni kl pas dgn umno gabung..

biar la nik ajis dgn labu2nya

Anonymous said...

Mengapa suara nik aziz begitu power?

Sebab suara dia adalah suara hati majoriti ahli2 PAS dan denyut nadi suara rakyat marhean!

En meli tak payah dok hogeh atau kacar la tok guru tu... tak payah dok pelaga dengan hj hadi, nasha, dll... nik aziz telah selami denyut jantung rakyat yang ingin perubahan tanpa "lanun2 UMNO" tu..

Cuma orang faham agama berjiwa fulusiyyah, mufti ampu sana ampu sini saja yang dok puja dan bela "lanun2 UMNO" tuuu ...

Lagi pun najib kata umno parti terbesar & terkuat dengan 3.2juta ahli.. apa takut pada PAS, PKR ???

kukujariku said...

Selagi rakyat kelantan menyanjung nik aziz selagi itulah perpaduan sesama islam tidak kesampaian. Lain kata pas tidak akan menyahut salam perpaduan selagi ada nik aziz dan selagi pas berkuasa di kelantan. Kalau nak perpaduan jugak kena tunggu keputusan daripada rakyat pada pru 13 nanti. rakyatlah yang menentukan segalanya...

Mat Apam Balik Pasir Mas said...

Takut ke Umno ada Pas? Nak takut apa kalau menang semua kerussi pun Pas bukannya boleh jadi kerajaan. Bertanding takat 60 kerusi mana boleh buat kerajaan. Tipu jah kata nak tumbangkan kerajaan

Tpk Llaki Mekjah Nasi Kerabu Daging Bakar said...

Maknanya Pas berak besar la, tak padan dengan jubur. Tak sengko sungguh.

Umno tak payah dok layanlah. Biarkan Pas dengan angan-angan mat jeninnya.

Ahli Pas Veteren PCB said...

Bukan Pas tapi sesetengah pemimpin Pas. Aku orang Pas. Aku setuju dengan Nasrudin, budak tapi cerdik dan pandangannya lebih jauh dari TGNA.

Memutuskan silatur-rahim bercanggah dengan Islam. Umno pun orang Islam. Walupun aku orang Pas, aku pelik, bakpo dengan DAP boleh damai, dengan Umno tokleh. TGNA bukan dan pakai kitab warna kulit kelabu asap ke nih?

Ahli Umno Usang Kampung Kijang said...

Mu tanyo Nik Aziz laaaaaaa!

Unknown said...

APAnak sibuk dgn idea perpaduan
tingut dunia luar,adakah arab dlm
1negara mereka ada cuma 1parti?adakah Amereka ada 1parti? jepon ,korea,taiwan,indonesia adakah senua mereka hanya ada 1parti.jadi masaalah perpaduan adalah isu sengaja di timbulkan oleh pemimpim umno utk melalaikan
rakyat dari masaalah sebenar,apa isu sebenar fikirlah sendiri,harap
kita tidak di perbudohkan dgn isu ini.

Hah ngarut llake set2 umno ning..time kaloh banyok baru sibuk ngang perpaduang..perpaduang ..perpaduang..bbetul dulu dasor umno yang jahil tu..nok perpaduang guane doh kalu dalang umno sendiri dok bbaloh! geng2 rantau panjang nga geng2 sunga ttani pun dok leh bbetul. dok masuk lagi bahagiang ketue cawangang..geng2 umno setiu gganu kite..geng2 mat said vs geng2 derih jusoh..geng2 khir toyo vs geng2 noh omor..jkkkkk vs jkkkk..padang lagu tuh doh umno ngang ratib perpaduang die..umno dok rok scetong doh...

pas menang 60 kerusi dak pe ah die ade pakatang! ppade dok baik ngang geng2 munapik, baik kawang ngagn geng2 hok hormat ke islang ke guane?..mapuh umno dok rok scetong..perpaduang..perpaduang..perpaduang..ratib umno sari due nih..

Anonymous said...

salam...Siapa Sebenarnya Menolak Al-Quraan?

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ

كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ

عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ

تَہۡتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya

(Aali-’Imran:103)
Kalimat “jangan berpecah belah” berarti peringatan Allah kepada umat Islam untuk bersatu dalam persaudaraan Islam ; larangan untuk bergolong-golongan yg menyebabkan lemahnya umat Islam di hadapan umat lain. Hadits yg menerangkan perintah Allah kpd hambaNya untuk menjaga persatuan Islam (Ukhuwah Islamiyah) misalnya : Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya Allah menyukai tiga hal dan membenci tiga hal. Tiga hal yang disukai Allah adalah :

* Menyembah hanya kepada Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan suatu apapun.
* Berpegang eratlah kalian semua dgn tali Allah dan jangan berpecah belah.
* Saling memberi nasihat terutama antara pemimpin dan rakyat.
Dan tiga hal yang dimurkai Allah adalah :
* Mempercayai isu/berita yang tak jelas kebenarannya.
* Bertanya yang tidak pada tempatnya.
* Berbuat mubazir atau berfoya-foya.” (Ibnu Katsir, 2/83; Shahih Muslim; 1715).

Perpecahan adalah kehancuran, sebaliknya persatuan (ukhuwah Islamiyah) adalah keberhasilan berpegang teguh pd tali Allah; al-’urwatul wutsqa yaitu Kitabullah.
Perpecahan berarti bergolong-golongan mengikuti hawa nafsu dengan berbagai macam tujuan duniawi. Satu-satunya jalan menghindari bencana ini adalah bersatunya umat Islam dalam satu ikatan Allah yaitu Kitabullah.” (Al-Qurthubi, 4/159).
Jika terjadi perselisihan pada umat Islam dan mengakibatkan pertikaian bahkan permusuhan maka ketahuilah bahwa hawa nafsu telah berperan di sini dan bukan lagi kebenaran. Para imam mujtahid Islam telah memberi contoh pada kita, walau pun mereka berbeda pendapat dan berselisih paham dalam masalah kaifiyat (cara) pelaksanaan ibadah tetapi mereka tetap bersatu dan saling kasih dalam Ukhuwah Islamiyah.” (Ibnu Taimiyah, Majmu’, 4/53).

Melusuri kehidupan para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para mujtahid setelahnya, mereka tetap bersatu meski berbeda pendapat dalam masalah bersuci, perdagangan, pernikahan, perceraian dan masalah-masalah lainnya yang memang pintu untuk perbedaan itu terbuka lebar. Walau demikian mereka tetap dalam suatu barisan untuk meninggikan kalimat Allah. Bersabda Nabi SAW, artinya: “Janganlah kalian saling hasad/dengki, saling marah, saling memutuskan (persaudaraan) dan janganlah kalian saling bermusuhan, akan tetapi jadilah hamba Allah yg bersaudara.” (HR.Muslim).
Demikianlah yang seharusnya terjadi sesama muslim dan bukan sebaliknya.

Lalu mari kita bertanya pada diri kita:
1. Apakah perpaduan/bersatu itu baik atau tidak
2. Apakah kerugiannya jika kita bersatu jika kita benar2 ingin memartabatkan Islam
3. Apakah jika menolak perdamaian ini, kita tidak digolongkan dalam org@ yg menolak sebahagian isi Al-Quran
4. Apakah ada sirah Rasulullah yang menganjurkan perpecahan sesama Islam
5. Dimana sifat berlapang dada kita jika kita menolak perpaduan...

Kedua-dua pihak, jawablah pada diri sendiri!

-Semoga kita sentiasa diberi taufiq dan hidayah olehNya. Amin

UMNO/BN.. adalah kepala perpecahan rakyat terutama di Kelantan, Selangor, P.Pinang, Kedah, dll.....

Dalam negeri, BN pecahkan rakyat & melayu ....

Bila Kerajaan negeri PR, ada MB/KM dan SUK negeri...

kerajaan pusat BN pula lantik Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).... begitu juga hal royalti dan grant tertentu, pemimpin BN cabuli dasar federalisme, nafikan kuasa kerajaan negeri dalam mengendalikan peruntukan2 persekutuan manakala cukai2 rakyat dari negeri diboloti kerajaan pusat BN...

Dalam kampung pula, BN pecahkan rakyat & melayu ....

Bila Kerajaan negeri PR, lantik ketua kampung & jkkk negeri...
kerajaan pusat BN lantik penyelia kampung BN dan jkkk persekutuan....

Pembahagian bantuan, subsidi, projek, permit, tender, ... mengikut bulu dan kroni saja... puak2 Umno/ BN saja yang bolot...
pendakwaan terpilih isu rasuah, ISA, Auku, akta cetak, pengharaman akhbar pembangkang, dll amalan ala-diktator Umno yang menyebabkan rakyat muak & mual dengan suara2 hipokrasi perpaduan pemimpin2 umno... kecuali mereka2 yang ego menganggap semua rakyat bodoh & boleh diperbodohkan...

Anonymous said...

Satu juara hantu utama selain dari UMNO dalam perpecahan melayu & rakyat adalah.. media massa UMNO/BN... Utusan M'sia, Berita Harian, RTM, TV3, dsb... lidah2 syaithan yang memutar belit maklumat dan mengiatkan berita bohong, fitnah,& konspirasi terhadap aktivitis2 pembangkang khususnya PAS, PKR, DAP,...

Sebenarnya kitaran semula isu perpaduan melayu dalam media masa UMNO/BN adalah kerana nak pesongkan/lalaikan rakyat dari isu rasuah & penyelewengan felda, royalti minyak, kenaikan harga minyak, gula, barangan asasi, kurang subsidi rakyat, kekalkan subsidi minyak kepada syarikat IPP kroni YTL, Berjaya group, dll....

Umno/BN & penyokong2 kemungkarannya adalah penipu rakyat!

joostspring said...

adik kakak sekelian...

kawe rase molek jgk kl PR merintah slps PRU 13 nanti..

sbb time tu bru kita boleh napak segala taik,kurap,panau PR ni...

masa tu baru kita buleh tahu PR@ pas nak tutup ko dok kilang arak di selangor, kasino di genting dan segala pusat2 maksiat dan judi di mlysia ni...

lpas tu kita pakat tgk la mainan puak2 PR terutama sekali dap terhadap org2 islam dan melayu...

kalau lebih molek mujur...kita pakat2 bersyukur...kalu mlysia jadi serupo singapore gak pakat2 tanggung dosa la org2 pas...

kita hok dok ngomen ni org2 biasa jah..xkira pr ko bn...kl sapa2 mng xungtung dan xrugi pun sbb kita semua ni tak dok kepentingan...CUMA kita dok komen ni kerana nak menyatakan pendirian dan hak masing2...

DAN kl PR mng nanti PAS jgn duk wi alasan pulak xleh nak tegakkan syiar islam sbb minoriti dlm PR...

Wi la alasan g2 kl nak tgk rakyat memberontak gak...

john said...

Ambe suke cadangang jootspring...yeah..kite musti pilley pr...