Saturday, July 24, 2010

MUNCUL KEMBALI (767)

Umat Islam tulen kena jauhkan diri sementara dari kopitiam

EKORAN agensi bertauliah seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan penyediaan makanan berasaskan daging di hampir semua kopitiam di negara ini diragui status halalnya, maka kewajipan bagi umat Islam tulen adalah menjauhkan diri dari mana-mana kopitiam di seluruh negara, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika.

JKIM membuat pendedahan itu setelah pengusahanya didapati mendapatkan sijil halal hanya dengan menelefon syarikat yang mengeluarkannya. Pendedahan pula dibuat selepas hasil serbuan dan siasatan JAKIM terhadap kopitiam berikutan aduan orang ramai.

Setelah mendapat pendedahan dari agensi bertauliah, maka sudah tidak ada alasan bagi umat Islam untuk terus mengunjungi kopitiam, malah masing-masing kena jauhkan diri dan jangan mengunjunginya sehingga setiap makanan berasaskan daging yang digunakan di setiap kopitiam disahkan kehalalannya.

Memilih mendapatkan sijil halal dari syarikat swasta sedangkan JAKIM akan menyediakan perkhidmatan sedemikian pun sudah mnampakkan betapa kopitiam-kopotiam tidak jujur dalam memastikan kehalalan makanan berasaskan daging yang dijual.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan umat Islam bukan sahaja untuk tidak mengunjungi kopitiam, tetapi berkwajipan untuk menjauhkan diri kerana umat Islam tulen dilarang makan dan minum, menggunaka atau bersubahat dalam pengunaan benda-benda yang tidak halal.

Umat Islam tulen kena yakin bahawa mengamalkan makan dan minum atau menggunakan bunda-benda yang tidak halal akan menjadikan minat dan kecenderungan mereka terhadap Islam akan semakin renggang.

Menyediakan makan, minum, penggunaan benda-benda yang haram dan mengamalkan cara hidup yang tidak dihalalkan oleh Islam adalah merupakan rancangan musuh-musuh Islam secara tidak langsung bagi mengikis tahap keimanan umat Islam. Oleh itu umat Islam sewajarnya kena berwaspada.

5 comments:

john said...

Salang...

Ni nok kabo sikik nih bang li eh, molek bbenor bang li suruh jauh kopitiang ni ke orang islang. bukang bende bang li eh..kalu bang li nok tahu..hok banyok dok minung air ke makang ke kat kopitiang ni banyok geng2 umno palle sumbat eh..dok caye?..tanye jootspring. Geng2 umno palle ssumbat pantai barak nung tepat lepok yang eksklusif gok kopitiang eh...bukang nok kate, memang sungguh..ambe buat kajiang doh kat tepat ambe memang sungguh dang tokey2 kopitiang ni orang2 umno eh...time kassseeyyy.

-Johng gganu

Anonymous said...

salam...
betapa bongkak dan angkuhnya John menjatuhkan hukuman! sebagaimana angkuhnya kenyataan-kenyataan yg dikeluarkan oleh TGNA dlm isu perpaduan..

1. Posting abe li tidak ada kene mengena pun dgn politik, tapi oleh kerana kesombongan dan taksub John terhadap politik, isu begitu pun nak dipolitikkan! Lalu yg dipersalahkan penyokong-penyokong UMNO...Konon hok banyak gi ke kopitian ni puok2 UMNO...nak tanya John, x doso kalu tuduh ore lagu tu? acu tanya TGNA demo tu...

2. Sy adalah penyokong UMNO dan tidak pernah sekali pun mengunjungi kopitiam. Tuduhan liar ni lah menampakkan ada niat jahat, yg kalau jer cakap... mesti PAS, kalau boleh berak pun nak suruh tubik taik berlogo PAS! Walau bagaiamana pun saya rasa tidak semua org PAS bersikat mcm John ni..

3. Kalu betul John buat kajian, tunjukkan metadologi kajian tu...instrument yg digunakan, lokaliti kajian dan hasil beserta dengan peratus...tu baru betul nk berhujah...kalu lagu ni lah kajian dan sikap pengikut PAS, kalau sy pemimpin PAS...sy tidak berbangga mempunyai qualiti pengikut semacam ini!

wassalam...

Anonymous said...

Ambo setuju dengan en. meli letak tajuk artikel ini dengan ayat ... "Umat Islam tulen kena jauhkan diri sementara dari kopitiam" ... sebab yang suka sangat kunjung tempat2 yang tak pasti halal-haram seperti ni adalah golongan Islam ikutan atau keturunan yang jahil, cetek iman, ilmu & amal... pakaian perempuan tak tutup aurat, lelaki kaki berfoya2, gaya hidup jahiliyyah, ....

Bahkan ramai juga melayu yang gemar kunjung tempat2 /pusat2 maksiat.... kedai judi nombor ekor (4D), magnun, kasino, sarang2 pelacur, pelacur2/gundik2 ekslusif, kedai2 arak termasuk 7-eleven, pusat2 lalai karoke & pesta dadah, ...... mereka2 yang fasik ini amat tidak gemar kunjung masjid2/ surau tempat hidayah Allah swt..... bahkan golongan ini sangat ketara menentang golongan ahli ibadah/ masjid...

en. meli juga patut kempen semua muslimin menolak syarikat2 dan produk2 milik yahudi/anti-Islam yang lain jugak... Mcdonald, KFC, shell, mobile, bp, mark & spacer, levis, coco cola, Apco, dll.... pilihlah produk Muslimin .. BARUlah boleh jadi MUSLIM TULIN ....

Anonymous said...

sedak teh nasihat korang.....tapi PAS pilih DAP jadi kawan, product muslimin ke????????
Lim kit siang bapak syaitan!
Lim guan Eng bapak belawok!

joostspring said...

john...

kopitiam old towm hok dap...kawe pun ada buat kajian jgk...bdk2 kelate hok sokong pas adlh jenis kaki clubbing di johor ni...hahahahahahah

ape barang john lepak kopitiam...

paling dok pun starbuck..tak pun coffea bean..hahahahhahahahah