Monday, May 16, 2011

COME-BACK (19/2011)

Bidang kemediaan tidak akan dipisahkan dari hidup

IBARAT irama dengan lagu yang tidak boleh dipisahkan, maka demikian jugalah saya yang tidak mungkin menjauhkan diri, apatah lagi meninggalkan dunia kemediaan yang telah menjadi denyut nadi saya selama kira-kira 34 tahun.

Penerjunan saya ke bidang perladangan adalah bagi membantu bakal isteri saya meluaskan penguasaannya dalam pengurusan ladang manakala saya akan terus membangunkan bidang penerbitan akhabr mingguan, majalah bulanan dan buku, malah itulah yang dia mahu saya lakukan: jangan undur dari perjuangan dan mesti bangkit dari kejatuhan.

Insyaallah dengan adanya anak saya yang mengaji dalam bidang komunikasi massa (penyiaran) dan anak bakal isteri pula mengaji dalam bidang yang hampir serupa, kami merancang akan mewujudkan radio net dan tv net jika mereka mahu bekerja sendiri dan tidak mengharapkan kerja makan gaji sebagai punca rezeki.

Antara bekas dengan bakal isteri, banyak perbezaannya. Bekas tidak suka saya meneruskan kerja-kerja menerbit, malah dulu ketika kami masih jadi suami isteri dia kata jika saya teruskan juga bidang penerbitan katanya dia akan pohon perceraian manakala bakal isteri pula mahu saya lipatgandakan usaha untuk muncul sebagai penerbit yang berjaya kerana minat, pengalaman dan kemahiran saya adalah dalam bidang berkaitan.

Bekas isteri lebih yakin kepada kerja makan gaji (bergayut pada batu pelir sapo-sapo) kononnya baru ada jaminan masa depan manakala bakal isteri lebih suka berdikari dan tidak mahu terikat dengan kerja bertuankan/berbosskan sesiapa. Mungkin tahap pendidikan dan latar keluarga yang berbeza. Bakal isteri memiliki diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dan yakin kepada sabda Rasulullah s.a.w. bahawa 99 peratus rezeki datang dari perniagaan.

Bekas isteri yakin kalau saya terus buat apa yang telah saya buat saya akan gagal kerana kononnya bidang yang saya usahakan tidak ada masa depan walaupun hakikatnya itulah punca rezeki yang telah menyuap saya sekeluarga, yang membolehkan dia dapat membeli barangan kemas dari jenis yang mampu menjadi perhiasan melebihi keupayaan pemilikan isteri exco, malah bidang itulah yang membantu membina nama dan tempat dalam politik seperti sekarang.

Manakala bakal bini yang jauh lebih berada dengan keluarganya pula dari orang ternama dengan memiliki ladang sawit sendiri, yakin saya akan berjaya setelah acap kali gagal kerana katanya tidak ada jaya tanpa gagal apatah lagi jika tidak ada sokongan moral, terutama doa dan harapan dari seorang isteri yang tidak reti bersyukur dengan rezeki anugerah-Nya. Gagal juga adalah ilmu yang tidak akan diperolehi dari kolej. Orang yang mahu berjaya katanya kena berterima kasih kepada kegagalan.

Bakal isteri mahu saya teruskan usaha saya dengan janji akan menghulurkan segala bentuk bantuan, terutama dalam bentuk doa atas nama seorang isteri di samping akan sentiasa bangga dengan usaha suami dan akan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya, bukannya mendoakan dan berperanan menggagalkan usaha saya semata-mata kerana apa yang saya buat tidak labakan kepentingan parti politik tertentu atau pihak tertentu,

Bakal isteri juga adalah seorang aktivis politik tetapi tidak terlalu mengabdikan diri sehingga politik mengatasi segala kepentingan dan keperluan. Keutamaannya adalah kebahagiaan keluarga, terutama anak-anak yang dianggapnya sebagai anugerah dan amanah Allah yang sama sekali tidak boleh diabaikan, terutama dalam bentuk kasih sayang, perhatian dan kemesraan serta kepedulian tentang masalah yang dihadapi.

Baginya calang-calang orang boleh membentuk kemahiran dalam bidang kemediaan, apatah lagi untuk menjadi seorang penerbit. Kalau tidak dimenfaatkan kemahiran yang ada yang mana akan ada pula yang dapat tumpang cari makan, bermakna anugerah-Nya tidak disyukuri. Baginya kepentingan dan kebajikan ramai kena lebih diutamakan dari kepentingan sendiri. Pendirian dan prinsip hidupnya selari dan sejalur dengan pendirian dan prinsip hidup saya.

Bergantung kepada pengaruh orang atau mengharapkan ihsan orang, termasuk untuk dapatkan sekampit beras percuma, uniform sekolah anak-anak secara percuma, saham ladang rakyat dan sebagainya yang merupakan antara taktik dan teknik parti politik untuk dapatkan sokokngan dan undi ibarat bergayut pada dahan yang mumut dan rapuh, terdedah kepada akan jatuh bercelabak pada bila-bila masa sahaja.

Saya dan bakal isteri sekepala: mahu menjadi orang yang lebih memberi budi dari orang menerima budi supaya kami tidak akan terikat dengan 'termakan budi' untuk buat dan cakap apa yang kami suka dan merasakan perlu kami cakap dan buat demi tuntutan fardu ain mahu pun fardu kifayah.

Dengan kata lain dan sebagai kata kunci, rakyat negara ini akan membaca kembali akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku-buku terbitan saya tidak lama lagi yang mana saya akan hanya memberi tumpuan kepada pentadbiran dan editorial manakala soal kewangan dan pelaburan akan akan diseliakan oleh bakal isteri yang lebih berkelayakkan dan berilmu dalam bidang berkaitan.

Hasrat kami supaya kesembilan-sembilan anak kami, enam anak saya dan tiga anaknya yang akan kami gezetkan sebagai anak bersama tanpa ada sebarang perbezaan akan kami pastikan menikmati hidup selesa hasil usaha kami yang tanpa kenal erti penat dan lelah serta kesempitan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi.

5 comments:

Anonymous said...

syoknya baco tulisae demo li, indah dan berbungo2 raso perasae demo lo ni..ni ore kato 'mendung telah berlalu'..kalu baco hok demo tulih gak huduh sungguh bekah bini tuh..siae ko dio..nok balas gapo la ko kato2 demo nih. li nok tanyo skit, bakal bini demo nih jando tok laki mati ko tok laki cerrai?..buleh tahan tahap kerjinan dalae mencari harta..usoho sendiri ko sebab kroni denga umno?...

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam buat tuan.

Tahniah dan syabas diatas impian anda untuk terus bergiat dalam media penulisan dan tak mudah mengalah biarpun dicincang dan dihina nista....teruskan.

Hj. Kiasu Tip Top said...

pah pah umno jugok yang keno... nasibla ore yg hok otak ude ude ude ude ude di sebalik mi nih.

Eh mano gi ayat2 quran bab hok pitnoh oghe tu, nge hadih yang hok defend anuar bab pitnoh bidio tu... wak tubik kuar skekkkk...

Anonymous said...

Salam,

Minta pendapat tuan tentang 'Dinar Emas Kelantan' yg dikatakan tak 100% tulen.

Ade sesiapa yg tahu ?

Nani KL

Anonymous said...

meli ni perangai comel belako...xdok hok xmolik...bekas bini dia dan org yg tidak spendapat dgn dia,semua jahat balako,hudoh supo jubo taik dia...pandai kakah ni main psikologi...
kerjaan belit membelit mmg kerja dia dah.

nama lagi meli kapak jangak,asyik nok tetok org dgn kapak.