Saturday, May 21, 2011

COME-BACK (23/2011)

Orang Pas lebih awal dicampak ke neraka

SAYA bukan bermaksud mencampuri urusan Allah tetapi jika dilihat pada 'labot'nya serta feel perangai orang Pas, termasuk cara bercakap tokoh-tokohnya yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya, maka orang Pas 'lah yang akan lebih awal dicampak ke neraka.

Kenapa? Jawabnya kerana orang Pas tahu hukum hakam dan bila berhujah akan menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi tindak tanduknya sering bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Orang Asli yang tidak sampai dakwah, tidak akan dicampak ke neraka kerana tidak Islam. Ini adalah kerana mereka tidak sampai dakwah.

Syaitan dan iblis dinerakakan kerana ianya makhluk yang tahu bahawa menentang titah perintah Allah adalah berdosa tetapi kerana angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak ia tetap sanggup menderhakai Allah dengan enggan sujud kepada Adam a.s.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu memaki hamun dan berkata buruk dilarang, antaranya sebagaimana yang terkandung dalam ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' tetapi orang Pas termasuk yang kononnya alim penuh-penuh mulut maki orang, malah mendoakan kemusnahan orang sedangkan berhala pun dilarang dimaki sebagai yang terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahun orang Islam dilarang berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani serta akibat melanggarnya, Ini terkandung dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah dan ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran tetapi Pas bekersama dengan DAP yang sikap dan perlakunya sama dengan Yahudi dan Nasrani atas alasan Umno pun kerjasama dengan MCA dan MIC. Sebagai orang yang tahu hukum hakam, Pas tidak sepatutnya buat apa yang Umno buat tetapi kena buat apa yang Allah dan Rasul-Nya suruh dan menjauhi segala larangan.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu bahawa memutuskan silatur-rahim adalah perbuatan terlarang dalam Islam (sila rujuk ayat 10 Surah Al-Hujuraat, Surah Ali-'Imran ayat 103 dan juga ayat 112) tetapi Pas bukan sahaja sanggup memutuskan silatur-rahim tetapi juga sanggup melabelkan orang Umno yang rata-rata mengucap dua kalimah syahadat sebagai golongan yang tidak Islamik dan tidak layak masuk syurga.

Orang Pas menolak Qada' dan Qadar apabila kalah dalam sesuatu pilihanraya, maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan kewujudan pengundi hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Manusia hanya mampu berusaha tetapi tidak akan berupaya mengubah takdir dan suratan.

Kalau pun betul Umno atau mana-mana pihak menipu, ianya tidak akan 'menjadi' dan tidak akan berlaku sebagaimana yang penipu mahu kerana penipu tidak akan mampu merubah takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.

Tahu tak boleh, tetapi buat dalam keadaan tahu. Orang jenis ini lebih awal dicampak ke neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat jika didasarkan hukum hakam tetapi masih juga buat. Justeru saya yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka kerana masih juga buat apa yang mereka tahu tidak boleh dibuat semata-mata kerana Umno pun buat. Kalau kerana Umno yang konon sekular buat maka Pas pun buat sama, jadi mana bezanya antara Umno dengan Pas?

29 comments:

Anonymous said...

tulisan demo sudah tidak seperti dahulu meli....
bila demo duk tulis(cerita benda yg tak comel) semua yg buruk2,org boleh tau slalu perangai demo gano,
orang jahat setaro mana pun,mesti ada sikit dia wak baik.

JaliKapakRongak said...

meli kawan ku!
Rasanya demo telah lama tidak pergi memeriksa kandungan gula dalam darah.
Bila membaca tulisan demo, saya rasa tulisan ini ditulis dalam keadaan tertekan.

Anonymous said...

guano ko berat meli? ada betino sepatutnya cool sikit..jgn semudah tu mengata kepada golongan tertentu, mace nak melepas geram jah, sejahat manusia ada baik dia dan sebaik2 manusia ada juga jahat dia. Bagi aku kedua parti ni mace kucing nga ajing jah, dia jah berasa molek. Orang lain semua tak molek. Bakali dia tak kabar dia tu makluk kejadian yg sama cuma Allah nak uji mana yg lebih banyak bersabar, Baik dok diam dari berkata2 indah tapi palsu....
6 botol jusdelima terima?

Anonymous said...

pertembungan ideologi dalam masyarakat melayu-- politik sekular UMNO Vs politik Islam PAS?


Mengapa melayu masih ambik politik sekular, tolak politik Islam?

melikapakjangak said...

Insyaallah saya menulis dalam keadaan waras, malah dalam semakin matang ekoran pertambahan usia, masih merujuk tafsir al-Quran dan Hadis dalam menulis.

Yang kena saya ulangi walaupun amat klise, saya bukan orang parti politik, tulisan saya tidak berkepentingan politik dan tidak akan memberi laba kepada mana-mana politik.

Pembaca berhak menilai tulisan saya ikut pemilikan ilmu, daya faham serta ketelusan dan ketulusan masing-masing. Pembaca berhak untuk tidak bersetuju dengan saya.

Matlamat saya menulis adalah mencari keredaan-Nya dan menfaatkan bakat serta kerajinan menulis kurniaan-Nya.

Yang pasti saya menulis bukan dalam keadaan tertekan dengan terjemahan al-Quran dan Hadis sentiasa di sisi ketika menulis, Seandainya saya dalam keadaan mengantuk pun saya tak menulis, bimbang takut tersilap dalam membuat rujukan.

Anonymous said...

abe meli:

ambo anok kelate...
buke anok PAS...
jauh lagi anok UMNO....
tapi ambo ISLE...

setuju benar dgn post abe meli ni..
biar ore berpolitik buka mato...
mano hok lebih baik...
politik dale ISLE...atau
ISLE dale politik....

PAS dan UMNO itu tetap parti politik...
ISLAM itu tetap ISLAM....

JaliKapakJangak said...

kata meli:
"cara bercakap tokoh-tokohnya yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya, maka orang Pas 'lah yang akan lebih awal dicampak ke neraka".

ulasan daripada meli sendiri :
"Insyaallah saya menulis dalam keadaan waras, malah dalam semakin matang ekoran pertambahan usia, masih merujuk tafsir al-Quran dan Hadis dalam menulis".

diakhir tulisannya, meli bertambah yakin :
"Justeru saya yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka"

Apakah yang ditulis ini menunjukkan tulisan berasaskan kepada kewarasan?.
Beginikah tulisan yang dinamakan matang mengikut usia?.
Betulkah tulisan "yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka" merujuk kepada " tafsir al-Quran dan Hadis" ?.

Apa yang boleh diucapkan, apabila seseorang terkena penyakit yang datang dari virus UMNO, maka bertambah jauh pesakit tersebut dari kebenaran seinci demi seinci dan sedepa demi sedepa.

Anonymous said...

Memang tulisan En. Ramli ada kebenarannya. Menyamakan PAS dengan Islam boleh menjurumus PAS kepada kekufuran. Islam adalah hak Allah yang serba sempurna manakala PAS adalah ciptaan manusia yang ada kelemahannya walaupun cuba disempurnakan oleh manusia. Nik Aziz mengatakan bahawa menentang PAS bererti menentang Islam. Bermakna PAS itu adalah Islam. Betapa hinanya Islam apabila diletakkan setaraf dengan parti. (bersambung.....)

Anonymous said...

... sambungan.

Sila hayati sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya akan lahir dari keturunan lelaki ini golongan yang berumur muda dan berakal pendek, mereka bercakap dengan percakapan yang baik (pada zahirnya), bacaan al Quran, solat dan puasa kamu tidak setanding bacaan, solat dan puasa mereka, kamu akan rasa solat kamu lekeh berbanding solat mereka, mereka sangka al Quran yang mereka baca adalah hujah untuk mereka tetapi sebaliknya ia adalah hujah ke atas mereka, mereka membaca al Quran dengan lunak tetapi ia tidak melepasi halqum mereka, mereka memerangi orang Islam tetapi membiarkan saja para penyembah berhala, mereka terkeluar dari Islam sebagaimana anak panah menembusi sasarannya, dilihat pada mata panah, pengikat mata panah, kayu panah dan sirip panah tiada sebarang kesan darah dan bulunya, sekiranya aku sempat bertemu mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti kaum ‘Ad, sekiranya kamu bertemu mereka maka perangilah mereka kerana memerangi mereka menjanjikan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah pada Hari Kiamat.”[Hadith Riwayat al Bukhari]

Anonymous said...

Bukankah solat hajat beramai-ramai untuk menunjuk-nunjuk kehebatan itu termasuk dalam riak dan takabur.

Jangan lupa bahawa solat golongan Khawarij seolah-olah kelihatan hebat pada mata umum sedangkan mereka secara tidak sedar melakukan kesalahan dalam agama. Jika ada kelompok parti tertentu menganggap solat hajat perdana mereka suatu anjuran Nabi dan berbangga-bangga dengannya maka bukankah ia mewarisi ciri-ciri Khawarij, walhal Nabi s.a.w. tidak pernah melakukannnya?.

Sebenarnya Puak Khawarij ini tidak pernah menganggap mereka tergelincir dari landasan Islam kerana mereka sentiasa melaungkan cita-cita mereka untuk memartabat dan mendaulatkan Islam. Puak/ kumpulan mereka sentiasa yakin bahawa mereka dilandasan yang betul hingga menolak teguran atas kesempurnaan perjuangan mereka dan pemimpin mereka.

umnoningok said...

katanya "dia bukan ahli politik!" katanya "dia penulis bebas"! jadi bebasla "dia" nak mencampakkan orang ke neraka!..hahahahaha..layan je la..

kepada yg mengumpamakan solat hajat beramai-ramai kononya nak menunjuk / khawarij la..ok, cuba bagi cara bagaimana nak mempromosikan kebaikan? adakah kerana golongan 'sana' gagal dalam mempromosi sbyg hajat beramai-ramai dengan menarik ribuan jemaah menyebabkan golongan ini takbur???..

hahaha..selagi mana berada di bawah pimpinan yang jahil dengan ilmu agama maka bertambahlah kejahilan. Pilihlah pemimpin dikalangan kamu yang benar2 takutkan Tuhan....

Anonymous said...

Menolak PAS bukan beerti menolak Islam. Menentang PAS bukan bererti menentang Islam. Menghancurkan PAS bukan bererti menghancurkan Islam. Berjihad menentang mereka perlu disemarakkan kerana mereka menghina agama Islam. Mereka melacurkan Islam wewenangnya. Mereka bertopengkan Islam untuk menghalalkan apa yang diharamkan, mengharamkan apa yang dihalalkan, memberi fatwa atas kepentingan, membuat tuduhan apabila ada laba keuntungan, menggunakan perisai Islam apabila diserang. Mereka juga melelong hudu dan negara Islam untuk menagih undi. Apabila tidak laku dipasaran mereka rela lepaskan. Kini mereka memperjudi Islam dengan DAP yang kuat menentang Islam. Mereka akan mencari ayat Quran untuk membenarkan hubungan tersebut. Mereka mencari dalil Quran untuk mengharamkan wanita bertanding dalam pilihanraya dan Tilawah Quran. Mereka juga mencari ayat Quran untuk membenarkan wanita bertanding dalam pilihanraya. Mereka juga mencari ayat Quran untuk membenarkan wanita bertanding tilawah Quran atas alasan semasa. Mereka tarbiyah assiasi ikut acuan PAS kepada pengikut kononnya memenuhi piawaian Islam. Usrah dan Mukhayyam dibuat secara bermusim. Betapa hinanya Islam apabila dilacurkan semahu-mahunya oleh PAS demi kerana sedikit keuntungan dunia. Marilah kita memedrangi mereka sepertimana maksud hadis di atas. Tq

Anonymous said...

Anonymous said...May 22, 2011 3:37 PM

Cuba cari perbuatan haram yang dilakuan oleh pas?..cuba cari tindak tanduk DAP yang menghina Islam sejak berkawan dengan Pas?...puja tugu negara? pas ke?..hina perempuan melayu muslim bersalaman dengan bukan muhrim? DAP ke?..hina janggut nabi? Pas ke?..promosi adegan lucah kepada umum? pas ke? promosi pergaulan bebas dalam setiap acara hiburan? pas ke? dey baccha! come on la..Insaflah Islam ini ada fardhu ain dan fardhu kifayah..jangan hanya tahu fardhu ain sahaja..fardhu kifayah pun kena tahu dan amalkan juga..Nabi di utus bukan terus nak ajar sembahyang..tapi untuk betulkan akidah dulu...belajar lagi bachaa...

Anonymous said...

Ambo amat setuju dgan tulisan pak meli dan komen anonymous di atas. tapi puak tu tak akan terima sampai mati pun.

Anonymous said...

Kata Anon ..May 23, 2011 12:51 AM :

" ....Nabi di utus bukan terus nak ajar sembahyang..tapi untuk betulkan akidah dulu...belajar lagi bachaa."

Akidah orang-orang PAS betul ke apabila menyamatarafkan parti dengan agama - PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Inilah baculnya orang PAS tinggi assiasinya tetapi lemah akidahnya.

dan saya amat bersetuju dengan komen Anon May 23, 2011 12:53 AM

" Ambo amat setuju dgan tulisan pak meli dan komen anonymous di atas. tapi puak tu tak akan terima sampai mati pun".

Ulasan : Puak-puak PAS ni begitu taksub kepada Parti kerana mereka gian nak masuk syurga cara mudah dan jalan pintas dengan daftar sebagai ahli PAS.

Anonymous said...

Perkataan seperti: “barangsiapa yang mengundi parti PAS ini akan masuk syurga” atau “barangsiapa yang demontrasi dan mati baginya syahid dan syurga hak miliknya” sering kita dengar setiap kali usaha memancing undi dalam pilihanraya. Sebenarnya pengucapan ini adalah ucapan kufur dan boleh merosakkan aqidah. Ucapan yang keluar dari mulut orang yang tidak belajar aqidah atau orang yang aqidahnya sesat.

Nabi SAW menceritakan dalam sebuah hadis yang panjang bagaimana seorang lelaki yang mati berperang berkata kepada Allah: “Saya berjihad membela agama-Mu sehingga saya mati syahid”. Maka Allah berfirman: “Kau berdusta! Kau berperang hanya untuk disebut sebagai seorang Pemberani (yang berani)”. Maka diputuskan hukuman untuk lelaki itu : dia ditarik di bahagian mukanya hingga dilempar ke dalam neraka. (Shahih Muslim)

Imam As-Shabuni berkata: “Mereka (ahlus sunnah) tidak menghukumi seseorang bahawa dia calon penghuni syurga atau calon penghuni nereka, kerana hal itu merupakan perihal ghaib. (Aqidah Salaf Ashabul Hadith). Sedangkan hal ghaib hanyalah ilmu Allah: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan”. (An-Naml : 65)

Selalunya yang menabur rasuah syurga adalah golongan sesat dan menyesatkan.

Ingatlah bahawa suatu masa nanti Dajjal juga nanti akan menjanjikan syurga dan neraka kepada manusia diakhir zaman.

Hari ini PAS mengambil alih tugas dajjal menjanjikan syurga untuk pengikutnya. Ulamak-ulamak bisu yang ada dalam PAS terus membisu dengan harta kekayaan yang melimpah ruah hasil dari nikmat menjaja dan melelong agama.

JaliKapakRongak said...

hantu tanpa nama berakidah taik UMNO berkata:
"Ulamak-ulamak bisu yang ada dalam PAS terus membisu dengan harta kekayaan yang melimpah ruah hasil dari nikmat menjaja dan melelong agama"
kah kah kah!
ulamak bisu dalam PAS lebih baik dari terompah kayu dalam UMNO. Para terompah kayu dalam UMNO ini akan berguna bila UMNO nak bawa Islam ke jamban taik, bila dah terdesak untuk berak dan apabila keluar dari jamban taik, terompah kayu ini dibiarkan. Inilah kedudukan para ustaz taik dalam UMNO.
Kalau dihituing kira jumlah para ulamak di Kelantan, 95% dari mereka sepakat mengatakan bahawa UMNO adalah taik. Hanya segelintir 5% ustaz taik yang memilih UMNO demi kepentingan pangkat dan kedudukan, kalau UMNO tidak dapat menyediakan pangkat dan harta benda, para ustaz lalat ini tidak mungkin mencium taik UMNO.
Kenyataan benar, kalau tak percaya tanyalah kepada lalat UMNO, Mat Nor deris dan Mustafa taib.
Kah kah kah!
Ulamak dalam PAS kaya raya? rembat harta dengan jaja dan lelong agama?.
Hanya taik UMNO yang busuk akan keluarkan kenyataan tolol seperti ini.
Mana siapa ulamak PAS yang kaya raya?, Adakah TGNA masyhur kerana kekayaannya, atau diundi kerana banyak menaburkan wang ringgit.
Adakah Anuar Musa salah seorang ulamak PAS yang kaya raya?, kekayaan dengan merembat harta yang disediakan untuk orang termiskin.
Adakah Awang adek seorang ulamak PAS yang kaya raya?. mendapat kekayaan hasil daripada fatwa masyhurnya, "judi dibenarkan, kerana boleh mendatangkan pendapatan kepada negara".
Adakah Mustafa Mamat Ulamak Pas yang kaya raya?. kekayaan hasil memungut cukai 10% bagi setiap projek kerajaan pusat di Kelantan.

Anonymous said...

Siapa kah dia JaliKapakRongak ? Ulamak kah dia dalam PAS sehingga terasa sebegitu rupa atau dia ni jenis kaki rembat dan chokia yg mengidamkan syurga yang dijanjikan Tok Wali Selipar dalam PAS.

Jangan nafikan ada kalangan Ulamak dalam PAS yang memiliki rumah yang cukup dalam Parlimen Bachok dan ketika itu menjadi saf kepimpinan Ulamak dan Exco balak Kerajaan PAS Kelantan. Wahai JaliKapakRongak ... jangan butakan hati dan perut pedal kamu yang sedia buta dah ilmu agama yang tohor itu. Sekadar bernafas dengan ilmu politik PAS yang tak seberapa itu tidak akan mengangkat martabat kamu menjadi ilmuan agama.Sekadar melayakkan kamu terus menjadi balaci PAS sampai ke mati. hanya Tok Guru kamu aje yang berani menyenaraikan kamu sebagai ahli syurga.

Anonymous said...

Mengapa As Sheikh Al-Ustaz JaliKapakRongak tidak menjawab isu akidah yang melibatkan PAS yang ditimbulkan oleh penulis di atas ?

jalikapakrongak said...

kah kah kah!
kalau orang PAS kaki rompak dan rembat seperti perangai daki kepada pemimpin UMNO, tangkap sahaja. Bukankah PDRM hamba UMNO, SPRM sahaya UMNO?. Tangkap dan dakwa, bukan hanya berpekik dan melolong seperti cina masuk hantu.
Jika pemimpin PAS orang jahat macam pemimpin UMNO, bukan sahaja orang UMNO benci, bahkan orang PAS pun boleh halau pelesit berhati UMNO keluar daripada PAS.
Segala dakwaan meli hanya dakwaan orang yang tidak berilmu dan babuk, masalah laki bini dan dipecat dari jawatan, dijadikan hujah untuk menentang kebenaran dan berkongsi selimut dengan kebatilan yang dibawa UMNO.

Anonymous said...

tulisan demo sebenarnya menzahirkan apakah yang tersembunyi dalam perut peda. Pepatah arab ada mengatakan " sesungguhnya percakapan itu menggambarkan apa yang tersembunyi di dalam hati ". Demo nak kata demo tak cenderung kepada mana-mana parti politik katalah seribu kali pun, tapi orang yang waras pemikiran dapat menilainya melalui paparan yang demo muat naik dalam blog. Nasihat kawe cukuplah apa yang telah demo tulis kerana ianya menzahirkan siapakah demo dan apa yang tersembunyi dalam perut peda. Manusia yang waras tidak akan melakukan perbuatan masuk dalam bakul dan junjung sendiri.

melikapakjangak said...

Sdra Jali Kapakrongak!
Saya tentang Pas dan mula menegur Pas masa saya masih bekerja dengan Urusetia Penerangan lagi. Kerana kerja dan berada dalam gelup Pas 'lah maka saya kena apa itu Pas dan saya mula berubah pandangan terhadap Pas.

Atas alasan itulah kontrak saya tidak disambung. Kalau saya terus julang Pas, kontrak saya akan terus disambung. Lagi pun rekod khidmat saya agak baik.

Tapi saya tidak terkilan kerana tidak disambung kontrak kerana saya ke urusetia pun bukan saya yang nyenyeh muka tetapi saya dijemput masuk. Silap besar Pas kerana bawa saya masuk ke urusetia, kalau tidak mungkin saya masih julang Pas sampai sekarang kerana saya tidak tahu keadaan sebenar.

Masalah saya dengan bekas bini saya berlaku kerana saya bertegas tidak mahu terus julang Pas. Demi kerana prinsip dan tidak mahu bersekongkol dengan Pas saya reda dengan perceraian walaupun sebelum faham dengan natijahnya, ada hati anak-anak yang terluka tetapi kini mereka sudah mula faham duduk perkara dan kini hidup saya lebih ceria dan lebih dihormati oleh anak-anak.

Buat Anonymo May 23, 2011 8:30 AM
Demo berhak buat penafsiran sendiri. Tetapi apa hak demo untuk menghalkang kawan menulis. Selagi kawan ada kudrat kawe akan terus menulis kerana menulis adalah antara darah daging kawe.

Kawe tidak merayu apatah lagi palu gong warwarkan supaya demo baca apa yang kawe tulis. Demo nak baca yang sesuai dengan kefanatikkan demo terhadap Pas, demo bacalah blog-blog kendalian blogger pro Pas, jangan buka blog kawe.Kawe peduli apa dengan tafsiran dan persepsi terhadap apa yang kawe tulis dan kenampakkan demo terhadap kecenderungan politik kawe. Yang kawe tahu kawe bukan orang parti politik, tapi untuk PRU-13 kawe akan cuba pastikan Pas tumbang di Kelantan atas tuntutan fardu kifayah bagi kawe.

Kawe bukan bisa mana pun. Kalau demo rasa kapak kawe tidak akan melukakan Pas, buat apa nak risau dengan apa yang kawe tulis, anggap sahaja kawe hanya buka bual tetapi tidak akan jejaskan Pas, barulah demo tidak berdenyut kepala membaca apa yang kawe tulis. Tapi kawe yakin Pas akan tumbang di Kelantan pada PRU-13 dan ianya adalah hak kawe untuk yakin sebagaimana demo yakin dan merupakan hak demo untuk yakin bahawa Pas boleh bertahan. Sama ada keyakinan demo benar atau keyakinan kawe benar, kita tunggu keputusan penuh PRU-13 nanti dan termalah keklahan Pas nanti dengan reda dan jangan pula demo dan sekalian orang Pas meroyan nanti.

Jali said...

meli kawan lama ku :
saya takut cita-cita demo untuk menghaibkan PAS dari bumi dalam PRU13 tidak kesampaian.
"Menanti pru13, namun serabe yang datang".

Anonymous said...

Sejarah 2004 akan berulang. Sentimen kebenciaan kpd PAS tersangat tebal. ambo bersumpah, ambo dan keluarga ambo sebelah menyebelah mengesahkan untuk tidak mungundi Parti Munafik PAS lagi. Ya Allah ! hancurkan Parti yang bertopengkan Islam ini sehancur-hancurnya.

Anonymous said...

"Sejarah 2004 akan berulang. Sentimen kebenciaan kpd PAS tersangat tebal. ambo bersumpah, ambo dan keluarga ambo sebelah menyebelah mengesahkan untuk tidak mungundi Parti Munafik PAS lagi. Ya Allah ! hancurkan Parti yang bertopengkan Islam ini sehancur-hancurnya."

-PAH BILO DEMO SOKOM PAS NYO? ACU BUI NAMO NOK CEK TENGOK, KO DEMO JKKKKKKKKKKKKK...

Anonymous said...

samada Pas mahupun UMNO sama saja.. kedua-duanya parti politik yang ada kepentingan masing-masing.. kita sebagai manusia yang diberi Allah otak untuk berfikir harus pandai menilai dan berfikir mana baik dan mana buruk harus melihat parti mana yang banyak membawa kebaikan kepada kita.. jgn hanya kerana taksub kita terus melutut dibawah jubah nik aziz, menerima terus semua fatwanya yang sentiasa berubah2 mengikut kepentingan parti dan peribadinya.. bagaimana pas mahu mendaulatkan Islam jika setiap kali PRU kerusi yang ditandingi oleh pas hanya seciput dan tidak melayakkan pas sebagai parti utama?? kenapa penyokong2 pas tidak melihat hal ini.. lihat juga bagaimana dalam pas sendiri ada berpuak2.. dan bagaimana kronisme masih diamalkan dalam pas!!! dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara seorang pemimpin harus memiliki kekuatan spiritual.. fizikal.. mental.. apakah kekuatan ini juga dimiliki oleh nik aziz??? dalam usia yang telah melebihi senja kita semua blh fikirkan.. jangan ketaksuban penyokong2 nik aziz mengatasi segalanya.. Sedarlah dan buka bijik mata masing2 dengan lebar dan luas.. berfikir dengan otak bukan dengan nafsu amarah.. Insyaallah kebenaran akan dapat dilihat..

Ore Islam said...

Saudara berkata benar. Puak ni tak suka kepada kebenaran. Kerana kebenaran itu pedih bagi mereka mendengarnya maka sebab itu mereka marah kat saudara.

Saudara telah berkata benar walaupun pahit.

Ada ketikanya kebenaran itu pahit tapi ia membawa kita ke jalan kebaikan.

Fikir-fikirkanlah.

Mula tertarik dengan tulisan saudara. Tahniah!

abemat kapak itam said...

baguss meli pandangan drmo ckup bernass...hok komen negatif ke demo tu ialah bapok-bapok pas hak taksub bodoh bin bangang balako..truskan perjuangan...londehkn lagi kbobrokan dlm pas

Anonymous said...

KATA KARPAL SINGH "MELI HARUS BERTAUBAT"