tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post1046463587632992834..comments2023-11-05T01:14:08.706-08:00Comments on MELI KAPAK JANGAK: RESPON (2)melikapakjangakhttp://www.blogger.com/profile/13134752419717475533noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-25869379819573841302010-02-02T16:28:32.362-08:002010-02-02T16:28:32.362-08:00Dalam dunia sekarang orang jujur dan ikhlas jadi m...Dalam dunia sekarang orang jujur dan ikhlas jadi mangsa. Nak hidup senang kena pandai membelit, kena sanggup peralatakan orang, pijak dan rukah orang untuk kesenangan sendiri.

Kerana itulah pasaran dunia politik laku dan laris. Dalam dunia poitik tidak ada kejujuran dan keikhlasan, Kalau tak sanggup jadi jahat dan dijahati, tak boleh masuk politik.

Macam mana pun Meli kena bersabar, walaupun bersifat jujur, ikhlas, sedia berkoran, utamakan kepentingan orang lain melebilihi kepentingan sendiri tidak menjamin dapat meraih kekayaan dan dianggap cara hidup otodoks tetapi itulah yang Islam mahukan.

Tak apo Meli, dianiaya dan teraniaya dan rugi di dunia pasti akan dibalas denga hasanah di akhirat. Penjhayat dan penaniaya akan mati dalam keadaan jahat dan teraniaya.

Saya boleh nampak hati budi Meli apabila biliknya tidak beraircond tetapi bilik kakitangan beraircond, datangnya ke opis pula awal sokmo, balik lambat. Dia jadi tukang buka dan katup pintu pejabat, malah jadi tukang sapu sampah sekali.

Bila datang opis orang tak akan tahu bahawa Meli adalah boss Mungkin kerana itulah anak buah kurang hormat. Pertama kali datang ke opis dia, saya ingat dia pun datang nak tengok anak bekerja di situ. Bila kakitangan panggil dia boss, baru saya sedar itulah rupanya Meli.

Kalau ppakat tak bayar hutang dan anak buah pula seleweng duit, jangankan syarikat Meli yang hanya bermodal pusingankan sekitar RM200,000, sebaliknya sebuah kerajaan pun boleh bankrap.

Boleh ke Meli berikan nama exco yang ikut sama tak bayar hutang syarikat Meli. Bagi saya exco macam tu tidak ada moral. Kalau dengan usahawan media pun dia berani buat, dengan orang yang tidak ada luang dan peluang untuk dedahkan sikap dan sifatnya tentulah lebih teruk lagi. Bagi saya sikanya ini turut memberi saham kepada kepatahan sayap Meli.

Saya yakin Meli akan bangkit dan akan berjaya juga akhirnya. Modal utama dalam keusahawanan adalah ketulusan, kegigihan berusaha dan TIDAK PERNAH TAKUT GAGAL.

Anak saya yang kerja dengan Meli sekarang di Sabah, mengajar di sana. Bila telefon saya, dia selalu tanya tentang Meli dan akhbar mingguan serta majalah terbitan syarikat Meli. Salam dari anak aya untuk Meli.Bapak Kepada Bekas Pekerja Melinoreply@blogger.com