tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post1939936561282516575..comments2023-11-05T01:14:08.706-08:00Comments on MELI KAPAK JANGAK: MUNCUL KEMBALI (859)melikapakjangakhttp://www.blogger.com/profile/13134752419717475533noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-673275761311741502010-12-01T02:25:42.706-08:002010-12-01T02:25:42.706-08:00Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara.
Pert...Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara.

Pertama sekali perjuangan PAS tidak pernah konsisten. Ia mengikut keadaan. Sekarang dah masuk PR maka perjuangan untuk menegakkan hukum hudud senyap sunyi. Pemimpin PAS pun tak berani nak bawa perkara itu dalam mesyuarat PR. Takut ditengking oleh Lim Kit Siang.

Kerajaan PR di Pulau Pinang bermaharajalela menekan orang Islam. Tanah mereka dirampas. Bangunan rumah dan gerai mereka diruntuh.

Tanah orang bukan Islam tidak diusik, tidak disentuh sedikit pun walaupun mereka melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh orang Islam. Tapi tak dengar pemimpin2 PAS bersuara untuk membela orang Islam disana.

Kenapa tak tegur kerajaan Lim Guan Eng supaya jangan berlaku tidak adil kepada orang Islam di Pulau Pinang.

Rupanya nak jaga perpaduan diantara parti dalam pakatan. Atau pun takut nanti tak dapat undi dari kalangan orang bukan Islam.

Pada pemimpin PAS undi yang lebih penting. Bukan membela ummah. Mengharapkan habuan untuk menjadi menteri dan duduk di Putrajaya menjadi matlamat utama bukan memperjuangkan Islam.

Mereka memperalatkan agama untuk tujuan kepentingan peribadi semata-mata. Mereka memperalatkan penyokong2 mereka yang terlalu taksub dengan imej mereka, yang sanggup berbuat apa saja.

Mereka sebenarnya tidak serious dalam perjuangan mereka.
Seperti yang saudara nyatakan, PAS tidak pernah meletakkan calon mereka untuk membolehkan mereka memerintah peringkat pusat sejak PAS bertanding dalam pilihanraya. Maka sebab itu mereka boleh menjanjikan apa sahaja sekiranya mereka diberi peluang memerintah negara. Mereka tahu dan mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat memegang tampuk pemerintahan.

Maka tidak hairanlah apabila mereka menang Terengganu di PRU 10 pada tahun 1999 mereka tidak melaksanakan segala janji yang telah diberi. Kerana mereka sebenarnya tidak menduga boleh menang sebegitu besar. Satu diantara janji mereka ialah bahawa sekiranya kami menang, sebelum ayam berkokok, kami akan laksanakan hukum hudud.

Bila penyokong mendesak bila nak laksanakan hukum hudud jawapan diberi. Ia mengambil masa yang panjang. Hai dulu kata sebelum ayam berkokok. Bila didesak lagi pemimpin mereka kata hukum hudud hanya merupakan 0.001% daripada undang2 Islam. Hai dulu bukan main lagi nak jalankan hukum hudud sekiranya diberi kuasa.

Lihat siapa yang menipu? Siapa yang berbohong? Siapa yang bercakap tak serupa bikin? Maka tidak hairan di PRU 11 (2004) BN memerintah semula Trengganu.

Mudah-mudahan penyokong2 tegar PAS boleh muhasabah, merenung jauh dan berfikir dengan tenang. Semoga mereka akan mendapat jawapannya dan berubah.

ZekAnonymousnoreply@blogger.com