tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post5179733941610821219..comments2023-11-05T01:14:08.706-08:00Comments on MELI KAPAK JANGAK: MUNCUL KEMBALI (512) - KEMASKINI KALI KEDUA ETULAN EJAANmelikapakjangakhttp://www.blogger.com/profile/13134752419717475533noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-84637202861095064182009-11-19T11:57:11.396-08:002009-11-19T11:57:11.396-08:00Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan
&quo...Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan

"Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.

Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.

Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.

Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.

Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.

Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.

.........Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.

Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

.... Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."

......... Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.

detikdaily"Abuzarhttps://www.blogger.com/profile/05336957440803915674noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-24426544492591864472009-11-19T11:31:37.778-08:002009-11-19T11:31:37.778-08:00Pembetulan:
Maksud ayat Surah alBaqarah-[42]: &quo...Pembetulan:
Maksud ayat Surah alBaqarah-[42]: "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-6992499170066944172009-11-19T02:43:53.791-08:002009-11-19T02:43:53.791-08:00Maksud ayat Surah alHujarat-[6]: "Wahai orang...Maksud ayat Surah alHujarat-[6]: "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Maksud ayat Surah-[42]"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-14504580134043009582009-11-18T22:36:20.769-08:002009-11-18T22:36:20.769-08:00Suruh letak dengan letak jawatan duaperkara yang b...Suruh letak dengan letak jawatan duaperkara yang berbeza. Macam mana pun kalau disuruh tetapi yang disuruh enggan letak, TGNA ada kuasa pecat.

Mana lebih mulia aku suruah agak letak jawatan dengan dipecat. kalau dipecat payah nak dapat kerja tepat lain.

Tengok contoh Tengku Amran Shah yang kena pecat kerana pertahankan Kerajaan Pas,bukan muda untuk dia dapat kerja walaupun beliau belajar di Amerika dan pakar dalam hal ehwal tanah yang menjad bidangnya. Mudah-mudahan dalam perbicaraan mencabar pemecatannya, Tengku Amran berjaya dan nanti pilihlah dia duduki kerusi CEO PMBK, dia bekas anak orang pas tulen. Ibu dan bapaknya oang kuat pas dan banyak bantu Pas ketika Pas masih dalam reba.Kera Dukunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-72295579158878675292009-11-18T22:30:07.988-08:002009-11-18T22:30:07.988-08:00Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Gu...Pada 17 November 2009, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah meminta Abdul Ariffahmi Bin Ab. Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Keputusan itu diambil Tuan Guru setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak tidak kira Pimpinan PAS Pusat dan Negeri, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan Negeri dan juga Pegawai-Pegawai Tinggi Agensi-Agensi Kerajaan.

Ariffahmi bagaimanapun menolak permintaan Tuan Guru dan hari ini berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa. Tidak ada sebab untuk Ariffahmi menolak permintaan Ketua Eksekutif Tertinggi Negeri Kelantan yang selama ini dijual dan diusung namannya sesuka hati Arrifahmi. Bagaimanapun saya yakin, Ariffahmi akan akhirnya menunaikan permintaan Tuan Guru yang kita sanjungi. Yang diperlukan oleh Ariffahmi sekarang adalah tempoh transisi.

Saya bersyukur kerana episod ini telah menampakkan penghujungnya.

Pimpinan PAS dari segenap peringkat telah membuktikan kejujuran mereka sebagai komponen yang membentuk kerajaan dan menampakan ketegasan dan kematangan mereka walau terpaksa membetulkan Tuan Guru mereka sendiri. Tuan Guru pula walaupun sudah 19 tahun dipuncak, membuktikan bahawa dia sedia diperbetulkan.

Saya juga gembira kerana Tuan Guru menerima dan memahami bahawa tiada siapa yang mendalangi episod yang berlaku ini. Tiada pimpinan PAS mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang terlibat.

Apa yang saya lakukan, saya lakukan sendirian atas pendirian dan panduan saya sendiri. Apa tuduhan dan kecaman ke atas saya saya telah terima dan akan terus terima dengan hati terbuka.

Biduk berlalu kiambang bertaut.

Prinsip saya, never to kick someone when they are down akan terus saya amalkan. Oleh yang demikian bagi saya segalanya berakhir disini. Terserahlah kepada Ariffahmi untuk menerima atau tidak hukuman moral. Dari segi perundangan pula, terserahlah kepada pihak berkuasa.

Kepada YB. Dato’ Haji Husam Musa, para sahabat dan kenalan yang telah gagal menemui atau menghubungi saya sejak 10 November 2009 saya harap dapat memahami tujuan saya menyepi diri. Apa yang saya lakukan adalah keputusan moral saya sendiri dan saya tidak mahu sesiapa tepalit sama.

Kepada pengurusan dan kakitangan PMBK, bangkitkanlah moral anda dan pertahankanlah prinsip-prinsip pertadbiran Islam yang digariskan oleh Tuan Guru kita. Berkhidmat kepada rakyat adalah berkhidmat kepada Allah yang menciptanya.

Pampasan RM20,690 yang diberikan oleh PMBK kepada saya, telah saya amanahkan sebahagiannya dibahagi-bahagikan kepada institusi tertentu dan juga untuk orang-orang miskin. Sebahagian lagi untuk dibahagikan kepada para sahabat saya yang telah banyak memikul beban akibat tindakan saya ini.

Pada 8 Oktober 2003, saya menurunkan jenazah ayah saya ke liang lahat. Dia tidak berpangkat dan tidak berharta kerana dia memilih kebenaran dan ketinggian moral sepanjang hidupnya. Dan tiada apa yang dipesakakan ke atas saya melainkan kebenaran dan ketinggian moral. Hari ini saya gembira mempertahankan kebenaran dan ketinggian moral yang acap kali membawa musibah dan kemiskinan kepadanya.

Akhirnya di antara kita semua, banyak lebam, banyak calar dan banyak kesan gurisan.

Saya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sementara bagi merawat lebam dan calar pada saya. Dan sudah tentu, mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga saya.

Patah Sayap Terbang Jua.
.................AGAKNYA MKJ MERUJUK KEPADA LAPORAN DARI BLOG KICKDEFELLA INILutung Kenin Putehnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-54625659160412572562009-11-18T22:29:13.679-08:002009-11-18T22:29:13.679-08:00Berakhir Sebuah Episod
18
11
2009
Update 21:4...Berakhir Sebuah Episod
18

11

2009
Update 21:48 – Ariffahmi menghubungi Pengurus di PMBK petang tadi dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur. Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Tuan Guru akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat. Kita biarlah Tuan Guru membuat pengumumannya. Tetapi saya berharap Ariffahmi berfikiran waras dan faham bahawa Tuan Guru lebih penting daripada Ariffahmi di dalam perjuangan ini. (Sekarang saya nak berkemas, hehehe).Lutung Kening Putihnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6512194616592326964.post-11897301702504502302009-11-18T21:54:48.602-08:002009-11-18T21:54:48.602-08:00MANA ADA, TAK DE PUN TOK GURU UMUM MENANTU DIA LET...MANA ADA, TAK DE PUN TOK GURU UMUM MENANTU DIA LETAK JAWATAN? TIPU SUNGGUH!!!Anonymousnoreply@blogger.com