Tuesday, April 14, 2009

MUNCUL KEMBALI (142) - Dikemaskini semula

Pas jangan bermain api

Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/pelakun/budayawan bagi tujuan keuntungan dan kelabaan politik adalah suatu tindakan yang tidak bijak dan akan bersifat memijak mata 'cok cangkul' yang mana ulu cok akhirnya akan menghentam dahi atau 'batang erong'pemijak.
Saya sendiri pernah ketawa terkekeh-kekeh bila ada orang Pas yang dengan megah dan sedikit manggak mendakwa penyanyi nombor satu negara Dato' Siti Nurhaliza dan suami, Yasin, Amy Serch, Maya Karim, Mamat Khalid, Pak Samad Said dan beberapa yang lain berminat menyertai Pas, malah sudah isi borang pun kononnya.
Kenapa tokoh-tokoh itu dikaitkan dengan kecenderungan untuk menyertai Pas? Sebabnya kerana mereka pernah menyertai program-program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan dan pernah mengunjungi atau berjumpa Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mawi dianggap 'orang kita' oleh orang Pas, malah beliau diterima oleh Pas walaupun Akademi Fantasia yang bertanggungjawab membawa Mawi ke persada industri hiburan tanahair dilabel sebagai program maksiat adalah kerana kononnya di rumah ibubapa Mawi di Felda Taib Andak penuh dengan gambar Dato' Haji Nik Aziz.
Kecuali Dato' Siti Nurhaliza dan suami serta Yasin yang menafikan penyertaan mereka sebagai ahli Pas walaupun dalam Pas dah kecur kata mereka jadi ahli Pas, yang lain-lain tidak menyatakan pendirian mereka sama ada sokong Pas, jadi ahli Pas atau sebaliknya. Itu hak mutlak mereka dalam menentukan pendirian politik. sesuai dengan amalan demokrasi.
Memang betul dari segi politiknya, akan ada labanya kalau para selebiriti itu menunjukkan minat kepada Pas kerana mereka mempunyai penminat dan pengikut yang ramai. Pun demikian dengan kalangan penulis/wartawan/sasterawan/budayan. Itu kalau mereka ketika berada dalam Pas tidak cuba untuk benar-benar kenali apa itu Pas dan asal usul Pas. Bagi orang Pas, masuk Pas bermakna masuk Islam.
Harus diingat bahawa sama ada penyanyi, pelakun, pelawak, penulis, wartawan, sasterawan mahu pun budayawan adalah merupakan manusia yang agak istimewa, termasuk dari sudut daya fikirnya, berbanding dengan manusia biasa kerana mereka ada bakat anugerah Allah yang menjadikan mereka lebih istimewa dari yang istimewa.
Lazimnya manusia yang dianugerahkan bakat itu daya pemikiran mereka lebih advance dan tidak mudah untuk mereka dieksploitasi dan dimaipulasi untuk apa-apa tujuan, sebaliknya pula mereka berkeupayaan mengeksploitasi dan memanipulasi siapa yang mereka mahu.
Kerana itulah adakalanya mereka boleh menyebabkan penonton menangis, ketawa tebahak-bahak dan sebagainya kerana apa yang kadang-kadang tidak tergapai oleh akal manusia biasa akan digapai oleh daya kreativiti manusia yang dianugerahkan bakat.
Mereka tidak akan mudah kata 'putih' bagi benda yang 'hitam' dan tidak akan kata 'hitam' bagi benda yang 'putih'. Keistimewaan bakat ini kadang-kadang sukar untuk diterima sebagai hakikat kerana hasil kerja manusia yang ada bakat kadang-kadang mendahului masa.
Misalnya apabila dalam filem P. Ramlee mewujudkan babak raja terpaksa beristanakan dibawah pokok, ramai yang menganggap itu suatu khayalan yang tidak akan berlaku dalam realiti kehidupan. Tetapi terbukti keadaan yang serupa benar-benar berlaku di negara ini apabila persidangan dewan undangan negeri diadakan dibawah pokok di sebuah negeri.
Saya sendiri misalnya sebagai pengamal media walaupun hanya pada status ikan bilis, ketika belum benar-benar terlibat dengan Pas, yakni sebelum bekhidmat dengan kerajaan Pas Kelantan selama kira-kra lapan tahun, saya melihat Pas, pimpinan Pas dan orang Pas suci dan murni belaka. Bila orang tentang Pas, saya yang menerima pendidikan sekolah agama akan anggap penentang Pas itu jahil dan tidak minatkan Islam.
Tetapi setelah berada dalam 'gelup' Pas secara langsung, mahu tidak mahu persepsi saya terhadap Pas berbeza kerana apa yang berlaku dalam Pas sebenarnya tidak sama dengan apa yang digambarkan yang dilihat dari luar dan bersandarkan kepada ceramah-ceramah tokoh Pas yang lazimnya memperkemaskan hujah mereka engan ayat al-Quran dan Hadis.
Lagak dan laku pendukung dan penyokong Pas menjadi yang banyak tidak selari dengan apa yang diceramahkan menjadikan saya mula mencari dan menggali apa itu Pas dan banyak fakta-fakta yang mengelirukan ditemui, malah saya mula merasa tidak berapa betul untuk menerima bahawa hanya masuk Pas baru Islamnya seseorang itu.
Ekoran dari itu sekarang saya melihat Pas tidak ada bezanya dengan parti-parti politik yang lain, malah adakalanya Pas pada saya lebih tidak betul dan songsang dari parti yang dilabel sebagai skular terutama bila kalah dalam pilihanraya maka dikeranakan kononnya ADA PENGUNDI HANTU, dipercayai bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas serta merebaknya amalan MEMERBAHALAKAN sesama manusia.
Bagi saya kepercayaan bahawa menolak Pas bermakna menolak Islam boleh punahkan akidah, demikian juga apabila dikatakan Pas kalah dalam pilihanraya kerana pengundi hantu, ianya juga boleh merosakan akidah kerana menganggap PENGUNDI HANTU ada kuasa untuk tentukan kalah menang.
Menganggap apabila tidak ada tokoh tertentu Pas akan lebur atau kerana doa tokoh tertentu maka hujan pun turun bersifat MEMERHALAKAN sesama manusia. Kefahaman bahawa isteri boleh keluar rumah tanpa izin suami kerana berjuang untuk Islam (Pas)juga adalah suatu kefahaman yang sesat lagi menyesatkan dan ini telah dan sedang berlaku dalam Pas.
Sebagai penulis yang diberi bakat, saya kena tulis melalui saluran-saluran yang ada untuk memastikan apa yang saya lihat boleh rosak akidah itu akan menjadi bahan renungan umum.
Kalau saya tidak ditakdirkan bekerja dengan Kerajaan Pas pasti saya tidak akan dapat melihat seperti apa yang saya lihat sekarang tentang apa itu Pas. Maknanya Allah mentakdirkan saya bekerja dengan Kerajaan Pas itu sendiri kerana ada hikmah supaya nanti saya boleh menulis tentang apa itu Pas sebenarnya.
Yang yang pasti orang Pas akan marah tetapi kemarahan orang Pas tidak akan membawa kepada sebarang kebinasaan. Yang saya takuti adalah bila Allah marah kerana membiar kemungkaran, apatah lagi kalau saya turut bersekongkol dengannya.
Saya tak kata Pas tak baik semuanya tetapi yang pasti Pas bukan baik dan sempurna/perfect sebagaimana yang diceramahkan oleh pimpinannya untuk disetandingkan dengan Islam dan menjadikannya halal disebut, perpercayai dan diyakini bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas atau MENOLAK PAS BERMAKNA MENOLAK ISLAM.
Ertinya kalau pengarah filem/drama atau kartunis juga bekerja dengan Kerajaan Pas seperti saya, mereka juga pasti akan melihat apa yang berlaku dalam Pas dengan keistimewaan bakat yang ada untuk nantinya akan difilem/didrama dan dikartunkan berdasarkan maklumat yang mereka tahu tentang Pas.
Apa yang mereka tulis/skripkan, lukis/kartunkan, didrama/difilemkan atau dinyanyikan hasil dari merapati dan mengenali Pas dengan erti kata sebenar tidak semestinya akan melabakan Pas walaupun mungkin Pas menganggap telah memberi budi kepada mereka. Rata-rata manusia diberi keristiwa dengan bakat tidak akan berbohong kepada diri sendiri.
Oleh itu Pas atau mana-mana tokoh Pas jangan cuba bermain api dengan mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/Mengkeksploitasi/memanipulasi penulis/wartawan/sastera/penyanyi/dengan terlalu mudah mempersohorkan apabila golongan berkenaan menyertai program Pas atau berjumpa dengan mana-mana pimpinan Pas, maka mereka dianggap cenderung menyertai Pas walaupun ianya mungkin memberi laba kepada kepentingan politik, kerana tidak mustahil kalau keadaan itu berlaku, laba sekarung yang diharapkan mungkin boleh menyebabkan rugi sebaluh!

4 comments:

Anonymous said...

saya setuju.. melihat pas dari luar nampak semolek2nya, tetapi apabila mengenali pas dengan lebih dekat, x seindah apa yang di harapkan, xubah dengan parti lain di malaysia, politik adalah politk..

bekas penjar pondok pasir tumbuh said...

Kalu ikut kata Meli, adalah menjadi fardu kifayah kepada orang Pas untuk merubah kepercayaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas, tentang Pas bermakna tentang Islam dan apa yang Nik Aziz dan Haji kata betul belaka. Nampak sangat orang Pas memberhalakan Nik Aiz dan Haji Hadi.
Pas baru wujud tahun 1951, pah tu lagu mana dengan manusia hak hidup sebelum tahun 1951 hak tok-dan jadi ahli Pas? Nak masuk syurga lagu mana?
Ambo takut orang Pas ingat mereka duduk dalam kumpulan orang yang becakap dan berkelakuan ahli syurga tetapi gakitanya adalah sebaliknya.
Baik rujuk al-Quran dan Hadis yang sah tak akan sesat kerana nabi janji sendiri, toksoh duk ikut sangat hak tok-tok lebai Pas kata, mereka orang politik.
Meli kena terus menulis supaya supaya akhirnya orang akan tolak kpercayaan atau anggapan bahawa Islam itu Pas dan Pas itu Islam atau kalau tolak Pas maknya tolak Islam. Ambo pun rasa macam Meli, kepercayaan lagu tu boleh punahkan akidah.

Saing Mamat Pauh Samseng said...

Meli sapo? Tak 'kan dia alim lebih pada Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi. Takut Meli nyo beli ko Umno doh eh.

Ahli Taman Melewar said...

Payah bagi bukan orang Kelantan nak betul-betul faham dengan apa yang Encik Ramli tulis kerana pada pemerhatian saya banyak menggunakan loghat daerah, sedap dibaca tetap payah nak faham.
Semuga untuk posting-posting akan datang Encik Ramli utamakan bahasa standard. Kesianilah kami.
Terima kasih kerana membantu kami membuka mata dan minda untuk memuhasabah diri sama ada kami dalam keadaan betul dan benar menyokong dan menbjadi ahli Pas atau sebaliknya. Saya rasa Encik Ramli dizahirkan ke dunuia untuk memberi peringatan melalui tulisantulisannya.