Saturday, June 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (243)

Antara Zambry dengan Nizar: Siapa lebih faham tentang Islam?


BILA dua anak Perak bersilih ganti menduduki kerusi Menteri Besar setelah kira-kira setahun Pakatan Rakyat menguasai negeri yang terkenal dengan kepahlawanan Tok Sago menarik kecenderungan saya untuk mengkaji latarbelakang dua tokoh yang bersilih ganti menduduki kerusi MB itu.

Sebelum ini pun saya sudah membuat penyelidikan rambang untuk mendapat jawapan kepada diri sendiri tentang apa istimewanya orang Perak sehingga empat tokoh utama Parti Komunis Malaya (PKM) pun datang dari negeri berkenaan.

Mereka ialah Ching Peng (Setiausaha Agung PKM), Abdullah CD (Pengerusi PKM dan penggasas Rejimen Kesepuluh PKM yang anggotanya terdiri daripada orang Melayu) dan Datuk Ngoi Rashid Maidin dan Suriani Abdullah @ Eng Ming yang merupakan anggota jawatankuasa pusat PKM. Suriani adalah isteri Abdullah CD.

Di samping banyak tokoh-tokoh agama yang kemudian menjadi aktivitis Pas (ketika parti itu belum lagi dikerumuni golongan profesional seperti semut kerumuni gula seperti sekarang) pada umumnya menerima pendidikan di Perak, yakni di Gunung Semanggol.

Juga timbul persoalan dan rasa ingin tahu saya kenapa dalam perebutan jawatan MB antara PR dengan BN dengan PR mempertaruhkan Muhammad Nizar Jamaludin, 51, dan BN pula mempertaruhkan Zambry Abdul Kader, 46, Zambry lebih bernasib baik.

Saya lebuh bergantung kepada keyakinan bahawa apa pun yang berlaku memang telah sedia terskrip dalam surat dan takdir-Nya. Zambry tidak akan berada pada kedudukannya sekarang kalau bukan takdir dan suratan yang telah menentukan demikian.

Sebarang penentangan sama ada secara terbuka atau tersembunyi bagi membantah apa yang telah terjadi, mahu tidak mahu ianya akan bermakna dan bermaksud mempertikaikan ketentuan suatan dan takdir yang tidak mustahil dilakukan oleh orang Islam tetapi tidak mungkin akan dilakukan oleh orang beriman dan bertaqwa setelah segala usaha (ikhtiar) telah dibuat namun kerusi MB tetap menjadi milik Zambry.

Maka timbullah keinginan saya untuk kenali siapa Zambry dan siapa itu Nizar, termasuk latarbelakang keluarga dan pendidikan mereka. Timbul keinginan di hati saya siapa di antara keduanya yang lebih faham tentang Islam.

Saya teliti latar pendidikan Zabry yang dilahir di Pulau Pangkor pada 22 Mac 1962 dan kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor dan Menteri Besar Perak, bermula pada 12 Mei, 2009.

Pendidikan:
* 1987 - B Econ (Kepujian) Universiti Islam Antarabnagsa
* 1991 - MA (Pemikiran Islam) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
* 1992 - MA (Falsafah Politik dan Pernadingan Agama) Universiti Temple, Amerika Syarikat
* 1995 - Ph. D (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat

Kepakaran:
Akademik:Ekonomi Politik Pemikiran Politik Politik Kontemporari Asia Tenggara Pemikiran Politik Malaysia Politik IslamPentadbiran : Mengurus Universiti Pusat Pemikir Pakar RundingPolitik :Organisasi Politik Penyelidikan Politik .

Kerjaya:
Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)kerana mempertikaikan pemecatanDatuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, yakni Pele. Beliau juga bergiat dalam permainan sepak takraw dan badminton.
Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) dan memperolehi tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986) dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1097).

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak.

Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri Perak ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum 2004.

Semasa rombakan kecil pada bulan September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Perak.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku, antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" pada tahun 1998, "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah pada tahun 2000 dan "Islam Malaysia dan Amerika" pada tahun 2002.

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kemterian Belia dan Sukan.

Dalam pada itu, saya teliti latarbelakang Muhammad Nizar Jamaluddin yang dilahirkan di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak pada 17 Mac 1957. Beliau merupakan ADUN (Pas) Pasir Panjang dan Ahli Parlimen (Pas) Bukit Gantang, Perak.

Beliau hanya sempat menjadi Menteri Besar Perak selama 96 hari apabila jawatan itu diambil alih oleh Zambry dari Umno ekoran dari tiga ADUN PR (dua dari PKR dan satu dari DAP) meninggalkan parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyatakan sokongan kepada BN.

Pendidikan:
Belajar di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar. Kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Beliau merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England. Beliau berkebolehan bertutur dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Kerjaya:
Nizar pernah bekerja di JKR sebelum berkhidmat sebagai jurutera di UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun1983, projek Pusat Islam, BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar selama 96 hari, beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Itali, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Teheran, Iran.

Pengalaman politik:
Dalam bidang politik, beliau berkecimpung dengan berjawatan dalam PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001) dan menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasan Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak). Pada peringkat pusat, beliau adalah Majlis Kerja Pusat Pas.

Menyertai PAS sebagai ahli biasa pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsa pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Nizar memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang pada Pilihanraya Umum Ke-12 pada tahun 2008. Berikutan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang,Roslan Shaharum dari PAS, pilihanraya kecil telah diadakan pada 7 April 2009.

Beliau telah dipilih bertanding atas tiket PAS dan berjaya mengekalkan kemenangan Pas bagi kerusi tersebut dan telah menimbulkan kekecohan pada hari menganggat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Parlimen.

Nizar memulakan kekecohan politik Perak apabila memberi arahan supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam kerana kononnya cuba mensabotaj kerajaan negeri.

Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Nizar pada pagi 29 April 2008 kerana Jamry dituduh cuba mengsabotaj usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu supaya menarik balik serta merta arahan pertukaran yang dibuat ke atas Jamry kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) adalah di bawah kuasa Sultan dan perlu melalui saluran yang betul.

Melihat kepada latarbelakang keduanya, saya bertanya sendiri siapakah antara Nizar dengan Zambry yang lebih faham tentang Islam. Zambry menerima pendidikan awal peringkat tinggi di UIAM 1991 dan mempunyai MA (Pemikiran Islam) dari UIAM serta pernah menjadi pensyarah di UIAM

Nizar pula menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School (ACS) Kampar, kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, seterusnya menyambung pengajian peringkat A-level dan ijazah di England.

Saya serahkan kepada penjenguk blog saya untuk melihat siapa sebenarnya di antara keduanya siapa lebih faham tentang Islam. Saya sendiri rasa dah boleh nampak kenapa Zambry disurat dan ditakdir berada pada kedudukannya sekarang, bukannya Nizar!

10 comments:

Anonymous said...

SIAPA LEBIH FAHAM ISLAM TAK TAHU LA BUKAN KITA YANG JADI HAKIM TAPI ORANG YANG BERSUNGGUH SUNGUH MAHUKAN ISLAM AKAN MENUNJUKKAN CONTOH ISLAM .SEBAGAI CONTOH ORANG MUALLAF YANG BARU TAHU ISLAM LEBIH DARI ORANG ISLAM YANG TELAH LAMA ISLAM CUBA MENDALAMI ISLAM DENGAN BERSUNGGUH SUNGGUH.OARANG YANG DAH ISLAM MENGAKU TAHU ISLAM WALAUPUN DARI KETURUNANNYA ISLAM.

Abuzar said...

Apakah kuat-tidak fahaman dan pegangan Islam diukur dengan sijil, ijazah dan pondok saja?

Tiadalah terjumpa lagi bacaan para ustaz, didalam kubur nanti ditanya/disoal oleh malaikat munkar & nakir: berapa banyak ijazah mu? dari mana universiti mu? mu ngaji pondok mana? berapa kali mu periksa baru pass/lulus?

Yang pasti siapa tuhan mu? nabimu, kitabmu, kiblatmu & saudaramu?

Membanding ketinggian ilmu dengan bilangan ijazah kurang tepat. Rasul, para sahabat, ulama dulu Imam Syafie, Imam Ghazali, Syeikh Daud Fattani, dll tiada jelas ijazah PhDnya. Mereka belajar sepanjang hayat ... walaupun tiadalah rekod sijilnya.

Perbandingan kekuatan iman & taat, tiadalah boleh diukur berdasarkan gelaran dan jawatan: imam ke, ustaz ke, profesor ke, mufti ke, qadhi ke, ulamak ke, tuan guru ke, ......

Nizar walaupun tiada jelas pendidikan formal agamanya, tetapi dia dibesarkan dan dididik dalam keluarga orang alim, ayahnya ustaz jamaludin bekas Pesuruhjaya PAS Perak sebelum ini, beliau sentiasa berdakwah dan berjuang untuk Islam.. Sdr MKJ tak payahlah nak merendah2kan keilmuan rang lain, khususnya, sdr Nizar.

Anonymous said...

kah...kah...kah...
meli membuka pekong kebodohannya.

jual besi buruk je lah meli. nak jadi ore suratkhabar tak leh dah.

terimalah takdir yang diberikan padamu....redha...redha

khairul said...

Pembaca ni tak faham-faham. Anda perlu baca dan fahami kehendak penulis. Jika anda tidak suka jangan baca. Jangan diperbodohkan penulis kerana anda sendiri itu yang sebenarnya bodoh kerana menutup mata dan telinga untuk mendengar dan melihat keadaan sekeliling anda.

Kepada penulis teruskan usaha anda kerana pasti tinta anta terdapat ganjaran dari allah sekiranya benar niat tuan.

P,baca harus menilai dan bukan menghentam kerana penulis menyampaikan sesuatu yang difikirkannya perlu untuk memperbetulkan kembali pemikiran kita melayu, teruskan usaha anda!!!

pakteh adam said...

Betul Pak Meli,

sejak Nizar jadi MB, Nga dah boleh petik ayat Quran, ajak Abuzar, Anon 7.33, Anon 11.46 berjuang ke arah menentang kebatilan. Jadi Nizar lebih Islam daripada Zamry. Betul Pak Meli. Lagi pun Tok Ajis dah bersabda, UMNO parti Zamri ni tolak Islam, ugama UMNO macam ugama ayah Pin, Kominis. Nizar pun ada kata PAS tak pernah (tak ada dalam tatatubuh PAS) nak tubuh negara Islam, tetapi saya yakin dengan berkat kepimpinan Nizar dan bantuan Nga yang makin mahir MENGGUNAKAN ayat Al Quran, akan ramai umat Melayu akan kembali mengimarahkan ISLAM dan meninggalkan kedai no ekor dan sebagainya. Sebab sekarang ni saya malu juga dalam semangat takbir takbir, no. ekor, bet papan dam berjam jam kat kedai kopi, layan poker dan kekadang SG18 masih lagi active.So, Nizar, Nga dan Siva adalah harapn kami dapat menjadikan PAS sebagai parti yang dominan di Malaysia. InsyaAllah. TAKBOR... opsss TAKBIR! 15X

pemudacakna said...

Siapa yang lebih FAHAM tentang Islam?
Izinkan saya memberi pandangan.
Jika dijelujuri tulisan Abe Meli, saya sudah dapat tahu jawapannya. Dari segi sejarah pendidikan saja sudah cukup memadai bahawa Zambry memahami tentang Islam lebih daripada Nizar.
Dari segi tindakan semasa kedua-dua menjadi Menteri Besar juga ada bezanya. Tak perlu saya nyatakan di sini kerana biarlah orang Perak menentukannya.
Minta maaflah diatas pandangan ini, kalau tidak serasi dengan mana-mana pihak.
Ambo ni orang kemaca jah.

orang dekat jemuran TGNA said...

Abuzar said...
Apakah kuat-tidak fahaman dan pegangan Islam diukur dengan sijil, ijazah dan pondok saja?
+++ SAYA SETUJU

Tiadalah terjumpa lagi bacaan para ustaz, didalam kubur nanti ditanya/disoal oleh malaikat munkar & nakir: berapa banyak ijazah mu? dari mana universiti mu? mu ngaji pondok mana? berapa kali mu periksa baru pass/lulus?
+++ SAYA SETUJU. JUGA TIDAK AKAN DITANYA MU UMNO KE PAS

Yang pasti siapa tuhan mu? nabimu, kitabmu, kiblatmu & saudaramu?
+++ SAYA SETUJU. JUGA TIDAK AKAN DITANYA TENTANG PIMPINAN PAS.

Membanding ketinggian ilmu dengan bilangan ijazah kurang tepat. Rasul, para sahabat, ulama dulu Imam Syafie, Imam Ghazali, Syeikh Daud Fattani, dll tiada jelas ijazah PhDnya. Mereka belajar sepanjang hayat ... walaupun tiadalah rekod sijilnya.
+++ SAYA SETUJU. TAHAP KEILMUAN MEREKA YANG DISEBUTKAN ITU KEILMUANNYA MELEBIHI ILMU PEMEGANG Ph.D

Perbandingan kekuatan iman & taat, tiadalah boleh diukur berdasarkan gelaran dan jawatan: imam ke, ustaz ke, profesor ke, mufti ke, qadhi ke, ulamak ke, tuan guru ke, ......
+++ SAYA SETUJU. MAKNYA TIDAK JUGA BOLEH DIUKUR KEPADA PARTI MANA YANG DIDUKUNG DAN DISOKONG.

Nizar walaupun tiada jelas pendidikan formal agamanya, tetapi dia dibesarkan dan dididik dalam keluarga orang alim, ayahnya ustaz jamaludin bekas Pesuruhjaya PAS Perak sebelum ini, beliau sentiasa berdakwah dan berjuang untuk Islam.. Sdr MKJ tak payahlah nak merendah2kan keilmuan rang lain, khususnya, sdr Nizar.
+++ BEKAS PESURUHJAYA PAS TIDAK SEMESTINYA KUAT IMAN. ANAK NABI NOH PUN TAK BERIMAN. KALAU TIDAK MAHU KEILMUAN ORANG PAS DIPERENDAHKAN, ORANG PAS KENA CERMAT BILA BERCAKAP, JANGAN PERDEBEKKAN ORANG.
+++ BAGI SAYA ENCIK MELI TIDAK MERENDAH-RENDAH SESIAPA. BELIAU HANYA MENCARI JAWAPAN KEPADA APA YANG TERBUKU DI KALBUNYA. SAYA NAMPAK DIA CATAT SEIMBANG BAGI LATARBELAKANG KEDUANUA.
+++ ABUZAR YANG SALAH FAHAM DAN TIDAK MENYELAMI DENGAN KEPALA TYANG SEJUK HATI YANG LAPANG DENGAN APA YANG ENCIK MELI TULIS.

Anonymous said...
kah...kah...kah...
meli membuka pekong kebodohannya.

jual besi buruk je lah meli. nak jadi ore suratkhabar tak leh dah.

terimalah takdir yang diberikan padamu....redha...redha
+++ PAS KE UMNO KE TIDAK UNTUNG APA-APA ADA ORANG MACAM NI.
+++ HINA KE BELI BESI BURUK. KALAU BACA CATATAN ENCIK MELI, DIA BUKAN BELI BESI BURUK, TAPI BELI KERETA BURUK UNTUK DILUPUSKAN.
+++ JANGAN PANDANG HINA BELI BESI BURUK. RAKAN SAYA...MUSA AMIN, ORANG KUAT PAS. PENDAPATNNYA TIDAK KURANG DARI RM15,000 SEBULAN KERANA BELI DAN JUAL BESI BURU. BAGI SAYA BELI-JUAL BESI BURUK KERJANYA LEBIH MULIA DARI MAIN BALAK ATAU KERJA BUKAN DENGAN KERAJAAN PAS BUKAN KERANA KEBOLEHAN TAPI KERANA JADI ORANG PARTI SEDANGKAN PAS PUN TAK TAHU BEGAPO, APATAH LAGI SEJARAHNYA.
+++ ENCIK Anonymous BERGAJI BERAPA JUTA SEBULAN?
+++ SAYA YAKIN ENCIK MELI AKAN KEMBALI TERBIT AKHBAR DAN MAJALAHNYA SEMULA.
+++ ENCIK MELI JANGAN PATAH SEMANGAT!!!!!!!

pakcik said...

siapa yang lebih faham islam? jawapannya tiada siapa yg lebih selain daripada nabi Junjungan kita.

kedua-dua adalah ahli politik yang mempunyai objektif masing-masing.

namun dari segi ilmunya, sudah tentulah Zambry lebih berpengetahuan dalam bidang agama berbanding nizar.

walau pun nizar lahir dari kalangan orang yang berilmu agama, tidak semestinya beliau boleh menyerap kesemua apa yang ada pada bapanya.

nizar dilihat lebih merosakkan berbanding dengan zambry.

Bekas Pelajar Pondok Guar Chempedak said...

Bila Perdana Menteri, dato' Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau tiga ragui keikhlasan Pas berhubung isu kerajaan perpaduan, bila Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yasin mahukan Dato' Nik Aziz minta ampun dengan Allah dan tidak perlu meminta maaf kepada Umno apabila pemimpin Pas itu menyamakan Umno dengan Komunis dan ajaran seat ayah Pin, bukankan apa yang kedua-duanya nyatakan itu ada unsur-unsur ketasaufan dan kewalian.
Nampaknya Blog Kapak Jangak telah membantu rakyat negara ini membuka mata untuk melihat siapa yang lebih mengembangkan syiar Islam antara Pas dengan Umno.
Saya suka memetik antara komen Abuzar....."Perbandingan kekuatan iman & taat, tiadalah boleh diukur berdasarkan gelaran dan jawatan: imam ke, ustaz ke, profesor ke, mufti ke, qadhi ke, ulamak ke, tuan guru ke, ......"
Maknanya ukuran keimanan dan ketaqwaan bukan boleh berpegang dan berdasarklan kepada pemimpin ahli atau penyokong Pas atau pun pemimpin, ahli dan penyokong Umno nya seseorang itu.
Jadi macam mana Pas boleh yakin yang parti itu lebih Islamik dari Umno, boleh kata Umno tolak Islam, malah Umno boleh disamakan dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin?
Blog Kapak Jangak berpotensi untuk memainkan peranan yang lebih hebat lagi untuk mengikis fahaman dan kepercayaan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Saya sependapat dengan Saudara Ramli, bagi yang percaya Pas itu Islam dan Islam itu Pas, boleh bawa kepada punahnya akidah.
Mudah-mudahan tokoh macam Tan Sri Harunsani Zakaria, Dr Mahmud Zuhdi, Dr Hashim Yahya, Dr Mohd. Asri Zainalabidin dan iluam Islam yang lain patut mengulas hal ini demi menyelamatkan akidah pemimpin, ahli dan penyokong Pas.

Anonymous said...

kuat atau tidak iman sesaorang (sesuaikah kuat islam?) siapa yang lebih faham islam atau tidak bergantung atau boleh dilihat pada perbuatannya, perlakuannya, percakapannya, pemikirannya. Perjuangannya....,