Sunday, May 22, 2011

COME-BACK (24/2011)

Berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan

RASULULLAH s.a.w.bersabda: Taraktufiikum-amroinimaaintamassaktumbihimaa-
lantadhilluu-abadan-kitaaballahi-wasunnatarasuulih yang bermaksud: "Ku tinggalkan untuk kamu dua perkara (pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang kepada keduanya, yakni kitabullah (al-Quran) dan sunnah (Hadis) Rasul-Nya".

Rasulullah s.a.w. tidak ada menyebut bahawa kepada kamu ku tinggalkan Pas, Umno atau mana-mana parti politik untuk wajib kamu sokong dan anuti supaya kamu tidak sesat. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak berparti politik dan untuk jadi pemimpin tidak pun diadakan pilihanraya, apatah lagi yang terpaksa menyediakan wang pertaruhan yang bagi saya mirip kepada perjudian kerana yang kalah teruk akan hilang wang pertaruhan.

Saya juga selalu semak terjemahan 6,236 keseluruhan ayat al-Quran dengan 4,780 ayat dalam surah-surah Makiyyah manakala 1,456 ayat lagi adalah surah-surah Madaniyyah di samping sentiasa membaca terjemahan Hadis Sahih Muslim Jilid I,II,III dan IV serta Hadis Sahih Bukhari Jilid I,II,III dan IV untuk membolehkan saya terima hujah, padangan dan kepercayaan bahawa Pas wajib disokong dan Umno wajib ditolak, sokong Pas boleh masuk syurga, sokong Umno tidak layak masuk syurga.

Justeru itu saya berpendirian sama ada jadi ahli/penyokong Pas atau Umno tidak akan membantu umat Islam masuk syurga. Yang boleh membawa seseorang itu ke syurga adalah apabila dipatuhi segala suruhan dan larangan yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis tanpa sebarang excuse.

Yang kena dirujuk adalah al-Quran dan Hadis, bukannya parti politik atau tokoh-tokoh politik yang berkepentingan, yang mabuk dan gilakan pengaruh serta kuasa sehingga sanggup maki dan doakan kemusnahan orang, mencarut, memutuskan silatur-rahim dan menolak ketentuan Allah apabila kalah dalam pilihanraya.

Saya pilih Umno untuk disokong dan mufarakah dari menyokong Pas adalah kerana saya berpegang kepada hakikat bahawa menentang kerajaan yang berketuakan seorang yang beragama Islam adalah haram dan tindakan terlarang.

Sejak merdeka negara ini sentiasa berketua-kerajaankan seorang yang beragama Islam. Kalau negara ini berperdana-menterikan seorang yang bukan Islam, saya bukan sahaja akan menentang melalui pena/tulisan tetapi saya bersedia untuk bermain dengan bedil dan bom sekali pun dalam melawan kerajaan.

Soal sejauh mana tahap kealiman dan ketakwaan ketua-tua yang menerajui kerajaan negara ini sejak mula merdeka ke mari, hanyalah Allah yang Maha Adil membuat penilaian dan pengiktirafan. Manusia tidak pernah adil dalam membuat penilaian kerana banyak penilaian dibuat berdasarkan kepada penilaian secara zahiriah.

Kerajaan yang ada dan dilabel sebagai sekular, malah tidak juga mendabik dada sebagai parti atau kerajaan Islam banyak menyediakan kemudahan bagi keselesaan umat Islam beribadah, banyak masjid dibina tanpa ditampal lambang dacing atau lambang Umno atau pun dicat biru berbanding dengan Pas walaupun madrasah yang dibina hanya guna kayu selinap, akan ditampal dengan lambang-lambang bulan dan akan dicat hijau yang merupakan warna identiti Pas yang kalau ikut nama panjangnya Pasti Islam Se Malaysia (dulu Se Tanah Melayu) nama singkatan bagi Pas adalah PIS, bukannya Pas.

Untuk uruskan kemasukkan umat Islam ke dalam Islam, maka diwujudkan PERKIM. Pas ada agensi apa untuk Islamkan kalangan bukan Islam selain dari terlalu ghairah menafikan keislaman sesama Islam yang tidak sokong Pas, terutama ahli Umno. Apa pun yang Umno buat semuanya buruk pada Pas.

Pas semacam lupa memuhasabah diri sepanjang berkerajaan di Kelantan dan Kedah, dah berapa ramai yang bukan Islam diislamkan oleh Pas berbanding dengan jumlah yang dinafikan keislaman mereka oleh Pas. Berapa banyak masjid dan surau dibina oleh kerajaan Pas, malah berapa banyak jamban yang Pas bina. Paling banyak Pas sediakan adalah uncang-uncang bagi pemungutan derma dari antaranya adalah kalangan yang patut menerima derma, bukannya memberi derma.

Kalau ada madrasah yang dibina oleh Pas pun adalah hasil derma orang ramai yang kadang-kadang pemimpin dan wakil rakyat Pas sendiri tak derma pun, malah penceramah-penceramah Pas dibayar sehingga ratusan dan ribu ringgit, termasuk kos tambang menambang, adalah hasil dari kutipan derma pada sesuatu majlis ceramah yang diadakan.

Untuk umat Islam negara ini ke Mekah menunaikan fardu haji, diwujudkan Tabung Haji. Pas ada sediakan kemudahan apa untuk tujuan yang serupa selain dari hanya tahu kritik Tabung Haji. Malah ada pemimpin Pas ke Mekah hasil tajaan walaupun ianya seorang yang ada kemampuan untuk ke Mekah walaupun tidak ditaja.

Saya akan tentang Umno dan kerajaan yang ada kalau masjid-masjid tidak dibina, malah masjid yang ada dirobohkan, kalau umat Islam dipersulitkan untuk beribadah, dihadang untuk tunai haji, kalau mata pelajaran agama Islam, termasuk Kelas Jawi dan Fardu Ain di sekolah-sekolah rendah dan menengah dimansuhkan, al-Quran dibakar dan kalangan yang pakar dalam bidang agama dianiaya, dipenjara atau dibunuh.

Paling menjadikan saya boleh 'mensetuju' dengan Umno dan mufrakah dari menyokong Pas adalah kerana ulamak-ulamak yang menyokong Umno tidak pernah mengkafirkan umat Islam yang tidak menyokong Umno serta kerana Umno terlebih dahulu menjalin kerjasama dengan parti-parti bukan Islam dengan Umno adalah pendominasinya.

Pas yang pada awalnya mengkafirkan Umno kerana bekejasama dengan parti-parti bukan Islam telah meniru cara Umno dengan menjalin kerjasama dengan DAP yang anti Islam tetapi malangnya Pas bukan jadi pendominasi, sebaliknya hanya jadi anggota pakatan yang suaranya sering dinafikan oleh pendominasi yakni DAP. Dalam Pakatan Rakyat (PR) Pas hanya menjadi tikus, bukannya menjadi kucing, Pas hanya menjadi anak ayam bukannyua menjadi helang.

Pun begitu saya tidak bergantung kepada kerana sokong Umno untuk masuk syurga, sebaliknya saya melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasul-Nya serta menjauhi segala yang dilarang sekadar yang termampu oleh saya dengan menyerahkan kepada Allah untuk menilai kualiti ibadah saya. Bagi saya berpegang kepada fahaman parti untuk ke syurga boleh menyesatkan.

Selebihnya terpulang kepada ihsan Allah sama ada penempatan saya nanti di syurga atau neraka tetapi saya tidak lupa berdoa supaya kedua ibubapa, saya, datuk nenek, isteri, anak-anak, cucu cicit serta mereka dibawah tanggungan saya dan sekalian kaum muslimin dan muslimat yang telah mati, yang masih hidup dan yang bakal lahir, akan disyurgakan, akan dihalalkan hidup di dunia ini, di alam kubur dan di akhirat nanti.

Saturday, May 21, 2011

COME-BACK (23/2011)

Orang Pas lebih awal dicampak ke neraka

SAYA bukan bermaksud mencampuri urusan Allah tetapi jika dilihat pada 'labot'nya serta feel perangai orang Pas, termasuk cara bercakap tokoh-tokohnya yang hanya melihat orang Pas sahaja yang sempurna Islamnya, maka orang Pas 'lah yang akan lebih awal dicampak ke neraka.

Kenapa? Jawabnya kerana orang Pas tahu hukum hakam dan bila berhujah akan menggunakan al-Quran dan Hadis sebagai dalil tetapi tindak tanduknya sering bercanggah dengan al-Quran dan Hadis. Orang Asli yang tidak sampai dakwah, tidak akan dicampak ke neraka kerana tidak Islam. Ini adalah kerana mereka tidak sampai dakwah.

Syaitan dan iblis dinerakakan kerana ianya makhluk yang tahu bahawa menentang titah perintah Allah adalah berdosa tetapi kerana angkuh, sombong, bongkak, takbur dan riak ia tetap sanggup menderhakai Allah dengan enggan sujud kepada Adam a.s.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu memaki hamun dan berkata buruk dilarang, antaranya sebagaimana yang terkandung dalam ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' tetapi orang Pas termasuk yang kononnya alim penuh-penuh mulut maki orang, malah mendoakan kemusnahan orang sedangkan berhala pun dilarang dimaki sebagai yang terkandung dalam ayat 108 Surah Al-An'aam.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahun orang Islam dilarang berteman akrab dengan orang Yahudi dan Nasrani serta akibat melanggarnya, Ini terkandung dalam ayat 51 hingga 63 Surah Al-Maa-idah dan ayat 118 hingga 120 surah Ali-'Imran tetapi Pas bekersama dengan DAP yang sikap dan perlakunya sama dengan Yahudi dan Nasrani atas alasan Umno pun kerjasama dengan MCA dan MIC. Sebagai orang yang tahu hukum hakam, Pas tidak sepatutnya buat apa yang Umno buat tetapi kena buat apa yang Allah dan Rasul-Nya suruh dan menjauhi segala larangan.

Orang Pas tahu dan sepatutnya tahu bahawa memutuskan silatur-rahim adalah perbuatan terlarang dalam Islam (sila rujuk ayat 10 Surah Al-Hujuraat, Surah Ali-'Imran ayat 103 dan juga ayat 112) tetapi Pas bukan sahaja sanggup memutuskan silatur-rahim tetapi juga sanggup melabelkan orang Umno yang rata-rata mengucap dua kalimah syahadat sebagai golongan yang tidak Islamik dan tidak layak masuk syurga.

Orang Pas menolak Qada' dan Qadar apabila kalah dalam sesuatu pilihanraya, maka akan dituduh SPR tidak telus, Umno menipu dan kewujudan pengundi hantu sebagai punca kekalahan walhal menang atau kalah sudah sedia tercatat dalam skrip takdir dan suratan. Manusia hanya mampu berusaha tetapi tidak akan berupaya mengubah takdir dan suratan.

Kalau pun betul Umno atau mana-mana pihak menipu, ianya tidak akan 'menjadi' dan tidak akan berlaku sebagaimana yang penipu mahu kerana penipu tidak akan mampu merubah takdir dan suratan. Orang Pas sering baca ayat Wamakaruwamakarollah tetapi bila kalah boleh percaya disebab dan dikeranakan oleh sabab-sebab yang menyebabkan mereka lupa tentang ketentuan dan takdir Allah.

Tahu tak boleh, tetapi buat dalam keadaan tahu. Orang jenis ini lebih awal dicampak ke neraka. Orang Pas banyak buat apa yang mereka tahu tidak boleh buat jika didasarkan hukum hakam tetapi masih juga buat. Justeru saya yakin orang Pas lebih awal dicampak ke neraka kerana masih juga buat apa yang mereka tahu tidak boleh dibuat semata-mata kerana Umno pun buat. Kalau kerana Umno yang konon sekular buat maka Pas pun buat sama, jadi mana bezanya antara Umno dengan Pas?

Thursday, May 19, 2011

COME-BACK (22/2011)

Jangan pandang remeh hujah tepi jalan


JARANG orang yang betul kepala otaknya terlanggar pokok balak atau tersepak katan-katan balak, termasuk yang diagih kepada seseorang bersalutkan selut kronisme dan nepotisme. Kalau berlaku juga maknanya ada sesuatu yang tidak betul pada otak pelanggar, antaranya mungkin kerana tengah mabuk tuak masam cicah ayam rebus atau ayam bakar yang dimampuskan dengan pulas tengkuk di kampung Siam.

Tetapi ramai yang tersepak tunggul atau berdarah telapak kaki kerana terpijak tunggul kayu, tunggul resam atau sulur lalang yang mana walaupun kecil tetapi tetap menyakitkan. Kalau yang menyepak atau yang memijaknya adalah pengidap kencing manis, tidak mustahil luka kesan dari tersepak atau terpijak itu boleh menyebabkan kaki terpaksa dipotong.

Demikian juga dalam berhujah. Jangan pandang remeh hujah tepi jalan atau hujah dari seorang yang dinilai tidak sampai samas kerana banyak bari/sirah yang menunjukkan apa yang dianggap lekeh sebenarnya tidak lekeh manakala yang dianggap hebat sebenarnya tidak hebat. Hujah dan pandangan, apatah lagi undi tetap penting walaupun datangnya dari Orang Asli.

Hanya manusia yang angkuh dan buta teladan sahaja akan anggap hujah tepi jalan tidak penting serta akan hanya kagumi imam tetapi memperlekeh dan menganggap makmum, apatah lagi tok siak tak penting dan umpama sampah sarap. Sesungguhnya ada yang buat kebajikan yang sangat dan teramat lekeh masuk syurga tetapi yang banyak beribadah dan bergelar alim pula masuk neraka.

Seorang yang telah membunuh 100 termasuk seorang tok guru, seorang pelacur dan seorang penjahat lagi samseng matinya masuk syurga. Kenapa? Jawabnya kerana si pembunuh buat kerja lekeh mencari orang yang boleh memberitahunya sama ada dia masih boleh bertaubat atau sebaliknya. Si pelacur yang kehausan mendahulukan memberi anjing yang juga kehausan minum sebelum dia sendiri minum manakala penjahat yang sangat samseng tadi membiarkan batu yang diatur tempat beraknya kekal dalam keadaan begitu supaya orang lain dapat menggunakannya nanti. Tempat itu akhirnya jadi tandas awam.

Sama ada pembunuh yang membunuh 100 orang, pelacur mahu pun penjahat/samseng berkenaan melakukan kerja-kerja lekeh yang mereka tidak disedari, apatah lagi mengharapkan ianya adalah suatu bentuk kebajikan tetapi kerana ketulusan mereka melakukannya, maka mereka telah terpilih sebagai ahli syurga.

Ada orang alim yang matinya masuk neraka. Antaranya yang mendoakan supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir, orang alim pada zaman Nabi Musa a.s. juga tersenarai sebagai ahli neraka kerana dia beribadat dengan mngharapkan balasan syurga. Dia hanya terpilih masuk syurga apabila dia tetap reda kerana tersenarai sebagai ahli neraka kerana menssyurga-nerakakan hamba-Nya adalah hak mutlak Allah.

Syaitan dan iblis asalnya adalah puak-puak alim belaka dan merupakan penghuni syurga tetapi kerana enggan tunduk kepada Adam a.s. sebagaimana yang diperintah oeh Allah s.w.t, maka ianya dikeluarkan dari syurga dan telah digezet sebagai ahli neraka. Kenapa? Jawabnya kerana angkuh dengan kealiman dan bukan dari kalangan orang lekeh, sebaliknya suka memperlekehkan orang lain.

Justeru itu supaya kita tidak akan dimasukkan ke neraka sedangkan kita kuat beribadat sampai tak sempat masuk waktu pun kita dah bang dan qamat untuk memenuhi tuntutan kena segerakan sembahyang waktu, maka jangan sekali-kali kita memperlekeh orang lain yang barangkali dari bentuk sijil, diploma dan ijazah ianya zero tetapi dari sudut pemikiran dan keilmuan ianya agak luarbiasa kerana anugerah Allah di samping ilmu diperolehi melalui usaha yang pelbagai, tidak mustahil ianya lebih berilmu dan berpandangan lebih luas dari kalangan yang bersijil, berdiploma dan berijazah walaupun yang tidak ada sijil, diploma dan ijazah itu hanya seorang Orang Asli.

Lebih-lebih lagi dalam berparti politik. Setiap orang sangat penting kepada parti, termasuk di kalangan Orang Asli atau kalangan yang buta huruf kerana di tangan mereka ada undi. Parti yang memperlekeh pengundi, termasuk menganggap Orang Asli tidak berapa penting untuk membantu kemenangan, bermakna orang parti politik berkenaan angkuh dan sengaja menahan leher untuk disembelih.

Hakikat dan hakiki serta natijahnya, hanya orang yang sombong, bongkak, angkuh, takbur dan riak sahaja yang akan memperlekeh orang lain dan menganggap diri sendiri hebat. Sikap sombong, bongkak, angkuh, takbur dan riak adalah penyakit hati yang amat dibenci oleh Allah, malah akan membinasakan seseorang. Orang yang ada nilai tidak akan mengaku nilai dirinya, orang yang alim dan tidak akan mengaku kealimannya, orang yang wali tidak akan mengaku kewaliannya dan orang yang benar-benar berilmu tidak akan mengaku sebagai seorang berilmu.

Namun setiap orang kena berusaha dan berhak untuk memastikan diri ada nilai, alim, wali dan berilmu tetapi sentiasa merendah diri sebagaimana resam padi semakin menunduk semakin berisi serta resam ubi, diam-diam berisi, bukannya ibarat tong: bunyi kuat saja tetapi isinya tiada. Orang alim sengoti tidak akan dengan angkuh, sombong bongkak dan riak mendabik dada bahawa apa yang dia buat sahaja betul, parti yang dia anuti saja Islamik dan para penyokong partinhya saja masuk syurga, menentang partinya masuk neraka.

Tidak mustahil dia yang terawal akan dicampak songsang ke neraka kerana menafikan keislaman orang lain di samping dosa kerana menganjurkan pemutusan hubungan silatur-rahim sesama umat Islam semata-mata kerana tidak sehaluan dalam berparti politik yang kononnya partinya adalah parti Islam walhal yang meluluskan pendaftaran parti berkenaan adalah pegawai beragama Hindu atas persetujuan penjajah kerana penjajah melihat parti yang kononnya Islamik itu berpotensi besar memporak-purandakan umat Islam di negara ini.

Wednesday, May 18, 2011

COME-BACK (21/2011)

Betulkah saya mengkhianati Pas?

KESIAN demo, molek-molek dok alik serego, nyo gi lopat masuk nerako tak dok pasa-pasa. Ketnyo dan lagi kalu demo nok tobat. Lopat masuk serego semula.

Saya tergamam dengan omelan kawan lama yang memang orang kuat Pas, pantang terlatah akan diucap 'mampus Umno, hidup Pas'.

Dia juga selalu menyebut 'masuk Isle la wei' kepada orang yang bukan sokong Pas. Baginya orang yang bukan penyokong Pas bukan Islam.

Walaupun barangkali dia hanya bergurau tetapi Islam bukan barang benda yang boleh dibuat main-main atau bahan jooker.

Dia juga tanya kenapa saya sanggup khianati Pas yang baginya bermakna saya mengkhianati syurga, setidak-tidaknya menolak syurga dan sengaja membina jambatan ke neraka.

Saya akui padanya memang betul saya sedang dan akan membantu Umno bagi menumbangkan Pas di Kelantan pada PRU-13 atas tuntutan fardu kifayah, sekurang-kurangnya pada saya.

Berapa juta Umno bayar? Itu yang ditanyanya. Seolah-olah sudah menjadi suatu kewajipan atau syarat induk, bila masuk Umno pasti dibeli. Kononnya macam Kickdefella.

Kickdefella kalau Umno beli pun memang ada kullihanya, beliau orang ilmu sakan. Saya apa yang ada. Rasanya samas pun Umno tak akan sanggup beli saya.

Saya pun tidak merasa sedih kalau Umno mahu pun Pas atau mana-mana pihak menilai saya lebih rendah dari samas kerana saya tahu tahap keilmuan dan standard saya.

Justeru itu saya lebih suka memilih hidup cara saya, tidak statik dalam memberi sokongan kepada mana-mana parti politik.

Pada PRU-13 saya akan cuba bantu Umno untuk tumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Saya pernah menjadi Setiausaha Jawatan Kemajuan Dan Keselamaan Kampung (JKKK) di kampung kelahiran saya masa Allahyarham Tan Sri Mohamed Yaacob jadi MB Kelantan.

Kalau Umno gagal memenuhi citarasa rakyat selepas tawan Kelantan nanti, saya tidak teragak-agak akan bantu Pas untuk tumbangkan Umno pula nanti, bukan kerana khianat tetapi demi kepentingan ramai, bukannya kerana kepengtingan peribadi.

Itulah saya yang jarang orang boleh faham, kecuali orang macam Saudara Mohd. Sayuti Omar (MSO) dan beberapa orang yang lain dengan bilangan terlalu kecil. Orang macam MSO kalau ditanya berapa Umno bayar/beli saya, pasti dia akan ketawa sampai terkentut!

Tuesday, May 17, 2011

COME-BACK (20/2011) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Dulu titisan air mata duka, kini titisan air mata terharu

SAYA ditakdirkan lahir sebagai seorang lelaki yang mudah dan banyak menangis. Masa kecil saya menangis kerana dahagakan paduan kasih sayang ibubapa. Saya tidak memperolehinya kerana saya mangsa perceraian ibubapa. Saya hanya menumpang kasih sayang mokwo dan tokcik.

Setelah berkahwin dan mempunyai anak saya banyak menangis kerana menyedari kegagalan saya sebagai ketua keluarga, menjadikan antara anak-anak gagal mendapat kasih sayang ibubapa. Lama saya menangis bila berlaku perceraian antara saya dengan Tok Ngulu Kak Lah kerana saya sedar perceraian akan menyebabkan anak-anak gagal mendapat paduan kasih sayang ibubapa.

Tapi apakan daya saya untuk merubah takdir. Lagi pun yang menuntut cerai adalah bekas isteri saya, malah kerana kemaruk mahukan perceraian dia sanggup nusyuz dengan meninggalkan rumah berbulan-bulan sebelum saya lafaz cerai dan masih nusyuz masa dalam idah. Saya yakin apa yang berlaku ada hikmahnya,

Sekarang saya masih menangis dalam senyum dan tawa tetapi bukan kerana sedih tetapi kerana gembira. Pertama kerana bekas isteri mendapat suami yang mampu memebawanya ke syurga. Kedua kerana saya telah ditemukan Allah dengan bakal isteri yang amat menyayangi, menghormati dan berjuang untuk mendaulatkan saya sebagai seorang manusia.

Tambah menyebabkan air mata gembira saya gugur kerana pertama kalinya saya melihat anak-anak saya begitu gembira, merasa dihormati, dihargai dan dimuliakan dengan curahan kasih sayang bakal isteri saya yang mereka panggil 'ibu'. Cucu-cucu juga amat gembira dan ceria.

Setiap pagi anak bongsu mendapat ciuman seorang ibu dan kata-kata rangsangan supaya rajin belajar dan kesannnya terbukti pretasi pembelajaran anak bongsu semakin baik manakala anak-anak yang lain sangat ceria, malah kami mula makan bersama, bukan seperti sebelum ini yang mana kalau kami makan bersama pun hanya pada waktu berbuka puasa, hanya sebulan dalam setahun. Semua anak-anak turut mendapat ciuman sayang seorang ibu dari 'ibu'.

Saya sendiri mula diperingatkan tentang waktu sembahyang, waktu makan, waktu makan ubat, malah bila masanya untuk kerat kuku, gunting rambut dan ende misai serta janggut pun diperingatkan, malah saya mula dapat merasakan tangan lembut seorang wanita memandikan saya, mesampo rambut, malah tanpa rasa jijik membersihkan tahi telinga saya.

Apakah saya tidak perlu merasa bangga, megah dan bersyukur kepada Allah apabila dianugerahkan seorang isteri (bakal isteri) yang sedemikian berkualiti sebagai isteri, sebagai ibu dan sebagai nenek walaupun standard antara saya dengan dia jauh macam langit dengan bumi, dia adalah intan sedangkan saya hanya gerek.

Kesedihan saya kerana terpaksa bercerai (setelah memilih untuk berkahwin dulu saya tidak mahu bercerai sampai mati, kerana itulah walaupun dihina sebagai suami, saya hanya diamkan diri dan banyak mengalah) kini terubat dengan kemunculan bakal isteri baru yang bukan hanya mahukan saya tetapi juga mahukan anak-anak, cucu-cucu dan seluruh keluarga saya yang lebih rendah standardnya dari keluarga dia.

Dia tidak menuntut wang hantaran RM10,000 atau majlis persandingan macam pengantin yang baru pertama kali kawin diadakan di hotel mewah tanpa menjemput anak-anak, cucu, emak dan adik beradik kerana takut nampak 'darat gong' pada mata tetamu. Anak-anak dan keluarga, apatah lagi ibu dan adik beradik sedarat gong mana pun mereka tidak akan dihina dan diletak bawah tapak kaki.

Dia mahu majlis perkahwinan secara sederhana dihadiri oleh semua anak cucu, jangan seorang pun uzurkan diri. Seburuk mana pun ibu dan sedarat gong mana pun adik beradik dan saudara mara saya tetap mahu dirai dan dimuliakan melebihi tetamu-tetamu lain, dia tidak mahu saya jadi umpama Si Tanggang atau Awang Buntal Anak Derhaka atau Si Malim Kundang.

Anak cucu 'nak bbuas, bbuaslah' tak bimbang takut pasu bunga dan barangan perhiasan pecah, kalau pecah, runtuh dan lebur rumah sekali pun kerana anak cucu tak apa, ada pitih buat rumah lain, anak cucu tak payah diugut kena ganti.

Itu yang membuatkan saya yakin dia ikhlas mahu bersuamikan saya dan membuka pintu hati saya untuk berkahwin kali kedua dan yang terakhir dalam hidup saya. Insyaallah!

Monday, May 16, 2011

COME-BACK (19/2011)

Bidang kemediaan tidak akan dipisahkan dari hidup

IBARAT irama dengan lagu yang tidak boleh dipisahkan, maka demikian jugalah saya yang tidak mungkin menjauhkan diri, apatah lagi meninggalkan dunia kemediaan yang telah menjadi denyut nadi saya selama kira-kira 34 tahun.

Penerjunan saya ke bidang perladangan adalah bagi membantu bakal isteri saya meluaskan penguasaannya dalam pengurusan ladang manakala saya akan terus membangunkan bidang penerbitan akhabr mingguan, majalah bulanan dan buku, malah itulah yang dia mahu saya lakukan: jangan undur dari perjuangan dan mesti bangkit dari kejatuhan.

Insyaallah dengan adanya anak saya yang mengaji dalam bidang komunikasi massa (penyiaran) dan anak bakal isteri pula mengaji dalam bidang yang hampir serupa, kami merancang akan mewujudkan radio net dan tv net jika mereka mahu bekerja sendiri dan tidak mengharapkan kerja makan gaji sebagai punca rezeki.

Antara bekas dengan bakal isteri, banyak perbezaannya. Bekas tidak suka saya meneruskan kerja-kerja menerbit, malah dulu ketika kami masih jadi suami isteri dia kata jika saya teruskan juga bidang penerbitan katanya dia akan pohon perceraian manakala bakal isteri pula mahu saya lipatgandakan usaha untuk muncul sebagai penerbit yang berjaya kerana minat, pengalaman dan kemahiran saya adalah dalam bidang berkaitan.

Bekas isteri lebih yakin kepada kerja makan gaji (bergayut pada batu pelir sapo-sapo) kononnya baru ada jaminan masa depan manakala bakal isteri lebih suka berdikari dan tidak mahu terikat dengan kerja bertuankan/berbosskan sesiapa. Mungkin tahap pendidikan dan latar keluarga yang berbeza. Bakal isteri memiliki diploma dalam bidang pengurusan perniagaan dan yakin kepada sabda Rasulullah s.a.w. bahawa 99 peratus rezeki datang dari perniagaan.

Bekas isteri yakin kalau saya terus buat apa yang telah saya buat saya akan gagal kerana kononnya bidang yang saya usahakan tidak ada masa depan walaupun hakikatnya itulah punca rezeki yang telah menyuap saya sekeluarga, yang membolehkan dia dapat membeli barangan kemas dari jenis yang mampu menjadi perhiasan melebihi keupayaan pemilikan isteri exco, malah bidang itulah yang membantu membina nama dan tempat dalam politik seperti sekarang.

Manakala bakal bini yang jauh lebih berada dengan keluarganya pula dari orang ternama dengan memiliki ladang sawit sendiri, yakin saya akan berjaya setelah acap kali gagal kerana katanya tidak ada jaya tanpa gagal apatah lagi jika tidak ada sokongan moral, terutama doa dan harapan dari seorang isteri yang tidak reti bersyukur dengan rezeki anugerah-Nya. Gagal juga adalah ilmu yang tidak akan diperolehi dari kolej. Orang yang mahu berjaya katanya kena berterima kasih kepada kegagalan.

Bakal isteri mahu saya teruskan usaha saya dengan janji akan menghulurkan segala bentuk bantuan, terutama dalam bentuk doa atas nama seorang isteri di samping akan sentiasa bangga dengan usaha suami dan akan sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya, bukannya mendoakan dan berperanan menggagalkan usaha saya semata-mata kerana apa yang saya buat tidak labakan kepentingan parti politik tertentu atau pihak tertentu,

Bakal isteri juga adalah seorang aktivis politik tetapi tidak terlalu mengabdikan diri sehingga politik mengatasi segala kepentingan dan keperluan. Keutamaannya adalah kebahagiaan keluarga, terutama anak-anak yang dianggapnya sebagai anugerah dan amanah Allah yang sama sekali tidak boleh diabaikan, terutama dalam bentuk kasih sayang, perhatian dan kemesraan serta kepedulian tentang masalah yang dihadapi.

Baginya calang-calang orang boleh membentuk kemahiran dalam bidang kemediaan, apatah lagi untuk menjadi seorang penerbit. Kalau tidak dimenfaatkan kemahiran yang ada yang mana akan ada pula yang dapat tumpang cari makan, bermakna anugerah-Nya tidak disyukuri. Baginya kepentingan dan kebajikan ramai kena lebih diutamakan dari kepentingan sendiri. Pendirian dan prinsip hidupnya selari dan sejalur dengan pendirian dan prinsip hidup saya.

Bergantung kepada pengaruh orang atau mengharapkan ihsan orang, termasuk untuk dapatkan sekampit beras percuma, uniform sekolah anak-anak secara percuma, saham ladang rakyat dan sebagainya yang merupakan antara taktik dan teknik parti politik untuk dapatkan sokokngan dan undi ibarat bergayut pada dahan yang mumut dan rapuh, terdedah kepada akan jatuh bercelabak pada bila-bila masa sahaja.

Saya dan bakal isteri sekepala: mahu menjadi orang yang lebih memberi budi dari orang menerima budi supaya kami tidak akan terikat dengan 'termakan budi' untuk buat dan cakap apa yang kami suka dan merasakan perlu kami cakap dan buat demi tuntutan fardu ain mahu pun fardu kifayah.

Dengan kata lain dan sebagai kata kunci, rakyat negara ini akan membaca kembali akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku-buku terbitan saya tidak lama lagi yang mana saya akan hanya memberi tumpuan kepada pentadbiran dan editorial manakala soal kewangan dan pelaburan akan akan diseliakan oleh bakal isteri yang lebih berkelayakkan dan berilmu dalam bidang berkaitan.

Hasrat kami supaya kesembilan-sembilan anak kami, enam anak saya dan tiga anaknya yang akan kami gezetkan sebagai anak bersama tanpa ada sebarang perbezaan akan kami pastikan menikmati hidup selesa hasil usaha kami yang tanpa kenal erti penat dan lelah serta kesempitan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi.

Sunday, May 15, 2011

COME-BACK (18/2011)

Dari bidang kemediaan ke ladang sawit

TAKDIR yang menemukan saya dengan Norsita Abd Rahim yang bakal saya nikahi untuk menggantikan bekas bini yang amat menghina saya telah merubah rutin hidup harian terkini saya seratus peratus darjah.

Dari berdepan dengan penyibaran ilmu dan makkumat, kini saya terdedah dengan pokok-pokok sawit dan kerenah para pekerja yang beranika-ragam, dua cabang dan cara kehidupan yang berbeza, sekaligus berlaku sedikit kejutan budaya, malah adakalanya tidak ada langsung soal-soal politik bermain dalam kepala seperti lazimnya sejak puluhan tahun.

Letih, lenguh sana lenguh sini menjadikan bila Norsita memandu saya boleh berdengkur. Kerana biasa dengan kerja lasak, walaupun dia seorang perempuan, ternyata dalam meredah ladang sawit dan berdepan dengan pelbagai cabaran, dia lebih agresif dan aktif. Walaupun letih saya seronok kerana dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara memandangkan sawit adalah antara komoditi utama negara.

Pun begitu banyak masalah yang dihadapi, terutama dalam menyelesaikan masalah-masalah kronik, akal dan pemikiran lelaki tetap mengatasi akal, rencana, rangka dan kerangka pemikiran sorang wanita. Ada hal-hal yang Norsita dah putus asa untuk selesaikannya telah dapat saya bereskan pada saat-saat akhir. Pengalaman bekerja dalam keadaan tertekan yang lazim dalam industri kemediaan banyak membantu saya menyelesaikan masalah pada saat-saat akhir.

Terima kasih pihak pengurusan Felcra Kruak, Pondok Nyamuk dan Panchor Merah kerana rekod cemerlang Norsita dalam memberi khidmat penuaian buah, prunning dan kerja-kerka berkaitan yang diperlukan dalam perladangan sawit, kami diberi peluang memberi perkhidmatan di ketiga-tiga kawasan yang terletak di Terengganu sebagai projek permulaan kami di kawasan timur semenanjung.

Saya sedang belajar pada peringkat ABC dengan Norsita berkaitan dengan bidang yang sangat hijau benar bagi saya ini kerana selama kira-kira 34 tahun, saya telah mengabdikan diri dalam bidang kemediaan, saya baru tercebur dalam bidang sawit yang merupakan antara komoditi negara dan yang membantu memantapkan ekonomi dan memakmurkan rakyat dan negara.

Janji dan azam saya bersama Norsita adalah untuk membantu Felcra mencapai target pengeluaran, bermula dengan Felcra Kruak, Pondok Nyamuk, sekaligus akan cuba mengubah mentaliti bahawa yang paling berbisa dalam kerja-kerja menuai buah, prunning dan kerja-kerja lain berkaitan dengan industri sawit adalah rakyat asing, terutama lelaki Lombok.

Saya dan Norsita kata TIDAK kepada mentaliti seperti itu. Anak muda tempatan juga mampu menjadi lebih hebat dari lelaki Lombok sekiranya diberi peluang, kepercayaan, bimbingan dan diurus secara profesional. Justeru itu kami guna taktik dan teknik punggah anak muda tempatan ke ladang.

Anak-anak muda tempatan perlu disedarkan bahawa terlibat dalam merancak dan mencergaskan penghasilan komoditi negara adalah tanggungjawab mereka demi agama, bangsa dan negara. Mereka tidak semestinya membiarkan wang negara terus dialirkan keluar, terutama oleh lelaki Lombok manakala mereka sebagai anak muda tempatan terpaksa menagih dari makbapak untuk sarapan dan beli rokok.

Berdasarkan pengalaman Norsita yang menjalankan kerja-kerja serupa di Kampung Gajah Perak, setiap lelaki Lombok sebagai penuai buah dan prunning sawit menghantar pulang paling kurang RM1,000 ke negara mereka setiap bulan. Bayangkan berapa ribu juta wang negara mengalir keluar setiap bulan kerana warga negara asing jumlahnya berjuta-juta di negara ini.
Dalam industri sawit sahaja, pada umumnya dimonopoli oleh lelaki Lombok, ketika anak-anak muda kita asyik bermain guitar di atas tembok, lepak di pasar-pasar raya (tidak termasuk yang punah kerana salah guna dadah), warga asing sedang mengumpul wang di ladang-ladang.

Berapa ramai anak-anak muda, malah ramai para pekerja, termasuk kakitangan kerajaan yang bergaya dengan tali leher hampir sebesar papan dinding dan papan lantai yang dapat mengumpul perolehan bersih RM1,000 sebulan sebagai simpanan sebagaimana lelaki Lombok dapat hantar pulang ke negara mereka?

Atas kesedaran itulah, maka saya dan Norsita cuba mengubah mentaliti dan tradisi dengan menggunakan tenaga kerja anak muda tempatan bagi menggantikan lelaki Lombok dalam industri sawit dengan dimulakan di Felcra Kruak, Pondok Nyamuk dan Panchur Merah. Sebagai permulaan 100 pemuda tempatan digunakan.

Sebagaimana lelaki Lombok, saya dan Norsita mahu anak-anak muda tempatan memperolehi pendapatan macam lelaki Lombok, sekurang-kurangnya boleh membuat simpanan tidak kurang dari RM1,000 sebulan sebagai persediaan pada masa tua masing-masing. Tidak ada sebab kenapa bila lelaki Lombok boleh buat, maka lelaki tempatan tidak boleh buat kerana saiz badan serupa sahaja.

Rancangan jangka panjang kami yang kami harap akan mendapat sokongan moral dari pelbagai pihak, termasuk kerajaan, adalah bagi mengendalikan kursus penuaian, prunning dan pelbagai kerja berkaitan dengan industri sawit dengan para peserta akan dibiayai oleh MLVK bagi melahirkan para pekerja tempatan dalam industri sawit yang terlatih dan profesional supaya pengaliran keluar wang negara boleh dikurangkan di samping tidak akan berlaku pengangguran di kalangan anak muda tempatan yang akan berada dalam ibarat semut mati dalam gula, tikus mampus dalam beras.

Kena ada kesedaran dan azam supaya nanti para pekerja ladang akan menjadi rebutan oleh kalangan yang ada anak dara untuk dipilih sebagai menantu kerana kocek sentiasa penuh di samping rezeki yang perolehi akan lebih berkat kerana kerja menggunakan kudrat dan menumpahkan keringat di samping turut akan menerima doa dari pokok-pokok yang dijaga kerana antara kelaziman yang dilakukan oleh pokok adalah bertasbih tanpa henti kepada Maha Pencipta.

Pokok-pokok dan binatang ternakan pasti akan membalas budi kepada mereka yang menjaganya dan yang menjadi pengantara hasil buah pokok dan sebagainya dapat sampai kepada makhluk-Nya yang memerlukan. Dengan berada bersama pokok atau binatang ternakan juga akan menyedarkan kita tentang kehebatan Allah!