Sunday, May 15, 2011

COME-BACK (18/2011)

Dari bidang kemediaan ke ladang sawit

TAKDIR yang menemukan saya dengan Norsita Abd Rahim yang bakal saya nikahi untuk menggantikan bekas bini yang amat menghina saya telah merubah rutin hidup harian terkini saya seratus peratus darjah.

Dari berdepan dengan penyibaran ilmu dan makkumat, kini saya terdedah dengan pokok-pokok sawit dan kerenah para pekerja yang beranika-ragam, dua cabang dan cara kehidupan yang berbeza, sekaligus berlaku sedikit kejutan budaya, malah adakalanya tidak ada langsung soal-soal politik bermain dalam kepala seperti lazimnya sejak puluhan tahun.

Letih, lenguh sana lenguh sini menjadikan bila Norsita memandu saya boleh berdengkur. Kerana biasa dengan kerja lasak, walaupun dia seorang perempuan, ternyata dalam meredah ladang sawit dan berdepan dengan pelbagai cabaran, dia lebih agresif dan aktif. Walaupun letih saya seronok kerana dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara memandangkan sawit adalah antara komoditi utama negara.

Pun begitu banyak masalah yang dihadapi, terutama dalam menyelesaikan masalah-masalah kronik, akal dan pemikiran lelaki tetap mengatasi akal, rencana, rangka dan kerangka pemikiran sorang wanita. Ada hal-hal yang Norsita dah putus asa untuk selesaikannya telah dapat saya bereskan pada saat-saat akhir. Pengalaman bekerja dalam keadaan tertekan yang lazim dalam industri kemediaan banyak membantu saya menyelesaikan masalah pada saat-saat akhir.

Terima kasih pihak pengurusan Felcra Kruak, Pondok Nyamuk dan Panchor Merah kerana rekod cemerlang Norsita dalam memberi khidmat penuaian buah, prunning dan kerja-kerka berkaitan yang diperlukan dalam perladangan sawit, kami diberi peluang memberi perkhidmatan di ketiga-tiga kawasan yang terletak di Terengganu sebagai projek permulaan kami di kawasan timur semenanjung.

Saya sedang belajar pada peringkat ABC dengan Norsita berkaitan dengan bidang yang sangat hijau benar bagi saya ini kerana selama kira-kira 34 tahun, saya telah mengabdikan diri dalam bidang kemediaan, saya baru tercebur dalam bidang sawit yang merupakan antara komoditi negara dan yang membantu memantapkan ekonomi dan memakmurkan rakyat dan negara.

Janji dan azam saya bersama Norsita adalah untuk membantu Felcra mencapai target pengeluaran, bermula dengan Felcra Kruak, Pondok Nyamuk, sekaligus akan cuba mengubah mentaliti bahawa yang paling berbisa dalam kerja-kerja menuai buah, prunning dan kerja-kerja lain berkaitan dengan industri sawit adalah rakyat asing, terutama lelaki Lombok.

Saya dan Norsita kata TIDAK kepada mentaliti seperti itu. Anak muda tempatan juga mampu menjadi lebih hebat dari lelaki Lombok sekiranya diberi peluang, kepercayaan, bimbingan dan diurus secara profesional. Justeru itu kami guna taktik dan teknik punggah anak muda tempatan ke ladang.

Anak-anak muda tempatan perlu disedarkan bahawa terlibat dalam merancak dan mencergaskan penghasilan komoditi negara adalah tanggungjawab mereka demi agama, bangsa dan negara. Mereka tidak semestinya membiarkan wang negara terus dialirkan keluar, terutama oleh lelaki Lombok manakala mereka sebagai anak muda tempatan terpaksa menagih dari makbapak untuk sarapan dan beli rokok.

Berdasarkan pengalaman Norsita yang menjalankan kerja-kerja serupa di Kampung Gajah Perak, setiap lelaki Lombok sebagai penuai buah dan prunning sawit menghantar pulang paling kurang RM1,000 ke negara mereka setiap bulan. Bayangkan berapa ribu juta wang negara mengalir keluar setiap bulan kerana warga negara asing jumlahnya berjuta-juta di negara ini.
Dalam industri sawit sahaja, pada umumnya dimonopoli oleh lelaki Lombok, ketika anak-anak muda kita asyik bermain guitar di atas tembok, lepak di pasar-pasar raya (tidak termasuk yang punah kerana salah guna dadah), warga asing sedang mengumpul wang di ladang-ladang.

Berapa ramai anak-anak muda, malah ramai para pekerja, termasuk kakitangan kerajaan yang bergaya dengan tali leher hampir sebesar papan dinding dan papan lantai yang dapat mengumpul perolehan bersih RM1,000 sebulan sebagai simpanan sebagaimana lelaki Lombok dapat hantar pulang ke negara mereka?

Atas kesedaran itulah, maka saya dan Norsita cuba mengubah mentaliti dan tradisi dengan menggunakan tenaga kerja anak muda tempatan bagi menggantikan lelaki Lombok dalam industri sawit dengan dimulakan di Felcra Kruak, Pondok Nyamuk dan Panchur Merah. Sebagai permulaan 100 pemuda tempatan digunakan.

Sebagaimana lelaki Lombok, saya dan Norsita mahu anak-anak muda tempatan memperolehi pendapatan macam lelaki Lombok, sekurang-kurangnya boleh membuat simpanan tidak kurang dari RM1,000 sebulan sebagai persediaan pada masa tua masing-masing. Tidak ada sebab kenapa bila lelaki Lombok boleh buat, maka lelaki tempatan tidak boleh buat kerana saiz badan serupa sahaja.

Rancangan jangka panjang kami yang kami harap akan mendapat sokongan moral dari pelbagai pihak, termasuk kerajaan, adalah bagi mengendalikan kursus penuaian, prunning dan pelbagai kerja berkaitan dengan industri sawit dengan para peserta akan dibiayai oleh MLVK bagi melahirkan para pekerja tempatan dalam industri sawit yang terlatih dan profesional supaya pengaliran keluar wang negara boleh dikurangkan di samping tidak akan berlaku pengangguran di kalangan anak muda tempatan yang akan berada dalam ibarat semut mati dalam gula, tikus mampus dalam beras.

Kena ada kesedaran dan azam supaya nanti para pekerja ladang akan menjadi rebutan oleh kalangan yang ada anak dara untuk dipilih sebagai menantu kerana kocek sentiasa penuh di samping rezeki yang perolehi akan lebih berkat kerana kerja menggunakan kudrat dan menumpahkan keringat di samping turut akan menerima doa dari pokok-pokok yang dijaga kerana antara kelaziman yang dilakukan oleh pokok adalah bertasbih tanpa henti kepada Maha Pencipta.

Pokok-pokok dan binatang ternakan pasti akan membalas budi kepada mereka yang menjaganya dan yang menjadi pengantara hasil buah pokok dan sebagainya dapat sampai kepada makhluk-Nya yang memerlukan. Dengan berada bersama pokok atau binatang ternakan juga akan menyedarkan kita tentang kehebatan Allah!

18 comments:

Sang Guna said...

salam abe Li,
memeng benar apa yg kau ckp, kita ada byk lebihan tenaga kerja yg rata2nya masih muda.
Tak malu diorang dgn org2 tua yg dah pencen masih kerja cari rezeki.
Aku klu dapat peluang berbakti dgn tanah, mahu jugak menceburkan diri sepenuh masa.

Anonymous said...

kawe pun nak juga meli...tapi bila tengok ko umar rasa tak larat doh, ibarat kata rumah kata pegi tanah kubur kata mari-mari.
Tumpang sebelah kaki guano?

Anonymous said...

meli...bini baru mu ni org kaya,mesti la mu nk,dulu mu tumpang melah mu tu,mugo cerai doh gak...sedak la dok kata mcm2,loni mu nok tumpang bakal bini mu pulok ker,betul dok?

melikapakjangak said...

SAYA memang seorang yang menumpang, termasuk menumpang hidup di bumi Allah.

Anda nampaknya cukup tahu, lebih tahu dari apa yang saya tahu tentang diri saya.

Berapa banyak harta Melah ada, berapa juta gaji Melah sebagai tok pengulu yang boleh kata selama kening saya hidup dengan menumpang Melah?

Terlalu tinggi penghinaan anda terhadap saya sehingga saya dicap sebagai kerana bakal bini baru saya kaya, maka saya nak 'kan dia.

Hakikatnya saya tidak pernah ambil tahu Norsita Abd Rahim kaya atau tidak. Dia bukan jenis berjangak, tidak bermake-up, malah bergincu pun tidak. Dia tidak memakai barang kemas.

Yang saya tahu dia seorang wanita yang gigih dan berjaya dalam perniagaan. Dia banyak memberi motivasi kepada saya supaya kembali bangkit dari kejatuhan.

Dia kata saya ada telent untuk kembali bangkit dan menjadi usahawan yang berjaya kalau saya ketepikan rasa kecewa dan putus asa dari gagal.

Dia jatuh hati dengan saya bukan kerana saya kaya atau kerana saya segak kerana saya kaya bukan segak pun tidak. Yang diharapkan dari saya hanyalah kasih sayang dan kesetiaan sebagai suami dan saya kena menjadi bapa kepada anak-anaknya.

Saya menerimanya kerana dia bukan sahaja menerima saya tetapi juga anak-anak saya. Dia datang ke rumah dengan bergaul mesra dengan anak-anak yang mana-mana anak amat menyenanginya.

Dia memilih saya rasanya kerana simpati. Dia menganggap saya dihina dan dimalukan oleh tindakan bekas isteri.

Anonymous said...

penat sungguh la org hok kata ko demo tu meli,untuk mbuktikan demo bukan gitu meli,apa kata demo wak sumpah laknat....eh eh boleh ke wak sumpah laknat kes gini,ambo xtahu,sajo2 suruh jah,hahahaha.

Anonymous said...

bukan nok hino,ker ambo tanya jah tu,jgn otok dah....relax la boh,

ke dia nk pgunakan demo meli?atau demo nk mpgunakan dia,klu tgk ko cara demo tulis ni,pasal ladang2 ni,haaaaa....pelik ni,mugo demo kerja2 xdok mana sebelum ni,dok main kokse jah,

klu xdok niat byk pun,mesti ada sikit2 niat nk tumpang,biasa doh tu...xleh lari doh boh,

klu bakal bini demo tu kerja tukang sapu,dia ikhlas setaro mana pun ko demo,sayang ko anak2 demo,mesti demo mikir 10kali juga ker?nk perok anak lagi,nak perok bini baru lagi,kita kerja gitu2 jah,time ada...ada,time dok gak...xdok,ko gano boh??

bunyi khabar dia kuat umno.

melikapakjangak said...

Sapo kata kawe tak ada kerja? Saya sentiasa bekerja. Tidak timbul soal saya tumpang Melah bekas bini kawan, dia sendiri ada harta banyak mana?

Masa saya takdok kerja, say bagi sewa permit suratkhabar kawan. Betul kawan tak kerja tapi ada masuk, RM3,000 sebulan wei sewa permit, hasil menulis saya pun ada setiap bulan.

Cumanya saya tak kerja makan gaji tetapi belum tentu pendapatan say lebih rendah dari orang makan gaji.

Tidak timbul bakal bini saya nak pergunkan saya. Urusniaga dalam perldangan guna modal dia sepenuhnya, saya hanya cari pekerja.

Saya pula nak pergunakan dia untuk apa? Dah kawin tentulah kena guna, acap tu dok manalah gamoknya, setakat 21 kali seminggu Insyallah.

Ini soal jodoh dan hikmah. Pasti ada hikmahnya kenapa kami dipertemukan dan Insyallah akan nikah.

Bekas bini saya tuntut cerai pun pasti ada hikmah, setidak-tidaknya dia dah dapat suami yang akan medmbimbingnya ke syurga kerana suaminya orang Pas. Saya Pas tidak Umno pun bukan.

Bakal bini saya memang orang Umno dan kiranya dia ada jiho jugalah di bahagian Tapah. MB Perak kenal dia dan dia juga sangat rapat dengan TMB Kelantan sekeluarga.

Dia pernah tinggal di Berangan Tumpat agak lama, malah pernah dapat kawasan unuk tnaman sawit yang diluluskan oleh kerajaan negeri tetapi tanah yang diluluskan itu kena kebun orang.

Kami saling kenal mengenal selepas saya bercerai dengan beks bini saya, bukan sebagai suami bini saya yang muncul dalam hidup bini saya ketika kami masih belum bercerai.

Kami belum nikah kerana kami mahu anak-anak kami nsaling kenal mengenali kami dalam erti kata sebenar sebelum kami bersatu.

Doakan kebahagiaan kami tanpa sebarang prejudis.

Anonymous said...

oloh meli,aloh ko org....,klu org kata ko mu gak,mu terasa terhino slalu,pah mu dok kata ko org mcm2...ingat org tak ada perasaan ko?klu kena atas batang hidung sdiri...mcm2 la mu jawap,gitu la gini la...
aku xtau pasal kes gapo benar ni,tapi hoo gitu la...aloh ko org.

ambo org aloh ko bachok

Anonymous said...

"Saya pula nak pergunakan dia untuk apa? Dah kawin tentulah kena guna, acap tu dok manalah gamoknya, setakat 21 kali seminggu Insyallah."

patut la kopek bekas bini dia besar pelik,besar gituuu....ooooooooo tau doh la bakpo,kasihan bini baru mu kali ni,habis la dia,jadi supo x-wife mu la,hahahahaha....sumak molik meli,jangan duk sumak ko lubang jubo,haram.

Anonymous said...

21 kali seminggu bahagi 7hari bermakna 3xshari meli akan mgadakan hubungan sex dgn bini baru,gila sex sungguh org tua ni,hahahahaha....hebat demo meli,makan ubat cap gapo eh.

Anonymous said...

Demo meli jange dok blajo dr Anuar Brahim tibai pelacor lube depan dan jubo pekeja jante sudah ler...

Mu tibai ore betino mu 10x sehari pun tak apo, halal

Tuh malaun yang sakit hati xmampu seks 3 kali sehari cemburu gapo...

haleem said...

li adatak 10 000 ekar tanah kosong ..apabila buyer beli dia tak payah syer dengan sapa sapa .harga sekitar rm 2000 kebawah li tolong adjust 'kawe dah 5 kali minum air rumah demo

ffredrick peterson said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (fredrickpetersonloan@gmail.com) dan mendapat pinjaman anda hari ini
Regards,
Fredrick Peterson pasukan pelaburan

Bensonmoore said...

Tawaran Terbaik untuk Buah Pinggang Urus dibeli dengan jumlah maksimum $ 800,000.00USD. B + ve, O + ve dan A + ve adalah Urgently Needed di Apollo Hospitals India sesiapa sahaja yang sanggup menjual buah pinggang / Nya yang salah, sepatutnya menghubungi kami serta-merta dan akan menawarkan anda semua Ubat dan Ubat Terbaik. Kami terletak di India, Kanada, UK, Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan dan lain-lain. Kami membayar Wang Pendahuluan anda sebelum Pembedahan, Hubungi kami sekarang, WHATSAPP NUMBER: +61422359109 .. E-mel: jaslokhospital20@gmail.com
Salam Sejahtera: Dr David Kumah

Dr Nico Scott said...

Do you wish to sell your kidney in exchange of money? If yes.
Then contact today to get a reliable and good transaction.
Contact via below information Immediately
email: apollohospitalkidneydep@gmail.com
WhatsApp number: +918122208392
WhatsApp number: +6285692408306

Dr Nico Scott said...

Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com

Dr Nico Scott said...

Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com

Dr Nico Scott said...

Kidney donor needed urgently at Apollo Hospital, we offer huge amount for one kidney only contact me via WhatsApp number: +918122208392 Email: apollohospitalkidneydep@gmail.com