Monday, February 18, 2008

RESPON KEPADA KOMEN-KOMEN YANG DIHANTAR AKAN MULA DIBERIKAN MALAM NANTI

TERASA hilang seri hidup ini kerana kekurangan waktu untuk memberikan respon kepada komen-komen yang dihantar. Saya benar-benar dalam keadaan tidak cukup waktu dalam usaha untuk memastikan Fajar Islam muncul di pasaran.

Alhamdulillah setelah dua hari dua malam terpaksa bersekang biji mata, akhirnya Fajar Islam berjaya beredar di pasaran hari ini. Walaupun kelahirannya tidak cukup memuaskan hati, namun saya rasa cukup lega. Fajar Islam akan digerakkan oleh sepasukkan petugas mengikut pelan, rangka dan kerangka yang dah saya sediakan.

Pada kesempatan ini saya mengambil kesempatan merakamkan branyak-banyak terima kasih kepada kakitangan di kilang percetakan atas komitemen yang diberikan dan terpaksa bersabar berdepan dengan masalah terknikal kerana kami berasaskan pengalaman manual sedangkan anda semua mempraktikkan pengalaman pra-cetak dan cetak berteknologi tinggi.

Secara peribadi saya terasa amal kerdil berada di tengah-tengah industri percetakkan era terknologi tinggi. Alangkah bertuahnya anda yang berpeluang menyertai teknologi cetak era terkini, serba cepat dan serba mudah. Terima kasih atas komitmen yang diberikan dan secara tidak langsung anda telah mengilmukan saya dengan teknologi terkini percetakkan.

Sementara menunggu proses majalah bulanan Konsep disusun-letak dalam proses untuk diterbitkan semula dengan barisan petugasnya dikenalpasti nanti, maka saya kembali ada masa untuk menatap dan memberi respon kepada komen-komen yang dihantar ke blog saya, Insyaallah kalau tidak ada sebarang musakah, akan saya mulakan malam nanti.

Terima kasih di atas kesudian anda semua menyilau-kelih blog saya dengan alamat baru dan masih juga terus menghantar komen, mudah-mudahan ada faedahnya untuk kita bersama dengan yang baik kita jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan

Hormat dari Saya
RAMLI ABDUL HALIM
Tel: 7473587/7473585 (pejabat)
H/P:017-9871322 (24 jam)

14 comments:

Anonymous said...

Nampaknya MSO menyatakan pendirian yang agak tegas terhadap tulisan En Ramli sebagaimana disiarkan di: http://kelantankini.com/blog

"Ramli mungkin bertujuan baik dan mahu menyedarkan mana-mana oknum yang tidak sedar di dalam parti itu. Di sini saya tidak mahu mengupas mengenai apa yang ditonjolkan iaitu sikap orang PAS yang mengaku Islam dan mengkafirkan orang Umno. Bagi saya isu itu adalah lama dan tidak berbangkit serta perlu dibangkitkan lagi. PAS tidak lagi berpegang kepada pandangan begitu. Itu berlaku di era tahun 60an - 70an di zaman ulama dan ustaz oder lama.

Sdr Ramli mungkin sedikit ketinggalan maklumat mengenai hal ini atau pun tidak cuba mahu memahami akan perkembangan PAS mutakhir ini khasnya di bawah era ulama kepimpinan Tok Guru Nik Aziz yang dinamik dan progresif. Seingat saya, TG Nik Aziz tidak pernah mengkafirkan orang Umno atau pun bersetuju dengan pandangan usang sebelum ini. Malahan pendekatannya dengan Umno bahkan orang kafir sebenarnya (kafir ‘zimmi’ dan ‘harbi’) pun lunak. Dan sekiranya masih ada sisa-sisa orang Pas yang berpandangan demikian ia adalah di luar tanggungjawab TG Nik Aziz dan itu adalah pandangan peribadi. Saya rasa sdr Ramli pun faham dan mengerti hal ini.

Saya bersetuju dengan Ramli bahawa pilihan raya ini membimbangkan. Kalau tidak kena cara ia boleh menyebabkan Kelantan akan terlepas kepada Umno. Ada beberapa indikator dan perkembangan membayangkan kemungkinan itu. Misalnya soal perebutan calon dan juga sikap sesetengah orang Pas yang pentingkan agenda peribadi dari agenda perjuangan dan berusaha untuk memantapkan perpaduan parti. Ini bahaya."


sambungan artikel http://kelantankini.com/blog

Anonymous said...

MSO kata: "Saya bersetuju dengan Ramli bahawa pilihan raya ini membimbangkan. Kalau tidak kena cara ia boleh menyebabkan Kelantan akan terlepas kepada Umno. Ada beberapa indikator dan perkembangan membayangkan kemungkinan itu. Misalnya soal perebutan calon dan juga sikap sesetengah orang Pas yang pentingkan agenda peribadi dari agenda perjuangan dan berusaha untuk memantapkan perpaduan parti. Ini bahaya.

Kalau tidak dibatas dan dibendung ia akan menjadi masalah kepada PAS. Bagaimana pun saya tidak setuju dengan harapan atau pun ‘doa’ Ramli atas maslahat dan maksud apa sekali pun yang mahukan PAS kalah. Bagi saya berdoa agar PAS kalah berdosa besar!

Dalam konteks apa yang sdr Ramli marahkan itu PAS tidak bersalah. Yang bersalah adalah segelintir para pemainnya saja. Adalah tidak kena kalau disebabkan seekor kerbau yang membawa lumpur semua kerbau lain harus dihalau."

Anonymous said...

Meli nujum pak tolol!
1. Bakal MB demo Ustaz Dato Halim dah dikekal di Parlimen PC.
2. Sorang lagi bakal MB demo Ustaz Dato Mat Iraq dah diganti Ustaz Mat Mustopa di Demit.
3. Bakal Exco demo Buniamin dah disapu Husam di Salor.
4. Bakal Exco demo Hamid Aziz dah diganti Dr Md Md Daud di Tendong.
5. Bakal Exco demo Cikgu Pok Ya Kemuning dah diganti Imam Bukit Bako (Tok Imam Lotfi) atau Ustaz Rosli Mudir Maahad. Bagaimanapun, Cikgu Pok Ya masih tak berputus asa dan akan terus main ayat supaya dua-dua Tok Imam Lotfi dan Ustaz Rosli tarik diri supaya dapatlah dia kekal jadi calon.
Apa lagi ramalan demo, Meli wei??
Hahaha, mari kita gelakkan Meli.

Anonymous said...

Ambo tak puas hati manifesto PAS Kelantan, paling cikai pernah dibuat dalam sejarah. Apakah lojik janji nak samakan Jawatankuasa kira-Kira Wang Awam (PAC) dengan badan hisbah? PAC PAC la, hisbah hisbah la. Tongong punya Husam. Husam, apahal ngko berkeras nak kekal gak Saipul Bahrin yg banyak masalah akhlak tu di Selising mentang2 dia kroni ngko? Ngko nak tengok orang2 kuat Selising turun poster, turun bendera dan tutup markas boleh la. Tak caya ngko tanya la orang Selising.

wak hamad said...

Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia – Nik Aziz
Lanjusoh
Tue | Feb 19, 08 | 3:39:30 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

menjelaskan sekali sekala wajar digunakan perkataan yang agak keras

bagi menyedarkan manusia.



“Maka orang yang tolak Islam bermakna dia tolak anugerah Allah. Dan

kalau tolak anugerah Allah maksudnya setaraf dengan makhluk haiwan.

“Saya tidak guna perkataan political animal tetapi masih menggunakan

perkataan orang. Tidak guna istilah animal (binatang) hanya sekadar

saya sebut orang utan,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya

di sini, hari ini.

Baru-baru ini ketika bercakap kepada pemberita di Kedah Tuan Guru

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, PAS Kelantan bukan berdepan

dengan sebuah parti politik di negeri itu pada pilihan raya ini sebaliknya

orang utan yang tidak tahu undang-undang.

Menteri Besar berkata, tujuan menyebut istilah tersebut bagi

membolehkan kawan-kawan dalam Umno berfikir mengenainya dan

jangan mudah cepat melatah.

“Ini kerana sekali sekala kita beri nasihat dan sekali sekala kita kena

rotan kalau tidak endah juga. Ada masa kita nasihat dan ada masanya

kita rotan. “Saya sudah nasihat dan kalau tidak dengar juga terpaksalah

kita rotan,” ujarnya.

Beliau mengakui menggunakan istilah tersebut kerana ada manusia

berdegil enggan mengikut peraturan yang ditetapkan Allah Taala.

“Memanglah saya ada menyebut mengenai perkara itu. Bagi

menghidupkan manusia Allah Taala mencipta bumi, buat langit, buat

udara, buat air hujan, dan segala biji-bijian untuk manusia.

“Tujuan segalanya itu bagi membolehkan manusia mengabdikan diri

kepadaNya. Islam turun dari langit untuk manusia dan bukannya haiwan,”

tambah beliau. Menurutnya istilah itu tidak kasar pada pengertian

sebenar.

“Sekali sekala perlu juga digunakan bahasa yang agak kasar. Allah

Taala dalam al Quran menyebut al an' aam’ yang bermaksud binatang.

“Allah sebut orang yang menolak al Quran macam binatang. Saya hanya

sekadar sebut orang utan. Masih berlapik lagi menggunakan istilah

orang,” katanya.

Bekas pensyarah kanan di fakulti pengajian Islam UKM, Dr Mohammad

Daud berkata, tidak menjadi kesalahan apabila digunakan perkataan

orang utan bagi merujuk mereka yang enggan mematuhi peraturan

agama.

Katanya, istilah orang utan lebih kurang sama dengan orang Badwi yang

tinggal di padang pasir di negara-negara Arab kerana mereka kurang

bertamadun.

Kata beliau adalah wajar menggunakan istilah itu bagi merujuk kumpulan

manusia yang engkar terhadap perintah Allah Taala. - mj

MASALAH ORANG UTAN NI TAK DA APA-APA. IA HANYA

MANIFESTASI PERASAAN KECEWA PAK NIK KERANA LEBIH 40

TAHUN BERDAKWAH ORANG UMNO MASIH TAK TERIMA ISLAM

CARA PAS. ITU SAHAJA KOMEN AMBO. YANG SEBENARNYA

ORANG PAS PUN RAMAI BERTARAF ORANG UTAN KHASNYA

DALAM KEADAAN MABUK NAK JJADI CALON LA NI. ORANG

UTAN SANGGUP ROGOL MAK DAN ANAK SENDIRI BEGITULAH

JUGA ORANG PAS SANGGUP MEMBUANG KULIT MUKA MERAYU

NAK JADI CALON, SANGGUP PERUDOH ORANG LAIN, SANGGUP

BUAT FITNAH GI BISIK DAN GI LOBI. CUMA DARJAT ORANG

UTAN PAS TAK SAMA LAH DENGAN DARJAT ORANG UMNO.

ORANG UTAN PAS PAKAI KOPIAH , ORANGUTAN UMNO PAKA

SONGKOK. - WAK HAMAD



Advertensi [A]
Advertensi [D]
Solat hajat sempena pengumuman calon, orang ramai dijemput hadir
Awang Harun
Tue | Feb 19, 08 | 2:07:57 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Hrkh) – Badan Perhubungan PAS

Negeri Terengganu menjemput orang ramai hadir beramai-ramai ke

Majlis Pelancaran Manifesto PAS Pilihan Raya Umum ke-12 yang akan

diadakan di pekarangan Masjid Rusila pada malam esok (20 Februari).



Pegawai Penerangan PAS negeri, Ustaz Ismail Che Dagang berkata,

pada majlis itu juga akan diumumkan calon-calon PAS dan Parti

Keadilan Rakyat yang akan bertanding di negeri ini dalam pilihan raya

umum 8 Mac nanti.

Beliau juga mengingatkan hadirin supaya datang lebih awal untuk

menyertai solat hajat yang diadakan selepas solat Isyak yang akan

diimami oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Ustaz Abdul Hadi juga akan melancarkan manifesto PAS

peringkat Pusat bersama dengan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’

Mustafa Ali bagi peringkat negeri.

"Tayangan VCD juga diadakan sempena majlis tersebut yang dijadual

bermula jam 9.00 malam," ujarnya ketika dihubungi, hari ini

PAS MESTI MENANG DALAM URUSAN MENGUMUMKAN CALON.

PADA TAHUN 2004 WAK IKUTI PENGUMUMAN CALON DI KELATE,

TERENGGANU DAN SELANGOR, BUKAN MAIN HEBAT . DI

KELANTAN BUAT DI PADANG PERDANA, DI TERENGGANU BUAT

DI STADIUM MANAKALA DI SELANGOR BUAT DI TAMAN

MELEWAR, . BAHLOLNYA ORANG PAS NI DOK ULANG BENDA

SAMA TAPI HARAPKAN KEPUTUSAN BERLAINAN. KALU KITA

CAPUR CAT KUNING DENGAN CAT BIRU DIA AKAN JADI CAT

HIJAU, PUSING KOT MANA PUN TETAP JAWAPAN SAMA.

BAB MENGUMUM CALON MEMANG HEBAT LAH TAPI MENGUNDI

KALAH SEBAB PAS PENTINGKAN SEMANGAT BUKAN

KERJA..PENTINGKAN BENDERA BULAN DARI SOLAT TAUBAT

DAN BANTU ORANG SUSAH. MAPUH LAGI LAH PAS DALAM PRU

NI. CONGGAK AMBONYA PAS MENANG 4 KERUSI PARLIMEN

DAN 20 KERUSI DUN. TAK CCAYA NANTI TENGOK.- WAK HAMAD

PERINGAT




PAS Pahang gesa Utusan Malaysia tarik balik berita
Basiron Abdul Wahab
Tue | Feb 19, 08 | 4:08:41 pm MYT
TEMERLOH, 19 Feb (Hrkh) – PAS Pahang menggesa Utusan Malaysia

menarik balik berita bertajuk 'PKR Cabar Najib di Pekan' yang disiar

akhbar itu hari ini.



Ketua Peneranganya, Syed Abdul Rahman Al Khareed berkata,

pengarang akhbar berkenaan berniat jahat dan sengaja menyiarkan

berita propaganda untuk memburukkan imej Psuruhjaya PAS Pahang,

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

"wartawan berkenaan didapati berniat jahat dan terlalu ghairah

memburuk-burukkan PAS, begitu juga penyunting dan pengarangnya.

Mereka melakukan kesalahan fakta yang nyata.

"Kita menyifatkan ia bukan kesalahan tetapi memang disengajakan oleh

penulis, penyunting dan pengarangnya yang membenarkan

pembohongan fakta di dalam akhbarnya," katanya.

Hari ini akhbar berkenaan menyebutkan "Pada pilihan raya umum 2004,

Najib menang mudah mengalah calon PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man

dengan majoriti 22.922 undi'.

"Pernyataan itu adalah tidak benar, bohong dan berniat jahat kerana

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bukanlah calon yang bertanding di

kawasan Parlimen Pekan. Malah calon yang bertanding menentang

Najib di Pekan bukanlah calon PAS," katanya.

Hanya pada piliahn raya umum 1999, kata Syed Abdul Rahman, calon

PAS bertanding dengan Dato Seri Mohd Najib, Najib menang dengan

majoriti 241 sahaja. - mns

NI KES BERUK NAK BAIKI TELUR..HARAKAH KENA JAGA

STANDARD SIKIT LAH...CALON HAK LAWAN NAJIB PADA TAHUN

2004 IALAH BRIG JEN BERSARA DATUK ZAKARIA

DAHLAN...CALON PAS. CALON PAYUNG TERJUN PAS. - WAK

HAMAD


Selasa 19 Februari 2008 | 11 Safar 1429 HijrahBekas Adun BN di

Bachok sertai PAS
MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT
BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah

PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di

sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.



Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan

Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978

dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed

(Adun Perupok sekarang).

NI SATU LAGI KES TAK SEKOLAH WARTAWAN HARAKAH.
HJ HASSAN MOHAMAD JADI TOK WAKIL JELAWAT DARI TAHUN

1978 DAN MENANG LAGI TAHUN 1982. DUA PENGGAL LEPAS TU

KERUSI TU DITANDINGI OLEH CIKGU SHAHABUDIN.

HJ MOHAMAD HASSAN TAK PERNAH MENEWASKAN DATO

OMAR. HAK LAWAN DATO OMAR IALAH TAHUN 1978 - WAN

MOHAMAD WAN AHMAD -CALON BERJASA ,1982 - DATO OMAR

TAK TANDING DI PERUPOK CIKGU NOOR BERTANDING LEPAS

TU CIKGU NOOR MASUK HAMIM DENGAN DATO ASRI, 1986-

CIKGU NOOR HAK MASUKHAMIM LAWAN DATO OMAR...1990

CIKGU NOOR LAGI LAWAN DATO OMAR.. TAHUN 1995 MOHD

KADIR HASSAN LAWAN DATO OMAR...TAHUN 1999 MOKHTAR

ADIK SETOPA MAMAT LAWAN DATO OMAT DANTAHUN 2004

CIKGU MOHAMAD ABDUL RAHMAN LAWAN DATO OMAR.

LAIN KALI NAK TULIS TU MMIKIR SIKIT STANDARD HARAKAH.

HARALAH DAH BERUMUR 20 TAHUN LEBIH DAH. - WAK HAMAD

Turut menyertai PAS malam tadi bekas penceramah terkenal Umno,

Abdul Ghani Abdul Kadir, 66. Selain itu bekas ahli Umno Ismail Mamat

bersama dengan 70 pengikutnya turut menyertai PAS.

Mereka menyerah borang kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik

Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Datuk Omar yang juga Yang Dipertua

PAS Bachok, Setiausaha PAS kawasan, Huzaimi Che Hussin dan bekas

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato’ Abdul Razak Salleh.

Mohamad yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Bachok

sekitar tahun 1970-an dan 1980-an melahirkan keyakinan BN tidak

mampu untuk merampas balik Kelantan pada pilihan raya umum ini.

“Selagi Umno diketuai pemimpin yang bermasalah seperti yang ada

sekarang impian mereka mahu merampas tampuk kerajaan Kelantan

daripada PAS tidak mungkin menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui

pemberita selepas menyerah borang menyertai PAS pada ceramah di

Kampung Baru Hujung Repek dekat sini, malam tadi.

Malah katanya, rekod cemerlang dan imej bersih wakil-wakil rakyat PAS

menjadi satu kelebihan kepada parti itu bagi menghadapi Umno dan BN.

Abdul Ghani pula berjanji menyumbangkan tenaga dengan

menggunakan pengalamannya dalam kempen membantu PAS pada

pilihan raya ini.

Katanya, hasrat menyertai PAS sudah lama berputik cuma menunggu

masa sesuai kerana mengharapkan ada perubahan dalam Umno,

namun harapan itu tidak menjadi kenyataan sehingga sekarang.

“Umno bukan lagi satu wadah perjuangan bangsa sebaliknya menjadi

batu lonjatan dalam mengumpulkan pengaruh dan kekayaan. Kuasa

yang ada tidak digunakan bagi membela bangsa dan agam,” katanya

bersemangat.

Ismail pula merupakan bekas pendokong kuat Umno di Kampung Baru

Hujung Repek turut berazam bekerja keras bagi mempertahankan

kerajaan negeri yang ada sekarang.

Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, fahaman

mengasingkan agama dengan politik yang dibawa Umno merupakan

punca segala masalah dalam negara hari ini.

“Apabila politik diasingkan daripada agama ertinya kita telah

mengenepikan persoalan dosa dan pahala dalam mengurus tadbir

negara, hasilnya jenayah seperti rasuah, rompak, bunuh dan sebagainya

semakin menjadi-jadi,” katanya. - mj

WAK HAMAD PERINGAT.

wak hamad said...

Sebenarnya keputusan pilihanraya umum ke 12 di DUN Kelantan mengikut mimpi ambo sama dengan keputusan pilihanraya umum ke 9 . (Jangan saman muga mmimpi bukan sengaja). Bezanya bilangan undi Pas dan S46 hendaklah di tukar sebagai bilangan undi BN dan sebaliknya. Ertinya Pas akan menang 7 kerusi dan selebihnya akan dimenangi oleh BN. 7 kerusi DUN tersebut ialah Kijang, Cempaka, Pancor, Pasir Tumbuh, Demit, Meranti dan Tanjong Mas.

Minta maaflah jika tidak setuju tetapi atas sifat sebagai ahli Pas yang mendaftar sebagai ahli pada zaman Sabri Mohamad jadi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan wak yakin malaikat tidak lagi bekerjasama dengan Pas sebagaimana tahun 1990. Malaikat akan menjauhi orang yang berbohong, sombong , angkuh dan gila nak jadi calon.

Malaikat akan tolong sekiranya tok wakil dan pemimpin Pas kuat solat taubat, kuat ziarah rakyat, tidak bersifat kebesaran , sudi naik motor atau kereta buruk untuk berjumpa rakyat, tidak gila ka title dato .

Tengok teganu sudahlah, lepas menang tahun 1999 dok punggah gelaran dato dari istana, menyombong bukannya jadi lebih tawadduk. JSR berlagak lebih dari DO. Bila pergi ke Wisma Darul Iman kakitangan kerajaan dianggap macam kuli batak,,,tak reti nak hormatkan orang. Tuhan tak simpan lama orang agah...tak dan 5 tahun ghuyup.Caranya mungkin dengan cara BN menipu tapi seperti mana kata seorang pemimpin Pas , apabila kita kalah tak payoh kata guano la sah sbb kita bodo.

Keduanya jentera Pas tidak sekuat tahun 1990. Jentera Pas bergantung pada jentera kerajaan . Agensi kerajaan yang boleh dipaktololkan terus dipertolol untuk menjadi jentera parti. Kita dok kata ka BN menggunakan jentera kerajaan, kita pun dua kali lima jugak. Buletin yang sepatutnya menceritakan aktiviti kerajaan dijadikan alat untuk cerita aktiviti parti. Cerita lebih-lebih pun tak guna.... bukan mintak kalah tapi kelayakan untuk menang sudah expired maka kena kalah lah walaupun lawan kita jahat ka , tak pok ka, baham PPRT ka, kalau Tuhan nak bui menang dia buleh buat apalagi kita penuh-penuh mulut dok takbir, dok semaye hajat jah tapi semaye taubat tak buat sbb tak rasa bersalah.

Dok rasa kita jah betul..orang lain tak tepakai keroto nyor belaka...Nantilah mengikut mimpi ambo hari jumaat 7 haribulan Mac adalah hari terakhir Pemimpin Pas Kelantan buleh mengajar dari kaki lima Jalan Dato Pati. Lepas tu gak kena rukah naik gi ngajar di dewan zul semula lah.

WAK HAMAD

Anonymous said...

BERBAHAGIALAH ORANG KELANTAN

Tulisan : Kapak Bungkus Kelantan(KBK)
Tarikh : 15 Feb 2008



Alhamdulillah sebanyak-banyak syukur bagi Allah kerana melahirkan saya sebagai rakyat Kelantan.

"Pas tidak berkhayal dalam mengemukakan konsep negara kebajikan, perkara tersebut telah lama dipraktikkan di Kelantan, Pas bukan untuk memperbodohkan pengundi seperti yang UMNO lakukan, tawaran kita memang berpijak di bumi nyata.” Demikianlah kenyataan Ustaz Ahmad Awang Naib Presiden Pas yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan merangkap bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia menerusi Harakahdaily 29 Januari 2008 di bawah tajuk”Najib kepanasan hadapi tawaran pembangkang"

Memang di Kelantan sejak 18 tahun lalu rakyat negeri ini menikmati pelbagai kemudahan yang tidak didapati oleh rakyat negeri lain. Semuanya berubah apabila Pas yang memerintah di Kelantan melaksanakan konsep negeri kebajikan. Berikut disenaraikan ciri-ciri negeri kebajikan yang telah lama dilaksanakan di negeri Kelantan.

Bil air percuma. Janji Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberikan air percuma keada rakyat adalah janji lapok. Kami di Kelantan telah lama mendapat bil air percuma. Kerajaan Kelantan memandang air sebagai hak asasi rakyat, oleh sebab itu setiap rakyat berhak mendapat air secara percuma. Kami di Kelantan hanya mendapat bil sahaja untuk mengetahui berapa liter padu yang digunakan setiap bulan. Bayaran tidak ada dan bagi rakyat yang ingin sama membuat kebajikan bersama-sama kerajaan bolehlah membuat derma kepada Syarikat Air Kelantan. Tidak ada paksaan dalam membuat derma tersebut. Atas rasa tanggungjawab rakyat boleh menderma jika mahu dan jika tidak mampu mereka tetap mendapat air. Konsep potong air telah tidak wujud di Kelantan. Gunalah air untuk mandi 7 kali sehari pun, basuh kereta 4 kali sehari pun semuanya percuma kecuali jika secara sukarela mahu membayar rakyat bolehlah membuat bayaran seikhlas hati.
Rakyat Kelantan juga mendapat bil elektrik tetapi memandangkan kuasa terhadap elektrik ini terletak di bawah tanggungan kerajaan pusat. Rakyat Kelantan tidaklah dipercumakan seperti bil air yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun begitu, rakyat Kelantan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, tidak bekerja sebagai kakitangan awam dan tidak mampu tidak menghadapi masalah ‘potong api’. Ini kerana bil-bil tersebut boleh diserahkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik oleh kerajaan negeri kelantan dan bil-bil tersebut biasanya akan di bayar oleh kerajaan negeri. Pasanglah lampu 25 jam sehari pun rakyat Kelantan yang tidak mampu tidak perlu membayar bil elektrik tersebut kerana akan ditanggung oleh kerajaan Pas Kelantan. Bagi rakyat yang mampu mereka akan bayar sendirilah seperti biasa.
Isu yuran sekolah pula tidak berbangkit di Kelantan. Bagi sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan memang tidak ada apa-apa bayaran yang dikenakan kerana negeri ini diperintah oleh kerajaan kebajikan, pebdeka kata percuma belaka. Rakyat yang menghantar anak ke sekolah aliran biasa yang di bawah kuasa kerjaan BN Pusat sahaja yang perlu membayar yuran. Keadaan ini menyebabkan sekolah aliran biasa semakin pupus di Kelantan, bahkan akan terus berkubur nanti. Hanya anak orang-orang kuat UMNO sahaja yang bersekolah di sekolah aliran biasa di Kelantan. Manakala sekolah yang dimiliki oleh YIK pula tumbuh bagaikan cendawan. Selain daripada yuran yang dipercumakan di sekolah YIK di bawah kerajaan Pas kelantan, pelajar-pelajar yang miskin diberi pakaian seragam 3 pasang seorang dalam masa sebulan, begitu juga beg sekolah, alatulis untuk setahun dan buku-buku teks dan buku tulis yang percuma semuanya diberi oleh kerajaan pimpinan Sahubul-Fadhilah Tuan Guru al-Ustaz YAB Nik Azizi. Bukan setakat itu sahaja, bagi pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat tinggi di mana-mana institiusi milik kerajaan negeri tidak ada yuran walau setengah sen pun. Ini termasuk juga di pusat-pusat tahfiz dan KIAS.
Berbahagia juga rakyat Kelantan kerana di bawah konsep kebajikan rakyat yang tidak mampu dikecualikan daripada membayar cukai tanah, cukai pintu, bayar parking kereta dan pelbagai macam aneka cukai lagi. Di pejabat tanah terdapat satu peti memungut derma daripada rakyat yang bersyukur kerana dikecualikan daripada pelbagai cukai. Hal ini mustahil diperolehi daripada mana-mana kerajaan di dunia pun, kecualai hanya terdapat di negei yang diperintah oleh Pas sahaja.
Rakyat Kelantan juga bertuah kerana memperolehi rawatan percuma samada di klinik swasta atau di klinik dan hospital kerajaan. Rakyat Kelantan hanya perlu membawa kad pengenalan ketika berurusan di klinik dan hospital di negeri tersebut. Jika di Kad Pengenalan tersebut ada 03 bermakna semua bil akan dihantar ke perbendaharaan negeri. Pihak kerajaaan negeri akan menjelaskan bayaran bil – bil tersebut. Oleh sebab itulah jika kita perhatikan bilangan pemegang kad pengenalan 03 meningkat dengan mendadak sejak 18 tahun lalu. Usahkan rakyat Kelantan, rakyat luar Kelantan khasnya di daerah Besut dan Gerik akan berusaha bersalin di Kelantan supaya anak-anak mereka mendapat kad pengenalan 03. Pihak klinik dan hospital di Kelantan biasanya akan mendapat bayaran dalam tempoh 14 hari selepas bil dihantar ke perbendaharaan negeri.
Oleh kerana semuanya dipercumakan maka rakyat Kelantan agak pemurah berbanding rakyat negeri lain. Pada hari jumaat misalnya apabiila dibuat pungutan derma oleh masjid , paling kurang pun setiap masjid di Kelantan akan mendapat sekitar RM3000 seminggu atau RM12,000 sebulan. Rakyat Kelantan tidak ada lagi yang menderma ke masjid 50 sen atau seringgit seperti negeri lain. Paling bangsat pun mereka akan menderma RM10 tetapi paling ramainya akan menderma RM50 seminggu. Ini menyebabkan semua masjid di Kelantan adalah masjid terindah dan terbersih serta berhawa dingin belaka di negara ini. Imam tua akan mendapat gaji RM3000, imam muda RM2000, bilal RM1500 manakala siak, noja, dan tukang cuci masing-masing akan menerima RM1200 sebulan. Tandas masjid dan surau di Kelantan setaraf dengan tandas di hotel 5 bintang. Ini semua berkat kepimpinan Pas selama 18 tahun yang pemimpinnya adalah dianggap Murshid dan Keramat pula yang mendidik rakyat untuk menderma dan menjaga kebersihan. Masjid juga tidak dikunci seperti masjid di negeri lain. Orang ramai bebas keluar masuk masjid 24 jam sehari untuk beribadat dan masjid sangat makmur walaupun di waktu subuh.
Parking di Kelantan bukan dipaksa tetapi dalam bentuk derma. Tiada ada had masa dan tidak ada bayaran tertentu yang dikenakan. Semuanya bergantung kepada ikhlas pemandu untuk membayar parking, bukan seperti negeri lain yang mengenakan sehingga seringit sejam. Apabila konsep paksa tidak dikenakan, rakyat Kelantan menjadi rakyat yang bersyukur, mereka tidak membuang sampah di merata tempat. Putung rokok adalah benda asing di Kelantan. Jika ada kelihatan puntung rokok itu bermakna puntung rokok tersebut milik pelancong khususnya orang Umno yang dianggap kotor oleh pemimpin Pas. Hampir-hampir tiada perokok di Kelantan, Jika ada pun ia adalah dihisap oleh generasi tua yang pernah hidup semasa kerajaan BN dahulu memerintah. Generasi muda Kelantan tidak ada yang menghisap rokok apalagi dadah dan ganja. Oleh sebab itu di Kelantan tidak ada kes curi getah skrap atau pok getah kerana istilah mat repit tidak ada di Kelantan. Demikian juga kes Rogol dan sumbang Mahram langsung tidaak ada di Kelantan, jika ada surat khabar melaporkan jenayah tertinggi berlaku di Kelantan, semuanya fitnah belaka, kerana tak munasabah negeri Islam kelantan ada perkara masiat, kalau nak lehat maksiat datanglah ke negei yang diperintah iooeh kerajaan BN. Rakyat Kelantan menumpukan usaha kepada belajar dan bekerja yang bermanafaat sahaja. Rakyat Kelantan hanya mengetahui mengenai mat rempit apabila menonton TV atau melihat surat khabar sahaja. Tidak ada golongan yang merempit di Kelantan. Kereta, motorsikal boleh ditinggal bersama-sama kuncinya sekali kerana tidak ada siapa yang mahu mencuri. Semuanya diasuh dengan Islam dan takutkan akhirat dan api neraka. Khabarnya warder-wardar di Penjara Pengkalan Chepa akan dipindahkan ke negeri lain kerana Penjara Pengkalan Chepa akan ditutup selepas saki baki pesalah yang dipenjara pada zaman kerajaan BN dahulu akan dibebaskan. Tidak ada pesalah baru dan ini menyebabkan sel-sel penjara banyak yang kosong. Bangunan mahkamah di Kelantan juga menjadi rumah hantu kerana tidak ada kes untuk dibicarakan. Kalau ada pun ia adalah kes lapok atau kes yang melibatkan rakyat negeri lain yang datang ke Kelantan dan belum menerima cara hidup rakyat negeri ini yang mementingkan akhirat berbanding dunia.
Di Kelantan tidak ada wanita yang tak berkelubung, semuanya tutup kepala belaka, kalau ada yang tak bertudung adalah puak-puan Umno belaka.
Demikianlah catatan mimpi saya setelah terlena kerana membaca artikel di Harakah daily tersebut. Dalam mimpi tersebut saya turut memberikan tabik spring 12 kali kepada pemimpin Pas atas kenyataan yang berbentuk ala-ala Pak Pandir dan Mat Jenin tersebut. Ini kerana walau apa pun Janji Pas ia hanya janji dan manifesto mulut sahaja umpama janji seorang pemuda untuk menghantar mak mertua dan pak mertuanya ke Mekah, walhal dia tidak pernah berkahwin dan tidak mampu berkahwin kerana tidak ada tenaga kelakian setelah patah tulang belakang digelek lori balak atau terkena kencing manis kronik. Pas hanya bertanding 60 kerusi Parlimen. Kalau menang semua pun Pas tidak boleh membentuk kerajaan dan menunaikan janji manifesto Pas. Manifesto Pas adalah gula-gula untuk budak-budak sahaja. Kalau ada orang dewasa yang terpengaruh bermakna ia juga bertaraf budak-budak. Apabila kening sudah uban putih, bulu hidung juga sudah beruban kita hairan jika ada lagi yang mahu menjadi budak-budak ..sukakan gula-gula.

Yang pastinya Pas terus berbohong dan sampai kiamat mungkin berbohong lagi.



©all rights reserved, UMNO Kota Bharu

Anonymous said...

Bila sedar dari mimpi buka paip nak basuh mucung pun tak leh...air tak dak....wei

Anonymous said...

wak hamad said...

Ini contoh perang saraf juak umno tahap gaban @ orang utan, giler nak jadi kerajaan. Biarkan wak hamad dengan luncai-luncainya. Biar wak hamad terus bermimpi

Orghe Bachok said...

Selasa 19 Februari 2008 | 11 Safar 1429 HijrahBekas Adun BN di

Bachok sertai PAS
MD Hakimi
Mon | Feb 18, 08 | 6:32:59 pm MYT
BACHOK, 18 Feb ((Hrkh) – Ketika Umno menghala serangan ke arah
PAS di Kelantan, tiba-tiba dikejutkan apabila bekas wakil rakyat Umno di sini mengisytiharkan menyertai PAS malam tadi.

Mohamad Hassan, 63 pernah menjadi wakil rakyat mewakili Barisan Nasional (BN) di Dun Jelawat, Bachok selama dua penggal pada 1978 dan 1984. Beliau juga pernah menewaskan Dato’ Omar Mohamed
......................

Hahahaha...... mula2 nak rasa suko bila baca berita Harakah tu. Puok PAS Bachok ni khaba ko dok ghapo dio buat ni. Kawe tak payah cerita panjang2, pade dgn maklumat yg Wak Hamad tulis tu pun patutnyo demo keno pehe bakpo kawe beraso nak sukoo bila baca berita tu.

Ghapo dio la puok2 ni nak harap dgn Tok Aji Mat tu, bangkali boleh la kalu nak tumpang tido free kat calet dia di Pulau Redang.

Anonymous said...

ahli Pas yang mendaftar sebagai ahli pada zaman Sabri Mohamad jadi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan

Sabri Mohamad jadi Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan tahun 88/89. Muda trang tang-tang lagi Wak Hamad ni rupa nya atau bekas UMNO baru masuk PAS?

Anonymous said...

Dok rasa kita jah betul..orang lain tak tepakai keroto nyor belaka...Nantilah mengikut mimpi ambo hari jumaat 7 haribulan Mac adalah hari terakhir Pemimpin Pas Kelantan buleh mengajar dari kaki lima Jalan Dato Pati. Lepas tu gak kena rukah naik gi ngajar di dewan zul semula lah.

RUKAH NAIK GI NGAJAR DI DEWAN ZUL APA NYA? LANI DUK TENGAH BUAT LIF, SEBULAN DUA LAGI SIAP LA LIF TU. TAK IKUT PKMBGN KOR DEMO NI?

Anonymous said...

Anonymous said...
"RUKAH NAIK GI NGAJAR DI DEWAN ZUL APA NYA? LANI DUK TENGAH BUAT LIF, SEBULAN DUA LAGI SIAP LA LIF TU. TAK IKUT PKMBGN KOR DEMO NI?"

- Itulah beza perjuangan pemimpin PAS zaman dulu. Dulu, perjuangan Islam jadi keutamaan. Bagi mereka, rakyat lebih penting.

- Dulu pemimpin rukah naik tangga tak po. Loni mano buleh rukah tangga lagi. Tok style la. Oghe semua pakai lif, kita kena pakai lif la.

- Dulu bangunan atau pejabat PAS ringkas-ringkas saja. Loni, tengok bangunan PAS Pengkalan Chepa. Dah tak de ke rumah-rumah org miskin di Pengkalan Chepa sampai duit yg ada digunakan untuk buat bangunan besar. Minta derma dgn penyokong, duit digunakan untuk menunjuk-nunjuk dgn membina bangunan Pejabat PAS yg besar-besar.

-Dulu pemimpin PAS pakai kereta buruk jah. Tak malu pun. Tak segan pun dengan rakyat. Loni, semua nok pakai kereta besar-besar. Nak jaga imej konon.

- Dulu orang PAS pakat tok sir jadi calon. Takut tak buleh bawa amanah yang berat. Loni, pemimpin PAS berebut-rebut nak jadi calon. MSO pun dok cerito pasal pemimpin PAS berebut jadi calon ni.

- Dulu Nik Aziz tak kata orang UMNO ni Orang Utan. Loni dok sedap kata orang UMNO ni Orang Utan. Tp ado jugak org mcm MSO hok setuju dgn kata Nik Aziz tu.

- Dulu slogan "Bersama Kepimpinan Ulamak". Loni, kalau Husam naik jadi MB, maka slogan ni tak relevan. Kalau org PAS boleh kata Husam ulamak jugak...alamak, alamatnya tak lama la tu.

- Dulu nikah dengan S46. Masa nak nikah, punyalah baik. Pah tu bila cerai macam-macam isu keluar. Pahtu nikah pulak dengan PKR. Loni, nikah ni pun dah makin retak. PAS sedap nikah cerai, nikah cerai, hok nyayo anok-anok. Dulu penyokong S46 teranainya, loni nampok mcm penyokong PKR pulak.

- Dulu kutuk Datuk Ibrahim Ali, kata macam-macam. Katak la. Apa la. Loni, Ibrahim Ali akan jadi calon PAS.

- Dulu snuker tak boleh. Macam-macam alasan diberi. Loni, boleh pulak. Alasan dulu seolah-olah tak valid lagi.

- Dulu kutuk UMNO panggil penyayi. Melalaikan masyarakat dan sebagainya. Loni, dengan Mawi-mawi dia angkut. Padahal sebelum tu duk kutuk AF bagai nak rak.

- Dulu kata jangan undi UMNO sebab UMNO bersekongkol dengan bukan Islam, MCA dgn MIC. Loni, PAS geng dengan DAP hok bukan Islam tak po pulak. Nanti ada la penyokong PAS kata, mana ada ikatan PAS dengan DAP sekarang. Bagi ambo, itu ilusi. Sajo tok sir wi ore Melayu marah. DAP pun sama jugak, saja tok sir wi ore Cina marah.

- Dulu sibuk dengan dokumen negara Islam dan macam-macam la tentang negara Islam. Loni, senyap kotte!!! Apa jadi dgn dokumen negara Islam pun tak tau.

Banyak do'oh la kalu ambo nok tulis gak. Pah nak suruh orang sokong PAS macam mana. Pendirian, tingkah laku, perbuatan, dasar dan sebagainya diubah sesuka hati. Nampak sangat mempermainkan nama Islam untuk kepentingan sendiri.

Nyanyo ko ore Kelate. Kena tipu hidup-hidup. Tapi bagi penyokong-penyokong fanatik PAS, semua hok pemimpin dia kata adalah betul... Orang lain semua salah. Itu sebab mengata, mengutuk, mencaci orang lain dalam PAS adalah biasa. Semuanya disambut dengan takbir!!!! Cubalah pergi ceramah pemimpin PAS macam Mat Sabu. Jadi adakah ini semua selari dengan ajaran Islam. MasyaAllah..

wak hamad said...

Ada Berapa ratus juta lif di bangunan pas jalan dato Pati tu? Katalah 10 buah lif , sebuah muat 10 orang- besar serupa lif spital makna nya 100 orang sekali naik. Hak gi dengar kuliah katalah dua ribu maknanya 20 kali naik lif tu..

ok lah tu.. tak ggitu keneh?ilir kan tu prti pah.

MENULIS pasal bangunan pas tu teringat ka gemulah jaafar rawas hak banyak tolong selesai masalah bangunan dengan mpkb zaman dulu2. Mudah-mudahan Allah swt letak beliau di alam barzah dengan aman sejahtera. Abe Li kena tulis pasal Gemulah Jaafar...susah lelah dia sementara saing sobat dia masih hidup lagi walaupun dah tak ramai.

WAK HAMAD