Sunday, October 19, 2008

MUNCUL KEMBALI (102)

Berbesan walaupun berlainan parti politik
Adhan (YB Umno) dan Sheikh Ibrahim (YB Pas) patut diteladani

MUNGKIN kepada orang lain remeh temeh dan seperkara yang kecil bila anak kepada wakil rakyat yang berlainan parti politik dan parti-parti yang diwakili itu pula merupakan musuh yang sangat ketat yakni Umno dengan Pas, boleh berbesan, terutama dalam keadaan suasana politik yang tidak menentu sehingga kontrak sosial yang terbukti menjadi tangkal azimat keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini cuba dipolitikan, tetapi kepada saya ia adalah perkara besar yang patut dianggap besar.
Perkahwinan Ernie Muneerah Mohd. Adhan, anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Umno) Kawasan Bukit Bunga Kelantan yang juga seorang lawyer dengan Syeikh Salleh Sheikh Ibrahim, anak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas) Kawasan Sungai Abong Johor yang mana kedua-dua mempelai masing-masing berusia 25 tahun adalah satu catatan sejarah dan berhikmah.
Apa yang telah dilakukan oleh Ernie Munnerah-Sheikh Salleh yang mendapat restu daripada Mohd Adhan (Umno) - Syerikh ibrahim (Pas) serta seisi keluarga masing pastinya kerana teladani dari apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang telah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar, antaranya melalui ikatan perkahwinan, sebagai kerja paling awal dilakukan selepas pembinaan masjid Quba apabila baginda berhijrah dari Mekkah ke Madinah. Perkahwinan itu sendiri disamakan dengan pembinaan masjid.
Teladan yang dimulakan oleh Mohd Adhan-Dr Syeikh Ibrahim patut d menjadi ikutan wakil-wakil rakyat lain supaya nanti ianya akan diteladani dan menjadi amalan serta resam dalam memilih menantu dan merestui perkahwinan anak-anak oleh masyarakat terbanyak tanpa dihalang oleh perbezaan parti politik. Maknanya dalam politik memerlukan keterbukaan.
Memang tidak dinafikan sebelum ini pun ada orang Umno berbesan dengan orang Pas tetapi pada peringkat bawahan dan tidak melibatkan orang kenamaan. Bila dua wakil rakyat dari parti yang berlainan dan merupakan dua buah parti yang merupakan musuh yang sangat ketat, ianya adalah suatu yang kena dianggap besar dan kena ada kesinambungan, bukannya menjadi catatan yang pertama dan terakhir di Negara bertuah dan berdaulat ini.
Sebagai seorang yang mahukan akhirnya negara ini hanya ada satu bangsa yakni bangsa Malaysia yang akan menhapuskan sekali polrisasi kaum, pada saya bukan sahaja perkahwinan antara pimpinan, ahli dan penyokong Pas dan Umno sahaja yang kena berbesan tetapi antara Melayu dengan Cina, Melayu dengan India, Melayu dengan Siam dan sebagainya perlu berbesan demi kepentingan negara untuk jangka masa panjang.
Sebagai orang kecil, saya pernah cuba satu pemimpin Umno, Pas dan S46 yang telah berpecah dengan Pas ketika itu dalam satu majlis ketisa saya menjadi ketua biro kepada sebuah akhbar harian, bertujuan untuk menyedarkan orang politik bahawa walaupun apa pun parti anutan mereka kepentingan perpaduan kena diutamakan dan percanggahan politik tidak semestinya membawa kepada ‘seteru mak-anak’.
Wakil-wakil kepada parti politik berkenaan diberi peluang berucap dan jelas menampakkan bahawa masing-masing jika berada dalam keadaan bersemuka boleh bertolarensi

No comments: