Saturday, December 13, 2008

KONSEP MINGGUAN MULAI KE PASARAN ESOK (14 DISEMBER, 2008)



SETELAH bertungkus lumur berperang dengan perasaan bimbang dengan musim tengkujuh yang boleh membasah dan memusnah kertas, di samping masalah tenaga baru yang masih serba kekok, akhirnya KONSEP (dari majalah bulanan ke mingguan akan mula beredar di pasaran esok.
Insyallah sekitar pukul 7.00 atau lapan pagi esok pembaca di Kelantan khususnya akan berpeluang dapat membacanya. Diikuti pada 28 haribulan nanti dengan kemunculan majalah dwi-bulanan wasilatul-Ummah pula.
Berikut (gambar atas) adalah muka depan Konsep Mingguan manakala gambar sebelah bawah adalah muka belakangnya.
Bekalan di Kuala Lumpur boleh diperolehi melalui;
1. CIKGU HASHIM (Kepong) - 019-3911197/03-62722994
2. HAJI MOHD.NOOR (KLANG) - 014-2392062/013-6355002

No comments: