Sunday, February 1, 2009

PERLUKAN KHIDAMAT PENYUNTINGAN DAN LAYOUT

SEBAGAI sebuauh syarikat penerbitan majalah bulanan, akhbar mingguan dan buku. kami sedang menghadapi masalah tenaga kerja yang sangat kronik untuk kerja-kerja penyuntingan dan layout.

Anda atau sudara mara anda mungkin ada kepakaran dan ada kemudahan internet dan boleh membantu kami dari rumah. Misalnya untuk suntingan dan melayout akhbar mingguan dan majalah anda boleh nyatakan berapa halaman yang mampu anda lakukan yang mana kerjanya mesti siap pada masa yang ditetapkan. Bahan (berita/rencana/gambar akan kami bekalkan).

Lauout hendaklah dibuat menggunakan program INDESIN dengan saiznya akan kami berikan. Siap disunting dan dilayout, anda boleh emailkan kepada kami, sehingga kami puashati dengan kualiti kerja anda, maka anda hendalah PDF kerja layout yang dibuat dan kerja anda siap. Kami akan masukkan bayaran ke akaun anda apabila kerja anda siap atau pun anda boleh juga membuat tuntutan sebulan sekali. Bahan-bahan yang kami hantar untuk disunting dan di layout adalah suatu amanah dan anda tidak boleh bocorkan atau edarkan kepada pihak kedua dan seterusnya.

Kepada yang ada kepakaran dan mahu mencari kerja sampingan, sila emailkan kepada kami dengan segera untuk memulakan kerja serta merta. Yang perlu diemailkan kepada kami adalah latarbelakang, pengalaman dalam kerja yang nak dibuat, upah yang diharapkan untuk setiap halaman kerja layout dan nombor akaun untuk pembayaran.

- Ramli Abdul Halim
Ketua Pengarang
Akhbar Mingguan Konsep
Majalah Bulanan Wasilatul-Ummah.

8 comments:

Anonymous said...

Salam.
Ada tak kerja sampingan untuk penyunting. Editing misalnya.

Anonymous said...

askum
apa alamat emel utk dihantar resume?

Asz said...

saya sedih dan teramat sedih kerana pihak pengurusan terutama ketua pengarang mengabaikan tanggungjawabnya terhadap pekerja2 nya...walaupun seringkali bersms, telifon, atau bersua muka...ketua pengarang sering memberi kata2 dan janji2 manis... tapi sayangnya semuanya hampa belaka...sebagai bekas pekerja MELI MEDIAPLUS..saya amat kecewa kerana diperlakukan sedemikian...mana tanggungjawab bos pada semua pekerjanya???.. walaupun dia tahu sy mempunyai masalah..dia juga mempunyai masalah...tapi jgn dicampurkan dengan hal peribadi...
hinggakan semua pekerjanya diabaikan...
pasal tu la tenaga kerja semakin kurang kerana dek tak tahan dengan pengurusan... maafkan sy jika en ramli terasa...siapa makan cili dia tersa pedasnya...
para pekerja sedaya upaya menaikkan syarikat MELI ini..sanggup bersengkang mata hingga ke awal pagi...x cukup tidur..agar dpt memberi kepuasan pada bos..dan mendapat bayaran yg setimpal..
tp nampaknya hasil usaha & pengorbanan kami semua sia2 belaka...
akhir kata walau sejauh mana en ramli pergi...INGATLAH,..tanggungjawab en ramli pada semua pekerja belum terlangsai lagi...HARAP en ramli paham masalah kami..jgn heret kami sekali dlm masalah encik...
Wassalam....

Anonymous said...

sy stju dgn kata2 cik asz...sbbnya sy salah sorg mgsa..

Anonymous said...

bakpojadi gitu abe li

Anonymous said...

YA ALLAH....
KENAPALAH AKU JADI MANGSA DIA NI...
BILA NK BAYAR GAJI OIII!!!!
DH BERBULAN2 DH NI...
KLU X MAMPU BYR PEKERJA..X PAYAH BUKAK SYARIKAT!
KLU CALL @ SMS X BLS2, X JAWAB...
SENGAJA CARI ALASAN UZUR LA, KAT LUAR LA..KONON CARI PITIH!!!...
KATA DOK CARI PITIH TAPI PITIH PEKERJA X JUGAK BAYAR2!!!
GUNA KERINGAT PEKERJA...TAPI KERJA PENAT KAMI X DAPAT SESEN PUN!
JANGAN BUAT NAYO KAT ORE WEH...
INGAT! X SELAMAT HIDUP...

Anonymous said...

Jangan jadi janji hanya tinggal janji. Nanti merana lagi anak bini orang

Anonymous said...

Jangan cuba menjahanamkan diri dengan cita-cita kosong