Saturday, July 4, 2009

MUNCUL KEMBALI (257)

Krisis Pas-DAP kifarah kerana tolak kerajaan perpaduan?

DALAM seluruh rakyat negara ini tumpang berbangga dengan ndividu kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan yang merupakan taikun media dan telekomunikasi negara dilaporkan hampir untuk membeli kelab bola sepak England, Newcastle United dengan tawaran perjanjian bernilai 95 juta pound atau RM547 juta, pada masa yang sama pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) pasti berwalang hati dengan krisis yang melanda Pas-DAP.

Dalam keadaan pimpinan ternama PR, termasuk Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am Pas begitu kemaruk mengecam Umno/BN, partinya pula dilanda wabak, sindrom dan virus tidak sekata dengan rakan dalam PR yang boleh menyumbang kepada retak membawa belah, malah ianya ibarat menepuk air di dulang atau meludah ke langit, akhirnya menimpa muka sendiri.

Kewalangan yang dialami pemimpin, ahli dan penyokong parti-parti dalam komponen PR pastinya turut menjangkiti seluruh rakyat negara ini kerana mahu tidak mahu tempias kebimbangan akan turut terpalit sama kepada rakyat pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama kerana krisis Pas-DAP berbaur dengan polarisasi kaum, malah ianya merupakan sesuatu yang sangat merbahaya jika tidak segera dibendung dengan penuh rasional dan profesional.

Kepada saya apa yang berlaku adalah merupakan kifarah kepada pimpinan Pas, sekali gus sepatutnya akan menyedarkan mereka untuk memuhasabah diri supaya membuat penilaian dengan penuh hikmah apakah tindak tanduk, persepsi dan kecaman terhadap Umno/BN wajar atau tidak, sama ada selari dengan Islam atau sebaliknya, apakah tindakan tanduk, persepsi dan kecaman terhadap Umno merupakan perbuatan ahli syurga atau sebaliknya.

Ianya juga membuktikan bahawa sebarang usaha untuk mewujudkan pakatan bagi meniru apa yang telah diungguli oleh Barisan Nasional (BN) tidak akan berhasil. Sebelum PR, para pembangkang telah pernah mewujudkan Angkatan Perpaduan Umman atau ringkas APU atau ANGKATAN tetapi umurnya tidak panjang. PR juga tentunya akan mengulangi apa yang pernah dicipta oleh APU atau ANGKATAN.

Bagi saya, dalam keadaan PR yang serba tidak menentu, adalah tidak mustahil Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pimpinan dan keahliannya adalah berasal dari orang Umno yang keluar dari parti asal semata-mata kerana membantah pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bukan kerana menentang dasar Umno, akan ikut jejak Parti Melayu Semangat 46 (S46) yang kembali ke pangkuan Umno dan S46 dibubarkan.

Maka mahu tidak mahu Pas akan kembali bersendirian dan terpaksa mengakui hakikat bahawa parti itu memang telah disurat dan ditakdirkan menjadi pembangkang dan tidak ada 'patat siput' untuk menjadi kerajaan di pusat peringkat sebagaimana yang diimpikan oleh sebilangan kecil tokoh-tokoh yang 'berangan-angan dan bercita-cita tidak padan dengan kerangka' dalam Pas.

Kalau gagasan kerajaan perpaduan tidak ditolak, harapan Pas untuk menjadi kerajaan pusat bersama Umno ada harapan yang sangat cerah. Tetapi apabila PKR dibuar dan ahlinya kembali ke pangkuan Umno, maka Pas tidak akan releven lagi untuk membentuk kerajaan perpaduan demik kepentingan agama, bangsa dan negara bagi jangka masa poendek mahu jangka masa panjang.

Sebaliknya Pas kena menjadi pembangkang dan Pas kena menerima hakikat bahawa tugas dan peranan pembangkang terhadap agama, bangsa dan negara sama pentingnya dengan menjadi kerajaan kerana kerajaan akan kuat dan mantap jika pembangkang kuat dan mantap. Kerajaan akan lemah jika pembangkang lemah dan tidak bemaya. Kerajaan Melayu/Islam boleh stabil jika pembangkang utamanya adalah dari dari parti yang dipimpin dan dianggotai oleh orang Melayu/Islam.

Lagi pun menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang yang mana kerajaan kena cakap dan kena buat manakala pembangkang boleh cakap tetapi tidak semestinya dibuat apa yang dicakap atas alasan tidak ada keupayaan. Contohnya 23 keluarga Kampung Pala di Pulau Pinang, kerajaan negeri boleh mengaku dan cuba lari dari tanggungjawab dengan berkata keajaan negeri tidak mampu untuk menanggung kos supaya keluarga berkenaan tidak perlu berpindah.

Sebaliknya keluarga terbabit diminta memohon keajaan pusat mengtasai masalah mereka. Sudah tentulah majoriti rakyat, apatah keluarga yang terlibat akan melihat betapa tidak ada faedahnya mereka bekerajaankan kerajaan dari parti yang tidak sebulu dengan pusat. Ertinya mereka akan sedar bahawa mereka telah melakukan kesilapan dalam memilih kerajaan dan pasti akan membetulkan kesilapan itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Dalam pada itu bumi Malaysia ini patut dibanjiri oleh air mata gembira dan digegarkan oleh sujud syukur pimpinan, ahli dan penyokong Pas kerana tidak mentakdirkan kerajaan Umno/BN tumbang pada pilihanraya umum-12 dan kerajaan bertukar tangan dari Umno/BN kepada PR yang pastikan akan berleaderkan DAP atau PKR. Melihat kepada apa yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang, bayangkanlah apa yang akan terjadi jika PR memerintah Malaysia.

Kerana itulah, maka Allah tidak mentakdirkan PR menang walaupun pada perkiraan mereka yang pakar dalam bidang politik, sepatutnya Umno/BN tumbang pada pilihanraya umum ke-12 dan PR yang mengambil alih tampuk pemerintahan. Dengan apa yang sedang berlaku pasti ramai yang tidak akan terus berdukacita kerana Allah tidak takdirkan PR tumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-12, sebaliknya mereka akan gembira dan bersyukur apabila Umno/BN terus berkuasa

No comments: