Friday, February 15, 2008

BERANI TULIS BERANI TANGGUNG (2)



NEGARA KEBAJIKAN atau 'NEGARA KEBUNCITAN'?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

KONGO atau nampak tak berapa cerdik, tidak tersohor, tidak berpengaruh, tidak ada nama besar dan tidak belajar hingga universiti tak semestinya pemikiran seseorang itu sengkek dan tidak ada nilai keilmuan.

Tok Wali Hassan misalnya, nampak selekeh dan semacam sengaja menselekehkan diri, tetapi keilmuan tokoh yang pernah dicalonkan oleh Pas melawan Ku Li (yang mewakiliUmno di Kawasan arlimen Gua Musang) bukan sebarangan. (Ikuti kisahnya dalam Fajar Islam, mingguan terbaru terbitan Meli Infomedia, syarikat milik saya).


Kongo adalah bahasa tempatan Kelantan yang merujuk kepada seseorang yang nampak tidak berapa cerdik, tidak bersemangat dan kurang bermaya atau pun seseorang yang dalam ketakutan, gabra atau yang seerti dengannya. Nak makna yang lebih tepat sila rujuk DBP atau Dr Nik Safiah Karim.

Semasa saya sedang khusuk mendengar Kuliah Jumaat Tok Guru semalam, bahu saya dicuit dan dalam keadaan terkejut saya berpaling ke sebelah kanan kerana bahu saya dicuit sebelah kanan. Cuitannya lembut dan sopan.

Tergamam seketika saya bila disapa "Meli Kapak Jangak?". Melihat orangnya nampak kongo dan semacam dari golongan marhaen. "Ambo baca blog anak Li...blog lama dan blog baru" saya terus tergamam. "Mula-mula asuruh anak buka...ambo baca, lama-lama ambo pandai buka sendiri" jelasnya.

"Macam mana boleh cam ambo?" tanya saya. Dia segera menjawab "Cam pada janggut. Lama juga perhati tadi sebelum berani cuit. Dalam gambar ada rambut dan ada janggut. Sekarang ada janggut tak ada rambut. Tapi saya yakin saya tak salah orang". Tanpa diminta, dia jelaskan dia juga peminat setia tulisan kreatif dan non-kretaif saya.

Saya jelaskan kepadanya saya cukur rambut kerana nak buang kelimumur. Nak basuh kepala di kedai rambut tak boleh kerana bukan muhrim, rata-rata yang buat kerja basuh kepala dan korek taik telinga adalah perempuan...nak suruh bini basuh, dia pula sibuk dengan kerja-kerja politiknya. Cara paling mudah cukur rambut dan kemudian sental dengan berus sabut.

Dia ajak saya pekena roti canai di restoran aruah anak kepada aruah A.M. Shariff. Kononnya mungkin ini peluang pertama dan terakhirnya beliau yang sudah bersara sebagai seorang guru dah lebih 25 tahun yang lampau berbual dengan saya.

"Belum tentu ustaz pergi dulu atau saya yang pergi dulu. Saya pun bukan muda lagi. Mungkin nampak muda kerana saya dari saiz kecik" tegas saya yang melazimkan diri akan memnaggil ustaz bagi yang berkopiah, berjubah atau bejanggut tidak kira berapa umur mereka.

Beliau memberitahu saya bahawa beliau adalah orang kuat Pas. Masa mengajar kena lontar sana sini kerana banyak bekerja untuk Pas. Katanya dulu orang Umno jahat sungguh tapi sekarang Umno dah berpolitik secara lebih tamaddun, malah banyak cara Umno lebih baik dari cara orang Pas, ramai tokoh Umno lebih baik dari tokoh Pas. Komennya itu buat saya tergamam.

Mula-mula dulu saya marah dengan tulisan-tulisan Anak Li...malah ambo anggap Anak Li anti Islam...tak mengaji agama. Ambo juga anggap Anak Li dah kena beli oleh orang Umno, tambah-tambah selepas kontrak Anak Li tak disambung di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri. Bila ambo baca SUMPAH SEORANG MELI ambo boleh tahu hati budi Anak Li. Ambo suruh anak-anak jadi macam Anak Li...hidup dengan prinsip.

Dulu Anak Li julang Pas bukan main....sejak tahun 1990 hingga tahun 2000.....banyak buku yang Anak Li tulis dan terbit julang Pas belaka. Sekitar sebelum pilihanraua umum ke-11 dan ke mari...nampaknya aliran pemikiran Anak Li berubah. Sebab itulah ambo ada taruk syak terhadap Anak Li, Dalam marah, ambo perhati aliran pemikiran Anak Li melalui tulisan-tulisan Anak Li.

Bila terjumpa salinan fotostat isi kandungan blog Anak Li...ambo minta anak-anak tolong buka dan ambo baca. Lama-lama ambo pun boleh buka sendiri. Ambo terkejut bila tak boleh buka blog Anak Li pada 12 Ferbruari. Ambo dapat alamat baru blog Anak Li dari blog msomelayu.blogspot dan sanggahtoksago.blogspot.com. Ambo seronok kerana Anak Li bukan enis manusia yang mudah mengalah...malah tindakan Anak Li cukup cepat.

Ambo nampak Anak Li tak berapa sokong Negara Kebanjikan yang dimatlamatkan oleh pembaangkang, termasuk oleh Pas yang ambo yakin tidak jujur kepada pengundi kerana membuat janji yang tak mungkin ditepati. Bertanding pun 60 kerusi, macam mana boleh janji macam-macam kepada rakyat walhal kalau menang smua kerusi pun Pas tak boleh jadi tunggak utama penubuhan kerajaan.

Ambo setuju benar dengan satu tulisan Anak Li tentang dalam berpolitik, Pas tidak boleh bergantung kepada kebetulan. Parti-parti lain amat mustahil akan ikut apa yang Pas mahu laksanakan kalau pembangkang mampu tumbangkan Umno/BN pada pilihanraya kali ini. PKR pun tak akan ikut angin Pas, apatah lagi DAP.

Kalau pembangkang menang, ada kemungkinan MIC, MCA dan parti-parti komponen lain akan berpaling tadah dari BN tetapi mereka pasti memberi syarat Pas tidak akan disenaraikan sebagai rakan kerjasama kerana dasarnya. Mahu tidak mahu Pas kena kekal sebagai pembangkang jugalah.

Sebagai orang Pas (ambo yakin Anak Li pun orang Pas) ambo malu, benar-benar dan sangat-sangat malu kerana dalam memperkatakan negara kebajikan yang pastinya rakyat akan dibantu kalau berdasarkan konsep itu, tapi bila pembubaran parlimen dibubarkan, gerakan memungut derma dilancarkan, kononnya untuk belanja cetak poster dan sbagainya. Nampaknya dalam kes poster dan penibaran bahan-bahan bercetak ni, Pas lebih mewah dari Umno/BN.

Malah sepanjang menjadi kerajaan di Kelantan, Pas nampaknya lebih mewah dalam soal mencetak dan perentangan kain pemidang serta banner, Pas nampaknya lebih mewah berbanding dengan Umno/BN. Dalam keadaan tidak benar-benar mampu dan mengharapkan derma orang ramai pun dah tunjuk lebih gaya dan lebih mewah, macam mana agaknya kalau memerintah Malaysia.

Ambo yakin amalan bermewah-mewah akan lebih dilipatgandakan lagi dan apabila tak ada wang, maka kalau sekarang dibawa uncang lambang bulan, bila dah jadi kerajaan, tidak mustahil treller-treller lambang kerajaan negeri dan persekutua akan digunakan bagi memunggah derma rakyat dengan diasak pernyataan hukum dalam otak kepala rakyat bahawa kalau nak masuk syurga kena menderma tanpa perlu ditanya dan terlintas rasa syak di hati ke mana perginya derma yang dihulur.

Tambahnya, kalau diperhatikan kerajaan persekutuan dibawah Umno selaku parti tunjang kepada BN dah pun sediakan saluran derma secara tidak langsung kepada rakyat jelata dengan menaikkan harga barangan, manakala kbajikan untuk rakyat adalah disbsidikan harga minyak supaya harga minyak yang dibeli oleh rakyat lbih rendah dari yang dibeli oleh kebanakan rakyat di negara-ngara lain. Kalau kita redha dengan kenaikan harga barangan demi untuk kestabilan ekonomi negara, maka kita akan dapat pahala, kalau tak redha, tentulah tak dapat apa-apa.

Apa gunanya nanti kalau kerajaan bertukar dan Pas jadi tunggak kepada kerajaan kerana tokoh parti-parti pembangkang lain rasa tidak mampu mengatasi kelayakkan dan kebijaksanaan tokoh-tokoh Pas untuk menerajui kerajaan, maka harga barangan diturunkan tetapi dalam masa yang sama derma dipungut pada setiap kali majlis diadakan dengan jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat-syraikat swasta disyaratkan menderma sebagaimana yang telah dan sedang berlaku di Kelantan.

Ambo nampak konsep negara kebajikan bukan 'kebajikan' sebenanya tetapi lebih kepada 'kebuncitan'. Anak Li orang menulis, pasti Anak Li boleh faham denan maksud saya. Negara Kebajikan yang dijadikan modal akan menjadi umpama memandu kereta yang putus tali break, lambat bangat kereta akan ditimpa kemalangan.

Katanya lagi strategi, taktik dan teknik, pelan, rangka dan kerangka yang dibuat oleh pimpinan Pas sekarang bukannya boleh menjadikan Pas lebih kuat dan mantap tetapi lebih bersifat tikus membaiki labu. Ambo sangat bersetuju dengan Anak Li....Pas jangan asyik mencipta mimpi untuk jadi kerjaan tetapi kena berusaha untuk jadi pembangkang yang kuat dan mantap kerana tugas parti kerajaan dan pembangkang sama-sama penting.

Saya termanggu dan tergamam dan hujjah-hujahnya. Kalau dia tidak bercakap dengan begitu petah, lincah dan keletah, melihat kepada personalitinya saya tak akan percaya bahawa dalam kepala lelaki serba kongo itu ada banyak yang bernas. Saya harap pada Kuliah Jumaat Tok Guru minggu depan, saya akan berjumpa lagi dengannya supaya saya boleh bertanya siapa namanya dan di mana rumahnya. Banyak yang ingin saya belajar darinya.

5 comments:

Anonymous said...

BERITA TERGEMPAR!!! kalau nak tahu boleh tengok kat sini:
http://bolacyber.com/malaysia/berita-gempar.html

ini pulak berita menarik:
http://bolacyber.blogspot.com/2008/02/kl-plus-rampas-takhta-liga-kuala-muda.html

GOMO KELATE! GOMO!

Anonymous said...

BERITA BERTIUP SATU SENJATA SULIT AKAN DIGUNA UNTUK MENGHANCUR TUAN GURU DATUK NIK AZIZ DALAM PRU 12 KERANA TAK HIRAU AMARAN DIBERI. TUNGGU DAN LIHAT.

Anonymous said...

BENGONG KA APA?

SIASAHDAILY
Manifesto PAS sudah siap

KUALA LUMPUR, 16 Feb: PAS buat pertama kalinya menunjukkan kepada media manifestonya untuk pilihan raya umum ke 12 semalam.

Ia ditunjukkan oleh Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Mohamad Sabu kepada para wartawan dalam sidang akhbar di pejabat agung PAS Jalan Raja Laut.

Bagaimanapun, kandungannya akan dimaklumkan sepenuhnya kepada orang ramai dan juga media dalam satu majlis khas yang akan ditetapkan kemudian.

HARAKAHDAILY
Negara Berkebajikan PAS mampu elak BN bankrapkan negara
Ahmad Tajdid
Fri | Feb 15, 08 | 3:48:01 pm MYT

Nampaknya komitmen PAS untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan menjadikan para pemimpin Umno tidak senang duduk.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Konsep negara berkebajikan itu timbul ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan BN yang menyebabkan berlaku fenomena berikut:

KOS SARA HIDUP MEMBEBANKAN RAKYAT!
KESELAMATAN RAKYAT SEMAKIN TERANCAM!
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT TERABAI!
JURANG KAYA-MISKIN SEMAKIN MELEBAR!
PENDIDIKAN DAN KESIHATAN DIJADIKAN PERNIAGAAN CARI UNTUNG!
PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH PARAH DAN MEMBARAH!
KHAZANAH DAN KEKAYAAN NEGARA DIBOLOT KRONI!
PRINSIP DEMOKRASI DICABULI DAN HAK-HAK ASASI RAKYAT DINAFIKAN!

Dengan konsep negara berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS akan berusaha:
Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.
Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.
Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihan raya bebas, adil dan bersih.
Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.
Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan Negara Berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS dan parti-parti sahabat akan bertindak:
Menurunkan harga bahan bakar (petrol dan disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.
Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.
Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN
Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.
Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) akan disediakan kepada setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.
Melaksanakan Akta Gaji Minimum (maksudnya rakyat perlu bekerja) berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.
Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun.
Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.
Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.
Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.
Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.
Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.
Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.
Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.
Menghapuskan tol dan kerajaan mengambil-alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

Itulah sebahagian gagasan Negara Berkebajikan PAS yang mendapat sokongan dan dokongan parti-parti sahabat.

YG HARAKAHDAILY SEBUT INI KANDUNGAN MANIFESTO PAS LE.

HARAKAHDAILY MENDAHULUI PIMPINANKAH ATAU APA?

TAK KUASA NAK TULIS SEBIJI-SEBIJI MANIFESTO PAS.

HANGPA SEMUA BACA SENDIRILAH BEBERAPA HARI LAGI.

Anonymous said...

Apa mungkin Buni Amin Hamzah menentang Datuk Husam Musa atas tiket BN atau Bebas di DUN Salor? Fikir-fikirkanlah. Ambo dah lama agak Buni akan disingkir sebab ambo dah lama kenal Husam.

Anonymous said...

ANTARA TEORI DAN AMALAN POLITIK AL-HUSAMI

1. SIAPA YANG MELINTANG DIA AKAN PATAH

2. SIAPA YANG BOLEH DIPIJAK AKAN DIHENYAK

3. SIAPA YANG BOLEH DIPERKUDA AKAN DIKALDAI