Saturday, February 16, 2008

BERANI TULIS BERANI TANGGUNG(4)



MELI MASUK UMNO, BERKEMPEN UNTUK UMNO, DIUPAH OLEH UMNO?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM

"Bakpo demo pilih sekularisme?" begitu SMS yang diterima. Walaupun SMS itu saya tidak balas, muncul lagi SMS dari penghantar yang sama "bila pula demo minat berparti politik? Kalau nak berparti politik baik pilih parti politik yang berimejkan Islamik".

"Demo sapo?" saya balas SMS yang dihantar.
"Gu demo" balasnya
"Gu hok mao sso?"
"Gu di Madrasah Al-Balaghulmubin dulu. Maso tu kawe sokong Umno...demo sokong Pas"
"Kawe boleh ingat doh. Demo lloni lagu mano?"
"Kawe llo ni tak serupo dulu...kawe masuk Islam doh"
"Bila maso pulok demo tubik Islam? Buke ke cek-mok demo Islam dah...pah pulok demo mengaji sekolah agama"
"Kawe tubik Umno masuk Pas"
"Boktan tu demo kata masuk Islam?"
"Demo lagu mano? Gu-gu dok kata demo masuk Umno. Kawe boleh nombor telefon demo dari gu kita jugak. Dia banyak ghoyat hal demo"
"Ghoyat begapo?"
"Demo sokong Umno"
"Mano dia tau?"
"Tak tau. Dia jugok kata demo diupah untuk hancurkan Pas...musnahkan kerajaan Pas di Kelantan"
"Dia sebut berapa upahnya?"
"Berjuta"
"Kaya la kawe. Demo nak pitih getek gat mari ambil la. Bowok supik gelenyar"
"Kawe serius. Betul ke dok?"
Belum sempat saya balas SMSnya, telefon berdering. Bila dijawab rupanya kawe saya yang SMS tadi yang telefon.
"Cis menatang ni idup lagimu. Bila lagi mu nak mampusnya" senda saya.
"Patutnyo mu mampus dulu menatang. Idup wat berat ke dunia dok tanggung jah...toksir ko Islam...baso cismu'
"Demo dok mmano lloni?"
"KL"
"Kok Lanas?"
"Cismu"
"Kedai Lalat?"
"Bukan standard kawe la menatang. Kelumpur"
"Patut la berkecek ada bunyi luar...keknyo ada bau budu penga-penga"
"Cismu"
"Kato jadi orang Pas dah lloni. Guano yang berkecek udoh laginyo"
"Berkecek dengan demo...bila masonyo demo beso kkecek molek. Bakpo yang dulu sokong Pas molek-molek...lloni tebalik kot gi sokong Umnonyo?"
"Sapo ghoyat?"
"Kawe baco blog demo...gu-gu kita di Kelumpur ni pun baco jugok. Seremo kato demo dah jjadi Umno doh"
"Pah bila masonyo kawe jadi orang Pas?"
"Mula dok puji Pas penuh-penuh mulut"
"Maso tu Pas tak menang di Kelantan. Kawe duduk alik Pas. Kawe suko dok alik kalah. Lebih awal dari tu kawe berkenen dengan Dato' Mat Nasir"
"Kalu Pas kalah di Kelantan lagu mano?"
"Kawe akan sokong Pas 'lah...tapi kawe tak akan jadi aktivis. Kawe takdok lior nak jadi orang parti politik ni...tak sesuai dengan cara hidup kawe"
"Demo nik pelik la"
"Pelik bagi demo tapi tak pelik bagi kawe"
"Maknonyo demo Pas pun tidak Umno pun bukan?"
"Hm dekpon"
"Tak ke pelik?"
"Nabi pun takdok parti politik. Nab bukan orang Pas dan buan orang Umni. Kalau ggitu gat nabi pun peliklah?"
"Payah berkecek dengan demo...sikit-sikit rujuk nabi...rujuk Tuhan selalu"
"Mestilah. Kawe ni Islam. Kalu tak rujuk ke nabi dan Tuhan...nak Islam kot mano"
"Tapi demo kerenat ko Pas....parti Islam"
"Mana Islam ada parti? Sapo...nabi mana dan Tuhan mano gezet Pas tu parti Islam. Hak bubuh nama Partai Islam Se Malaysia/Partai Islam Se Tanah Melayu tu orang macam kawe dengan demo jugak...bukan nabi atau Tuhan yang gezet. Belum tentu nabi dan Tuhan terima Pas sebagai parti Islam...kawe takut nyo masuk dalam senarai bida'ah"
"Demo ni buat kawe serabut"
"Serabut bakpo?"
"Takut ssaloh pilih"
"Ssaloh pilih ggapo mugo?"
"Parti politik"
"Kawe tak berapo cerat"
"Takut kawe pilih msuk Pas lloni tak berapo keno"
"Jange dok serabut boktan masuk Pas. Tak apa nak masuk parti ggapo pun. Demo sekolah agama...mngaji tinggi ppado kawe...demo tubik universiti. Jjadi orang Pas memang molek tapi jangan dok kata dan percaya Pas tu Islam dan Islam tu Pas. Jange buleh ko jadi orang Pas gat dok beraso ada senarai dah dalam syurga... orang lain hak tak sokong Pas macam ada senarai nama dalam neraka belako"
"Takpolah kes tu biarlah. Mujur kawe SMS dan telefon demo. Kawe nampok demo ni macam sekalo juga...Pas bukan Umno pun tidak. Hak patut puji tak kira Pas ko Umno demo puji...hak patut tegur demo tegur belako"
"Benar sekali. Hidup tanpa ada kepentingan dengan mana-mana pihak mudah...takdok terikat dengan sapo-sapo"
"Kawe dengar demo tarik suratkobar demo dari Pas buwi ko Umno. Kawe baco Mingguan Wasilah demo. Berapo Umno bayar ko demo?"
"Pulok doh. Kawe ni kena bayar sokmo"
"Kawe tanyo sungguh ni. Hak sengoti nyo Annuar Musa buwi berapo?"
"Mula orang Umno kata orang Pas buwi ko kawe sejuta. Kalau dah Pas buwi sejuta....tentulah Umno buwi banyak lagi....ko tidak tak 'kan kawe terimo"
"Banyok mano? Ada lima juta? "Kayo la demo"
"Gat kawe bila sesoknyo....kawe kayo sokmo"
"Kawe tanyo sungguh. Kawe serius"
"Demo kenal kawe lamo. Demo raso ado hargo ke kawe ni?. Kawe raso kalu jual timbe...samas sekilo pun tak berapo laku gamaknyo. Jual sukat cupak pun orang toksir"
"Jadinyo?"
"Demo dan baco ke dok sumpah kawe dalam blog kawe?"
"Dan. Kawe print. Lepas blog demo takleh buko"
"Itulah hakikat sengoti. Kalu nak cerita pasal permit malas nak ghoyat banyok ko demo. Maso buwi sewo..... banyok masalah hok keno kawe tanggung. Kawe pakai kiro bicaro secara Islamik...pihak penyewanya tak berapo Islamik mano"
"Pas tak Islamik ko?"
"Kawe tak berapa berani nak kato. Tapi kalau kawe tak masuk dalam Kerajaan Pas dulu...sampai lloni pun kawe akan jadi macam orang Pas lain jugak...dok rasa Pas itu Islam dan Islam itu Pas....."

Panggilan terputus. Saya cuba call balik tetapi rakaman suara operator kata nombor yang didail berada di luar kawasan liputan. Barangkali telefon kawan saya tu kehabisan kuasa battery.

Kalau telefon masih belum terputus....saya akan jelaskan kepadanya bahawa ada hikmahnya kenapa saya ditakdirkan masuk dalam Kerajaan Pas Kelantan selama kira-kira lapan tahun...menjadikan saya berpeluang kenal Pas luar dalam dan sebagai penulis saya kena tulis untuk menyedarkan penyokong Pas supaya jangan taksub sampai memunah-ranahkan akidah. Mereka nak pakai ke tidak, itu bukan urusan saya...tugas saya selesai.

Hakkatnya parti politik hanyalah alat untuk dapatkan kuasa...ianya tidak suci macam Islam sebagai sebuah agama. Islam tidak boleh dikritik tetapi Pas boleh dikritik walaupun ianya dinamakan partai Islam.

Keluar dari Islam murtad dan tak akan tercium bau syurga...keluar Pas tidak murtad dan tidak akan terkeluar dari senarai masuk syurga kalau ilmu amal sentiasa ditingkatkan kualitinya.

Kalau kawan saya itu sempat tanya parti mana yang patut diundi pada pilihanraya kali ini, saya akan kata terpulang kepada plihan masing-masing dan bergantung kepada gerak geri Allah kerana tidak akan berlaku sesuatu prkara KECUALI dengan izin-Nya!




3 comments:

Anonymous said...

Rupa-rupanya pengaruh amanat TG Haji Hadi masih melekat kuat dalam minda pengikut fanatik PAS walaupun ianya sudah lama berlalu. Tanggal 07 April 1987 di Banggul Peradong, Terengganu, satu lontaran keramat dari mulut Hadi bahawa penyokong UMNO adalah kafir.

Masih segar dalam ingatan peristiwa berdarah di Memali 19 Nov 1985 dan julai 2000 peristiwa di Bukit Jenalik iaitu menentang kerajaan UMNO dengan menggunakan senjata adalah jihat, jika mati adalah mati syahid atau sebagai suhada.

Takdir tuhan ada di mana-mana, ia datang tanpa direncana. Sesungguhnya ludahan air liur Hadi terpalik ke muka sendiri. PAS lebih DURJANA dari segala durjana sanggup ber I Love you dengan DAP (anak kpd PAP) semata-mata untuk mengekalkan negara kebucikannya.

Betul kata bijak pandai (eg:meli) bahawa terlalu beretorik semua kerja tak jadi. Zaman pemerintahaan PAS di Terengganu merupakan zaman kemuncak kekebalan kerajaan langit (Ayah Pin) di Hulu Besut. PAS hanya membuta tuli dan buat tak reti. Ramai di kalangan pelajar di SMK Bukit Payong (tempat ambo cari pitih) yang ibubapa mereka penganut ajaran Ayah Pin jadi gila babi kerana konflik identiti. Alhamdulillah kini semua binaan-binaan ala Hindu hancur lebur dan yang tinggal hanya sebuah pusara Ust Ya (org kanan Ayh Pin-belindangnya agak pelik iaitu macam sebuah perahu).

Di negeri serambi Mekah juga tak kurang hebatnya, binaan patong berhala mencakar langit (ada yg duduk, tidur dan berdiri)tanpa diberi garis panduan had-had yang boleh dibina oleh kerajaan negeri kerana semata-mata nak pancing undi puak-puak ni.

Hati kecil tertanya-tanya sampai bila amanat ini terus diguna pakai atau sehinga jenerasi Hadi semua berada di liang lahad baru episodnya tamat.

Anonymous said...

hidup abe li! ambo sokong blog abe li, ambo sokong tulisan abe li!

baru ambo jjupo ore nulis politik yg jujur mace abe li..

takbir! takbir! takbir!

Anonymous said...

kasar sungguh konversasi ini. tapi mungkin hanya pada pandangan saya. sbb kadang2 ianya biasa pada masyarakat tertentu. atau kadang2 perbualan sedemikian biasa bagi sahabat karib.

Bukan kasar atau tidak perbualan ini yang saya nak komen tetapi beberapa perkara antaranya PAS parti islam.

Abg Meli mengatakan ISLAM mana ada Parti. Sama juga ISLAM mana ada Bank, Mana ada Universiti lebih-lebih lagi ISLAM mana ada HADHARI. Nabi tak pernah masuk Universiti Islam. Nabi tak pernah simpan duit atau menjadi manager bank Islam. Nabi pun tak pernah kata ISLAM ni ada jenis Hadhari. Ini kalau mengikut fahaman Abg Meli.

Abg Meli kena faham, kenapa wujudnya Parti. Salah ke wujudnya Parti Islam? Kita kena faham zaman Nabi dan zaman kita. Kita sekarang bukan membawa ajaran baru. kita mentadbir agama yang sudah lengkap dibawa oleh nabi. kewujudan parti politik ini bersesuaian dengan corak pemerintahan dunia sekarang. Ada negara buat parti demokrat, republican, komunis, ada parti buroh, ada parti bangsa macam UMNO. Semuanya berdasarkan apa perjuangan masing-masing. Apakah Melayu mesti UMNO? Sudah pasti tidak. Saya pun Melayu tapi saya sama sekali bukan UMNO. UMNO membawa agenda Melayu tetapi Melayulah yang paling banyak ditindas UMNO.

Sama juga, bukanlah bermakna kafir kalau tidak jadi ahli Parti Islam. Parti ini hanya bersifat untuk urusan pentadbiran bukan akidah. Cuma ianya boleh melibatkan akidah apabila iktiqad kita terhadap Parti mengalahkan iktiqad kepada Allah. Contohnya kita begitu yakin dengan pandangan hanya UMNO boleh memajukan Malaysia atau hanya ahli PAS masuk syurga.

Cuma kita kena ingat, Islam melarang assobiyyah atau perkauman.
Kalau dalam konteks ini UMNO perjuangkan kaum dan PAS perjuangkan ISLAM. Senario hari ini kita lihat benar UMNO tidak berminat untuk melaksanakan perintah Agama Islam. Malah UMNO mencipta ISLAM HADHARI bagi menghalalkan apa yang mereka tidak mahu buat tentang tuntutan ISLAM. UMNO tidak berminat untuk menghapuskan JUDI, Arak atau melaksanakan hukuman Al-Quran. Malah lebih teruk lagi UMNO juga tidak memperjuangkan Melayu. Lihat apa jadi dengan Bahasa Melayu. Lihat bagaimana nasib setinggan2 melayu. UMNO begitu prihatin dengan Kuil yang dirobohkan tetapi tidak ada seorang pun pemimpin UMNO mempertahankan Masjid atau surau yang dirobohkan. Itu belum masuk bab masjid dan surau yang dikunci atau tidak dibenarkan berkuliah.

Memang betul nabi tak gazet pun Parti PAS sebagai parti ISLAM. bagaimana dengan ISLAM HADHARI siapa yang gazet?

Saya setuju Islam itu bukan PAS dan PAS itu bukan ISLAM (agama). Pas adalah satu wadah politik. Politik pula adalah satu kaedah pentadbiran. Dalam konteks sekarang untuk memartabatkan ISLAM mesti ada wadah. Macamana nak laksana hukum Islam kalau tak ada wadah? Contohnya kejayaan menutup premis arak dan judi di Kelantan adalah melalui politik. Bolehkah Abg Meli buat begitu hanya dengan menulis dalam akhbar? Itulah peranan PAS sebagai wadah politik untuk melaksanakan ISLAM. PAS tu bukan agama. Sebagaimana Universiti ISLAM Antarabangsa juga bukan agama. Jangan Abg Meli cuba memutar belitkan antara PAS sebagai Wadah Politik dengan Agama.

Kalau kita memilih Bank ISLAM kerana mahu mengelak dari RIBA begitu juga kita memilih PARTI ISLAM untuk mengelak dari Assobiyyah.

Apakah Abg Meli nak kata ISLAM itu huduh sebab ada orang ISLAM yang JAHAT? Begitu juga apakah Abg Meli nak kata PAS itu huduh sebab ada seorang dua yang tak betul?

Saya minta maaf sekiranya teguran saya ini agak kasar. Tapi saya rasa isu PAS itu ISLAM, ISLAM itu PAS tak patut di salah tafsir oleh seorang penulis yang besar seperti Abg Meli.

Sekian.

FADZLI