Tuesday, February 12, 2008
Mukaddimah
KAPAK JANGAK LEBIH TAJAM!
Sebagaimana yang dijanjikan, Kapak Jangak kembali menemui pembaca dengan namanya diubah sedikit tetapi konsep, nada dan identiti persembahan tetap sama. Yang pastinya ia akan lebih tajam dan mengilukan kerana ada pihak yang nampaknya cuba kilir supaya ianya lebih tajam.
Saya akan dedahkan siapa pemusnah Kapak Jangak setelah maklumat diperolehi dari blogspot yang berjanji akan emailkan kepada saya bila pihak blogspot berjaya mengesannya. Apa pun terima kasih atas pemusnahan yang dibuat, menjadikan saya semacam menerima suntikan semangat baru, menjadikan seorang Meli akan lebih babil dan degil.
Saya akan postingkan pelbagai bahan pada sebelah malam nanti kerana pada sebelah tengahari saya kena buat semakan terakhir (final) Fajar Islam di samping akan mengadakan ikatan dagang resmi dengan pencetak dan pengedar. Fajar Islam akan terus ke riba pembaca kerana kami guna konsep jualan langsung, di mana ada manusia celik huruf dan angka, maka ianya akan jadi sasaran kami akan campakkan Fajkar Islam ke riba anda.
Lihatlah muka depannya. Kalau menarik boleh beritahu rakan-rakan, kalau kurang menarik beritahu kami. Harga senaskah cuma RM3, akan terbit setiap Isnin dan kesemua 48 muka diterbit dalam fullclour, 12 halaman untuk siaran iklan dan rencana berbayar menjadikan ketebalan keseluruahnnya 60 halaman fullcolour.
Yang berminat hantar bahan, bolehlah salurkan melalui alamat email editorfajar@gmail.com manakala untuk tempahan iklan pada kadar RM7,700 halaman, emaillah ke meli_industry@yahoo.co.uk.
Bagi mereka yang berada di Sabah/Sarawak/Bernuei/Medan/Singapura dan juga negeri-negeri di semenanjung yang terlepas kunjung oleh 535 jurujual langsung kami dan berhajat dapatkan Fajar Islam, bolehlah mendapatkannya melalui pos dengan menghantar wang pos atas nama Meli Industry bernilai RM3 untuk satu keluaran, RM18 untuk 6 keluaran dan RM36 ringgit untuk 12 keluaran. Kos penghantaran tanggungan kami.
Selain dari dimuatkan dengan hal ehwal semasa....melalui halaman intipati, para pembaca akan dapat membaca bahan-bahan yang ditulis oleh penulis jemputan kami di Mesir, United Kingdong, Aftghanistan, Iraq, Australia, Jakarta dan lain-lain. Matlamat dan fokus utama penerbitan Fajar Islam ialah dakwah Islamiah.
Sekian, jumpa lagi. Biar pun hanya tinggal ulu pedang tanpa mata dalam tangan, perjuangan tetap akan diteruskan!
Ramli Abdul Halim
Pengelola blog
MELIKAPAJANGAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Ass'kum....
Nampaknya blog Kapak Jangak telah disabotaj begitu teruk teruk sekali.
Kepada Abg Li.... bersabarlah, tetapi bukan sesuatu yg mustahil untuk bangkit semula.
Semoga blog abe Li kembali..... panassssss!
Shifu67
ambo pun simpati tetapi apa boleh buat. Kita sama-sama bekerja untuk memulihkan blog ini InshaAllah.
Kepaada sapa-sapa sempat save mitak tlg antar la ke kaak jangak baru ni apa-apa bahan dari kapak jangak lama. ambo ada email dah sebahagiannya keada Abe Li, Tak tahu la terima ka dak tu.
Napok gaya takdan 27 hb Mac lah susunan kebinet baru kelantan akan dibentuk.
Selamat memakah.
Wak Hamad
saing-sobat
Abe Li.
Semoga kapak jangak yang baru bangkit ini tetap bersemangat seperti dulu...
Husam dgn bangganya membuat kenyataan bahawa ... 38 kerusi sudah dalam tangan, atau pun dgn kata lain... gerenti PAS menang.
38 kerusi sudah dalam tangan?..... wahh! hebatnya keyakinan Husam, dan keyakinan itu kelihatan seperti 'perang saraf' yang hebat juga.
Persoalannya.... adakah keyakinan Husam itu benar2 realistik?
Jangan pula nanti 'perang saraf' bertukar jadi 'gilo shyaraf'
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri bagaimanapun berkata,
"Pada pendapat kami juga pihak BN Kelantan belum bersedia sepenuhnya. Saya jangka penetapan tarikh ini boleh memberi satu power point kepada pembangkang,"ujarnya.
>>Siapa yang belum bersedia sepenuhnya?
Petang tadi dalam satu majlis bersama Jentera Pilihanraya DUN Jelawat & Perupok, DSP Annuar Musa mengatakan, esok beliau akan ke KL utk mengesahkan senarai calon BN Kelantan. Beliau juga mengatakan BN Kelantan adalah yg pertama dan awal2 lagi sudah menyerahkan senarai calon BN dan esok beliau akan menerima keputusannya daripada Pak Lah.
>>Dalam pada dok mendakwa ore lain tak bersedia sepenuhnya tu.... baik Husam baca ghapo yg MSO tulis di blognya tentang situasi DUN Kijang!
http://msomelayu.blogspot.com/
Lincahnya Politik DUN Kijang!
SALAH satu DUN yang menjadi tumpuan dan perhatian ramai di Kelantan ialah DUN Kijang terletak dalam Parlimen Pengkalan Chepa. DUN ini menjadi sedikit kontroversi apabila ada pihak tertentu yang dikatakan kurang senang dengan wakilnya sekarang ini. Sudah lama berita ini tersebar. Seolah ada grand dising untuk menghalau Adun Kijang keluar dari Pengkalan Chepa.
Khabarnya masalah Adun berkenaan sampai dibincang dalam mesyuarat sebuah cawangan. Satu usul dikemukakan agar Adun berkenaan tidak lagi dikekalkan bertanding di situ alasannya beliau orang luar - kawasan lain. Bila ia sudah menjadi usul maka ianya tentulah perkara serius........
PENGGODAM Siber MUSNAHKAN Blog KAPAK JANGAK!
By TARMIZI MOHD JAM
AKHIRNYA Blog Kapak Jangak yang sarat dengan kontroversi, digodam oleh penggodam siber yang belum diketahui angkara siapa, sejak petang semalam (12 Februari 2008). Seluruh pengunjung blog itu tertanya-tanya, mengapa blog ini tidak boleh dilayari?
Saya juga merasai sesuatu sejak jam 9.00 malam tadi hingga ke pagi ini, mengapa Blog Kapak Jangak tidak boleh dibuka. Sama ada dari blog saya, sangahtoksago.blogspot mahupun melalui tranungkite.net.
Kira-kira jam 4.15 petang ini, saya terbaca penjelasan Ramli Abdul Halim, pemilik Blog Kapak Jangak dalam ruangan komen untuk artikel “TG Nik Aziz Mampu Pikat Kaum Cina?” yang saya postingkan semalam.
Terdapat satu komen sahaja. Rupa-rupanya, penjelasan atau pengumuman Ramli terhadap “kemusnahan” blog kesayangannya yang digodam oleh musuh-musuhnya.
“Saya memohon para penyliau-kelih bloh saya (KAPAK JANGAK) bersabar kerana blog saya telah berjaya dimusnahkan oleh mereka yang tidak menyenangi kemunculannya.
“Ramai yang SMS, email dan telefon bertanya apa dah jadi dengan Kapak Jangak... mulai petang tadi tak boleh buka,” ujar Ketua Pengarang Mingguan Wasilah dan Fajar Islam itu.
Pada mulanya, tambah beliau, terdapat gangguan atau kesilapan teknikal tetapi setelah diperiksa, blog itu sebenarnya sudah tiada.
Bagaimanapun, beliau sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut dari MIMOS bagi mengetahui secara terperinci dari mana, atau apa punca kemusnahan blog tersebut.
Insyaallah, Ramli begitu yakin maklumat penuh mengenainya akan dapat diperolehi dalam tempoh terdekat.
“Kalau dirasakan perlu, serangan balas pemusnahan bukan seperkara yang mustahil akan dilakukan,” tegas beliau yang amat kecewa dengan sikap penggodam.
Dipetik dari Blog sanggahtoksago.blogspot.com
Blog KAPAK JANGAK Versi Baru, Mulai ESOK!
By TARMIZI MOHD JAM
PENGENDALI Blog Kapak Jangak, Ramli Abdul Halim berikrar akan mewujudkan kembali blog yang baru digodam semalam, mulai esok dengan menggunakan maskhead yang sama tetapi dengan password baru yang lebih selamat.
Katanya dalam satu kenyataan melalui ruang komen sanggahtoksago.blogspot hari ini, nada dan corak persembahan akan dikekalkan dengan identitnya yang sedia ada.
Yang berbeza ujarnya, mungkin dari sudut bedak gincunya.
“Saya tadinya bercadang melalui blog saya akan posting wajah Mingguan Fajar Islam yang akan diedarkan dalam tempoh sehari dua ini. Tetapi, rupanya blog saya dah dimusnahkan,” tambah beliau penuh kesal.
Sementara pembinaan semula Blog Kapak Jangak selesai sepenuhnya, Ramli berharap para penyelau-kelih Blog Kapak Jangak boleh mengunjungi Blog Sanggahtoksago untuk menatap wajah Mingguan Fajar Islam.
Inipun Dipetik Dari Blog sanggahtoksago.blogspot.com
Blogger Kapak Jangak BERSUMPAH Nafi TERIMA DUIT Umno Kelantan!
By TARMIZI MOHD JAM
PEMILIK Blog Kapak Jangak yang kontroversial, Ramli Abdul Halim terus diserang oleh pengunjung blog yang tidak dikenali dengan tuduhan kononnya beliau ada atau pernah menerima imbuhan dari Umno Kelantan.
Dengan berselindung “anonymous” pengunjung itu mendesak dan mencabar Ramli, 52, agar bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau menafikan tuduhan tersebut.
“Saya mulai hari ini, mencabar Saudara Ramli Abdul Halim, tuan punya Wasilah dan Blog kapak Jangak bersumpah dengan nama Allah yang perlu disiarkan di dalam akhbarnya Wasilah selama empat keluaran, di dalam blognya Kapak Jangak selama empat minggu berturut-turut bahawa Saudara tidak pernah menerima atau meminta duit atau apa-apa manfaat politik daripada parti Umno, atau agen-agen parti Umno, mahupun mana-aman instrument kerajaan yang berkaitan Umno”; begitulah cabaran yang dibuat penuh serius.
Ramli dalam reaksinya menafikan dakwaan jahat tersebut dan melafazkan sumpahnya seperti yang tertera dalam blognya. Untuk membaca bait-bait menarik sumpahnya, pengunjung boleh terus membaca dan teliti di alamat berikut: http://ramliabulhalimmelayu.blogspot.com/ .
Beliau yang juga Ketua Pengarang Mingguan Wasilah, bagaimanapun enggan menyiarkan pernyataan sumpahnya itu di Mingguan Wasilah dan Blog Kapak Jangak, kerana ia dianggap tidak sesuai.
“Saya hanya sambut seruan anda sahaja dan jika anda ditimpa musibah ekoran sumpah yang anda desak saya lakukan ini maka anda kena redhalah menerimanya,” tegas beliau dalam respon balasnya yang tersiar dalam blog kendaliannya, Kapak Jangak.
Minggu lalu, Ramli turut menerima surat saman dari Dato Husam Musa berkenaan beberapa komen yang mengaitkan tokoh PAS Kelantan itu yang didakwa palsu dan fitnah.
Husam melalui peguamnya meminta Ramli mengeluarkan komen-komen tersebut yang disiarkan pada sekitar 24 dan 26 Januari 2008.
Namun, Ramli dalam reaksinya enggan mengeluarkan komen tersebut dan menyatakan kesediaannya untuk "bertembung" dengan Exco Kerajaan Kelnatan itu di mahkamah!
Ini Juga Dipetik Dari Blog sanggahtoksago.blogspot.com
SUMPAH SEORANG MELI: Menjawab KEKELIRUAN Yang RENCAM!
By RAMLI ABDUL HALIM
http://ramliabdulhalimmelayu.blogspot.com/
EKORAN dari penyiaran komen oleh Ustaz Tarmizi Mohd Jam melalui blognya sanggahtoksao@blogspot.com, ramai yang menelefon, SMS dan email meminta saya posting khas untuk sumpah berkenaan.
Bagi tidak menghampakan mereka yang meminta, maka disiarkan sumpah berkenaan, mudah-mudahan semuanya bepuashati dan akan tahu bahawa seorang Meli bukannya mudah dibeli atau dicucuk hidung oleh sesiapa;
February 7, 2008 10:31 AM 13. Anonymous said...
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENGASIHANISAYA MULAI HARI INI, MENCABAR SAUDARA RAMLI ABDUL HALIM, TUAN PUNYA WASILAH DAN BLOG KAPAK JANGAK BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH YANG PERLU DISIARKAN DI DALAM AKHBARNYA WASILAH SELAMA EMPAT KELUARAN, DI DALAM BLOGNYA KAPAK JANGAK SELAMA EMPAT MINGGU BERTURUT BAHAWA SAUDARA TIDAK PERNAH MENERIMA ATAU MEMINTA DUIT ATAU APA-APA MANFAAT POLITIK DARIPADA PARTI UMNO, ATAU AGEN-AGEN PARTI UMNO, MAHUPUN MANA-MANA INSTRUMEN KERAJAAN YANG BERKAITAN UMNO."BERANI KERANA BENAR"ANAK KELANTAN PERANTAUAN"
Respon Saya: Demo sapo nak arah kawe? Oleh kerana demo nak sangat (kalau langkah saya ini tidak selari dengan tuntutan agama mohon alim ulamak betulkan), maka;
"DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAH PEMURAH LAGI MENGASIHI, ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERANG DAN TERSEMBUNYI, SAYA RAMLI BIN ABDUL HALIM BIN ABDUL LATIF BIN ABDUL RAHMAN HAMBAMU YANG SENTIASA REDHA DENGAN KETENTUANMU BERSUMPAH BAHAWA SAYA TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASA ATAU DALAM APA-APA KEADAAN MENERIMA ATAU MEMINTA DUIT ATAU APA-APA MENFAAT POLITIK DARIPADA PARTI UMNO, ATAU AGEN-AGEN PARTI UMNO, MAHUPUN MANA-MANA INSTRUMEN KERAJAAN YANG BERKAITAN DENGAN UMNO (KECUALI PERMIT PENERBITAN KERANA SYARAT NAK KELUAR SURAT KHABAR/MAJALAH KERANA ADA PERMIT) JUGA SAYA TIDAK PERNAH PADA BILA-BILA MASA DAN DALAM APA-APA KEADAAN PUN MEMINTA DUIT ATAU APA-APA KEMUDAHAN DARI PAS (KECUALI PERMIT MINGGUAN WASILAH DISEWA DAN SAYA MENERIMA SEWANYA SERTA BAYARAN TULISAN SAYA YANG ADA LAGI YANG BELUM DIJELASKAN OLEH PENYEWA DAN SAYA DIMINTA BERTUGAS DENGAN URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN PAS NEGERI KELANTAN SELAMA KIRA-KIRA LAPAN TAHUN TANPA SAYA MENAGIHNYA). DEMI KEADILAN DI ATAS KEMAHA-ADILAMU YA ALLAH... MAKA ENGKAU URUSANKANLAH (HASIBIYALLAHI-NIKMATIL-WAKIL) TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG TELAH BERBURUK SANGKA TERHADAP HAMBAMU INI DENGAN APA-APA HUKUMAN UNTUK PANDUAN HAMBAMU YANG LAIN SUPAYA TIDAK AKAN ADA LAGI YANG MUDAH BURUK SANGKA SELEPAS KES HAMBAMU INI DAN JUGA HAMBA-HAMBAMU YANG LAIN. AMPUNKANLAH HAMBAMU YANG JAHIL INI JIKA PERMOHONANKU SUPAYA ENGKAU URUSKAN MANA-MANA PIHAK YANG BURUK SANGKA TERHADAP HAMBAMU MERUPAKAN PERBUATAN TERLARANG DI SISIMU. TEGUH DAN PERTINGKATKANLAH KUALITI IMAN DAN TAQWAKU... KEDUA IBUBAPAKU... ISTERI DAN ANAK-ANAKKU... DATUK-DATUK DAN NENEK-NENEK... GURU-GURUKU... JIRAN-JIRANKU... SAHABAT-HASABATKU... PARA MUJAHIDIN DAN SELURUH UMAT ISLAM YANG MASIH HIDUP... YANG TELAH MATI DAN YANG BAKAL LAHIR YANG SEDANG, TELAH DAN AKAN SENTIASA MENJULANG PANJI-PANJI ISLAM. HALALKAN DUNIAMU INI UNTUK KAMI, HALALKAN ALAM KUBURMU UNTUK KAMI DAN HALALKAN ALAM AKHIRATMU UNTUK KAMI, JADIKANLAH LUBANG KUBUR SAUDARA-SAUDARA KAMI YANG SUDAH MATI SEBAGAI ANTARA TAMAN-TAMAN DI SYURGAMU!"
Saya tak akan siar dalam Mingguan Wasilah atau mana-mana akhbar dan majalah sumpah saya ini kerana ianya tidak sesuai untuk tatapan umum.
Saya hanya sambut seruan anda sahaja dan jika anda ditimpa musibah ekoran sumpah yang anda desak saya lakukan ini... maka anda kena redalah menerimanya.
Mudah-mudahan Allah akan memelihara iman dan taqwa anda dan anda akan berhenti dari mendesak orang melakukan sesuatu yang tidak patut anda desak orang lakukannya pada masa-masa akan datang.
Belajarlah untuk cuba berprasangka baik terhadap orang lain. Kepada mereka yang pakar dalam hukum hakam... mohon beri pandangan sama ada untuk kebaikan saya mahu pun kebaikan pendesak supaya membuat saya sumpah ini dan juga untuk kepentingan umat Islam seluruhnya pada masa sekarang dan akan datang.
Nota:
1. Sumpah ini akan dikekalkan dalam blog ini... bukan sahaja hanya untuk tempoh empat sebagaimana yang diminta.
2. Diizin print dan sebar bagi sesiapa yang merasa perlu berbuat demikian.
Dipetik Dari Blog
sanggahtoksago.blogspot.com
Pada firasat ambo
Pas Kelantan akan menang paling banyak pun separuh dari hak Dato EXCO ramal. Kalau dia ramai 38 maknannya akan menang 19 saja jah. Tapi hak ambo do pikir sebelum ini Pas akan menang antara 6-16 kerudi sahaja.
Dato' Presiden kata Pas berusaha menang 40 kerusi parlimen. Ambo dok baca menang 4 kerusi jah paling banyaknya.
Wallahuaklam.
WakHamad
sebahagian daripada bahan yang terpadam yang saya copy baru-baru ini untuk rujukan, dimasukkan kembali.
2. Anonymous said...
Assalamualaikum.
Ini adalah maklum balas kami kepada tulisan “Pas terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji (I-IV)”, oleh seorang yang menggelar dirinya Anu Bak Har dalam laman web Kapak Jangak. Kami memandang serius tulisan ini kerana ia membawa gambaran salah, seolah Kerajaan Pas Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sebuah kerajaan yang suka menipu rakyat.
Begitupun, setelah disemak dari semua 21 isu yang disenarai, iaitu
1. Politik - Pas akan melantik wakil masyarakat bukan Islam sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
2. Amanah Saham Kelantan - Pas akan melaksanakan skim Amanah Saham Kelantan demi kesejahteraan rakyat
3. Tabung Perkahwinan - Pas akan wujudkan tabung perkahwinan bagi membantu belia berkahwin
4. Elaun Pekerja Anak Ramai - Pas akan memberi elaun kepada pekerja yang mempunyai anak ramai
5. Bank Tanpa Faedah - Pas akan wujudkan Bank Tanpa Faedah bagi membantu rakyat miskin
6. Hisbah - Pas akan menubuhkan Suruhanjaya Hisbah bagi menyiasat penyelewengan dalam kerajaan
7. Pegawai rasuah dipecat – Pas akan memecat pemimpin dan kakitangan kerajaan sekiranya mereka terbabit dengan rasuah
8. Tanaman tembakau – Pas akan hapuskan tanaman tembakau dan menggantikannya dengan tanaman ubi
9. Bayaran gaji kakitangan – Pas akan membayar gaji kakitangan kerajaan mengikut kalendar Hijrah
10. Hypermarket – Pas akan bina hypermarket berkonsepkan Islam yang pertama di negara ini di Kelantan
11. Pusat Reka Bentuk – Pas akan menubuhkan Pusat Reka Bentuk bagi meningkatkan nilai komersil dan perdagangan produk budaya dan kraftangan rakyat
12. Penghuni rumah rakit – Pas akan memindahkan semua penghuni rumah rakit ke kawasan perumahan yang lebih selesa.
13. Pejuang Melayu dan cendikiawan Islam – Pas akan mengabadikan nama pejuang Melayu dan cendikiawan Islam di zaman penjajah menerusi projek besar yang akan dilaksanakan.
14. Pengangkutan awam – Pas akan memastikan pengangkutan awam yang lebih selesa kepada rakyat
15. Majlis Perundingan Agama - Pas akan menubuhkan Majlis Perundingan Agama bagi mengelak perselisihan pendapat mengenai agama antara rakyat berbilang kaum
16. Hudud – Pas akan membawa usul di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkannya melaksanakan hukum hudud
17. Tanah rakyat – Pas akan memastikan tanah rakyat tidak diambil balik bagi melaksanakan projek pembangunan.
18. Bekalan air – Pas akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti.
19. Balak – Pas sedia mendedahkan nama penerima konsesi balak dari kerajaan
20. Langkah berjimat – Pas akan mengguna gas asli (NGV) bagi semua kenderaan kerajaan sebagai langkah berjimat
21. Letak jawatan - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia meletakkan jawatannya.
Didapati hanya 4 isu sahaja yang dijanji secara rasmi oleh Pas Kelantan dalam manifesto-manifesto terdahulu.
Isu-isu ini ialah:
1. Politik - Pas akan melantik wakil masyarakat bukan Islam sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
Ini terkandung dalam Manifesto (Program) PAS Negeri Kelantan 1990 di bawah: 3.2.b. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.
2. Amanah Saham Kelantan - Pas akan melaksanakan skim Amanah Saham Kelantan demi kesejahteraan rakyat
Ini terkandung dalam Manifesto (Program) Angkatan Perpaduan Ummah Negeri Kelantan 1995 di bawah: 5.2.e. Meneruskan usaha bagi menubuhkan Amanah Saham Kelantan Secara Islam (AKSI) yang berteraskan pelaburan dan kegiatan ekonomi Islam.
3. Hisbah - Pas akan menubuhkan Suruhanjaya Hisbah bagi menyiasat penyelewengan dalam kerajaan
Ini terkandung dalam Manifesto (Program) PAS Negeri Kelantan 1990 di bawah: 3.3.c. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.
4. Pusat Reka Bentuk – Pas akan menubuhkan Pusat Reka Bentuk bagi meningkatkan nilai komersil dan perdagangan produk budaya dan kraftangan rakyat
Ini terkandung dalam Manifesto (Program) Angkatan Perpaduan Ummah Negeri Kelantan 1995 di bawah: 10.5.iv. Menubuhkan Pusat Reka Cipta (Design Center).
Selain turut terkandung dalam Manifesto (Program) PAS Negeri Kelantan 1999 di bawah: 11.2. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan lebih ramai usahawan kraf.
Kesemua 4 isu ini bukan sengaja tidak dilaksanakan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana halangan-halangan tertentu seperti dijelaskan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Adapun kesemua 17 isu lain tidak dijanji secara rasmi oleh Pas Kelantan dalam manifesto-manifesto terdahulu dan lebih berupa luahan spontan Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau pemimpin Pas Kelantan lain kepada media massa atas sifat peribadi Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atau pemimpin Pas Kelantan itu. Kami yakin rakyat tahu membezakan antara pernyataan hasrat dan janji.
Sekian, terima kasih.
Membangun Bersama Islam.
Respon Saya - Serah kepada kebijaksanaan rakyat membuat pilihan adalah satu langkah yang sangat kena dan bjiak. Kita kena usahakan supaya perjuAngan kita menjadi pilihan utama pengundi.
February 2, 2008 2:01 AM
3. Anonymous said...
Lagi penjelasan atas tulisan “Pas terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji (I-IV)” oleh Anu Bak Har dalam laman web Kapak Jangak.
7. Pegawai rasuah dipecat – Pas akan memecat pemimpin dan kakitangan kerajaan sekiranya mereka terbabit dengan rasuah. Isu ini tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada pemimpin dan kakitangan kerajaan yang disabitkan dengan rasuah.
15. Majlis Perundingan Agama - Pas akan menubuhkan Majlis Perundingan Agama bagi mengelak perselisihan pendapat mengenai agama antara rakyat berbilang kaum. Isu ini juga tidak berbangkit kerana sehingga kini belum ada keperluan mengenainya (tiada konflik agama).
18. Bekalan air – Pas akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti. Isu ini pun tidak berbangkit kerana sehingga kini majoriti rakyat sudah mendapat bekalan air bersih yang berkualiti dan usaha sedang dibuat bagi memastikan seluruh rakyat mendapat bekalan ini.
Membangun Bersama Islam
Respon Saya - Kalau dah molek belaka gat baguslah.
February 2, 2008 2:11 AM
4. Anonymous said...
Pas terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji (A)
Aku Bukan Haruan
Kapak Jangak
Komen kepada artikel Umno terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji
Anual Bakri Haron
Harakahdaily
PUAS-PUAS duduk-duduk, seronok juga menilai senarai semak janji Pas Kelantan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 1990 yang belum tertunai. Bunyinya begini:
2.1. Melaksanakan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan kemasyarakatan.
2.6. Mengamalkan kekuasaan politik untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukannya bertujuan menindas dan mencari kepentingan peribadi atau puak.
2.7. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.
3.1. PAS akan menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Ijmak dan Qias sebagai sumber rujukan perundangan dan kehakiman di negeri ini.
3.2.b. Demi keadilan semua golongan, pindaan perlembagaan juga akan dilakukan bagi membolehkan dibuat perlantikan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Dilantik) untuk mewakili kumpulan-kumpulan tertentu.
3.3.c. Mewujudkan sebuah badan bebas yang dinamakan badan hisbah bagi mengawasi pentadbiran kerajaan.
4.a. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
4.c. Mengkaji ke arah mengurangkan kadar elaun dan keistimewaan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (termasuk Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar) dalam perkara yang munasabah demi menggalakkan kesederhanaan di kalangan pimpinan kerajaan.
10.d. Menubuhkan satu tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah.
11.a. Semua pihak berkuasa tempatan akan dikaji semula dari segi pentadbiran dan peraturan-peraturan yang menimbulkan masalah kepada rakyat. Ini melibatkan kadar bayaran cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen perniagaan dan iklan dan berbagai cukai kepada peniaga-peniaga.
11.f. Mengurangkan bayaran lesen ke atas beca roda tiga, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil demi menjaga kepentingan rakyat.
15.a.i. Mengadakan skim penempatan orang tua yang tidak ada pembelaan di pondok-pondok yang sedia.
15.a.ii. Mengadakan pusat penempatan bagi anak-anak yatim dan memberi bimbingan khas kepada mereka.
15.a.iii. Menyusun satu program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah.
Ha ha ha … berbahagialah wahai rakyat negeri-negeri orang di luar Kelantan. Melompong lagilah nampaknya rakyat Kelantan. Ha ha ha!
Respon Saya - Nampaknya benda-benda ni akan jadi bahan kempen pilihanraya.
February 2, 2008 3:30 AM
5. Anonymous said...
Pas terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji (B)
Aku Bukan Haruan
Kapak Jangak
Komen kepada artikel Umno terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji
Anual Bakri Haron
Harakahdaily
PUAS-PUAS duduk-duduk, seronok juga menilai senarai semak janji Pas Kelantan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 1995 yang belum tertunai. Bunyinya begini:
2.1. Meneruskan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan pembangunan sesuai dengan kuasa pemerintahan negeri.
3.1. a. Aspek perundangan dan kehakiman tertinggi dalam sebuah kerajaan hendaklah bersumberkan Al-Qur’an, Al-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias.
3.2.a. Terus mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang sedang dipakai di samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan secara menyeluruh fasal-fasal dalam Perlembagaan Negeri Kelantan ke arah lebih menepati kehendak Islam.
5.2.b. Meneruskan pelbagai usaha bagi menyelesai beban kemiskinan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
5.2.d. Merancang dari masa ke semasa rancangan kemajuan ekonomi berasaskan keperluan rakyat tanpa merampas dan menghilangkan hak rakyat.
5.2.e. Meneruskan usaha bagi menubuhkan Amanah Saham Kelantan Secara Islam (AKSI) yang berteraskan pelaburan dan kegiatan ekonomi Islam.
5.3.a. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi kesesakan laluan melalui Bandar Kota Bharu.
10.5.iv. Menubuhkan Pusat Reka Cipta (Design Center).
19.1. Mengambil pelbagai langkah serius untuk memenuhi keperluan rumah kepada rakyat yang memerlukan.
24.2. Memastikan program kebajikan kepada golongan tua dilaksanakan dengan adil.
26.2. Memberi perhatian lebih kepada kebajikan anak-anak yatim khususnya di bidang pendidikan.
Ha ha ha … berbahagialah wahai rakyat negeri-negeri orang di luar Kelantan. Melompong lagilah nampaknya rakyat Kelantan. Ha ha ha!
Respon Saya - Tembak menembak sedang berlaku nampaknya. Biarkan...dah habis peluru nanti berhentilah TU agaknya.
February 2, 2008 3:30 AM
6. Anonymous said...
Pas terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji (C)
Aku Bukan Haruan
Kapak Jangak
Komen kepada artikel Umno terus lenakan rakyat Kelantan dengan janji
Anual Bakri Haron
Harakahdaily
PUAS-PUAS duduk-duduk, seronok juga menilai senarai semak janji Pas Kelantan dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 1999 yang belum tertunai. Bunyinya begini:
2.1. Meneruskan dasar dan peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahan termasuk perundangan, pentadbiran dan pembangunan sesuai dengan kuasa pemerintahan negeri.
3.1. a. Meneruskan amalan perundangan dan kehakiman yang bersumberkan Al-Qur’an, Al-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qias.
3.1. b. Sentiasa berusaha kea rah melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman berteraskan Islam.
3.2.a. Terus mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan enakmen yang sedang dipakai di samping mengkaji, meneliti dan membuat pindaan serta menyesuaikan secara menyeluruh fasal-fasal dalam Perlembagaan Negeri Kelantan supaya tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
4.2.b. Meneruskan pelbagai usaha bagi menyelesai beban kemiskinan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
4.2.c. Merancang dari masa ke semasa rancangan kemajuan ekonomi berasaskan Pelan Pembangunan Strategik demi membawa kemajuan untuk rakyat tanpa merampas dan menghilangkan hak rakyat.
4.3.c. Mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan.
4.3.d. Berusaha membina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan bagi mengatasi kesesakan laluan melalui Bandar Kota Bharu.
11.2. Berusaha mewujudkan Pusat Reka Cipta bagi melahirkan lebih ramai usahawan kraf.
17.4. Memajukan Pusat Ekspo Negeri di Tanjung Chat, Kota Bharu.
18.2. Berusaha memajukan bandar baru berkonsepkan Islam di Pengkalan Kubor, Tumpat.
19.4. Berusaha menyediakan tapak-tapak rumah kepada golongan miskin.
23.7. Mengenalpasti dan merangka program pembelaan kepada janda, ibu tunggal dan wanita uzur.
24.2. Memastikan program kebajikan kepada warga tua dan kurang upaya dilaksanakan dengan adil.
26.2. Memberi perhatian lebih kepada kebajikan anak-anak yatim khususnya di bidang pendidikan.
Ha ha ha … berbahagialah wahai rakyat negeri-negeri orang di luar Kelantan. Melompong lagilah nampaknya rakyat Kelantan. Ha ha ha!
Respon Saya - Duk ulang mugo srupo ni bakpo? Ko saya perasan lagu kerana mata tak berapo boleh buka...letih dan mengantuk
February 2, 2008 3:31 AM
7. Anonymous said...
Penyilau 4,
Siapa kata Pas tak berjanji akan memastikan tanah rakyat tidak diambil balik bagi melaksanakan projek pembangunan?
Bukan Perkara 5.2.d. dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pas 1995 menyebut Pas akan merancang dari masa ke semasa rancangan kemajuan ekonomi berasaskan keperluan rakyat tanpa merampas dan menghilangkan hak rakyat? Bukan Perkara 4.2.c. dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pas 1999 menyebut Pas akan merancang dari masa ke semasa rancangan kemajuan ekonomi berasaskan Pelan Pembangunan Strategik demi membawa kemajuan untuk rakyat tanpa merampas dan menghilangkan hak rakyat?
Penyilau 4,
8. Siapa kata Pas tak berjanji akan memastikan rakyat mendapat bekalan air bersih yang berkualiti? Bukan Perkara 4.3.c. dalam Manifesto Pilihan Raya Umum Pas 1999 menyebut Pas akan mempertingkatkan mutu dan menyediakan bekalan air bersih mencukupi kepada seluruh rakyat Kelantan?
Penyilau 4,
Anda siapa sebenarnya? Kalau anda pemimpin Pas, anda harus malu pada diri sendiri. Takkan pemimpin Pas tak tahu manifesto Pas?
Respon saya - Kalau dah ada dalam minfesto maknanya itu janji resmilah...bukan janji spontan. Macam mana pun janji memnang mudah...nak laksana janji yang payahnya. Macam mana opun rakyatlah yang akan tentukan sama ada tidak tepat janji itu boleh dimaafkan atau tidak...kuasa undi undi ditangan mereka.
Kalau ada jenis pemimpin yang sanggup malu pada diri sendiri...yang sanggup muhasabah diri dan sanggup mengaku kelemahan sendiri dan bersedia ditegur...parti pasti akan semakin bertambah sokongan...bukannya semakin berkurangan.
February 2, 2008 3:35 AM
8. Anonymous said...
Janji-janji dalam manifesto PAS tak boleh dipakai, hampir semua guna ayat umum, hampir tiada yang spesifik, mana orang nak yakin, nak ukur pencapaian pun susah.
Bila PAS janji nak bina jambatan keempat merentasi Sungai Kelantan PAS wajib menunai janji membinanya walau Kerajaan BN dah umum akan membinanya. Janji tetap janji.
Pak Mat Kota.
Respon Saya - Tak tepat janji bukan ke munafik namanya? Atau pun dalam politik bila mungkir janji tak terkategori sebagai munafik. Alim ulamak kena royat betul-betul mugo begoni....kalu tidak demo orang alim pun akan berdosa. Ke ada tok alim kebal dari kena dosa?.
February 2, 2008 3:40 AM
9. Anonymous said...
Meneruskan pelbagai usaha bagi menyelesai beban kemiskinan rakyat khususnya di kawasan luar bandar? Semudah itu nak selesai kemiskinan? Usaha apa, bila, bagaimana, di mana? Kalau betul usaha mengapa masih ramai miskin?
Respon Saya - Orang parti yang nak bercakap tentang menyelesaikan beban kemiskinan rakyat kena tengok dulu parti kaya ke tidak....mampu berdikari ke tidak. Kalau nak gerak parti pun kena mintak derma dengan rakyat...layak ke bercakap tentang pembasmian kemiskinan. Kalau layak bercakap pun orang boleh terima ke tidak?
Toksoh dok rancang banyak...tengok dalam setiap kawasan tok wakil...berapa keluarga dalam sehari...dalam seminggu...dalam sebulan...dalam setahun...dalam sepengagal dan dalam tempoh empat penggal hak brjaya dimerdekakan dari kemiskinan kerana jasa tok wakil?
Kalau dah kaya belako...tentulah takdok hak berebut nak baju sekolah free...hak minta toloh tok wakil bayar bil api..bil air...bil telefon dan macam-macam bayaran termasuk nak bayar lori pindah rumah yang nilainya cuma RM100 pun mintak dekat wakil rakyat.
February 2, 2008 3:42 AM
10. Anonymous said...
Akm. Tertarik janji PAS nak buat pindaan serta menyesuaikan secara menyeluruh fasal-fasal dalam Perlembagaan Negeri Kelantan supaya selari dengan kehendak Islam. Teringat pendedahan seorang pengomen mengenai draf pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan yang Islamik itu. Kalau draf dah ada, mengapa tak dipinda saja? Apa hukum orang tak tunai janji?
Anak Kelantan di Sabah.
Respon Saya - Pinda dah...bawa dalam mesyuarat dewan dah...dan dewan lulus dah tapi sangkut. Pihak yang patut sign tak mahu sign. Bakpo tak sign? Saya pun takleh nak jawab.
February 2, 2008 3:45 AM
11. Anonymous said...
Mana program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah? Kalau betul ada program ini mengapa masih ramai penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah di Negeri Serambi Mekah?
Respon Saya - jangankan program pemulihan akhlak menyeluruh kepada penagih dadah, pelacur dan golongan mak nyah, program rakan masjid pun tak jalan. Tak mudah nak baiki kepunahan...kerana itu kata orang tua-tua lebih baik mencegah dan mengubat.
February 2, 2008 3:48 AM
12. Anonymous said...
Di mana tabung kewangan perumahan bagi membolehkan kakitangan kerajaan dan orang perseorangan memiliki rumah? Kalau ada, mengapa tabung ini tidak diguna bagi membantu penghuni rumah rakit dan rakyat lain yang tiada rumah? Apa
langkah serius yang diambil untuk memenuhi keperluan rumah kepada rakyat yang memerlukan?
Respon Saya - Sayak tak tahu kerana saya bukan kakitangan kerajaan. Penghuni rumah rakit tu rasanya mereka sendiri yang nak kekal jadi penghuni rumah rakit. Kebanyakan mereka dilahir dan dibesarkan di rumah rakit. Kekok untuk mereka nak hidup di dunia baru...macam orang nelayan jadi penerokalah...apa yang mereka nampak tak makan cekok belaka.
February 2, 2008 3:51 AM
13. Anonymous said...
Hah, main manifesto pulok doh. kawe pun nok tupe sekaki la. Buleh kawe tau begapo elaun dan keistimewaan Ahli EXCO, TMB dan MB hok doh dikurang setakat ni? Gaji demo-demo ni paling rendoh sekali koh banding gaji Ahli EXCO, TMB dan MB negeri-negeri lain? Kalu betul gitu gat bagus benar la.
Pengundi Tawang.
Respon Saya - Turun elaun takdok bbunyi lagi...kalu naik elaun adalah.
February 2, 2008 3:54 AM
14. Anonymous said...
Meli, kadar cukai pintu, tempat letak kereta, bayaran lesen meniaga dan iklan dan cukai meniaga lain di Kota Bharu lani dah tak menyusahkan rakyatkah, rendah benar dah bokali dih? Lesen teksi, bot dan perahu nelayan, kereta-kereta sorong, warung dan gerai-gerai kecil pun turun banyak dah bokali dih? Alhamdulillah, syukran.
Respon Saya - Bokalilah...rendah belako bokali. Hal cukai pintu saya tak tau...saya duduk rumah sewa. Bayar letak kereta pun tak tau pasal bini saya dapat pelekat khas MPKB...tak payah bayar parking.
Lesen nnego ni saya baru nnego...tak gi bayar lagi. Bila selesai segala urusan dan lesenya dibayar...saya akan tahulah berapa lesen nego MPKB dan harga pemsangan papan iklan/signbord. Lesen teksi (beca?), bot, perahu nelayan, kereta sorong, warung dan geragerai kecil saya tak tau kerana saya tak pernah terlibat.
February 2, 2008 3:58 AM
15. Anonymous said...
2.7. Menghapuskan amalan pilih kasih, penindasan dan kuasa diktator dalam badan pelaksana (eksekutif) di bidang pemerintahan, pentadbiran dan kemasyarakatan.
4.a. Mewujudkan pentadbiran yang beramanah, bebas dari penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa serta berlaku adil dalam segala perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.
KES AIR KELANTAN MACAM MANA? MANA HILANG MANGSA FAUZI DAN HUSAM? SEMUA DAH KECUT PERUT BILA HUSAM SAMAN NOZULA, ADHAN DAN NST?
Respon Saya - Pertanyaan anda ni saya tak boleh jawab. Saya yakin mereka berkaitan akan tampil membuat penjelasan.
Pilihan raya dekat benar dah...
Dok rasa kenalin jah..nanti ka sapa masa..
Pada ambo kalu tuju atah diri ambo sore jah ambo tak apo belako sapa-sapo mene pun mugo ambo kija kerajaan..kalu pas mene pun dia tak leh nak pecat keja ambo..kalu bn mene pun tak dak apa satu..
tapi bila ambo duduk atah diri ambo ore kampong..ambo nak bn mene..kalu bn mene banyaklah menafaat akan pada boleh di beri oleh kerajaan pada rakyat.
Insyaallah BN akan mengambil alih tampok pimpinan negeri Cik Siti Wan Kembang ini pada pru ke 12 ini.
Jangan pula nanti 'perang saraf' bertukar jadi 'gilo shyaraf'
>>>Gilo shyaraf tu gilo jenis gapo cikgu shifu76.
Apa nak kecoh Husam tanding di Salor. Salor tu kan kampung dia, dalam Parlimen Kubang Kerian yang dia jadi Yang Dipertua lagi, padan la kalau dia tanding di Salor pun. Apa nak dengki-dengki?
Akhbar sama, tarikh sama, muka berbeza, berita berbeza (satu duka, satu suka)
Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan Bil. 02 Tahun ke 12 Rabiulakhir 1424/Jun 2003. Percuma.
MUKA 1
LEMBAH SIREH DIBANGUNKAN: PROJEK RM2 BILION UNTUK MASA DEPAN PENDUDUK
KOTA BHARU: Kerajaan negeri dijangka meluluskan projek Lembah Sireh bernilai lebih dua bilion ringgit jika dua jawatankuasa yang ditubuhkan berpuas hati bahawa rancangan itu akan memberi pulangan jangka panjang kepada generasi depan penduduk di kawasan berkenaan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memang bercadang membangunkan kawasan tersebut kerana generasi penduduk di situ tidak mungkin bertahan dengan cara hidup bertani seperti yang diamalkan sekarang.
Menurutnya, walaupun kawasan berkenaan terkenal dengan dataran subur yang mampu menghasilkan keluaran pertanian yang lumayan, namun sebagai kawasan pinggir bandar, generasi depan perlu terlibat dengan aktiviti yang lebih produktif.
“Bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar, kita tidak dapat mengelak daripada membangunkan kawasan ini, cuma bentuk pembangunan itu mesti dipastikan sesuai dengan keperluan tempatan dan generasi depan penduduk mendapat bahagian yang wajar”, terang beliau.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian pada sidang media selepas majlis memetik hasil tembikai susu di pusat pengumpulan pertanian Lembah Sireh 5 Mei lalu.
Projek pembangunan pinggir sungai yang melibatkan Lembah Sireh difahamkan akan dibangunkan dengan pembangunan infrastruktur termasuk kawasan perumahan, kompleks perhotelan, medan komersil dan kemudahan pejabat moden.
Sementara itu, Tuan Guru Menteri Besar dalam ucapan beliau menyifatkan Kampung Sireh termasuk Dataran Lembah Sireh seperti tanah tumpah darah beliau sendiri kerana sentiasa berada di situ semasa kecil.
“Semasa kecil saya sentiasa dibawa arwah ayah ke kampung ini untuk belajar dengan seorang ulamak terkenal yang dikenali sebagai Tok Khurasan,” ujar beliau.
Menurut Menteri Besar, Tok Khurasan amat terkenal dan menjadi guru kepada ramai ulamak Kelantan yang terkenal, termasuk bekas Mufti Kelantan, Haji Ahmad Maher.
Beliau yang mengambil masa lebih sejam meninjau ladang berkelompok tembikai madu menyeru penduduk kampung mendapat maklumat mengenai rancangan kerajaan melalui sumber yang sah.
“Kerajaan telah melantik pegawai-pegawai termasuk penghulu di peringkat kampung supaya segala rancangan kerajaan tidak disalah tafsir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata beliau.
Pihak kerajaan, katanya, akan mendengar semua pandangan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan dan berharap semua pihak mengambil peluang untuk bersuara bagi memudahkan pertimbangan dibuat.
“Kita memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan membuat keputusan sehingga mendapat kepastian bahawa masa depan penduduk tidak diabaikan”, tegas beliau.
Buletin Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan Bil. 02 Tahun ke 12 Rabiulakhir 1424/Jun 2003. Percuma.
MUKA 2
PROJEK PERTANIAN LEMBAH SIREH RAIH HASIL RM1 JUTA
KOTA BHARU: Peserta projek ladang berkelompok tembikai wangi di Lembah Sireh melahirkan rasa kesyukuran kerana berjaya menukar tanah pertanian tradisional kepada bentuk pertanian komersial yang memberi pulangan lumayan.
Projek yang melibatkan hampir 100 peserta di kawasan seluas 40 hektar itu kini dianggap projek pertanian paling berjaya yang mampu memberikan hasil purata bulanan antara RM1,000 sehingga RM2,000 kepada setiap petani.
Menurut ketua projek berkenaan, Yunus Yaakob, semasa projek komersial itu diperkenalkan pada tahun 1988 hanya 10 peserta yang berminat untuk mengambil bahagian.
“Alhamdulillah, sekarang hampir 50 orang telah bersama-sama mengusahakan pertanian komersial di kawasan ini dan semuanya bersyukur kerana mendapat hasil yang lumayan,” katanya.
Menurut Yunus, bagi projek tembikai wangi, pengeluaran bagi setiap musim berjumlah 300 tan bernilai 300,000 ringgit.
Hasil kerjasama jabatan-jabatan terbabit, semua masalah termasuk pemasaran dapat diatasi dengan baik.
“Masalah pemasaran tidak berbangkit kerana pihak Lembaga Pemasaran Pertanian (FAMA) bersedia membeli semua hasil yang tidak dapat dijual di ladang,” tambahnya.
Seorang peserta yang ditemui, Ahmad Sulaiman, 55, menganggap Lembah Sireh adalah satu rahmat bagi penduduk setempat yang harus disyukuri.
“Masyarakat di sini harus bersyukur kerana tanah di lembah ini dikatakan antara yang paling subur di negara kita,” kata beliau.
Menurut Ahmad, projek yang mereka usahakan bukan sahaja selalu didatangi oleh pelawat dari Kelantan malah ramai pengunjung dari luar tidak putus-putus menziarahi projek itu.
“Selain projek sayuran, tembikai wangi dan jagung, kami juga menjalankan usaha penternakan bagi membekalkan daging lembu dan kambing kepada pengguna di Kota Bharu dan tempat-tempat lain di Kelantan,” katanya lagi.
Selain projek sedia ada, beliau berkata, usaha sedang dibuat untuk memohon dari pihak-pihak tertentu untuk menjalankan projek ternakan ikan air tawar yang amat sesuai di sepanjang Sungai Kelantan.
“Kita akan meneruskan apa sahaja usaha yang bermanfaat bagi membuktikan bidang pertanian bukanlah satu bidang yang ketinggalan dan tidak ada masa depan,” ujar beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bunut Payong, Haji Takityuddin Hassan berkata, pihak kerajaan melalui pelbagai agensi telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi memajukan petani di kawasan berkenaan.
“Selain Jabatan pertanian, MARDI dan FAMA, pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) turut menyediakan bantuan teknikal yang sesuai seperti rumah pam bagi memastikan bekalan perairan sentiasa mencukupi,” terang beliau.
Hasil tahunan projek pertanian itu, menurut beliau, adalah antara satu hingga dua juta ringgit.
10 soalan untuk dijawab oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat:
1. Apa pulangan jangka panjang yang sedang dan akan diperolehi petani dari projek Lembah Sireh yang sedang dibangunkan sekarang?
2. Apa aktiviti lebih produktif yang sedang dan akan Kerajaan PAS Kelantan berikan dan rancangkan untuk petani dan anak cucu cicit petani Lembah Sireh?
3. Apa bahagian wajar yang akan diperolehi anak cucu cicit petani Lembah Sireh dari bentuk pembangunan projek Lembah Sireh sekarang?
4. Mengapa Tuan Guru sampai hati menyampai berita duka kepada petani Lembah Sireh waktu meraikan saat suka mereka melihat hasil tanaman dipetik?
5. Mengapa Tuan Guru meminta penduduk kampung mendapat maklumat mengenai rancangan pembangunan projek Lembah Sireh melalui penghulu?
6. Apakah Tuan Guru benar-benar memberi peluang kepada petani bersuara sebelum Tuan Guru membuat pertimbangan ke atas projek Lembah Sireh?
7. Apakah Tuan Guru benar-benar pasti bahawa masa depan penduduk tidak diabaikan bila Tuan Guru meluluskan projek Lembah Sireh?
8. Kalau projek pertanian Lembah Sireh paling berjaya hingga petani mendapat hasil RM1,000 hingga RM2,000 sebulan mengapa ia tidak diteruskan?
9. Apakah hasil RM12,000 hingga RM24,000 setahun bagi setiap petani menyamai jumlah pampasan yang mereka terima dari pihak pemaju?
10. Apakah anggapan Lembah Sireh satu rahmat bagi penduduk setempat yang harus disyukuri akan bertukar menjadi laknat yang harus ditakuti?
Calon DUN PAS Bunut Payong, Dr Rosli Alani Abdul Kadir?
Sokonglah D'Husam, pemimpin bervisi tinggi bagi membangun anak negeri
Kelantan laksana projek balak tanah tinggi
29/09/2004
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan pembalakan di kawasan tanah tinggi lebih daripada 1,000 meter di jajaran Gua Musang-Jeli yang berpotensi memberi pulangan RM1 bilion hingga RM2 bilion.
Jurucakap kerajaan negeri, Husam Musa, berkata mengikut Peraturan Perhutanan Negara, kawasan lebih dari 1,000 meter tidak dibenarkan kerja pembalakan bagi mengelak kerosakan alam sekitar.
Bagaimanapun, kawasan hutan simpan di selatan Gua Musang yang kini dimiliki Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) membabitkan keluasan kira-kira 84,000 hektar berpotensi mengeluarkan hasil kayu balak bernilai tinggi.
"Kita tidak boleh membalak di kawasan lebih 1,000 meter tetapi kawasan itu berpotensi memberi hasil sangat tinggi hingga RM2 bilion," katanya di Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra, di sini semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas tinjauan udara menggunakan helikopter di jajaran Gua Musang-Jeli bagi meninjau kawasan pembalakan yang mungkin diterokai secara haram, selain kawasan balak milik KPK.
Turut sama dalam tinjauan hampir empat jam itu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru memulakan tugas rasminya pada 23 September lalu selepas bercuti kira-kira dua bulan kerana diserang sakit jantung pada 22 Julai lalu.
Mengiringi beliau ialah Pengarah Urusan KPK, Fadli Abdul Samat dan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Yahya Mahmood.
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri berkata, tanah tinggi di kawasan itu masih dikategorikan sebagai kawasan hutan simpan, termasuk tanah tinggi Gunung Chamah, juga selatan Gua Musang.
"Kita juga meninjau kemungkinan membuat tebangan secara kesan rendah terhadap alam sekitar dan mengenal pasti cara itu menggunakan teknologi tertentu.
"Kajian penting bagi mengelak kerosakan alam sekitar dan pada masa sama menjalankan tebangan kayu yang kebanyakannya kayu meranti bukit," katanya.
Husam berkata, rombongan kerajaan negeri turut singgah di perkampungan Orang Asli serta meninjau beberapa sungai sekitar kawasan KPK, iaitu Sungai Jenera dan Sungai Puyan yang memiliki air jernih dan berpotensi dimajukan untuk sektor pelancongan.
HAHAHA, TAJAM MENDE GINI, GELEBEK WEH DAH. BAIK TUTUP SAJA LA.
Nak tau siapa calon PAS di Kelantan?
Datuk Husam tanding di DUN Salor. Buni Amin dinyah seperti diramal.
Tempat Datuk Husam di DUN Kijang diambil oleh Senator Wan Ubaidah, isteri arwah Wan Azim adik Cikgu Wan Rahim.
Ustaz Mat Mustapha bekas Ketua PKR Kelantan tanding di DUN Demit. Ustaz Mat Iraq direhat.
Dr Rosli Allani tanding di DUN Bunut Payong. Datuk Takiyuddin dipindah ke Parlimen Kota Bharu.
Nasaruddin Mat Isa tanding di Parlimen Bachok.
Dr Hatta Ramli tanding di Parlimen Pasir Puteh.
Cikgu Wan Rahim YDP Kota Bharu tanding di Parlimen Rantau Panjang.
Datuk Halim tanding di Parlimen Pengkalan Chepa.
Salahuddin Ayub tanding di Parlimen Kubang Kerian.
Datuk Kamaruddin Jaafar tanding di Parlimen Tumpat.
Datuk Ibrahim Ali tanding di Parlimen Pasir Mas.
Dr Zulkifli Mohamad YDP Gua Musang tanding di Parlimen Kuala Krai.
Bekas Senator Siti Zailah tanding di Parlimen Jeli.
Dah 10 Parlimen, Gua Musang, Tanah Merah, Ketereh, Machang tak relevan. Tak payah tau siapa calon dia.
DUN mana lagi nak tau?
Cukup lah tu dulu. Kalau umum semua kan tak ada benda lagi Tok Guru Nik Aziz nak umum nanti. Kena kesian juga kat dia, he he he.
Post a Comment