MELI GILA DALAM BUAT FIRASAT?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
BAKPO saya kata Pas akan tumbang di Kelantan? Kerana marah? Kerana dendam? Kerana tidak puashati? Kerana kontrak dengan Urusetia Penerangan? Kerana saya dibeli oleh Umno? Kerana saya gila, sasau, sasan, bengong, mabuk air sejuk atau kerana putus wayer hijau?
Penyilau-kelih blog ini boleh buat persepsi sendiri berpaksikan tahap pemikiran, keilmuan, kemunasabahan dalam membuat pertimbangan serta keterbukaan dan ketelusan serta ketulusan dalam membuat persepsi terhadap seseorang.
Bagaimanapun saya membuat firasat berdasarkan fakta. Pas sedang mengalami kemengucupan sokongan yang sangat ketara, terutama pengucupan sokongan dari kalangan orang muda.
Kemengucupan sebanyak 27,231 dalam pilihanraya ke-11 pada tahun 2004 berbading dengan undi yang diperolehi pada pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 bukan seperkara yang remeh lagi temeh.
Pada pilihanraya umum ke-11, Pas memperolehi 262,303 daripada 520,562 pengundi yang keluar mengundi. Jika dibanding dengan pilihanraya sebelumnya, Pas mengalami kepengucupan sebanyak 11.57 peratus, satu pengucupan yang bukan kecil.
Berbanding dengan peningkatan pengundi yang berjumlah 441,658 pada tahun 1995 kepada 520,562 pada tahun 2004, peningkatan sebanyak 17.18 peratus dengan Pas pula mengalami pengucupan sokongan sebanyak 11.57 peratus, maka mana mungkin Pas boleh terus bertahan.
Dari pertambahan pengundi sebanyak 17.18 peratus (78,904), Pas hanya dapat menarik 13 pertaus (10,646) pengundi baru sahaja dengan Umno memperolehi lonjakan sokongan sebanyak 87 peratus (68,258).
Pas juga sedang berdepan dengan voters' revolt (pemberontkkan pengundi) ekoran dari ketidak-isqomahan Pas mempertahankan dasar dan pendekatannya serta sikap tidak kenang budi terhadap calon-calon yang yang menang pada tahun 2004 turut memerosotkan sokongan Pas.
Langkah tidak mencalon semula Cikgu Pok Ya (Zakaria Yaakob) di Labok, Bunyamin (di salor), Mohamad Daud Iraqi (di Demit)menjadikan pengundi yang memberi sokongan bagi memenangkan calon-calon berkenaan pada pilihanraya umum ke-11 akan berpaling tadah.
Para penyokong ketiga-tiga calon berkenaan, terutama penyokong Cikgu Pokya (menang dua undi) akan bertanya apa tidak hebatnya ketiga-tiga calon berbanding dengan rakan-rakan lain yang dikekalkan. Pengguguran Dato' Hassan Muhammad (Hassan Ka'abah) di Kemuning tidaklah sangat melukakan hati penyokong Hassan Ka'abah kerana yang bertanding adalah anak beliau sendiri.
Tindakan tidak mencalonkan Penyelia DUN seperti Saudara Abdul Hamid Aziz di Tendong, Haji Wan Mohd. Jamil Mahmood di Pengkalan Kubur yang asalnya bukan calon yang kalah bertanding pada pilihanraya umum ke-11 secara tidak langsung boleh merosakkan hati para penyokong yang sudah serasi dengan perkhidmatan kewakil-rakyatan penyelia-penyelia DUN yang menggantikan perkhidmatan wakil rakyat.
Kepada saya kawasan-kawasan yang Pas sah kalah;
1. Kemahang (kerana calon Umno dari tokoh yang sangat disukai pengundi)
2. Tendong (kerana rajukan mereka yang mengharapkan Saudara Hamid jadi calon)
3. Pengkalan Kubur (kerana rajukan mereka yang mengharapkan Haji Wan Mohd. Jamil jadi calon)
4. Selising (kerana imej calon)
5. Limbongan (kerana imej calon)
6. Demit (kerana voters' revolt pengundi yang setia kepada Mat Iraq dan imej calon baru yang pernah kecam Pas)
7. Wakaf Bharu (kerana faktor calon)
8. Perupok (kerana calon lawan disenaraikan sebagai bakal MB)
9. Semerak (kerana faktor calon)
10.Jelawat (kerana calon lawan membuktikan kehebatan khidmat kewakil-rakyatan)
11. Galas (kerana kubu kuat lawan)
12. Ayer Lanas (kerana faktor calon)
13. Kuala Balah (kerana faktor calon)
14. Pergau (kerana calon lawan berjaya memberikan khidmat cemerlang)
15. Gual Ipoh (kerana Umno kekalkan calon asal)
16. Bukit Panau (voters' revolt)
17. Kok Lanas (kerana calon lawan diwarwarkan sebagai bakal TMB)
18. Kadok (faktor calon dan voter's revolt penyokong Tok Imam Shukri)
19. Gual Periok (faktor voters' revolt mereka yang mahukan Sabri dan Rushdan bertanding)
20. Salor (faktor calon dan votrs' revolt penyokong Bunyamin)
21. Palon (kerana kubu kuat lawan)
22. Bunut Payong (kerana kadah keting sama sendiri)
23. Kuala Balah (fakor calon)
24. Bukit Bunga (kerana kidmat cemerlang wakil rakyat sedia ada)
25. Gucil (kerana khidmat cemerlang wakil rakyat sedia ada)
26. Mengkebang (kerana khidmat cemerlang wakil rakyat sedia ada)
27. Galas (kerana kubu kuat lawan)
28. Pulai Chondong (faktor calon)
29. Melor (faktor calon)
30. Dabong (rekod cemerlang perkhidmatan calon sedia ada)
31. Mengkebang (faktor calon)
32. Pengkalan Pasir (moral calon yang sedia ada)
Kawasan-kawasan yang Pas sah menang;
1. Bukit Tuku (faktor calon)
2. Chempaka (faktor calon)
3. Kota Lama (fakor calon)
4. Kijang (kerana menang percuma) - mungkin pilihanraya semula akan diadakan.
5. Meranti
6. Pasir Tumbuh (fakor calon)
7. Pasir Pekan (faktor calon)
Kawasan yang masih kelabu;
1. Tanjung Mas (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon dengan pengundi)
2. Gaal (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
4. Kemuning (terpulang kepada pendekatan sempen dan sikap calon)
5. Manek Urai (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
6. Chetok (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
7. Kelaboran (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
8. Panchor (terpulang kepada pendekatan dan sikap calon)
Kawasan Parlimen yang Pas sah kalah;
1. Gua Musang (faktor calon)
2. Jeli (Faktor calon)
3. Bachok (Faktor calon)
4. Pasir Puteh (faktor calon)
6. Ketereh (Faktor calon)
7. Pasir Mas (Faktor calon)
8. Machang (Faktor calon)
9. Tanah Merah (Faktor calon)
10. Kuala Krai (Faktor calon)
Kawasan Parlimen yang Pas sah menang;
1. Pengkalan Chepa (Faktor calon dan kubu kuat)
2. Kota Bharu (Faktor calon)
Kawasan yang masih kelabu;
1. Kubang Kerian (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
2. Tumpat (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
NOTA: Yang sahnya segala-galanya telah termaktub dalam takdir dan suratan-Nya. Kita manusia hanya boleh buat ramalan yang mana seandainya betul maka ianya adalah secara kebetulan kerana kita tidak mampu merubah takdir.
Friday, February 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Memang detik 8 Mac jam 6 petang adalah detik yang menakutkan. Pada jam tersebut kertas -kertas undi setiap saluran dijangka siap dikira kalau tak ada ulang kira.
Pada jam 7.30 malam akan tahulah sapa akan bentuk kerajaan baru di kelantan. Hadapilah ia dengan tenang setenang Saddam di tali gantung.
Tak ada apa lagi yang boleh di buat dalam masa yang kian suntuk ini. Firasat Abe Meli ambo setuju, tidak ada yang tidak setuju melainkan setuju.
Apabila Tok wakil Pas dan pemimpin besar Pas mengkayakan diri sendiri selama 18 tahun di kelantan bukannya mengkaya dan mengilmu serta mendidik rakyat agar takutkan Allah maka Allah akan ganti dengan kaum (parti) lain pula.
Ingatlah balik ayat 124 surah Tha Ha dan ayat 54 surah al Maidah.
Kekal terkutuklah buat selama-lamanya pemimpin2 yang berlumba-lumba mencari dunia dan meninggalkan akhirat sehingga Pas ditolak oleh rakyat Kelantan pada 8Mac ini.
Rakyat Kelantan sesungguhnya amat mencintai Pas, Cinta Tok Guru tetapi kesan dari menyampahnya kepada golongan yang mengambil kesempatan atas nama Islam, maka tidak ada pilihan selain memberi pengajaran kepada manusia yang angkuh, sombong, takbbur, ego, berasa orang lain tak betul belaka dia jah betul, ujub, riak, kkecek udoh, takccara ke rakyat, temoon nak jadi calon tetapi berselindung di sebalik waraknya Tok Guru.
Sedih memang sedih tapi apa lagi nak di kata. mudah-mudahan sisa umur yang ada boleh dimanafaatkan untuk kencing di dalam tempurung kemudian ndak kelik lalu merenung dan berfikir lagu ni ka muka aku selaku "pejuang islam".
Kepada hak nak baru menang jadikanlah apa yang berlaku kepada kerajaan pas 1990-2oo4 sebagai pengajaran. Jangan abaikan rakyat, makmurkan masjid dengan solat dan kuliah, jangan buka balik - bui lesen balik kepada premis judi dan kelab2 malam. Hak molek hak kerajaan pas tinggal jangan diusik. hak tak molek jangan ditiru.
KU UCAPKAN SELAMAT BERBAHAGIA WAHAI RAKYAT KELANTAN DI BAWAH KERAJAAN BARU NANTI
(tulisan ini ku tulis bersama deraian air mata)tatkala hujan juga mencurah-curah diluar sana.
WAK HAMAD
Kita harap kalu bn sungguhlah memerintah lepas ni ...apa hak pas buat hak molek teruskanlah..ambo terkilan benar musabaqah tak bui ore tino tapi sukan tomoi di benarkan ore tino..tidak kah balik kot..
Kickdefellafront page About Myself Now Showing Say NO To NSTP Husam Dedah Taktik Kotor SPR Dan BN
March 1, 2008 · 1 Comment
(Video Taklimat Media 28/2/08)
Taklimat media hari ini panas dengan persembahan live melalui internet oleh Dato’
Husam bagaimana SPR telah mendaftar anggota Tentera untuk mengundi sebagai Tentera (Undi Pos) dan juga mengundi sebagai orang awam pada hari mengundi kelak.
Husam juga mengedarkan kepada media senarai nombor kad pengenalan tentera-tentera tersebut supaya media boleh menyemak sendiri. Menurut Husam modus operandi SPR dan BN ialah nombor kad pengenalan tentera yang bermula dengan T di daftarkan juga dengan kad pengenalan awam tanpa huruf T dihadapan. Anggota tentera itu kemudiannya dipindahkan ke lokaliti tertentu mengikut kad pengenalan awam dengan menggunakan nama lain.
Didalam taklimat media hari ini juga, Husam mengumumkan bahawa BN telah mungkir janjinya walaupun belum menawan Kelantan. Husam berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa BN tidak akan balas dendam atau diskriminasi terhadap penyokong PAS.
Bagaimanapun, bermula minggu lepas, kakitangan JQAF yang disyaki pro PAS atau ada hubungkait dengan PAS telah diberi notis pemecatan dengan tempoh 24 jam. Salah seorang mereka ialah adik kepada Dato’
Husam sendiri. Husam juga menjelaskan, laporan polis telah dibuat oleh seorang penyokong PAS di DUN Salor terhadap BN apabila pekerja kempen BN mengugut surirumah itu supaya menutut segera bilik Gerakan PAS yang dikendalikannya.
Ini menandakan bermulanya Perang Saraf BN yang diumumkan semalam oleh Annuar Musa. Nampaknya perang saraf BN seperti biasa menggunakan elemen menakutkan rakyat.
→ 1 CommentCategories: Current Affairs
Kertas Undi Pos Setiawangsa: Ada nombor siri dan nama bertindih, muslihat terbaru SPR?
Azamin Amin
Sat | Mar 01, 08 | 1:47:22 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh)- "Penggunaan peti undi lutsinar, dakwat jari pengundi dan ketiadaan nombor siri pengundi pada kertas undi seperti yang diumumkan sebelum ini akan dilaksanakan pada pilihan raya umum ini."
"Tiada siapa tahu anda undi siapa," demikianlah janji 'manis' Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada 14 Februari lalu.
Namun lain pula halnya tentang undi pos yang mana terdapat nombor siri yang tertulis pada slip kertas undi yang membolehkan pihak-pihak tertentu khususnya Tentera dan Polis mengenal pasti undian yang dibuat oleh anggotanya.
Perkara ini berjaya dikesan di Pusat Agihan kertas undi di Stadiaum Titiwangsa bagi Parlimen Setiawangsa pagi tadi oleh kira-kira 20 agen pengundian termasuk wakil calon KeADILan Mohd Mustafa Ghanzanfar sewaktu memerhati pengagihan kertas undi pos untuk tentera dan polis dibuat oleh pihak SPR.
Perkara itu menimbulkan sedikit kekecohan dan mendapat bantahan agen kerana sebelum ini Rashid telah berjanji tidak akan menggunakan nombor siri pengundi pada kertas undi tetapi yang berlaku di pusat tersebut adalah sebaliknya, kata Mustafa.
Sebelum ini, seorang agen KeADILan telah bergegas ke pejabat Hararah tengah hari tadi bagi memaklumkan kejadian terbabit dan turut menunjukkan rakaman salah satu kertas undi kepada Harakahdaily yang sempat dirakam melalui telefon bimbitnya.
"Lebih membimbangkan dua kertas undi yang mempunyai nombor siri dan nama anggota tentera yang sama dimasukkan ke dalam karung yang sama menyebabkan saya membantah dan minta kertas yang kedua dikeluarkan," kata Mustafa yang dihubungi Harakahdaily.
"SPR enggan dan menjawab bahawa jika terdapat lebihan kertas undi, pihak Tentera akan mengenal pasti sendiri dan mengeluarkan kertas undi tersebut," kata Mustafa menjelaskan jawapan SPR itu.
Beliau memberi satu contoh seorang anggota tentera Zulhairi Bin Zainon (KP/T 533580) yang tertera nombor siri 3906 daripada rejimen semboyan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai dua kertas undi yang sama yang dimasukkan ke dalam kotak dan karung yang sama.
Manakala karung atau kotak tersebut akan dibawa ke pusat pembuangan undi Tentera dan Polis di tempat asing-masing yang telah dinyatakan oleh SPR sebelum ini.
Begitu juga bagi nombor siri 3954 untuk anggota Mohd Kamal Bin Keliwon (KP/T 53766) daripada rejimen sama mengalami situasi yang sama termasuk nombor siri yang lain seperti 11856, 3896, 3897 dan 2700, kata Mustafa.
"Pertama kali kami (agen KeADILan) telah dipanggil untuk menyemak nama anggota tentera yang disebutkan dan kertas undinya di masukkan ke dalam satu karung. Kemudian kali kedua kami dipanggil, nama anggota sama disebutkan dan kertas undi kedua pula dimasukkan ke dalam karung yang sama," katanya.
"Ini mendatangkan kebimbangan kepada anggota tentera dan polis untuk mengundi dan ini mengurangkan keyakinan orang ramai terhadap ketelusan SPR selama ini terhadap undi pos dan seluruh proses pilihan raya kali ini," kata Mustafa yang masih berada di pusat tersebut untuk melakukan pemantauan dan penyemakan.
"Situasi ini akan meberi kesan kepada 221,085 pengundi pos di seluruh negara. Mana janji Rashid dan ini muslihat terbaru SPRkah?," katanya.
Pengundian bagi Undi Pos akan dijalankan pada 3hb Mac bagi polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) manakala 5hb Mac ini bagi tentera di Mindeff, masing-masing di Jalan Semarak dekat sini, kata Mustafa.
Parlimen Setiawangsa menyaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Zulhasnan Rafique ditentang anak bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Ibrahim Yaacob, 56, yang bertanding di bawah tiket KeADILan.
Ore Gunong...
Saya tak risau pun jika meli berpandangan sedemikian. Kalau betul, betullah, kalau tak betul, maka tak betullah. Bukankah itu hanya firasat demo. Adakah firasat demo seorang saje betul dan sangat wajar kerajaan kelantan bertukar tangan, maka penggundi yang di atas tunggul kayu pun perlu juga menyokong umno? Saya adalah salah seorang pengundi muda di jelawat akan berusaha sedaya upaya membetulkan firasat meli yang hanya sekadar berfirasat ini. Ambo tak nak lah bermain firasat ni, pah tu royat ko orang pulak, takut jadi ramal/ tenung nasib benda yang kemudian hari.Walau bagaimana pun dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara ketika ini, ambo berkeyakinan pas kelantan masih lagi menjadi kerajaan di kelantan. Hanya golongan berpemikiran bawah tempurung yang suka berfirasat untuk menafikan. Walau bagaimana pun , diingatkan juga pas kelantan terus bekerja melipatgandakan usaha menjamin kemenangan yang lebih besar dan bermakna di kelantan dan tidak terus berfirasat sudah menang kerana dalam 2-3 hari sebelum pengundian, ingat ada senjata canggih bakal dimainkan umno untuk kelantan. Bakal ada perancangan besar antara spr dan abang BN, akan berlaku perkara2 yang tak sepatutnya berlaku semasa proses pengundian. Wassalam
harapkah tulisan meli,di dun ado jadi kubu kuat bn, pas tak dok pun kubu kuat, harap kan faktor calon jer. So mana lebih fanatik kalu gini, ore umno ko ore pas? harap jer tulisannya sedap baca, fakta/ hujah K.O. lagi sedap baca blog mso punya. ambo berasa mso banyak neutral dalam berpolitik dan berpijak di bumi nyata. MSO pun tidak gila berfirasat. Firasat meli pun banyak hok tak betul dari betul? hanyo koya mabuk air sejuk jah? Apo2 pun teruslah meli berfirasat untuk memenuhi koya yang kosong. Ada patut meli joint nga wak hamad, sorang berfirasat, sorang bermimpi? Lucu betul kawe ngan demo nih
Di Jemput ke Majlis Ramah Mesra Anak Kelate Bersama
1. Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
2. Dato' Paduka Husam Musa
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Amar Abdullah
Tempat: Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh: 2.03.08 (Ahad)
Masa: 8:00 (Malam)
Ghoyat dan bowok saim sobat getek neh...........
harapkah tulisan meli,di dun ado jadi kubu kuat bn, pas tak dok pun kubu kuat, harap kan faktor calon jer. So mana lebih fanatik kalu gini, ore umno ko ore pas?.................
Kenapa ni, meli yang buat firasat, orang UMNO yang kena. Sikap buruk sangka sepatutnya dibuang jauh-jauh demi percambahan minda yang sihat.
Minda yang sihat akan menerbitkan benih-benih kesabaran yang membolehkan kita berjaya hadapi pelbagai ragam fkiran manusia termasuklah jenis manusia yang enggan menerima kebenaran.
Semale kawe ada menulis tentang Markaz Pemuda PAS Bachok yang sudah ditutup... hari ni kawe balik dari opis pukul 5 ptg... dan pintunya masih terkatup rapat. Hai! takkan la buka bilik gerakan (markaz) seminggu je!... tempoh berkempen belum habis lagi dah tutup bilik gerakan ke?
Mungkin penutupan bilik gerakan itu tidak menjadi persoalan, tetapi bagi sebuah organisasi tentunya ia turut membawa lambang kekuatan.
Sejak tempoh berkempen ini juga, ada satu lagi perkara yg mungkin tak ramai yang perasan. Sudah seminggu berlalu, sehingga hari ini tidak ada kelihatan sekeping pun gambar calon-calon PAS di Bachok ini. Terutamanya di Jelawat. Adakah Cikgu aziz (calon Pas) merasakan dia sudah cukup dikenali oleh pengundi? Gambar Nasaruddin pun hanyalah ada beberapa keping sahaja dibeberapa lokasi, itupun dipasang sehari sebelum penamaan calon. Setelah dilanda hujan hari2... banner2 tu dah belipat riuk... dan tenggelam dlm naungan poster2 lain. Sehari dua ni nampaknya ada dipasang beberapa banner baru... tapi semuanya memaparkan wajah Nik Aziz sahaja. Cumanya... kali ini wajah Nik aziz sudah tidak lagi menjadi benteng kepada kemuraman suasana kempen PAS
ore rumah kawe lama dah tanya... mano so gak cikgu aziz ni? Kawe tak leh nak royak, cuma kawe boleh royak rumah dia digunung, kawasan kedai gunong. Kalu cikgu aziz beli barang di kedai pauh lima, bangkali tak dok sapo pun yg perasan dia ialah calon PAS kawasan Jelawat. Apa taknya... dia lebih banyak menghabiskan masa di Kg Beoh, bakong, dan keting jah. Kalaau kat situ tak payah royak la, kerana disitu kawasan yg agak kelabu bagi BN. Tapi itupun sudah semakin putih, dan tentunya cikgu aziz tak boleh nak berharap dgn hanya beberapa kawasan (peti Undi) sahaja.
Dalam pada tu... kawe agak hairan, apakah sebenarnya perancangan PAS kali ini... Tutup bilik gerakan, tak pasang poster calon.... tak dok keghairahan buka pos, tak dok gege bekecek kedai kopi..... emmm! memang agak sukar hendak menelah apakah sebenarnya yg hendak dilakukan oleh PAS. Ataupun mungkinkah PAS di Bachok ini sudah ibarat 'air diparas hidung'... sudah mula tercungap-cungap! Yang pastinya semua calon terpaksa berjuang dikawasan masing2... tak kan hendak mengharapkan bantuan panglima2 dlm PAS kerana mereka juga sibuk dikawasan sendiri. Tidak mustahil... calon seperti cikgu aziz akan terkapai-kapai lemas sendirian!
BENGONG DEMO NI MELI. APA Kuala Balah, Mengkebang, Galas SEBUT SAMPAI DUA KALI MENANG BN. 32-3 JADI 29.
BILANG PUN TAK RETI. 1,2, TERUS 4.
PAH LAGU MANA ORANG NAK WAT KIRA BICARA??? SAMA ADA BODOH PENGA-PENGA ATAU JENIS TAK TELITI DALE MENULIS. IKUT SEDAP GODAN JAH.
Kawasan yang masih kelabu;
1. Tanjung Mas (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon dengan pengundi)
2. Gaal (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
4. Kemuning (terpulang kepada pendekatan sempen dan sikap calon)
5. Manek Urai (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
6. Chetok (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
7. Kelaboran (terpulang kepada pendekatan kempen dan sikap calon)
8. Panchor (terpulang kepada pendekatan dan sikap calon)
ACU BILANG, 29 CAMPUR 7 CAMPUR 7 JADI 43 KERUSI DUN JAH? MANA HILANG DUA KERUSI LAGI, BENGONG WEI??? (TAWANG DENGAN NENGGIRI)???
BUKIT PANAU TU VOTERS' REVOLT GAPO NYA? CALON ASAL, PATAH MAHMOOD DIKEKAL, NAK REVOLT APA LAGI???
TANJUNG MAS DENGAN PANCHOR TU UMNO BUAT LA KAGU MANA PUN TAK AKAN MENE UMNO NYA!!
meli, nak taruh dok? ambo kata pas gerenti akan menang di 7 kerusi ni:
Dalam Parlimen Pengkalan Chepa
1. panchor
2. chempaka
Dalam Parlimen Kubang Kerian
3. pasir tumboh
4. demit
Dalam Parlimen Kota Bharu
5. tanjong mas
Dalam Parlimen Bachok
6. tawang
Dalam Parlimen Tumpat
7. pasir pekan
Campur kijang, jadi la 8 yang sah Pas menang.
sori, ambo hak tulis atas, ada silap tadi tu. Patut baca gini:
meli, nak taruh dok? ambo kata pas gerenti akan menang di 7 kerusi ni:
Dalam Parlimen Pengkalan Chepa
1. panchor
2. chempaka
Dalam Parlimen Kubang Kerian
3. pasir tumboh
4. demit
Dalam Parlimen Kota Bharu
5. tanjong mas
Dalam Parlimen Bachok
6. tawang
Dalam Parlimen Tumpat
7. pasir pekan
Dalam Parlimen Pasir Mas
8. meranti
Campur kijang, jadi la 9 yang sah Pas menang.
Jadi, paling tinggi BN boleh menang ialah 36-9 saja.
Post a Comment