ALHAMDULILLAH! Kita dapat terus bertemu. Sebagaimana biasalah, saya akan hanya memberi respon kepada komen-komen yang dihantar dan tidak akan mengulas khusus mengenai pilihanraya umum ke-12 yang saya masih percaya dengan kepercayaan saya bahawa Pas akan gagal mempertahankan Kerajaan Membangun Bersama Islam dan untuk tempoh 12 hingga 20 tahun akan datang, Kelantan akan diperintah oleh Umno/BN.
Macam mana pun seandainya Umno/BN membentuk kerajaan dan benarlah Datuk Awang Adek akan jadi MB dan Datuk Alwi Che Ahmad yang akan jadi TMB, saya berharap supaya apa yang tidak disenangi oleh rakyat terhadap apa yang Umno/BN buat sehingga parti itu kalah teruk pada pilihanraya umum ke-8 tahun 1990 tidak diulang tayang.
Semolek-moleknya Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz dikekalkan kerana pada umumnya Tok Guru Nik Aziz bercakap tentang hukum hakam pada Kuliah Jumaatnya dan jarang benar bercakap soal-soal politik.
Saya yakin apabila beliau tidak lagi menjadi MB dan atas nama ADUN Chempaka (jika beliau masih menang) beliau tidak akan gunakan pentas Kuliah Jumaatnya untuk menghentam Umno/BN, sebaliknya Kerajaan Umno/BN Kelantan akan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang telus dan tulus.
Seandainya Kerajaan Umno/BN menghentikan/melarang Kuliah Jumaat Tok Guru Nik Aziz atau pimpinan Pas yang lain, saya yakin Kerajaan Umno/BN Kelantan akan hanya mampu bertahan sepenggal sahaja.
Langkah yang paling bijak patut dilakukan oleh Datuk Awang Adek + Datuk Alwi Che Ahmad selaku MB dan TMB ialah memberi kemaafan dan membuka kerajaan yang dibentuk serta diri sendiri sebagai MB dan TMB untuk ditegur dan dan dikritik walaupun pengkritik itu barangkali hanya seorang tok fakir.
Berpolitiklah secara serba sederhana, berselisih pendapatlah kerana berlainan fahaman politik tetapi jangan sampai memutuskan silatul-rahim kerana Pas-Umno didukung dan disokong oleh rumpun bangsa yang sama dan agama anutan juga adalah agama yang serupa.
Dalam sidang dewan pula berilah seluas-lusanya peluang kepada barisan pembangkang untuk memberikan hujjah bangkangan...mana-mana yang baik ambil dijadikan teladan manakala yang tidak baik, jadikan sempadan.
Jangan bersikap cuba menutup ruang dan peluang pembangkang bercakap dalam dewan kerana wakil rakyat pembangkang membawa suara rakyat yang memberi mandat kepada wakil-wakil rakyat pembaangkang. Jika disekat, bermakna suara rakyat disekat dan dipersendakan.
Sebagai pengamal media...saya telah berusaha cara saya untuk menetrulismekan pendekatan berparti politik dan berpolitik rakyat Kelantan. Dalam keadaan serba daif dan sesak merempat, saya berjaya mendapatkan kebenaran pemilik AL-HAQ yang sebelum ini diterbitkan dengan wajah Umno yang diedar secara percuma untuk diterbit dan dibah kepada sebuah akhbar komersial yang bebas dan berkecuali.
Insyaallah kalau tidak ada halangan dari sudut pengumpulan bahan dan kerja-kerja mewajahkannya, AL-HAQ versi baru akan mula menemui pembaca pada 4 Mac. Sebagai permulaan, sebagaimana yang saya dah tegaskan sebelum ini, AL-HAQ akan memuatkan biodata setiap calon Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dari Umno, Pas dan Bebas yang mana bahannya akan disediakan oleh calon-calon yang bertanding sendiri tanpa disunting oleh pihak kami.
Selain dari mempekenalkan latarbelakang calon, setiap ruang akan diisi dengan visi dan misi setiap calon bagi membolehkan para pengundi membuat pemilihan yang benartelus dan tulus.
Bukan mudah untuk Umno mahu terangkan tentang Umno kepada Pas dan juga bukan mudah untuk Pas terangkan tentang Pas kepada Umno. Melalui AL-HAQ, perihal Umno akan masuk ke rumah orang Pas dan perihal Pas akan masuk ke rumah orang Umno secara tidak langsung.
(Wajah muka depan AL-HAQ versi baru akan disiarkan malam esok)
Sebelum berpisah, berikut adalah komen-komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON (3) yakni;
16 Comments -
WritePostCollapsor();
Show Original Post
WriteCommentsCollapsor();
Collapse comments
1. Anonymous said...
PAS vice-president Datuk Husam Musa said the win showed that Umno had not selected its candidates properly and that he had kept the information about Mustopha secret for the past 10 days. “It was only during the nomination that I sent the documents to the returning officer,” he said.HUSAM, APA DUK "I", "I" NI???NAMPAK SANGAT HANG GILA PUBLISITI!!DAN NAK TONJOL KEHEBATAN DIRI!!!PEJUANG ISLAM SEBENAR TAK AKAN TONJOL KEHEBATAN DIRI SENDIRI TAPI TONJOL KEKUATAN JENTERA PARTI!!!BETULLAH HUSAM LONE RANGER DAN AKAN BUAT APA SAJA UNTUK NAIKKAN NAMA SENDIRI!!!TAK BOLEHKAH SEBUT INI BUKTI KECEKAPAN JENTERA PARTI??? DARI MANA HUSAM DAPAT DOKUMEN BUKTI BANKRUPSI MUSTOPHA AHMED KALAU TAK DIBERI OLEH ORANG LAIN???TAKKAN SEORANG YANG ADA JAWATAN SEBAGAI PENGURUS BESAR TELEKOM MALAYSIA KELANTAN SEBODOH ITU??
MKJ RESPON: Biarkan Si Lunca terjun dengan labu-labunya!
February 24, 2008 4:33 PM
2. Anonymous said...
Monday February 25, 2008Tough days for Awang AdekBACHOK: For MB-in-waiting Datuk Dr Awang Adek Hussin, the past two weeks have been challenging. Apart from being named the man to lead Umno’s charge in Kelantan, he also has had to deal with the hospitalisation of his 82-year-old mother, Mek Wook Nor, for the past three weeks. It brings back memories of another difficult time when the economist lost his father, Hussin Mamat, three months before the 2004 general election. Then, he was a newcomer hoping to make a breakthrough in the Bachok parliamentary seat. Today, Dr Awang Adek finds himself being the only Umno candidate in the peninsula to contest two seats in the 12th general election. This time, he will battle PAS strongman Datuk Omar Mohamed in the Perupok state seat, and defend his Bachok seat against PAS deputy president Nasharudin Mat Isa. (Perupok is one of the state seats under Bachok along with Tawang and Jelawat.) Dr Awang Adek, 52, however, takes it all in his stride, saying, “People sometimes see me as relaxed but I am thinking of strategies all the time to bring victory to Barisan here. At times, I just laugh it off, some of the issues. I am keeping myself grounded. It is how I am built.” At a warong, the politician had the patrons laughing when he told them he can hardly finish his cigar because of the overwhelming work and distractions. To cap it off, Dr Awang Adek also has to care for an autistic son, a 22-year-old whom he described as “my special child”. “I am keeping myself alert and responsive to the challenges ahead. I am up to it despite my personal concerns.” His wife Datin Latifah Mohd Yusof, meanwhile, ensures the family is well taken care of so that her husband can devote his time to serving the people. “I know he is sincere in serving people. That was the first thing that struck me when we met while we were both studying for our post-graduate degrees in the United States.” Latifah, a chemist by training who hails from Batu Gajah, Perak, gave up her profession to care for their five children – three girls and two boys – including their “special child” Azran. Dr Awang Adek also paid tribute to his wife for her sacrifices to the family. Her dedication to the family has enabled him to focus on his political career, which saw him rising fast since he quit as Bank Negara assistant governor in the mid-1990s. He is praying hard for his mother to recover in time to witness his victory. “I stand to be Kelantan’s first mentri besar from Bachok. I hope my village mates realise this as I am counting on their support.” 1. JELAS DI SINI AWANG ADEK AMAT BERHARAP NAK JADI MB PERTAMA DARI BACHOK2. AWANG ADEK MAINKAN SENTIMEN KEDAERAHAN UNTUK BOLEHKANNYA JADI MB3. ADA DOKTOR PAKAR TAK DI SINI? KALAU ADA, APA PUNCA PENYAKIT AUTISTIC, APAKAH IA DARI GENETIK? KALAU GENETIC, BERMAKNA BAKA AWANG ADEK ADA MASALAH.
MKJ RESPON: Saya yakin mimpi Datuk Awang Adek akan jadi realiti. Saya pada umumnya lebih yakin Kerajaan Umno/BN Kelantan akan lebih berjaya di bawah kepimpinan Datuk Annuar Musa sebagai MB....tetapi kerana beliau sendiri beralih ke parlimen, maka kenalah saya hormati keputusannya. Saya yakin di pusat kerusi menteri kabinet tersedia untuknya.
Mudah-mudahan beliau akan menjadi menteri yang ada power untuk bantu dan majukan Kelantan supaya dalam tempoh 12 atau 18 tahun usia kerajaan Umno/BN Kelantan nanti, Kelantan negeriku akan setanding dengan neger-negeri lain dari sudut pembangunan rohani dan jasmaninya.\
February 24, 2008 4:41 PM
3. Anonymous said...
Monday February 25, 2008Ibrahim Ali: I’m not beholden to any partyKOTA BARU: Former Umno strongman Datuk Ibrahim Ali will contest on a PAS ticket against Barisan Nasional's Ahmad Rosdi Mahmad for the Pasir Mas parliamentary seat where he had served for many terms. Ibrahim has won the seat in previous elections under the Umno and Parti Melayu Semangat 46 ticket. But he told reporters at the nomination centre yesterday that he would not join the Islamist party. “I am fed up with joining political parties,” said Ibrahim, who is renowned for party hopping. He said his role if he was elected to Parliament would be to debate policy, adding that he would criticise anybody, including PAS, if they did something he did not agree with. HA HA HA, AMBIK KAU HUSAM!!IBRAHIM ALI DAH CAKAP AWAI2 DIA TAK AKAN SERTAI PAS DAN DIA TAK AKAN TERAGAK-AGAK KRITIK PAS LAGI.TAHNIAH HUSAM, TAHNIAH!!!AKU NAK TENGOK BERAPA LAMA IBRAHIM ALI BOLEH BERTAHAN SEBELUM JILAT BALIK LUDAH DIA YANG DIA TAK AKAN SERTAI MANA2 PARTI POLITIK LAGI.MASA DENGAN SEMANGAT 46 DULU PUN BERSUMPAH TAK AKAN CIUM BONTOT DR MAHATHIR, TENGOK SAJALAH APA JADI, DIA WAKIL RAKYAT PERTAMA DARI SEMANGAT 46 MASUK UMNO!!PIGI MAMPUS LA IBRAHIM ALI
MKJ RESPON: Kah!Kah!Kah!. Kalau Datuk Ibrahim Ali boleh menang....maka jelaslah bahawa demi untuk kekalkan kuasa....Pas sanggup menghalalkan cara. Sebagai pengamal media...saya masih ada simpanan catatan macam mana marahnya orang Pas terhadap Datuk Ibrahim Ali dan munasabahlah kalau Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau tidak akan masuk Pas dan tidak akan teragak-agak kritik Pas.
Dua buah bukunya...sebuah berjudul BABI....tidak akan dilupakan oleh orang Pas peringkat akar umbi walaupun tokoh Pas peringkat pimpinan boleh telan geriak berwarna hijau pekat dalam kes datuk Ibrahim Ali. Orang Pas sangka mereka boleh memperbodohkan Datuk Ibrahim Ali tetapi yang kena diperakukan....Datuk Ibrahim Ali bukannya politikus yang bodoh dan bangang untuk diperbodoh dan diperbangangkan.
Sama ada Datuk Ibrahim Ali menang atau kalah....Pas tidak akan dapat faedah...malah keputusan untuk mengekploitasi dan memanipulasi datuk Ibrahim Ali tetapi Pas yang terekploitasi dan termanipulasi akan menjadi Pas akan rugi dan Datuk Ibrahim Ali yang akan laba termasuk dalam bentuk moralismenya. Nampak sangat bila terdesak, serban dan kopiah orang Pas boleh dikilas.
February 24, 2008 4:46 PM
4. Anonymous said...
Monday February 25, 2008Stopa faces old nemesis ApandiKOTA BARU: PAS sprang a last-minute surprise when it fielded former giant-killer Mohd Apandi Mohamad, a land surveyor, against his nemesis Higher Education Minister Datuk Mustapa Mohamed in Jeli. In 1999, Apandi defeated Mustapa in Jeli by 693 votes. But in 2004, Mustapa trounced Apandi by 7,353 votes. According to state PAS secretary Datuk Takiyuddin Hassan, the decision to field Apandi was only early Saturday morning because it was feared that Parti Keadilan Rakyat would field him for the Kuala Balah state seat as PKR could not find suitable candidates.LOJIKKAH ALASAN TAKIYUDDIN MENGAPA APANDI TETAP DITURUN GANTI RASHID JAAIS DI JELI INI? KALAU LOJIK PUN, INI ALASAN YANG BODOH DAN TAK KUAT. TAKKAN PAS TAK BOLEH CONTROL APANDI WALAU PUN PKR NAK CALONKAN APANDI DI KUALA BALAH? DI MANA HARGA DIRI NIK AZIZ SEBAGAI MURSYIDUL AM BILA KATANYA DAH TAK DIDENGARI ATAU NIK AZIZ HANYA UMUM NAMA CALON DISEDIA ORANG LAIN?MALU, AMBO CUKUP MALU DENGAN SEGALA KECOH-KECOH DI JELI.
MKJ RESPON: Itulah tanda-tanda kejatuhan...perkara yang tidak patut berlaku boleh berlaku. Pesuruhjaya hanya umum nama calon yang disediakan oleh orang lain adalah seperkara yang agak pelik....samalah seperti kebun getah milik kita tapi yang toreh dan ambil hasilnya orang lain. Ertinya kebun getah kita dah tergadai. Kalau saya aktivis Pas macam anda, saya pun akan rasa malu yang teamat sangat.
February 24, 2008 4:54 PM
5. Anonymous said...
Pilih calon berkhidmat, bukan asyik ceramah - Awang AdekOleh AZRAN FITRI RAHIMBACHOK 24 Feb. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yakin rakyat Kelantan akhirnya tidak akan memilih wakil rakyat yang lebih memberi khidmat dalam bentuk ceramah berbanding usaha membangunkan kehidupan mereka agar lebih sejahtera.Menurut beliau, rakyat semakin jelas melihat perubahan-perubahan yang digerakkan oleh Barisan Nasional (BN) terutama melalui wakil-wakil rakyatnya sepanjang empat tahun lalu.Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Kelantan memberikan contoh penduduk jajahan Bachok yang sebelum ini dikategorikan sebagai kawasan termiskin mendapat banyak pembelaan dalam aspek kebajikan mereka.Katanya, kawasan yang diwakilinya itu sebelum ini menerima perubahan pesat yang melonjakkan kegiatan ekonomi masyarakat seperti pembinaan kampus tetap Universiti Malaysia Kelantan (UMK), hospital dan kolej perubatan. "Justeru, saya tidak gentar dan bersedia menerima sesiapa saja lawan kerana saya yakin rakyat Bachok berpeluang melihat segala usaha yang dibuat demi kebaikan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok di sini hari ini.Awang Adek akan berhadapan dengan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bagi kerusi Parlimen dan bekas Exco Kerajaan negeri, Datuk Omar Mohamad untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok .Pada proses penamaan calon tersebut, kira-kira 10,000 penyokong Pas dan BN membanjiri pekarangan pejabat berkenaan. Awang Adek yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen dan menawan kerusi DUN Perupok yang selama ini dikatakan menjadi kubu kuat Pas. "Kalau berjaya inilah pertama kali anak Bachok khususnya dari Perupok dapat duduki kerusi Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan Kelantan, orang Bachok memahami keadaan ini," katanya.
MKJ RESPON: Kalau dah dengan memberi mandat kepada Pas...orang Bachok tak boleh jadi MB...mungkin bila beri mandat kepada Umno akan ada baka Bachok akan jadi MB. Walaupun Bachok terkategori sebagai jajahan yang agak mundur tetapi orang Bachok boleh berbangga kerana dari Bachok ada dua anggota kabinet yakni Datuk Awang Adek dan Datuk Mustapa Muhamad (walaupun MP Jeli tapi baka Bachok).
Dengan memberi mandat kepada Pas....orang Bachok boleh berbangga dengan setidak-tidaknya tiga anak kelahirannya menduduki kerusi exco yakni Haji Idria Ahmad (kini bekas exco), Dato' Haji Omar Mohamad dan Ustaz hassan Mahmod. Macam mana jawatan MB jauh lebih power.
February 24, 2008 4:59 PM
6. Anonymous said...
Peguam peneroka tanding BebasKOTA BHARU: Peguam yang mewakili 354 peneroka Felda Kemahang III dalam saman mereka terhadap Felda dan memperoleh pampasan RM7.8 juta bulan lalu, adalah antara tiga calon Bebas bertanding di Kelantan pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Asmadi Abu Bakar bertanding di Parlimen Tanah Merah sebagai calon Bebas dalam saingan tiga penjuru mencabar Datuk Shaari Hassan (BN) dan Amran Abdul Ghani daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ketika ditemui, Asmadi berkata, keputusannya bertanding sebagai calon Bebas adalah kerana mahu memberi peluang kepada pengundi memilih wakil rakyat yang mudah didampingi walaupun tidak mewakili mana-mana parti. "Banyak masalah dihadapi rakyat sebelum ini, tidak dapat diselesaikan termasuk nasib peneroka di Felda Gugusan Kemahang. "Menyedari hakikat itu dan harapan pengundi, saya mengambil keputusan bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kali ini," katanya yang mempunyai firma guaman di Tanah Merah dan Kota Bharu. Beliau memilih lambang Wau Bulan sebagai logo pada undi dan bahan kempen, berkata keputusannya bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik yang turut bertanding sama. Calon Bebas bagi Parlimen Rantau Panjang, Isma Airfath Hassanuddin, berkata beliau tidak akan menggantung sepanduk dan poster untuk mendapatkan sokongan pengundi. Malah, beliau yang juga bekas ahli Umno Cawangan Padang Nyior berusia 38 tahun itu, berkata tujuannya menyertai pilihan raya umum ini adalah sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan semata-mata. Selain Isma Airfath, Mohammad Zulkifle Abd Rashid yang mahu dikenali sebagai Che Bob, bertanding di kerusi DUN Gual Periok yang terletak dalam Parlimen Rantau Panjang menggunakan lambang Ayam.
MKJ RESPON: Kalau sayalah...dalam pemilihan tok wakil, saya akan pilih orangnya...bukan parti. Kalau parti molek tetapi orangnya tak molek rakyat akan tak dapat faedah apa-apa kalau diberi mandat kepada calon parti molek feel perangai calonnya tak molek.
February 24, 2008 5:03 PM
7. Anonymous said...
Ku Li yakin kerajaan Pas tumbangGUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyuarakan keyakinan BN dapat merampas Kelantan pada pilihan raya umum, 8 Mac ini. Beliau berkata, perkembangan positif itu berikutan banyak perubahan membabitkan sokongan kuat rakyat terhadap BN yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri ini. “Rakyat Kelantan kini menerima langkah BN menamakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang kelak. "Saya melihat BN boleh menguasai semula Kelantan kerana sokongan kuat pelbagai lapisan rakyat negeri ini yang dahagakan kemajuan dan perubahan," katanya ketika berucap kepada penyokongnya di Bukit Chekati, semalam. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, kandungan manifesto Kelantan Baru dan Kelantan Maju menarik minat rakyat yang ketika ini ketinggalan daripada menikmati kemajuan. Beliau berkata, rakyat mulai sedar selama 18 tahun di bawah Pas, tidak banyak kemajuan mereka nikmati, malah dibebani pelbagai kejadian tidak diingini termasuk rampasan tanah," katanya. Berhubung saingannya di Parlimen Gua Musang, beliau yakin mampu menang engan selesa termasuk tiga DUN di bawahnya yang dikuasai BN iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh, berikutan sokongan rakyat. Beliau berkata, BN akan memastikan kemenangan besar untuk mengekalkan sejarah kemenangan di Parlimen Gua Musang dengan mendapat majoriti lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.
MKJ RESPON: Walaupun saya jarang sependapat dengan Ku Li terutama atas sifatnya sebafgai Presiden S46 dulu, namun kali saya amat bersetuju dengan beliau. Kelantan akan bertukar tangan pada pilihanraya kali ini. Barisan exco bolehlah mula kemaskan barang milik peribadi masing-masing.
February 24, 2008 5:04 PM
8. Anonymous said...
Rekod BN di Kelantan diakui rakyat BACHOK: Barisan Nasional (BN) yakin rakyat Kelantan akan memberi sokongan padu kepada BN pada pilihan raya 8 Mac ini berdasarkan rekod dan prestasi wakil rakyatnya sejak 2004. Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata rekod perkhidmatan wakil rakyat BN selama ini kepada rakyat tidak perlu dipertikaikan lagi. "Kita sudah banyak mencapai kemajuan dalam masa empat tahun ini dan kita akan terus memberi penekanan terhadap perkhidmatan untuk rakyat supaya mereka lebih mendekati kita. "Malah kita akan memberi tumpuan kepada masalah yang belum diselesaikan serta pelbagai usaha lagi bagi membawa perubahan kepada rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon bagi Parlimen Bachok di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, dekat sini semalam. Dr Awang Adek yang mempertahankan Parlimen Bachok akan berdepan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Pada masa sama, beliau turun mencabar penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupok, Datuk Omar Mohamed. Bagi DUN Tawang, penyandangnya, Hassan Mohamood daripada Pas akan berdepan cabaran calon BN, Datuk Ibrahim Mat Din, manakala penyandang kerusi DUN Jelawat, Datuk Dr Ilias Husain berdepan calon Pas, Abdul Azziz Kadir. Dr Awang Adek berkata, beliau tidak menghadapi masalah untuk berdepan calon Pas kerana yakin rakyat dapat menilai sendiri perubahan yang dibawa BN sebelum ini. "Kita mempunyai rekod yang baik di Bachok dan rakyat yang memilih saya sebelum ini sebagai wakil rakyat dapat merasai sendiri perubahan yang berlaku di kawasan ini. "Malah, rakyat kawasan ini juga kurang senang dan tidak yakin dengan kemampuan orang luar bagi menjadi pemimpin mereka kerana rakyat tahu dia tidak mampu untuk membawa perubahan," katanya. Ketika mengulas mengenai DUN Perupok yang disandang Pas pada pilihan raya umum lalu, beliau yakin akan mendapat sokongan padu daripada rakyat kawasan itu bagi memenangi kerusi terbabit. Katanya, pada pilihan raya umum lalu, rakyat kawasan itu sudah menunjukkan sokongan padu apabila memberi kemenangan kepada beliau bagi Parlimen Bachok. Beliau berkata, rakyat kawasan itu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat anak kelahiran Bachok akan menduduki kerusi Menteri Besar pada pilihan raya umum kali ini dan beliau yakin akan menang dengan majoriti besar. Beliau yakin keseluruhan calon BN yang dipertaruhkan pada pilihan raya kali ini mantap dan bakal mencapai kemenangan serta membentuk kerajaan baru di Kelantan. Sementara itu, Nasharuddin yakin rekod Pas sejak empat tahun lalu mampu membantunya menarik sokongan rakyat untuk mempertahankan parti itu ketika mencabar Dr Awang Adek. "Saya bertanding bagi kerusi Parlimen dan berdepan Timbalan Menteri, bukan bertanding dengan bakal Menteri Besar Kelantan yang belum tentu menang atau tidak. "Kawasan Bachok sebenarnya sudah beberapa kali menerima calon import yang dihantar Pas Pusat dan membuktikan mereka juga mampu memperoleh kemenangan di sini," katanya.
MKJ RESPON: Calon import boleh menang di Bachok dulu kerana waktu itu tidak ada tokoh tempatan yang layak bertanding...sekarang tokoh Pas Bachok yang jauh lebih layak dari Nasaruddin Mat Isa boleh sepak dengan kaki kais dengan tangan. Tidak ada sebab untuk orang Bachok memilih untuk payah berkomunikasi dengan calon import.
February 24, 2008 5:06 PM
9. Anonymous said...
DARI FADZLIAbg Meli,saya tidak pernah mengatakan saya lebih baik dan saya tidak pernah mengatakan pemimpin PAS semuanya suci belaka. Jelas dalam tulisan saya mengatakan Hujjah lawan Hujjah. Saya rasa hujjah2 yang saya kemukakan bukan peluru kosong. Saya sertakan dengan contoh2. Saya akan bersetuju atas perkara yang betul dan saya akan menyanggah jika saya rasa tak betul. Di sini pun ada benda yang saya setuju dengan Abg meli saya kata saya setuju.Berkenaan pemimpin PAS yg abg Meli dakwa saya kata semua suci.. Saya membantah. saya pernah berkata kalau satu dua orang PAS yang tak betul takkan kita nak buang semua. Maknanya saya setuju ada yang tak betul. Tapi kalau nak dibandingkan yang tak betul dalam UMNO lagilah teruk. Jadi saya kata adakah logik nak ganti PAS dengan UMNO. Ibarat mengantikan spare part yang rosak kepada yang lebih rosak.Abg Meli tak perlu nak merendah diri. 4 thanawi tu bukan calang2 ilmu. Saya sendiri bukan lulusan agama. Saya juga macam Abg Meli, bukan ahli politik. saya bukan ahli PAS apalagi bermimpi nak jadi pemimpin. Saya memang kenal ramai ahli politik macam Husam Musa, Abdullah badawi dan Nik Aziz tapi tidak seorang pun dari mereka kenal saya. Saya juga macam abang Meli, saya akan terus berpolitik tanpa Parti. Kerana saya rasa saya boleh membantu dengan lebih berkesan tanpa dikenali. Cuma saya tak sehebat abg Meli. Saya tak ada surat khabar, saya tak pandai menulis.Insya Allah saya akan terus menyilau redah dan redas blog Abg Meli dan saya akan terus mengatakan setuju atas perkara yang betul dan akan berhujjah atas perkara yang saya rasa tidak betul. Saya rasa ini tanggung jawab saya.Saya tidak penah menganggap Abg Meli gila seperti yang pernah orang kata pada Abg Meli. Sya juga tak pernah kata Abg Meli kena beli oleh UMNO. Mana mungkin saya berkata begitu sebab saya sendiri tak kenal Abg Meli.Jadi saya harap Abg Meli menyanggah sekiranya hujjah yang saya kemukakan tidak benar.Terima Kasih kerana memberi saya ruang untuk berhujjah di sini.FADZLI
MKJ RESPON: Ruang dalam blog ini sentiasa terbuka untuk anda dan sesiapa sahaja. Bagi saya percanggahan pendapat banyak faedah dari padah. Dari percanggahan pendapat saya boleh tahu apa yang saya belum tahu. Pokoknya kita kena telus dan tulus.
Saya dapat agak Sdra Fadzli seorang yang tulus dan berani dalam berkata benar dan mempertahankan pendapat dan hujjah. Manusia jenis ini saya sangat hormati. Semuga Sdra Fadzli sentiasa sukses.
February 24, 2008 6:15 PM
10. Anonymous said...
Dengar cerita beberapa hari lepas, PAS Ketereh adakan sembahyang hajat di padang Majlis Daerah Ketereh. Hanya sekitar 200 org je yg hadir!!! Saya tdk pasti maklumat ni betul atau tidak. Tp yg maklumkan kpd saya maklumat ini ialah mereka yg tdk menyokong mana-mana pihak. Kalau maklumat ini betul, apakah tandanya....
MKJ RESPON: Dalam soal sembahyang hajat ini...saya tidak menemukan sirah yang mengatakan Rasulullah s.a.w.pernah mengadakan sembahyang hajat berjemaah. Sembahyang hajat dilakukan secara bersendirian....terutama pada waktu tengahmalam. Kalau ada sirahnya, maknanya saya yang ketinggalan maklumat.
Apa yang saya fahamlah....sembahyang hajat lebih afdal diadakan di rumah sendiri...dan tidak ada sirah yang mengatakan Rasulullah s.a.w. menunaikan sembahyang hajat di masjid. Kalau diadakan dipadang rasanya lagilah tak afdal. Kerana itulah agaknya, maka semabhyang hajat yang diadakan di Padang majlis Daerah Ketereh...kehadirannya tidak ramai.
Mungkin juga orang ramai takut nanti bila pergi sembahyang hajat...ada pula uncang-uncang derma dihulur untuk belanja pilihanraya kerana itu yang lazimnya berlaku. Pengacara majlis pula lazimnya akan berkata....kalau takdok sikit bubuh banyak...kalau takdok pitih bubuh jam, cincin, gelang, rantai dan apa-apa sahaja barang berharga pun diterima. Ini hanya gamokkan saya, kalau tak betul mintak maaf.
February 24, 2008 7:10 PM
11. Anonymous said...
PAS menang di Kijang. Alhamdulillah....Tp bagaimana sekiranya kes dibawa ke mahkamah dan pilihanraya kecil diadakan? Seluruh jentera BN akan turun ke Kijang sepertimana di Pengkalan Pasir tempoh hari. Sekiranya jumlah bilangan kerusi yg dimenangi oleh PAS dan UMNO hampir sama, maka Kijang akan menjadi rebutan. Kita tunggu dan lihat 8 Mac nanti.
MKJ RESPON: Demikianlahlah telusnya SPR. Macam manalah agaknya akan jadi kalau berlaku sebaliknya, kalau Umno yang menang percuma. Tentulah SPR kena pelupuh. Tidak akan ada kata seburuk bahasa akan digunakan oleh orang Pas akan mempersoalkan kewajaran SPR memberi kemenangan percuma kepada Umno.
Bagi saya apa yang berlaku di Kijang...di kubu kuat Pas....ada hikmah tersembunyi untuk menjadi bahan renungan terhadap tanggapan buruk dan penuh wasangka orang pas terhadap SPR selama kenin.
Calon Umno Kijang dan orang Umno tak maki hamun pun SPR....sebaliknya kes berkenaan dibawa ke mahkamah...guna saluran yang betullah...supaya disahkan apakah beliau masih dalam edah bankrup atau sebaliknya.
Macam mana tahniah kepada Puan Wan Ubaidah Wan Omar. Beliau patut ada kesediaan mental dan fizikal untuk berdepan dengan apa-apa juga kemungkinan seandainya mahkamah mendapati lawannya yang dibatalkan perncalonannya yang bankrup....sebenarnya sudah habis edah kebankrupan.
February 24, 2008 7:14 PM
12. Anonymous said...
3. ADA DOKTOR PAKAR TAK DI SINI? KALAU ADA, APA PUNCA PENYAKIT AUTISTIC, APAKAH IA DARI GENETIK? KALAU GENETIC, BERMAKNA BAKA AWANG ADEK ADA MASALAH.-penyakit gapa pulak awang adek ni..ambo dok bachok tadak dengar awang adek ada penyakit..cuma baru-baru ni mak dia ada sakit...sakit tua dok di sepital..
MKJ RESPON: Pada saya ada lebih manisnya jika dalam PRU12 perlakuan mencerca lawan tidak dijadikan modal supaya lawan tidak mendapat sokongan majoriti. Utamakan kepada memberi penjelasan tentang dasar parti dan apa lebih baiknya parti yang kita dukung dan sokong berbanding dengan parti lawan.
Cukuplah apa nasib malang yang menimpa Tok Guru Nik Aziz apabila PM diganyang...maka sebagai balasan kepada gangangan itu...maka Tok Guru, anak-anak dan menantu Tok Guru diganyang...apa yang patut menjadi rahsia semuanya terselongkar.
February 24, 2008 10:34 PM
13. Anonymous said...
Ambo tau orghe BN mulo glaboh bilo PAS mene kat Kijae tuh. Pah tu kawe denga kat Chempaka pong kalu tok kerana SPR, Tok Guru pun mene percumo jugok. Doh la calon2 hok Nuar Muso Umum awal-awal dulu hok BN kato hebat2 sapa taraf Professor tarik diri sebab dio sendiri tak yakin buleh mene. Meme drop water face UMNO maso tuh.Sapo2 hok mimpi atau firasat selamo ko nih baik pikir balik lah, orghe kato mimpi sekalonya terbalik.So lagi kalu UMNO raso nok buat petition pikir baliklah. Kalu nok kiro kalu tok kerano jaso baik SPR banyok kerusi PAS mene percumo.Demo tok baco surat khaba ko? Dua tiga hari sebelum penamaae calon SPR buat undang2 baru suruh mati stem denge niat nok nyusoh kan pembangkang... last2 bilo hari penamaae calon tengok2 semua calon PAS mati stem Calon UMNO pulok hok tok Mati Stem tibo2 kata peraturan tu batal.Demo kato SPR suci tapi kawe kato suci dale debu. Kalu rekod dunio kato manusio tertuo didunio umur 114 tahun kat Malaysia SPR kato sekure2 nya ado 10 orae umur 120 tahun kat selangor.Lepas mene kek gi, jange lupo blanjo SPR make seafood.
MKJ RESPON: Saya pula diberitahu borang pencalonan Tok Guru pun ada masalah bila nama Tok Guru yang diisi dalam borang tak serupa dengan nama dalam kad pengenalan. Mujur jugalah Dr Nik Zain tak mmati stem borangnya...kalau tidak, dia yang akan menang percuma.
Kalaulah keadaan itu berlaku...kalau pencalonan Tok Guru dibatalkan...parak SPR kena kutuk. Maknanya orang Pas kena mujur kerana kesilapan teknikal Dr Nik Zain telah menyelamatkan Tok Guru. Mungkin kerana Tok Guru tulus...maka berlaku hal-hal yang menjadikannya selamat.
Yang isi borang Tok Guru rasanya bukan Tok Guru. Ada orang lain yang tolong isikan. Soalnya macam mana boleh diisi nama yang tidak serupa dengan dalam kad pengenalan. Bukankah tindakan itu merupakan satu sabotaj.
Walaupun saya dianggap anti Islamik kerana banyak kritik Pas...namun saya pun ada buat semakan borang pencalonan seorang calon Pas bersama seorang lawyer bagi memastikan semuanya betul. Dapatlah imbuhan RM50 dan imbuhan itu saya dah masukkan dalam tabung sebuah masjid dengan iringan doa jika benlah Pas berjuang untuk kedaulatan Islam...maka kekalkan pemerintahnya di Kelantan, sebaliknya jika kalah adalah lebih baik untuk Pas...maka kalahkanlah agar perjuangan nantinya akan disusun dengan lebih mantap.
February 24, 2008 11:36 PM
14. Anonymous said...
spr, suruhanjaya penipu rakyat
MKJ RESPON: Tipu lagu mana pulok? Kalau dah rasa SPR tipu gat...masuk pilihanraya buat bergapo untuk jadi mangsa penipuan SPR. Jangan dok jahat seko...berdosa.
15. Anonymous said...
Kalu tak yakin menang..atau tak berani menghadapi kekalahan tanding wat gapa..dok isi bore nak jadi tok calon sangat..pah tu tarik diri..wat nyusah ka parti kerjaan lagu ni..Respek ka 'nenek'tok calon ghanu..berani hadapi kenyataan...
MKJ RESPON: Jenis calon lagu ni 'lah kalau nyo ssaloh jadi tok wakil gat banyak bawa masalah. Tak reti dengan tanggungjawab....kalau dah isi borang pun tak reti.
February 25, 2008 6:24 AM
16. wak hamad said...
WAK HAMADKETEREH JADI JAJAHAN BARU Wak baru lepas dengar Hj Mat Alwi calon DUN Kok Lanas berceramah di rumah Tok Ggawa Ripin Ketereh.Kalu dengar hak Hj Mat royak bare tentu lah Kota Darul Naim akan bertukar tuan mulai 8 hb 3 ni. Antara point yang ambo ingat :-1. Hotel Perdana kena jual dah weh.. tapi kerajaan negeri tak istihar lagi tunggu lepas pilihanraya...Dengar khobar jual ke PNM- Hamad Kamapiah.2. Jangan wat musuh ,jangan kata hudoh ka ore Pas. Masa menama calon orang Pas dok laung Mapuh UMNO dia jawab terima kasih, terima kasih.3. Masjid negeri akan di bina di stadium sultan mohamed ke empat sekarang. 4. Stadium dan kompleks sukan akan dibina di kok lanas.5. Airport baru akan di bina di labak. Sekarang pun memang dah ada airport di labok tapi ramai hak tak tahu.6. Segala jenis tunggakan cukai , hasil, kepala bakul,parking akan dihapuskira dan kadar baru yang lebih rendah akan diberi selepas kemenangan BN di Kelantan.7. Kolej komuniti bagi menyediakan pusat latihan dan pembelajaran seumur hidup akan diwujudkan.8. Jajahan baru ketereh akan diwujudkan. Ketereh akan ada pejabat tanah sendiri,IPD sendiri.9. Besi -besi parking di sekitar pasar ketereh bulehlah dikerat ambil untuk dijual mulai 9 Mac kerana bayaran parking akan dihapuskan.10. Gaji imam akan dinaikkan supaya mampu pakai kereta dan kakitangan tetap masjid yang menguruskan masjid diwujudkan. Ini bagi memastikan masjid tidak berlumut seperti dok ada lani.Banyak lagi hal hak hj Mat royak tapi wak trak salin dok ralin suka sbb hj mat ni byk wat lawak walau nampok muka serius pun.Beliau juga memuji tok ggawa ripin sewaktu jadi ADUN Ketereh yang bekerja kuat melobi supaya kem tentera di bina di Bukit Cina,Kok Lanas, faedahnya untuk rakyat ketereh cari makan. Begitu juga usaha Tok gawa ripin juga bekerja keras mewujudkan majlis daerah kota bharu yang bertempat di ketereh walaupun Foo Chow Yow asalnya mahu bina di Melor. Apapun nati kelih lah 8hb ni , tapi ramalan wak setakat ni memng Pas paling hebat pun buleh 7 kerusi DUN dan 2 parlimen.WAK HAMAD
MKJ RESPON: Saya pula ramal Umno akan dapat 36 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen jah.
February 25, 2008 6:27 AM
Post a Comment
Berikut adalah 2 komen daripada 15 komen yang dihantar melalui posting MKJ RESPON(2) yang belum saya respon yakni:
1. Anonymous said...
Nampaknya 2 isu besar akan melanda Kelantan kita. Kedua-dua isu ini akan menyebabkan para pengundi berada dalam kebingungan, nak setuju dengan hok mana so. BN terus memacu slogan PEMBANGUNAN dan PAS dengan panji-panji ISLAM. Bagi yang dah kejap, mari isu apa pun tak terjejas. Paku 6 inci lah katakan. Jika ditilik-tilik, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM oleh PAS agak perlahan. Membangun, tetapi slow sangat, buke takdok pembangunan tu. Pada masa yang sama Islam LEBIH TERJAGA. Pembangunan oleh BN melalui kerajaan pusat memanglah LAJU, tetapi pada masa yang sama ditakuti ISLAM TIDAK TERBELA. Islam tu ada, tapi TIDAK DIBERATKAN. Andai BN memerintah Kelantan, dibimbangi malah kemungkinannya sangat besar, anasir-anasir yang tidak ada di Kelantan selama ini akan tumbuh bagai cendawan lepas hujan; pusat belajar vokal, institut remp it, akademi senam tari, dan macam-macam lagi yang menggunakan pelbagai nama yang mengelirukan; akan menarik golongan muda/remaja dan seterusnya menjerat mereka. Kalau di negeri yang diperintah BN sekarang ini ada pusat karaoke di segenap kampung sebagaimana yang dipaparkan dalam Majalah 3 baru-baru ini, mengunjungnya terdiri daripada golongan lima puluhan pulaktu, ADAKAH RAKYAT KELANTAN SANGGUP MENERIMA PERUBAHAN SEPERTI INI? Adakah kedai-kedai judi dan nombor ekor akan kembali bertunas setelah sekian lama akarnya tertanam ditanah gersang. Adakah BN yang akan menggalinya setelah ditanam oleh PAS? Kemudian, berapa tahun pula rakyat Kelantan boleh kembali bebas daripada semua bencana itu? 18 tahun? Belitan sawa bagi kali kedua akan lebih kemas jika belitan pertamanya terlepas! Slow sangatkah pembangunan di bawah PAS? Tak ada hotel besar ke di Kelantan ni? KB Mall dah terima anugerah jualan terbanyak kalau tak silap saya. Kaya pulak orang Kelantan ni. Tempat tarikan pelancong pun banyak juga, kalau tidak taklah chalet-chalet banyak didirikan. Banyak juga idea-idea Kerajaan PAS Kelantan yang dibawa ke pusat oleh kerajaan BN untuk diaplikasikan ke seluruh negara. Kalau fikir-fikir, dan fikir lagi, rasanya tak sanggup menyerahkan Kelantan kepada pemerentah BN. Takut pula apa yang dikejar dapat separuh-separuh. Apa yang dapat tu pulak nilainya tak seberapa, tapi apa yang tercicir tu lebih tinggi harganya.Tajunm menulis.Lain kalilah open ID-nya.
MKJ RESPON: Terengganu dekat jah. Acu gi try cuba kelih. Bila Umno/BN perintah semula selepas Pas perintah satu penggal...lagu mana jadi. Koho molek ko atau koho uduh.
February 24, 2008 9:33 AM
2. Anonymous said...
Husam bodoh, cepat2 tunjuk diri bijak walhal tak sedar dah termakan umpan dipasang orang.Monday February 25, 2008Umno man disqualified, so PAS wins its first state seatKOTA BARU: PAS won its first seat uncontested when the Umno candidate for Kijang, Mustopha Ahmed, was disqualified because he had been declared a bankrupt. This resulted in PAS woman candidate and newcomer Wan Ubaidah Omar being declared the winner. Mustopha’s campaign came to an abrupt halt as soon as he stepped into the Pengkalan Chepa nomination centre when PAS officers produced a letter dated Nov 25, 2005 from the Insolvency Department about bankruptcy charges filed against him. Mustopha, 55, said he had been a guarantor for a friend who had taken a loan from Mara and he had received an explanation from Mara regarding his status, but there was insufficient time to submit it to the Election Commission (EC). “I will appeal this through the courts and will not discount the possibility of standing in a by-election,” he said. Mustopha had just resigned from Telekom Malaysia after serving 30 years and had been upbeat when his name was announced in the Umno candidate list on Thursday. State Umno Youth chief Dali Husain said Mustopha was waiting for the release of a letter from the Insolvency Department which did not come. Wan Ubaidah said she was extremely surprised that she had won. “I had actually hoped that Datuk Nik Aziz Nik Mat would win uncontested. I really wanted to contest,” she said. PAS vice-president Datuk Husam Musa said the win showed that Umno had not selected its candidates properly and that he had kept the information about Mustopha secret for the past 10 days. “It was only during the nomination that I sent the documents to the returning officer,” he
MKJ RESPON: Celupar sikit demo ni. Tokoh yang bisa bagi segala biso...tokoh bagi segala tokoh...bapak cerdik bagi segala bapak cerdik...berwibawa...berprestasi dan bereputasi tinggi lebih tinggi dari langit ketujuh demo boleh kata bodoh? Tak takut mari surat lawyer getek ko?.
Kawan nak ghoyat kedemo jah ni...demo sat dok begege...tokoh kebanggaan Pok Had-Pok Had Ceton Tebus tu hak sengotinya kalah di Salor. Sakat demo jah ni wei...sat dok ghoyat ko orang lain. Barang sulit ni....jangan sampai pecah perut, biar pecah di mulut.
JUMPA LAGI ESOK!!!!!!!
Monday, February 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 comments:
Wak nak mitak maaf dari hujung kaki ka hujung rambut kepada orang Pas. Bukan nak pelemah semangat demo tapi hidup ni kadang-kadang kena mmikir panjang sikit kena renung kelih biar jauh sikit. SEperti mana pada firasat wak sebelum ni maka selepas dua hari menama calon keyakinan wak bahawa pas akan kalah teruk di kelantan nampaknya menjadi realiti jika diizinkan Allah hasil usah kakitangan orang Pas sendiri dan hasil usaha cara mmikir orang pas sendiri dan hasil perut udoh sebahagian daripada orang Pas sendirii.
Orang UMNO tak serang tok guru, tak serang exco baju ppetak, tak serang anak menantu tok guru, tak serang ore keliling kelalang exco baju ppetak.
Orang UMNO khasnya pemimpin atas hanya sanya dok cerita apa yang benda molek dia nak buat dan bila manifesto BN kelantan diistihar hari ini maka rakyat akan menegung panjang, akan mmeikir serupa ore selak lepas dijiruh air.
Pendekatan Pas masih cara lama . Serang dan kutuk dan menyalahkan orang lain. Kalau tak percaya tengok sahaja tajuk2 dan berita dalam Harakahdaily. Berita keburukan, pergolakan BN lebih banyak kira-kira 85 % berbanding cerita apa yang Pas nak buat dan lagu mana Pas nak buat jika diberi peluang memerintah.
Pas setiap negeri sepatut tumpu kepada manifesto sahaja jah...Kalau Kelantan pulak keluarkan report kad sebab rakyat nak tahu apakah kejayaan Pas Kelantan, apakah exco dan tok wakil dan pemimpin Pas kelantan kaya hasil memerintah kelantan atau kaya kerana baka kaya atau ada bisness lain.
Rakyat nak tahu begapo lagi tok guru nak buat kalau memerintah lagi kelantan. Hak ni kena royak dengan jelas termasuk dengan cara-cara bagaimana matlamat itu akan dipenuhi.
Dok ggelar ore tu ada penyakit,ore ni ada penyakit itu taktik pijak mata cok, ulu kena dahi. Kijo tolol bahlol bodoh ,nampak tak matang. Umpama nak siasat Awang Adek ada penyakit ggapo ya sampai anak dia jadi OKU. Itu penyakit hak Allah taala letak bukan dia nak. Apa susahnya orang Pas ?
Kalau baca Harakahdaily memang lah Pas akan menang mudah serupa lah puak BN tu budak-budak tak masuk jawi lagi, tak reti mmikir. Apa pun ore Pas kena sedar mulai 9 Mac 2008 klau diizinkan Tuhan:-
1. Tok guru tak mengajar lagi di Medan Ilmu, kalau sihat tok guru akan naik mengajar di atas kelab pas di dewan zul. MPKB tak jadi wak yeh Pas lagi gi pasang khemah di Jalan dato pati.
2. ` Semua kereta EXCO kena serah balik kepada kerajaan termasuk kereta tok guru dok naik selama kening.
3. Ore Pas hak kuat-kuat akan berasa malu yg amat sangat, ore Pas hak tak kuat akan istihar sokong BN Jugak.
4. Rombakan kabinet pas kelantan akan di buat. Pesuruhjaya dan timbalan nya mungkin akan dipegang oleh pemimpin yang sekarang dilihat tongo. Hak napok cerdik akan senyap tupah dok kira berapa banyak paedah di dapati sepanjang pas memerintah.
5. Semua jawatan politik, tok ngulu,halaqat, penyelia halaqat, urusetia penerangan dan yg sewaktu dengannya termasuk ahli majlis daerah akan terlucut. Tak dak kijo habis puak tu dan mungkin ada yang jjupa abe meli mitak kerja di Melimediaplus.
6. Ore UMNO dan Bn akan mangok khasnya kakitangan kerajaan hak tak leh akat muka kena nganjing ka ore Pas la ni.
7. Ore Pas tertanya-tanya bakpo kita kalah? Bakpo rakyat tak undi kita , ada salah begapo kita dengan rakyat?
8. Hasil post mortem yang dibuat antara sebab pas kalah ialah orang Pas tidak hidup zuhud serupa tok guru.gi dengar tok guru ngajar tapi perangai tak serupa tok guru.
9. Tok wakil Pas hak menang berasa malu nak masuk ke dalam kawasan kota Darulnaim dan ke DUN. Muka berasa tebal 14 inci sewaktu nak gi angkat sumpah.
10. YAB Datok Awang adek akan keluar statmen ajak pembangkang bekerjasama memajukan kelantan.
11. Banyak lembu akan disembelih oleh ore UMNO meraikan kemenangan di Kelantan.
12. Ku LI dan Mat Yaakob kata dia bersyukur kerana di beri peluang oleh Allah Taala dapat tengok Kelantan di perintah oleh BN semula.
13. Komen Tok Guru ialah " Nabi pun pernah kalah dalam peperangan. apa susahnya? Kita hormati keputusan rakyat dan Pas akan memastikan BN hanya menang sepenggal sahaja".
Itu adalah beberapa benda yang dataang dalam mimpi wak malam tadi. Mungkin juga akan jadi sebaliknya tetapi kalau kerajaan Pas terbalik sungguh jangan marah ka wak la sbb wak terlibat sama sebagai pemerhati ketika kerajaan pas jatuh tahun 1978 dahulu.
setakat ni wak yakin pasmenang di cempaka ,pancor, pasir tumboh, demit, meranti, tg mas dan kijang jah. Hak lain ghuyup belaka. Parlimen dato halim dgn salahudin jah menang.
walaupun dibangkitkan isu barang akan naik harga dan segala kejahatan bn, bn tetap menang sbb rakyat tak tahu begapo hak Pas nak buat kalu menangnya.rakyat tak kenal siapa pemimpin Pas yang bolehdiharap untuk memerintah...
MMedia Pas tak perkenal calon pas lebih pada dok perudoh ore jah.
WAK HAMAD
Dari perancangan yg dikemukakan oleh UMNO Kelantan, nampak gaya exco-exco- PAS boleh basuh kereta rasmi masing-masing, kemas elok-elok, simpan dalam garage. 9 Mac nanti nak kena serahkan kepada kerajaan BN yang akan menerajui Kelantan.
Kepada yg simpan fail-fail sulit di Kota Darulnaim tu, boleh masukkan dalam kotak siap-siap. Kalau nak bawa balik terus pun lagi bagus.
Cikgu-cikgu sekolah YIK, tok imam-tok imam, boleh la kalau nak wat booking rumah baru. InsyaAllah gaji dan elaun akan naik dibawah kerajaan BN.
Anak-anak muda Kelantan yang berada di luar Kelantan, boleh la buat perancangan utk pulang bekerja di Kelantan lepas BN menang. InsyaAllah banyak peluang kerja yg akan disediakan.
Petani-petani di Kelantan, perlu bersiap-sedia untuk bekerja dengan lebih keras bagi menjayakan ECER.
Anak-anak muda yang mengaganggur, bolehlah siapkan resume untuk mencari peluang kerja selepas kemenangan BN.
Kepada penyokong-penyokong PAS, jangan risau. Tuan-puan tidak akan ditinggalkan oleh arus kemajuan yang dibawa BN.
InsyaAllah, anak-anak tuan-puan yang selama ini berjauhan dari keluarga mencari rezeki ni negeri-negeri lain yang diperintah BN, akan pulang tinggal di Kelantan. Tak kira PAS atau UMNO, kemajuan yg akan dibawa oleh BN Kelantan selepas memenangi pilihanraya ini akan dpt dirasai semua pihak....
'Pengesahan tidak muflis lewat sejam'
KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang, Mustopha Ahmed yang digugurkan kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada pilihan raya umum ini, menafikan beliau berstatus muflis.
Mustopha, 55, yang jelas masih kecewa dengan kejadian pada hari penamaan calon kelmarin kerana menjadikan beliau satu-satunya calon BN yang tidak layak bertanding berkata, pemeriksaan menerusi sistem insolvensi mendapati namanya tidak tersenarai sebagai orang yang muflis.
"Saya sendiri tak tahu nama saya ada tersenarai dalam mana-mana senarai orang muflis. Ini disahkan peguam saya sendiri," katanya ketika menjelaskan kejadian yang menyebabkan kertas pencalonannya ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus calon Pas, Wan Ubaidah Omar diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Mustopha, antara muka baru BN yang diketengahkan pada pilihan raya umum ini berkata, dakwaan bahawa Mara merekodkannya muflis tidak benar.
"Saya sendiri ada surat daripada Mara yang mengesahkan bahawa saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Mara," katanya sambil menunjukkan surat daripada Pejabat Mara Negeri Kelantan berhubung perkara itu.
Diminta menceritakan mengenai kejadian ketika proses penamaan calon di Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa Satu, dekat sini, beliau berkata, tiada sebarang bantahan dibuat ketika Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ismail Ghani membuka peluang itu pada jam 10 pagi.
"Kecuali 25 minit sebelum masa bantahan berakhir, saya dimaklumkan bahawa saya termasuk senarai orang muflis. Ia sesuatu yang mengejutkan saya kerana saya sudah semak untuk memastikan saya layak untuk bertanding," katanya.
Ditanya punca yang menyebabkannya dikatakan sebagai muflis, Mustopha berkata, beliau bersama tiga rakan lain pernah menjadi penjamin kepada seorang rakan mereka yang membuat pinjaman sebanyak RM130,000 pada 1990-an untuk berniaga.
Bagaimanapun, katanya, selepas tempoh pembayaran tamat, masih ada baki pinjaman yang belum dilunaskan peminjam kepada Mara.
Beliau berkata, akibatnya beliau dan penjamin lain menerima surat daripada peguam Mara untuk menyelesaikan kes itu di mahkamah. Berikutan itu semua penjamin berpakat mengadakan mesyuarat dan kami berbincang dengan Mara untuk selesaikan hutang itu, Mara pun setuju supaya kami teruskan bayaran.
Katanya dalam proses pembayaran secara ansuran itu Mara juga bersetuju bahawa mana-mana proses penghakiman akan digugurkan.
Mustopha yang baru meletakkan jawatan sebagai Pengurus Besar Telekom Malaysia Kelantan berkata, dalam keadaan terdesak apabila didakwa muflis, beliau meminta pihak Mara menjelaskan perkara itu kepada SPR.
"Pengarah Mara bercakap sendiri dengan Pegawai Pengurus Pilihan Raya menerusi telefon dan pengurus SPR menerima alasan dikemukakan.
"Bagaimanapun, SPR negeri mahukan pengesahan hitam putih daripada Mara dan apa yang berlaku semalam surat difakskan itu hanya tiba pada jam 12.05 tengah hari, sedangkan waktu bantahan ditutup jam 11 pagi.
"Kita akan buat petisyen mengenainya. Satu laporan polis berhubung apa berlaku sudah saya buat semalam," katanya.
-----------------------------
Sekiranya benar maklumat ini, nmpaknya pilihanraya kecil akan diadakan di Kijang. Ini akan menyukarkan lagi kedudukan PAS. Sekiranya tiada bantahan dibuat, calon PAS tidak akan menang tanpa bertanding. Tp peluang utk menang di Kijang sewaktu pilihanraya umum adalah amat tinggi. Tapi jika diadakan pilihanraya kecil, nampaknya peluang adalah sukar.
Setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Hadi angkuh – MB
MARANG 25 Feb. – Keengganan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut salam calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir menunjukkan Presiden Pas itu seorang yang angkuh.
Menteri
Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tindakan Abdul Hadi langsung tidak mencerminkan sikap yang sepatutnya ditunjukkan oleh seorang
pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam.
Berdasarkan sikap angkuh Abdul Hadi itu, Idris meminta rakyat menolak kepimpinan Presiden Pas itu dan memilih calon BN di Parlimen Marang pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
“Saya diberitahu mengenai insiden itu semalam. Inilah sikap sebenar pemimpin Pas. Saya tidak pasti apakah sebabnya Abdul Hadi tidak mahu bersalam dengan Ahmad Ramzi.
‘‘Islam telah mengajar kita untuk menghormati orang lain dan antaranya wajib kita menyambut salam orang lain.
“Apatah lagi jika ia melibatkan saudara sesama Islam. Tuntutan ini wajib ditunaikan tanpa mengira pegangan politik,” kata Idris kepada pemberita selepas menghadiri program makan pagi bersama penduduk di Kampung Rhu Muda di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ahmad Ramzi, calon BN di kawasan Parlimen Marang, dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Razali Idris.
Pada pilihan raya 8 Mac ini, Abdul Hadi dan Ahmad Ramzi bersaing untuk merebut kerusi Marang yang sebelum ini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Bakar.
Idris berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang membawa nama Islam, Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar seharusnya menunjukkan contoh terbaik kepada masyarakat.
“Semasa Ramzi hendak bersalam, dia kata ‘dok payoh’ (tidak payah).
“Mungkin keegoannya menyebabkan beliau bersikap sedemikian. Saya amat berharap rakyat membuat penilaian sewajarnya atas tingkah lalu yang ditunjukkan oleh Abdul Hadi,” tambah Idris.
Tu cerita di Ghanu.... sehari dua ni ada jugok cerita kes yg sama di Kelantan. Pagi ni masa kawe make nasi pagi di Jelawat, dengar cerita , calon PAS Jelawat cikgu aziz ada dtg ke Pasar Jelawat untuk bermesra dgn rakyat. Dia memberi kasut plastik/boot kpd penjual ikan di pasar... malangnya dia hanya hulur kasut jah, bila puok2 jual ikan hulur tangan nak salam.. dia buat dekk je. Lepas tu ceritanya lagi... bila tengok cikgu aziz tak mahu bersalam... ada la yg membungkus tangan dgn beg plastik untuk bersalam... tapi dia pakai gi dgn gitu jah. Puok2 jual ikan khabarnyo pakat 'menyumpoh' belako....
Kalau betul mcm tu calon PAS buat, nampaknya dah satu DUN dalam genggaman BN. BN menang 2004 di Jelawat. Calon PAS ni pulak buat mcm tu.
Demo kata belaka...ore jual ikan tangannya ada bau tak berapa molek...dok holor tange ka ore bakpa..tok wakil pulak takut payah nak basuh tangan...ish..ish kalu tika musim ni tak se holor tangan ka rakyat..kalu demo mene gak...emmm tak tahu nak katalah setara mana demo nak cara ka rakyat..
PERBANDINGAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN TERPILIH (RM)
Tepung Gula Minyak masak Petrol(RON 97)
MALAYSIA 1.35 1.45 3.30 1.92
INDONESIA 1.90 2.32 3.61 2.31
THAILAND 2.10 1.84 4.76 2.49
FILIFINA 2.10 2.92 4.27 2.69
SINGAPURA 2.30 3.28 6.80 3.86
RM43.4 BILLION-Jumlah subsidi yang di belanjakan ke atas barang-barang keperluan supaya semua rakyat Malaysiamenikmati harga yang lebih rendah dan mampu berbelanja lebih.
SINAR HARIAN- ISNIN 25 FEB 2008
Saya faham hasrat rakyat Kelantan. Mereka juga nak maju macam Kuala Lumpur atau paling lekeh macam Kuala Terengganu sekarang. Kerana orang Kelantan yang baju biru kata Kerajaan Kelantan yang baju hijau tak pandai buat pembangunan.
Tapi saya dari kejauhan ini melihat sebenarnya orang baju biru tak perasan atau dah tertutup mata hati. Betapa membangunnya bandar Kota Bharu berbanding sewaktu UMNO perintah dulu. Bayangkan sedemikian pembangunan yang rancak dibuat oleh seorang Tok Guru yang diikat kaki dan tangannya. Terfikirkah anda semua sekiranya Kerajaan Biru PUSAT faham konsep KErajaan Persekutuan saya kira Pembangunan di Kelantan bukan sahaja rohani tetapi juga jasmani akan lebih rancak. Saya fikir jika kerajaan UMNO memerintah dalam keadaan yang sama seperti PAS memerintah saya ingat satu penggal sahaja bangkrap lah negeri.
BN menganggap semua pojek pembangunan mereka yang buat. Sebab itu setiap projek kerajaan diwajibkan dengan papantanda SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL. Lupakah mereka bahawa Kerajaan Malaysia lah yang punya projek. Kerajaan Malaysia terdiri dari semua rakyat Malaysia sedangkan Kerajaan BN hanya terdiri dari beberapa buah parti. Rakyat Malaysia termasuk orang PAS membayar cukai kepada kerajaan PUSAT bukan kepada Kerajaan BN.
Masalah ZUHUD. Apa kah yang wak hamad faham pasal zuhud. Apakah zuhud bermaksud pakai baju koyak, naik basikal atau motosikal cabuk? Apakah naik kereta mercedes bukan zuhud? Apakah pakai kot tidak zuhud. Zuhud bermakna kita tidak meletak harta pada hati. Kalau kita ada kereta mercedes tapi kita tak guna untuk pergi masjid sebab takut kena hujan itu bukan zuhud. Tapi kalau kita ada ferari sekalipun dan kita tak letak dia dihati itu pun zuhud. Maksudnya bila kita tak ada rasa cinta tetapi kita memilikinya kerana kita mampu dan memerlukannya maka itu zuhud juga. Adakah Wak Hamad boleh baca apa dalam hati orang lain?
Setakat ini sahaja dapat dijelaskan kerana ada urusan.. Insya Allah kalau ada kelapangan saya akan singgah menyilau lagi.
FADZL
tak hairan, ambo dah jangka wak hamad ni memang ore pas yang berjiwa umno. Ambo tok kisah ore umno yang berjiwa pas, kerana baik untuk kerajaan islam. Ramai contoh ore umno yang berjiwa pas pada tahun 1990 dulu, fikrah mereka kekal bersama pas sehingga kini kerana dah tahu sangat apa itu pas, apa itu umno? Tetapi sebaliknya bagi ore yang tahap fanatik melampau kepada parti dan kerajaan pas contohnya Meli, Wak Hamad, Omar Khalid akhirnya betul2 benci yang berpanjangan kepada apa yang pas lakukan sekarang. Pasal manifesto pas tu, mintak tolong baca dan cari kat internet, pergi dengar ceramah pas berkenaan dengan penerangannya. Jangan sekadar suka membaca harakah kerana apa yang harakah sampaikan ada sebagai media propaganda, dan menjawab balik tohmahan jahat daripada media perdana yang dikatakan beretika bagi wakhamad itu. Wak hamad bijak memainkan propaganda untuk umno dari awal2 lagi dengan mendakwa pejuang islam tulen pas, peliknya apa yang berita harakah dan media perdana lapor pun tak reti beza mana yang xbetulnya. Adalah baiknya anda sendiri memanggil media dan umum keluar parti pas seperti ore umno gunung buat tu, lagi lebih 'gentlement'
Betul ka ore kelate nak maju mace kuala lumpur...walau ore biru atau ore hija semua nak sene...kita buke nak maju mace kuala lumpur..hak kita nak...biar anak-anak kelate keja di kelate..supaya kalu ada sakit deme mudah nak jupe anak..kalu semua pakat dok keja kl dan selaha patai barat kita ibu bapa rasa sedih..anak dok keja tepat ore..kalu gitu gini segala hal payah belaka...Gitu juga kita nak tepat kita..biar ada unubersiti dan sekolah tinggi sebab kalu ngaji jauh payah banyak pitih habis wat tambe gi mari...kita nak hak kerajaan boleh bui kesenangan ka rakyat...kita tak sir hak kerajaan berehi kecek belawok royak nak buat gatu..nak bui gani..tapi hauk pun tarak..
Pada perkiraan wak tidak ada kerusi panas seperti yang digembar gemburkan akhbar . Pilihanraya tahun 1986 kalau nak kira lagi hebat. Pas sangat2 merasakan dirinya kuat dan mampu memerintah malaysia hasil wujudnya CCC dan konon-kononnya rakyat marah dengan BN yang menembak mati Ibrahim Libya pada 19 Nov. 1985. Hasilnya pilihanraya tahun 1986 Pas hanya menang satu kerusi di pengkalan chepa menerusi Pak Nik Lah dan Nik Aziz sendiri kalah 270 undi di parlimen Bachok di tangan cikgu Hj Zain.
Oleh itu sekali lagi wak tegaskan untuk pilihanraya 8 Mac ini paling banyak pas menang dua ulang dua kerusi parlimen dan juga terpaksa angkat bendera putih di Kelantan. Ibarat pahlawan yang pulang dari medan perang pulang bukan dengan harta rampasan perang tetapi membawa pulang mayat-mayat dan jenazah-jenazah kawan-kawan yang gugur.
Kepada fadzli sila aktif dulu dalam Pas, pegang dulu jawatan kenallah saudara akan yang mana kemenyan dan yang mana tahi lembu kering.
CIKGU jELAWAT KITA GUANo SIBUK KA WEH? Malam tadi wak dengar ceramah UMNO menerusi telefon, wak tak gi pun tepat ceramah UMNO. Wak telefon pak sedara kebeetulan sedang molek tok aji lewi calon Kok Lanas dok bersyarah. Jadi wak dengar la ada dekat sejam.
WAK HAMAD
As'kum Wak Hamad... alohh bisonyo wak dengar ceramah kut talipon nah! saya tak sempat langsung nak gi atau nak dengar ceramah kat mana2 pun.... duk betumas di sekretariat parlimen bachok. Mlm ni pun... bini dirumah hantar sms royak suruh buka kapak jangak.. kata wak tanya khabar.
Digunung pun semale ado jugok ceramah... rumah sudin aleyycat org BN yg masuk PAS... kawe lalu jah. Dlm Harakah online pun dah tubik berita pasal tu semale. Nak ulas jugok pasal sudin ni, esok.
Klau PAS fikir mrk dah buat kejutan di Jelawat / bachok.... emmm tunggu pula kejutan BN utk PAS sehari dua lagi. kita tengok sapo hok senok perut pah ni!
setakat ni wak yakin pasmenang di cempaka ,pancor, pasir tumboh, demit, meranti, tg mas dan kijang jah.
TAK BETUL NI.
PAS BOLEH MENANG LAGI DI PASIR PEKAN DAN TAWANG.
Ambo pun mimpi BN bene di kelate tapi hok jadi MB nyo bukey Awang Adek, tapi Ramzi, TMB pulok Alwi. Sebab nyo Awang Adek keno pelupuh oleh ore PAS dan setengah ore UMNO sediri di Perupok. Ramzi jadi MB walau UMNO kelate nok Alwi sebab Tuanku nok kat Ramzi (mok Ramzi Cino tu dulu anok angkat pok Tuanku, Sultan Yahya).
Pado sapo hok nok tau, ni la penyakit autistic hok anok awe adek keno tu. Punco dio, faktor bako awe adek pun ada, faktor sekitar pun ado.
What is autism?
Autism (sometimes called “classical autism”) is the most common condition in a group of developmental disorders known as the autism spectrum disorders (ASDs). Autism is characterized by impaired social interaction, problems with verbal and nonverbal communication, and unusual, repetitive, or severely limited activities and interests. Other ASDs include Asperger syndrome, Rett syndrome, childhood disintegrative disorder, and pervasive developmental disorder not otherwise specified (usually referred to as PDD-NOS). Experts estimate that three to six children out of every 1,000 will have autism. Males are four times more likely to have autism than females.
What are some common signs of autism?
There are three distinctive behaviors that characterize autism. Autistic children have difficulties with social interaction, problems with verbal and nonverbal communication, and repetitive behaviors or narrow, obsessive interests. These behaviors can range in impact from mild to disabling.
The hallmark feature of autism is impaired social interaction. Parents are usually the first to notice symptoms of autism in their child. As early as infancy, a baby with autism may be unresponsive to people or focus intently on one item to the exclusion of others for long periods of time. A child with autism may appear to develop normally and then withdraw and become indifferent to social engagement.
Children with autism may fail to respond to their name and often avoid eye contact with other people. They have difficulty interpreting what others are thinking or feeling because they can’t understand social cues, such as tone of voice or facial expressions, and don’t watch other people’s faces for clues about appropriate behavior. They lack empathy.
Many children with autism engage in repetitive movements such as rocking and twirling, or in self-abusive behavior such as biting or head-banging. They also tend to start speaking later than other children and may refer to themselves by name instead of “I” or “me.” Children with autism don’t know how to play interactively with other children. Some speak in a sing-song voice about a narrow range of favorite topics, with little regard for the interests of the person to whom they are speaking.
Many children with autism have a reduced sensitivity to pain, but are abnormally sensitive to sound, touch, or other sensory stimulation. These unusual reactions may contribute to behavioral symptoms such as a resistance to being cuddled or hugged.
Children with autism appear to have a higher than normal risk for certain co-existing conditions, including fragile X syndrome (which causes mental retardation), tuberous sclerosis (in which tumors grow on the brain), epileptic seizures, Tourette syndrome, learning disabilities, and attention deficit disorder. For reasons that are still unclear, about 20 to 30 percent of children with autism develop epilepsy by the time they reach adulthood. While people with schizophrenia may show some autistic-like behavior, their symptoms usually do not appear until the late teens or early adulthood. Most people with schizophrenia also have hallucinations and delusions, which are not found in autism.
How is autism diagnosed?
Autism varies widely in its severity and symptoms and may go unrecognized, especially in mildly affected children or when it is masked by more debilitating handicaps. Doctors rely on a core group of behaviors to alert them to the possibility of a diagnosis of autism. These behaviors are:
impaired ability to make friends with peers
impaired ability to initiate or sustain a conversation with others
absence or impairment of imaginative and social play
stereotyped, repetitive, or unusual use of language
restricted patterns of interest that are abnormal in intensity or focus
preoccupation with certain objects or subjects
inflexible adherence to specific routines or rituals
Doctors will often use a questionnaire or other screening instrument to gather information about a child’s development and behavior. Some screening instruments rely solely on parent observations; others rely on a combination of parent and doctor observations. If screening instruments indicate the possibility of autism, doctors will ask for a more comprehensive evaluation.
Autism is a complex disorder. A comprehensive evaluation requires a multidisciplinary team including a psychologist, neurologist, psychiatrist, speech therapist, and other professionals who diagnose children with ASDs. The team members will conduct a thorough neurological assessment and in-depth cognitive and language testing. Because hearing problems can cause behaviors that could be mistaken for autism, children with delayed speech development should also have their hearing tested. After a thorough evaluation, the team usually meets with parents to explain the results of the evaluation and present the diagnosis.
Children with some symptoms of autism, but not enough to be diagnosed with classical autism, are often diagnosed with PDD-NOS. Children with autistic behaviors but well-developed language skills are often diagnosed with Asperger syndrome. Children who develop normally and then suddenly deteriorate between the ages of 3 to 10 years and show marked autistic behaviors may be diagnosed with childhood disintegrative disorder. Girls with autistic symptoms may be suffering from Rett syndrome, a sex-linked genetic disorder characterized by social withdrawal, regressed language skills, and hand wringing.
What causes autism?
Scientists aren’t certain what causes autism, but it’s likely that both genetics and environment play a role. Researchers have identified a number of genes associated with the disorder. Studies of people with autism have found irregularities in several regions of the brain. Other studies suggest that people with autism have abnormal levels of serotonin or other neurotransmitters in the brain. These abnormalities suggest that autism could result from the disruption of normal brain development early in fetal development caused by defects in genes that control brain growth and that regulate how neurons communicate with each other. While these findings are intriguing, they are preliminary and require further study. The theory that parental practices are responsible for autism has now been disproved.
What role does inheritance play?
Recent studies strongly suggest that some people have a genetic predisposition to autism. In families with one autistic child, the risk of having a second child with the disorder is approximately 5 percent, or one in 20. This is greater than the risk for the general population. Researchers are looking for clues about which genes contribute to this increased susceptibility. In some cases, parents and other relatives of an autistic child show mild impairments in social and communicative skills or engage in repetitive behaviors. Evidence also suggests that some emotional disorders, such as manic depression, occur more frequently than average in the families of people with autism.
Do symptoms of autism change over time?
For many children, autism symptoms improve with treatment and with age. Some children with autism grow up to lead normal or near-normal lives. Children whose language skills regress early in life, usually before the age of 3, appear to be at risk of developing epilepsy or seizure-like brain activity. During adolescence, some children with autism may become depressed or experience behavioral problems. Parents of these children should be ready to adjust treatment for their child as needed.
How is autism treated?
There is no cure for autism. Therapies and behavioral interventions are designed to remedy specific symptoms and can bring about substantial improvement. The ideal treatment plan coordinates therapies and interventions that target the core symptoms of autism: impaired social interaction, problems with verbal and nonverbal communication, and obsessive or repetitive routines and interests. Most professionals agree that the earlier the intervention, the better.
Educational/behavioral interventions: Therapists use highly structured and intensive skill-oriented training sessions to help children develop social and language skills. Family counseling for the parents and siblings of children with autism often helps families cope with the particular challenges of living with an autistic child.
Medications: Doctors often prescribe an antidepressant medication to handle symptoms of anxiety, depression, or obsessive-compulsive disorder. Anti-psychotic medications are used to treat severe behavioral problems. Seizures can be treated with one or more of the anticonvulsant drugs. Stimulant drugs, such as those used for children with attention deficit disorder (ADD), are sometimes used effectively to help decrease impulsivity and hyperactivity.
Other therapies: There are a number of controversial therapies or interventions available for autistic children, but few, if any, are supported by scientific studies. Parents should use caution before adopting any of these treatments.
Kepada PAS, tempat PM dan TPM pergi adalah tempat BN bermasalah. Sila ambil perhatian.
Perdana Menteri Lawat Kedah Esok
ALOR STAR, 26 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan lawatan kerja ke Kedah esok.
Menurut kenyataan Pusat Media Kedah, antara aturcara lawatan Perdana Menteri ialah menghadiri program bersama rakyat di Padang Awam Taman Sri Putra, Kuala Kedah pada 11 pagi sebelum bertemu penduduk Jerlun di Dewan Padang Sera pada 3.30 petang.
Beliau kemudiannya dijadual melawat Pondok Tuan Guru Haji Tajuddin di Melele, Jitra sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan mengadakan lawatan ke Kedah Khamis ini.
Pada sebelah pagi, Najib dijadual mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Umno/Barisan Nasional dan jawatankuasa gerak kerja pilihan raya Parlimen Sik dan menghadiri majlis bertemu rakyat di Dewan Orang Ramai Kampung Gajah Puteh, Sik.
Pada petangnya, Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk Felda Sungai Tiang dan masyarakat Siam di Wat Siam Titi Akar, Pendang sebelum berlepas ke Permatang Pauh, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Najib Lawat Kelantan Esok
KOTA BAHARU, 26 Feb (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan sehari ke Kelantan esok.
Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Kelantan, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis perjumpaan dengan warga tentera di Wisma Kedepan, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas pada 9.30 pagi sebelum menghadiri majlis perhimpunan rakyat di Sekolah Menengah Sains Machang, Labok pada 11 pagi.
Pada pukul 2 petang pula, beliau akan menghadiri majlis perhimpunan rakyat di Pertubuhan Peladang Gual Ipoh, Tanah Merah dan satu lagi perhimpunan serupa di Sekolah Menengah Tengku Panglima Raja, Lemal, Pasir Mas selepas itu.
Pada pukul 8.30 malam, Najib dijadual hadir pada majlis makan malam bersama ahli-ahli NGO Kelantan di sebuah hotel sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Transkrip sidang media Dato’ Husam Musa 26 Februari 2008
Written by Siti Masitah Mohamed
Tuesday, 26 February 2008
ASSALAMUALAIKUM. Hari ini saya mulakan dengan memberi peluang kepada saudara-saudara semua mengemukakan soalan.
Q : Senario kedudukan Pas dan BN dalam konteks Kelantan
Dato’ Husam : Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan. Malam tadi ada bekas wakil rakyat UMNO selama dua penggal, Mohd Hadi Hassan telah beri ceramah atas pentas Pas dan ceramah dia menarik dan dapat sambutan menggalakkan daripada penonton dan pendengar termasuk orang kuat Dr. Awang Adek, Bachok di depan Sekolah Sri Gunung yang dulu begitu gigih membantu Dr Awang Adek bersama keluarga menyokong Pas dan ini berlaku di seluruh negeri.
Q : Kita tengok strategi BN begitu agresif untuk membewa kembali pemerintahan ini
Dato’ Husam : Saya ingat BN sudah mengalami kecederaan yang parah dan calon-calon dari segi penerimaan rakyat. Mood on the ground untuk Pas dan mood ini seakan sama dengan tahun 1999, kita boleh rasa kehangatan mana-mana tempat kita pergi kita boleh rasa.
Masalahnya, anda boleh tanya apa masalah BN, ialah kerana 22 Adun mereka tidak menunaikan janji dan tidak memenuhi harapan rakyat tahun 2004, ini masalah yang paling besar sekali. Tahun 2004 rakyat beri harapan yang begitu besar sekali, tahun 2004 rakyat Kelantan beri harapan yang sangat tinggi dan pada waktu itu pimpinan Pak lah masih baru, wujud rasa girang kerana pertukaran kepimpinan dan mereka berharap kepimpinan baru ini boleh bawa perubahan termasuk peringkat negeri Kelantan tetapi selepas mereka memberikan mandat kepada 22 orang ini, janji-janji yang telah mereka tabur itu tidak ditunaikan.
Q : Antara janji-janjinya?
Dato’ Husam : Antara janji macam di Bachok nak jadikan Bachok baru, Bachok baru Bachok maju dan banyak lagi janji-janji lain, saudara boleh semak sendiri nanti saya mengumpat pula.
Q : Hampir di setiap dun yang BN menanglah?
Dato’ Husam : Pada keseluruhannya hampir macam tu. Parit dan longkang yang dijanjikan tak dipenuhi, basikal pun tak sampai-sampai, macam-macamlah. Janji nak beri kolam ikan, ambil duit orang kampung pun tak terlaksana.
Q : Jadi pihak mana yang bertanggungjawab pada rakyat. Bila rakyat memerlukan siapa yang patut…
Dato’ Husam : Itu soalan yang kedua. Masalah dia on the ground sentiment ialah rasa marah pada calon-calon BN dan rasa hilang percaya pada BN secara keseluruhan. Nampak macam susah hati…(tuju pada RTM)
Q : Semalam Pak Lah lancar manifesto Aman, Makmur, Selamat…
Dato' Husam: Manifesto atau bajet?
Q: bagi saya ia manifesto..
Dato’ Husam : Saya rasa manifesto ini akan menikam BN sendiri kerana track rekod empat tahun lepas kita telah hilang rasa aman dan selamat tersebut terutama kerana peningkatan jenayah yang ketara selepas Pak Lah jadi PM berdasar statistik berbanding zaman Tun Mahathir telah alami penurunan jenayah antara tahun 1999-2004. Empat tahun tidak ada apa-apa tindakan constructive jadi pada saya rakyat menilai kredibiliti ini. Kalau empat tahun dulu dia berjanji tak boleh buat apa, apa bukti dia akan boleh laksanakan ikrar 61 ikrar baru untuk empat tahun akan datang. Tak pun, yang dia berjanji tu satu perkara tetapi kelekaan tidak ada penyelesaian yang constructive jadi pada saya manifesto ini hanyalah satu panadol. Tak boleh sembuh penyakit negara kita dengan makan panadol ini tiap-tiap hari. Doktor pun marah kalau makan panadol banyak sangat.
Q :……
Dato’ Husam : Dia boleh janji macam-macam, tapi dia buatlah dulu di Bachok dulu. Saya pun boleh cakap RM2juta tahun depan bajet. Dia nak ambil duit daripada mana. By 2010, saya yakin bajet kerajaan negeri akan capai peningkatan yang besar kerana pada waktu itu gas akan dikeluarkan di negeri Kelantan. Kita sudah ada perbincangan bahkan kita telah buat satu kiraan untuk tujuan gas memasak domestik. Kita jangka boleh kurangkan dan bagi subsidi sebanyak RM3 setong menjelang 2009 dan 2010 selepas gas didaratkan di Kelantan. Untuk Kelantan sahaja, satu tong sekarang RM24 harga refill dan agak membebankan pada rakyat. So ini cara kita berfikir untuk mengurangkan beban. Kita tak perlu ungkit balik yang kerajaan Malaysia membelanja RM16 bilion untuk subsidi petroleum kerana setiap kali minyak naik harga di pasaran dunia keuntungan Malaysia meningkat dan petronas membayar lebih royalty dan cukai apabila keuntungannya meningkat. Saya ingat sekarang ini Petronas bayar royalty dan cukai dalam RM50 bilion, kita baru habis subsidi minyak baru RM16bilion belum ambil kira keuntungan bersih RM80bilion Petronas. So kalau BA perintah Malaysia kita boleh kurangkan lagi harga minyak dengan tambah subsidi dengan lebihan untung hasil minyak yang meningkat sekarang. So dok ungkit cerita lama buat apa. So hari ini Najib beri kenyataan BN tak akan menaikkan harga minyak. Ini kenyataan politik, pilihanraya kerana dalam perhimpunan UMNO telah dibawa usul oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy supaya kerajaan mengkaji semula seluruh struktur subsidi minyak dan gas dengan tujuan menaikkan harga mengikut harga pasaran jadi dah datang pilihanraya kenyataan itu dibuat sebelum ini saya dah cabar Najib bila dia kata bahawa kalau tak naikkan harga minyak petrol Malaysia akan bankrap, sekarang tak bankrap pula. Jadi mana satu, dulu kata kalau tak naik bankrap, sekarang kerajaan kata dia tak akan naik. Tapi saya masih percaya kerajaan BN tetap menaikkan harga minyak selepas pilihanraya kalau mereka menang besar sekali lagi kalau menang kecil mungkin tidak.
Q : You said that the state have more money, more budget, so how much more…
Dato’ Husam : Recently tahun ini kita meningkat drastic RM24juta, just this is alone from one item our plantation which we took over from FELCRA. RM24milion immediately instantly, and that money we use for housing project.
Q : What focus in 2010?
Dato’ Husam : 2010, bila gas ini naik …..kita belum estimate but my friend in Petronas show me the plan by Petronas to start production by year 2010.
Q : The extra money would come from the royalty payment
Dato’ Husam : We hope, we hope and we fight that. Takkan Pak Lah sama dengan Mahathir. Kalau BA perintah Malaysia kita bagi pada Kelantan, tak boleh kata BN forever. Kebangkitan sekarang ialah kebangkitan rakyat menentang BN, bukan Pas, bukan PKR, bukan DAP, rakyat memerlukan satu check and balance. So kalau kita tengok Pas, DAP, PKR macam tu memang kita nampak kecil tapi bila kita lihat satu kebangkitan rakyat untuk memberi satu perimbangan kuasa pada BN, saya ingat kita ada satu kejutan perubahan di seluruh negara. Kalau tidak takkan TV3 ulas manifesto begitu panjang sekali.
Saya ingat statistik tak penting pada rakyat. Yang rakyat nak ialah apa yang mereka rasa hari-hari, awak boleh bawa datang statistic jenayah kita baik, apa semua tapi kalau kita letak motorsikal hilang, lepas tu anak-anak kita tak boleh bermain sampai polis marah ibubapa tak jaga anak bermakna macam anak-anak tak ada kebebasan pergi padang bermain bermakna negara kita tak begitu selamat sekali. Takkanlah setiap masa ibubapa memerhati anak-anak. So apa yang kita rasa tu yang mustahak, statistik kita boleh buktikan begitu begini, tapi improvement yang sebenar tak ada.
Q : Mungkin Dato’ boleh terangkan salah satu ikrar untuk mempertingkatkan keselamatan di taman permainan.
Dato’ Husam : Tadi saya dah cakap apa tindakan constructive ke arah tersebut. Konsep Islam ialah kita menekankan pembinaan sahsiah seseorang manusia dengan ajaran agama tak kiralah agama Islam atau agama lain, kerana manusia dikawal oleh jiwa atau hati ataupun minda mereka. Pengisian minda, pengisian jiwa adalah melalui ajaran agama, ini yang telah hilang selama 50 tahun. Ini hasil immediate yang nampak pada masa akan datang akan berlaku lebih banyak lonjakan, kekejaman apabila manusia tidak diikat dengan ajaran-ajaran agama. Saya rasa, ramai-ramai kita kalau baca manifesto BN tak ada apa rasa, gembira ke, satisfaction ke, new hope ke, saya rasa lah personally, bila baca tu saya ingat macam biasa saja, ke ada rasa new spirit, tak ada tarikan, tak ada magnetic.
Q : Stress for aman..
Dato’ Husam : Pasal Malaysia dah tak selamat. Orang Malaysia dah tak selamat. Makmur pula, kroni-kroni memanglah makmur tapi rakyat yang ramai-ramai yang masalahnya…
Q : Tiap-tiap hari kita ada sidang media, banyak laporan media adakah pihak Pas berpuas hati dengan laporan itu?
Dato’ Husam : Kita tak harapkan laporan positif, saya dah cakap berkali-kali. Tapi ini adalah satu exercise yang boleh merapatkan persaudaraan, persahabatan di antara Pas dan rakan-rakan media. Kita kena bantu mereka mendapat gambaran yang betul. Walaupun mereka tak siarkan saya jangka dalam pilihanraya ini tak mungkin media akan bersifat positif pada mana-mana pembangkang tapi saya rasa kita kena teruskan juga sampai akhir walaupun media ambil sikit-sikit yang untung untuk dia saja. Harakah organ parti bukan organ kerajaan. Wartawan ok semua.
Q : Adakah laporan itu nampak berat sebelah.
Dato’ Husam : Tak tahu, boleh tengok sendiri. Saya pun kadang-kadang tak nak komen sangat, tak keluar pun tak apa lah. Sekarang exercise kita ialah menyemak daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR dan membandingkan dengan senarai pemilih yang dikeluarkan oleh SPR dua minggu sebelum penamaan calon. Buat masa ini kita mengesan perubahan-perubahan tertentu tapi saya takkan umumkan lagi sehingga saya ada semua data-data tersebut dan ini pada saya adalah fenomena sangat, bukan bimbang kita sebagai ahli Pas tapi bimbang negara kita diperkosa sedemikian rupa sehingga boleh menggoncang susunan sistem demokrasi yang kita amalkan selama ini. So ini kita akan release, so itu mustahak diadakan sidang.
Q :…
Dato’ Husam : Sekarang yang dapat laporan saya di Kelantan, pertama di dun yang bertarung sengit. Macam saya Dun Salor alhamdulillah tak ada sebarang perubahan senarai pengundi tersebut, saya sangat gembira.
Q :
Dato’ Husam : Welcome, welcome ..pasal kalau you nak rosakkan sistem kehakiman di mahkamah it’s not that easy. MARA boleh keluarkan surat atas perintah, saya pun dah dengar laporan tu ada orang tertentu perintah MARA keluarkan tapi sistem di mahkamah mengikut peguam-peguam kita it’s not easy to manipulate.
Q : Tapi mengikut calon kata perkara itu dah selesai.
Dato’ Husam : Saya tak nak masuk campur, tapi kalau selesai mahkamah dia keluarkan satu discharge notice dia bukan selesai dengan kita sendiri selesai. Kalau selesai sekalipun bermakna rekod sebelum ini ada masalah. So, TPM kata mana-mana calon yang ada masalah kewangan tak akan dicalonkan.
Q : ..
Dato’ Husam : Saya yakin takkan ada by-election that document is very genuine, no way for them to manipulate it.
Q : Dato’ terangkan semula program Pas Kelantan yang dilancarkan semalam
Dato’ Husam : Pertama ialah tentang perumahan. Saya ingat dalam sehari dua lagi kita beri program kita dengan lebih detail. Macam grand bazaar, so kita akan beri pada saudara saudari berapa kos, dan facilities etc. Kita akan umum dari hari ke hari.
Q : Intipati manifesto Pas.
Dato’ Husam : Intipati ialah meneruskan perubahan, menerajui perubahan dan mencapai keberkatan. Jadi intipati utama ialah meneruskan program keislaman yang telah kita laksanakan dan meluaskannya dalam bentuk program-program yang beri faedah pada rakyat di semua sudut termasuk perumahan. Contohnya Ladang Rakyat dibesarkan kumpulan sasar penerima, memberikan milik ladang FELCRA kepada rakyat yang pernah meneroka kawasan ini, perkara-perkara yang tangible yang nampak bukan perkara-perkara yang abstract dan perkara-perkara yang affordable untuk dilakukan oleh kerajaan negeri, mampu dilaksanakan, dan mampu diberi.
TRANSKRIP PC- DATO' HUSAM MUSA 25 / 02 / 08
Written by Irwan
Monday, 25 February 2008
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan doa oleh Dato’ Husam Musa)
Ni antara doa yang diajar oleh nabi saw untuk dibaca oleh orang Islam ketika mula turun daripada rumah masing-masing untuk bertugas ataupun melaksanakan apa-apa urusan yang bermaksud memohon pertolongan daripada Allah daripada menyesatkan orang lain dan daripada disesatkan daripada menganiayai orang lain ataupun dianiayai oleh sesiapa, ataupun daripada diperbodohkan oleh orang lain ataupun memeperbodohkan orang lain.
Ada empat perkara positif dan negatif yang kita berlindung dengan Allah SWT. Jadi kebelakangan ini nampaknya ada berbagai-bagai cara seakan-akan pihak-pihak yg lain menukar apa yg sebenarnya dikata terutama oleh para pembangkang.
Saya tidak berharap bahawa media utama menyiarkan berita pembangkang tetapi sekurang-kurangnya saya berharap sebagai rakan muslim media-media utama ini tidak memutar-belitkan kenyataan mana-mana pemimpin pembangkang. If you not given us a positive coverage then it is ok tapi kalau putar belit itu saya rasa bersalahan dengan etika agama kita. Saya mahu contohkan satu dua kenyataan saya sendiri yang telah dipusing.
Yang pertama berkenaan dengan kononnya saya mendoakan para pengundi Barisan Nasional yang ingin pulang dari perantauan ditimpa musibah. Ini adalah kenyataan yang tidak benar. Yang kedua ialah berkenaan kononnya apabila Negara bankrap kita serah balik pada Barisan Nasional saya ingat the spirit of the words yang saya ungkapkan itu telah dipetik out of context dan saudara-saudari orang Islam mestilah juga tahu bahawa apa-apa yang kita lakukan walaupun hanya satu zarah ya (petikan ayat Al-Quran), walaupun satu perkataan yang kita sengaja lakukan untuk menyusahkan orang lain dan tidak benar maka dicatit amalan kita oleh Rakib dan A’tib setengah tu disimpan dalam hard disc akan dibuka semula dalam bentuk video klip pada hari akhirat esok-esok.
Jadi saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk merayu media menjadi lebih professional. Pada hari ini saya bercadang untuk mengulas sedikit tentang kemenangan PAS di Dewan Undangan Negeri Kijang. Alhamdulillah kita bersyukur kerana kita telah secara tidak disangka-sangka dianugerahkan satu kerusi percuma di Dewan Undangan Negeri yang dahulunya saya wakili iaitu di DUN Kijang dan dengan sendirinya ini memberi satu perasaan sentimental pada saya, kerana Dun yang telah saya wakili selama 4 tahun telah mendapat seorang wakil rakyat tanpa perlu bertanding.
Ini dengan sendirinya seakan-akan hadiah pada saya sendiri, tetapi dalam konteks lain ialah saya ingin persoalkan cara UMNO/BN memilih calon mereka. Ini akan memberi kesan pada pengurusan negara atau negeri jika sekiranya calon seperti ini dipilih dalam pilihanraya oleh rakyat.
Saya percaya jika selection seperti ini berlaku, saya yakin lebih ramai lagi calon-calon BN khusus di Kelantan mempunyai masalah kewangan peribadi masing-masing. Jika sekiranya BN memerintah Kelantan dengan line-up seperti ini, saya sebagai rakyat Kelantan berasa bimbang bahawa khazanah negeri ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah kewangan, dan ini satu ancaman yang perlu dipandang serius oleh seluruh pengundi negeri Kelantan, yang lain terserah pada anda semua…sekian terima kasih.
Q :
Dato’ Husam : Setakat yang saya diberi faham oleh peguam-peguam yang mahir dalam urusan pengisytiharan harta bankrap, apabila seseorang itu diisytihar bankrap, mereka perlu membayar jumlah yang telah diperintah di mahkamah kemudian resit-resit diperolehi daripada mahkamah dan resit-resit ini akan dihantar kepada pemiutang-pemiutang. Satu salinan penyelesaian oleh bank-bank yang memberi hutang perlu dihantar kepada insolvensi (suruhanjaya) yang menguruskan orang muflis ini, dan suruhanjaya ini akan mengeluarkan nama-nama orang muflis ini daripada senarai mereka dimasukkan dalam versi internet iaitu website mereka. Sehingga Jumaat lepas, peguam kita telah buat semakan dan pemiutang dalam kes ini ialah MARA dan didapati tiada penyelesaian seperti yang didakwa. Saya tidak ingin pergi lebih lanjut kerana ini adalah satu isu yang agak bersifat peribadi. Apa yang saya nak rumuskan bahawa, jika calon-calon hadapi masalah kewangan dan mereka menang, maka sudah tentu mereka akan menggunakan kedudukan tersebut untuk faedah diri mereka sendiri. Saya ingat kalau salah seorang telah terpilih sebagai calon dan mempunyai latarbelakang seperti ini mungkin calon-calon yang lain juga telah terlepas tapisan dan mereka mempunyai masalah kewangan seperti telah disenaraihitamkan oleh bank-bank dan lain-lain.
Q :
Dato’ Husam : Saya ingat, ini bukan BN yang berikan, saya ingat ini telah diperolehi kerana masalah teknikal seperti yang saya sebutkan tadi. Mengikut peraturan ataupun peruntukan perlembagaan negara kita ada enam perkara yang secara automatik yang membatalkan pencalonan seseorang so nothing to do dengan (apa nama) belas kasihan BN. Pada masa yang sama saya ingat ini bukan satu perkara yang positif untuk mereka, pada hari pertama pertarungan, mereka telah kehilangan dua calon yang telah dicadangkan. Pada hari pusingan kedua pertarungan mereka telah kehilangan satu kerusi, sekarang kita bertarung atas 44 kerusi. Secara umum saya melihat bahawa, pemimpin BN negeri Kelantan sendiri tahu mood rakyat sekarang adalah bersama dengan Pas. Sebab itu saya ingat apa yang dilepaskan oleh Datuk Seri Annuar Musa ini ibarat sebuah perahu yang telahpun bocor dan dia sendiri tahu perahu ini tak dapat berjalan jauh, akan tenggelam. Dia sendiri telah melompat ke tebing bertanding sebagai calon Parlimen. Rakan-rakan dia naik perahu dia pula contest.
Q : Pasal rombongan tadi memang Dato’ tidak mendoakan?
Dato’ Husam : saya tak pernah mendoakan, saudara boleh lihat balik VCD ucapan saya di dua tempat saya hanya memberi ingatan kepada ibubapa kemungkinan seperti ini boleh berlaku di jalanraya, jalanraya Malaysia antara jalanraya yang tak selamat di dunia kerana kadar kemalangan yang tinggi. Jadi rombongan besar dalam keadaan mood yang begitu ghairah, saya difahamkan ada 500 buah bas akan bertolak serentak dengan keadaan begitu ghairah. Anything can happen.
Q :
Dato’ Husam : Possibility is there’s, so you can keep warn the people, is nothing wrong to warn the people, nanti dah berlaku nanti dah kata kenapa tak beri gambaran, nasihat.
Q :
Dato’ Husam : Saya harap rombongan ini tidak dalam keadaan yang tidak mematuhi keselamatan jalanraya, rombongan besar sangat, mood mereka dah jadi lain macam, difahamkan motor-motor pula yang akan iringi, beratus-ratus motor, this is quite dangerous. Perjalanan Kota Bharu-Kuala Lumpur jauh juga.
Q : Jadi ini tak ada kena mengena dengan…
Dato’ Husam : Saya tak mendoakan dia, doa tu tak betul. Kalau saya doa, saya kena kata Ya Allah tolonglah rombongan BN ini terbalik jatuh gaung, itu cara doa. Kita orang Islam biasa berdoa kan? saya memberi peringatan dan membayangkan itu biasa, pasal kemalangan itu sentiasa berlaku. Hari raya pun Perdana Menteri memberi ingatan, adakah PM mendoakan orang balik tu accident.
Q : Jadi pengundi Pas…
Dato’ Husam : Pengundi Pas kita tak ada rombongan besar macam ni, dia balik sendiri-sendiri kita doa supaya selamat, BN pun kita doa selamat. Tapi dah nature of the groups tu macam tu, tu boleh jadi apa-apa. Bayangkan 500 buah bas berjalan serentak, kereta lagi, motor lagi, bendera besar, banners penuh bas. Ini dah boleh panggil naik angin sikit. Khairy sibuk-sibuk nak buat pengumuman besar-besaran itu pasal apa? Malaysia ada 14 buah negeri, satu sahaja yang diperintah oleh Pas yang boleh menjadi cermin pada masyarakat. Biarlah Kelantan kekal dengan keunikannya sendiri, 13 buah negeri lagi tu UMNO control lah kalau awak dah selesa disana boleh selesai masalah semua sudah beres. Kelantan dalam setengah segi adalah semua lebih baik daripada negeri-negeri lain. Dari segi keselamatan kita adalah ranking ke-4 terendah dari segi jenayah, kos hidup tariff air kita yang ke-4 terendah, kemiskinan kita dah turun daripada ranking kedua kepada keenam. Jadi, jika you have RM1.2 bilion di Terengganu, tapi orang miskin Terengganu masih lagi nombor dua tertinggi, apa yang mustahaknya awak nak ambil Kelantan? Kalau nak cakap orang Melayu, disini orang Melayu ada kebebasan ekonomi mereka, ada pemilikan ekonomi, rumah-rumah kedai yang baru dibina, sebahagian besar dimiliki oleh orang Melayu yang mungkin tak ada di negeri lain macam Pulau Pinang, Johor.
Q : saya dah pusing satu Kelantan, bendera BN hanya dimainkan oleh media tak cerminkan akar umbi…
Dato’ Husam : Malam ini kita ada dua majlis besar, saya jemput anda semua. Satu di Dun Jelawat iaitu 125 orang hardcore/aktivis UMNO sertai Pas dan isytihar diri mereka masuk Pas. Kemudian kita buat pelancaran manifesto oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Machang. On the ground hari ini saya dah pusing dun saya bila secara rasmi saya jadi calon disitu, ada pemimpin tempatan UMNO yang berjumpa dan bersama dengan kita sama ada secara sembunyi atau secara terbuka, jadi di seluruh negeri Kelantan mood kebangkitan ini lebih kurang sama pada tahun 1999. Sesetengah tempat tak ada pos UMNO, bendera atau pergerakan malam yang menunjukkan pos itu hidup.
Q : Jadi usaha nak tawan Kelantan hanya heboh di media di Kuala Lumpur
Dato’ Husam : Saya tak boleh kata begitu, nanti dekat pilihanraya saya akan umumkan apakah langkah-langkah sulit yang telah diambil Khairy untuk menawan Kelantan. Saya mengikuti semua pergerakan sulit beliau. Tapi keselamatan kita, intelligent kita bergerak sepenuhnya. So 90 peratus ni ada dalam pengetahuan saya.
Q : Adakah langkah sulit itu melibatkan yang dibenarkan undang-undang
Dato’ Husam : Tak boleh umum sekarang, salah disisi undang-undang.
Q : Dr. Agus dari UKM kata dalam satu rancangan RTM kata yakin status qou Kelantan akan dipertahankan
Dato’ Husam : Terima kasih banyak (pada Agus). Kita boleh rasa mood itu, sambutan itu, kedai kopi baik, surau baik. Pengalaman, hari Sabtu baru ni isteri saya pergi ke Mulong, sepatutnya 3 petang itu ada perjumpaan ibubapa dengan PIBG dan kita ada buat program muslimat kita ingat tak ada orang di majlis bersama muslimat tu sebab semua ibubapa diminta hadir mesyuarat PIBG. Tapi ibubapa tinggal mesyuarat itu kerana ada seorang calon BN berucap dan mereka datang ke program muslimat, jadi penuh dalam surau tersebut dan ini berlaku di seluruh Kelantan dan bukan sahaja dalam Dun saya. Tetapi kali ini masalah pilihanraya kita ini bukan sahaja pilihan rakyat ia juga bersekali dengan dictation oleh pihak berkuasa. So inilah perkara yang kita kena perhati sekarang, mood rakyat kita yakin insyaallah mereka bersama kita kerana rakyat Kelantan selagi tidak ada satu isu besar, kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa kesalahan pada pandangan mereka yang tidak boleh dimaafkan, mereka tetap akan memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada tapi missionaries yang akan digunakan oleh pihak berkuasa itu yang sekarang kita perlu beri pengawasan.
Q : Ceramah yang tak boleh guna LCD
Dato’ Husam : Mula-mula ceramah tak boleh, lepas itu kita pasang LCD, LCD pula tak boleh. Pembangkang ni sentiasa kreatif, dan kita akan lebih kreatif lagi.
Q : Macam mana dengan chances sekarang, level, so macam mana Nampak chances Pas
Dato’ Husam : Biasanya, Pas Kelantan tak suka ulas chances kita, kita lebih suka ambil pendekatan merendah diri, kita buat kerja kita, kita tahu perkembangan itu, kita kawal keadaan tapi kita tak suka beritahu berapa percent, berapa percent, mana tempat kita boleh menang, kita tak suka, saya sendiri tak suka cara macam tu. Kalau tidak kita mudah leka, kita nak petugas kita sentiasa dalam keadaan moving forward.
Q : Would not be any competency…UMNO sentiasa boleh..
Dato’ Husam : Tak ada, tak ada, mana boleh. UMNO ni stamina kuat, nampak lemah tapi sekali dia bangkit berat kita, kita kena sentiasa careful dengan UMNO, jangan bagi dia bangkit, (kalau dia bangkit kita jentik hidung dia). So tak boleh bagi ruang, petugas kita dah arahkan jangan bagi ruang. Macam dulu saya dapat laporan 8 kerusi BN kritikal so kita sentiasa kena alert.
Q : Semasa merasmikan jambatan keretapi Pasir Mas, kalau tak silap saya…
Dato’ Husam : Saya tak mungkin kata macam tu. Mungkin saya kata kalau kita tak buat. Sekarang kita buat, you boleh pergi tengok sendiri, buat your own homework dulu. Tak ada masalah.
Q : Saya nak tanya kenapa baru tahun ini, kenapa tak dalam tahun pertama
Dato’ Husam : Election Pengkalan Pasir, tak sampai dua tahun lagi kan. Kalau awak pergi ke Segamat atau Kluang sampai sekarang pun tak ada jejambat atau jejantas, saya pernah pergi ceramah di sana ada satu kemalangan ada satu kereta dilanggar keretapi meninggal the hole family (Cina) kerana tak ada pagar pun, kenapa tak bising kat sana, 50 tahun UMNO tak buat, dok bising yang kita baru 18 tahun, kita dah nak buat, yang 50 tahun tu tak ada siapa kisah, its not fair. Banyak lagi yang tak ada jejambat.
Q : Dari segi ancaman Khairy pada Kelantan, macam mana kepada Pas, Dato’ nampak
Dato’ Husam : Dia berkuasa sebab itu digelar kerajaan tiga beranak. Dari segi authority, saya ingat dia tak ada authority. Dari segi naturality dia tak berapa faham nature politik Kelantan. Jadi walaupun dia merancang begitu hebat dia sendiri rasa terancam. Jadi hari ini dia cerita dia nak jadi budak nakal untuk merosakkan pembangkang. Yang rosak sekarang ialah kredibiliti bapa mentua dia sendiri. Saya banyak terima banyak emel dari orang UMNO yang lahirkan rasa bimbang mereka terhadap trend dalam UMNO, yang paling terjejas ialah group TPM, hingga ramai sms saya bahawa Najib diambang maut dengan senarai calon yang dipilih oleh Pak Lah baru-baru ini bahawa beberapa pemimpin veteran dikekalkan semula macam Aziz Shamsuddin, Tengku Adnan, Shahidan hidup balik. Power struggle dalam UMNO begitu kuat, dan power struggle ini telah digiatkan dicetuskan oleh peranan Khairy dan ini saya rasa boleh timbulkan internal problem yang besar pada UMNO. Ini hakikat yang berlaku dalam UMNO sekarang power struggle, Khairy pada pendapat saya an asset to Pak Lah is also at the same time liability to Pak Lah. Saya beritahu bahawa, Tun Mahathir tak minta anak dia bertanding, Tok Guru pun tak minta anak dia bertanding masa dia jadi Menteri Besar. Tapi Pak Lah telah pecah tradisi ini membenarkan menantu dia bertanding sedangkan percakapan dalam UMNO sangat kencang bahawa UMNO didominasi satu group yang gunakan kedudukan Pak Lah sebagai PM. Saya yakin ada satu bentuk undi protes di seluruh negara untuk menyekat agenda ini. Khairy ni dia hebat, tapi saya dah berapa kali minta berdebat. Sepatutnya Naib Presiden Pas tak boleh ajak budak kecil berdebat tetapi untuk membuktikan bahawa ada tindakan PM dan Khairy yang telah rosakkan negara dan menyebabkan kita tergelincir dari landasan yang baik. Ini membawa negara pada satu masa depan yang sangat samar. Jadi saya merelakan diri saya (turun pangkat) sikit untuk berdebat. Kalau dia sibuk saya akan luang masa satu hari.
Q : So apa isu yang akan diperdebatkan
Dato’ Husam : Banyak isu yang akan diperdebatkan.
Q :
Dato’ Husam : Kalau saudari boleh ikut saya berkempen di salor, bekas Adun Salor Buni Amin. Pagi tadi ada bersama saya sembahyang subuh, kedai kopi, ziarah rumah. Semalam pun hari penamaan calon pun dia ada. Begitu juga di Kadok, Temangan.
Q : Datuk Ibrahim Ali, dia bagi komen he is ready to criticize
Dato’ Husam : Mula-mula macam tu tapi bila dah biasa dia akan masuk Pas. Kita buka ahli kita kritik kita sendiri. Mana-mana parti yan tak boleh dikritik akan rosak. Kita kena berpesan-pesan dengan kebaikan dan kebenaran dan kesabaran. Itu konsep yang diberikan oleh Islam, dan sebab itu Islam menggunakan nasihat dan dialog hatta dengan Malaikat a.s sendiri, Malaikat timbulkan persoalan kenapa diciptakan Adam. Tapi Allah tak terus marah Malaikat, tapi Allah beritahu secara rasional kenapa Adam diciptakan. Masalah kita sekarang ni ditutup pintu-pintu dialog, ditutup pintu-pintu kritikan, dan pembangkang telah dilanyak dalam media. Ini saya rasa tak eloklah.
Sesi Soal Jawab Bersama Wartawan
Q: (tidak jelas)
Dato’ Husam: InsyaAllah lebih-lebih lagi di Bachok Awang Adek dianggap tidak memenuhi janji-janji beliau pada pilihanraya 2004 compare to Mustafa yang bawak macam-macam di Jeli ya. MARA lah,perpustakaan awamlah.Macam-macam lah. Dia nampak delivered. Dan Mustafa juga ada macam imej agama. Dia develop by that time. Dia sembahyang subuh sekali dengan orang kampung,dia pakai kain pelikat,pakai baju Melayu. Jadi, mungkin saya tak perasan tapi Awang Adek tidak ada imej tersebut jadi dia agak janggal ataupun agak asing dengan pilihan orang Kelantan.
Q: Di Kelantan imej seorang pendidik tu..
Dato’ Husam: Di Kelantan dia nak yang macam dia la. Pagi-pagi pergi sembahyang subuh terbuka dengan orang ramai tak banyak sangat duduk Kuala Lumpur, duduk sini ada imej agama,komitmen Islam tinggi lepastu perform. Jadi overall kalau banding dengan Tok Guru saya ingat rating Tok Guru I think better approval la compare dengan Awang Adek. Analisis ya bukan perasaan.
Q: Minta maaf ya Dato’ bertanya,Kenapa harus, ok betul la Awang Adek akan dibayangkan sebagai calon MB untuk Kelantan,kenapa harus di compare Awang Adek dengan Tok Guru?
Dato’ Husam: Saya ingat pemikiran orang ramai mesti pasal Anuar Musa isytihar dia calon Menteri Besar so, instantly come to everybody’s mind comparison tu. Pasal Tok Guru still MB kan.
Q: Adakah kekuatan PAS ada pada Tok Guru?
Dato’ Husam: Sebahagian ada pada Tok Guru kekuatan PAS.personaliti dia yang diterima oleh semua pihak dan dia berjaya ya dia tidak gagal dia seorang pemimpin yang berjaya mengetuai sebuah kerajaan yang berjaya. Jadi bila orang nak datang ambik mestilah orang tu kena ada imej yang lebih kuat.
Q: Maknanya faktor individu tu ada kekuatan…
Dato’ Husam: Barulah dari segi kelayakan tu orang rasa dia layak. Takkan nak bagi pada orang yang lebih rendah dia punya…
Q: Adakah ini jadi satu modal politik untuk PAS?
Dato’ Husam: Orang Kelantan bandingkan lagi kalau PAS tak keluar isu ni they can take it themselves. Saya pun yakin Dato’ Awang Adek tak, dia sendiri yakin,saya rasa dalam hati kecik dia tak akan berjaya dalam misi tersebut. Sebab tu dia contest dua,kalau BN betul-betul confident satu sahaja dah cukup. Takkan la awak bertanding dua bermakna awak sedang beli satu tiket untuk selamat. Kalau tertinggal bas ni boleh naik kapal terbang.Insurans. kalau dah yakin beli tiket bas boleh sampai,tiket bas je. Pasal apa nak kena dua bertanding? Lepas tu just imagine kalau dia menang dua-dua dia jadi menteri besar, jadi ahli Parlimen.
Q: Tapi benda ni tak amalan politik
Dato’ Husam: Kalau dia kalah dua-dua Alhamdulillah tak berlaku la.(ketawa)
Q: Tak,amalan politik di Malaysia pun memang berlaku dari zaamn dulu lagi
Dato’ Husam: Dari segi possibility to win,dia akan jadi lebih rendah bila dia contest dua-dua.
Q: Taib Mahmud menang tu Dato’?
Dato’ Husam: Taib Mahmud orang Sarawak dia
Q: Tapi dulu Tuan Guru Haji Hadi tanding dua-dua jugak.
Dato’ Husam: Tapi Kelantan ni saya rasa kalau nak jadi Menteri Besar satu pun cukup la.
Q: Di Kelantan la Dato’ ye.
Dato’ Husam: Kalau dah yakin kan?Dari segi politiknya bila Dato’ Awang Adek mungkin kalah, Anuar Musa tanding di kerusi yang lebih selamat kerana ada tentera jadi kuota jadi menteri pusat tu lebih cerah. Ini pun satu isu yang dianalisa oleh orang ramai.
Q: Dato’, calon PKR ni ok tak di Kelantan ni kerana ada orang tengok calon PKR tak bakal membantu PAS pun Dato’? Analisa saya la Dato’. Minta maaf la.
Dato’ Husam: Buat la analisa dulu pastu nanti kita jawab la.(ketawa)
Q: Masa di Kuala Balah, kenapa calon PAS dan PKR dua-dua datang?
Dato’ Husam: Dia dah tarik diri kan? Calon Kuala Balah, calon PAS dah tarik diri.
Q: Tapi, why dia datang juga?
Dato’ Husam: Dia ada masalah teknikal sikit masa tu. Siapa yang lebih yang patut bertanding atas tiket KeAdilan. Saudara Rashid Jais juga diberi tawaran bertanding atas tiket KeAdilan. Kemudian pada saat-saat akhir baru ditentukan apa nama tu,nama calon KeAdilan di Kuala Balah dia dapat watikah saat-saat akhir jadi calon Pas ni dia pergi ke pusat penamaan calon ni untuk memastikan kerusi tu tak dimenangi tak bertanding. Kalau esok nanti, calon KeAdilan tak datang, jadi menang tak bertanding is so bad to us. So, saja untuk menyelamatkan keadaan. Sebab tu dia tarik balik pencalonan dia. Terima Kasih.
meluat betul aku dengar sidang akhbar husam, nak cakap omputeh cakap la omputeh sepenuh, nak cakap melayu cakap la melayu sepenuh. apa main campur2 ni? orang tanya melayu jawab la melayu, orang tanya omputeh jawab la omputeh. omputeh tu biar la standard, jangan omputeh yang boleh digelak orang. nasib la pas, dapat pemimpin tak reti jaga kedaulatan bahasa melayu. kalau campur dengan arab boleh tahan, ni campur dengan omputeh??
SEBAB APA PENJELASAN DATO HUSAM DENGAN PENJELASAN TAKI MENGENAI ISU RIBUT CALON PAS DI JELI DAN KUALA BALAH JAUH BERBEZA? KASIHAN SAMA MAT RASID JAIS... TAK PATUT BETUL DIA DIANIAYA BEGITU... NIK AZIZ UMUM DI STADIUM MAT RASID JAIS CALON PAS PARLIMEN JELI, APASAL DITUKAR PADA APANDI??
Askm...
Kami mau tau...
Atas dasar dan kapasiti apa Datuk Husam buat press conference kepada media hari-hari???
Datuk Husam jelas bukan Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan!!!
Datuk Husam jelas bukan Pesuruhjaya PAS Kelantan!!!
Sebagai Naib Presiden PAS??? Bukan Setiausaha Agung PAS ada??? Presiden PAS pun tak buat???
Sebagai bakal MB??? Bila diputus dia bakal MB??? Jika diputus mengapa tak diumum???
Buat pula di bangunan yang dipertikai pembeliannya dari dana yang tak betul (asal untuk dijadi pejabat Mingguan Wasilah)???
Tolong jawab, Datuk Husam???
Nak muntah dengan gelagat Husam. Kalau dah makan budu tu akan bau budulah juga, Husam!!!
((Lepas tu just imagine kalau dia menang dua-dua dia jadi menteri besar, jadi ahli Parlimen))
HUSAM, SEBAB APA LU JADI BAHLOL, BANGANG DAN BINGAI SANGAT. TAK USAH CAKAP PASAL TAIB MAHMUD LA, TOK GURU HAJI HADI 1999 DULU BUKAN JADI MB DAN MP MASA SAMA???
If you not given us a positive coverage then it is ok
HA HA HA
Possibility is there’s, so you can keep warn the people, is nothing wrong to warn the people
HA HA HA
ni dia hebat, tapi saya dah berapa kali minta berdebat. Sepatutnya Naib Presiden Pas tak boleh ajak budak kecil berdebat tetapi untuk membuktikan bahawa ada tindakan PM dan Khairy yang telah rosakkan negara dan menyebabkan kita tergelincir dari landasan yang baik. Ini membawa negara pada satu masa depan yang sangat samar. Jadi saya merelakan diri saya (turun pangkat) sikit untuk berdebat.
APA RIAK SANGAT SI HUSAM NI? AWAK TU DAH TERLEBIH BESAR SANGATKAH?
Q : You said that the state have more money, more budget, so how much more…
Dato’ Husam : Recently tahun ini kita meningkat drastic RM24juta, just this is alone from one item our plantation which we took over from FELCRA. RM24milion immediately instantly, and that money we use for housing project.
KAH KAH KAH!
Doktor pun marah kalau makan panadol banyak sangat.
Bercakap dari pengalamankah, Sam?
Dato’ Husam : Saya tak boleh kata begitu, nanti dekat pilihanraya saya akan umumkan apakah langkah-langkah sulit yang telah diambil Khairy untuk menawan Kelantan. Saya mengikuti semua pergerakan sulit beliau.
LANGKAH SULIT MANA PULAK NI??? NAK DAKWA MU DI MAHKAMAH DAN SUMBAT MU DALAM GOK TU ADA LA AKU DENGAR!!
Orang2 kampung sekitar Melor duk buka cerita calon PAS DUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh kaya meniaga tanah dll secara tak betul sampai duit simpanan ada RM8 juta. Lagi, dia kutip ambik tanah kerajaan di Gua Musang bubuh nama adik-beradik dan sedara-mara. Bini pulak ada 3, no 1 pensyarah ITM, no 2 wanita dari negara Cina (dia niaga barang dari Cina juga), no 3 baru kahwin beberapa bulan ni staf CIMB Kota Bharu dengan mas kahwin RM40,000, jam Rolex RM25,000 lagi. Tolong siasat betul atau fitnah cerita ini, ambo nak tau.
DATO' HUSAM MUSA.....
BAGAI MENATANG.......
MINYAK YANG PENUH.....
"Anonymous said...
Pado sapo hok nok tau, ni la penyakit autistic hok anok awe adek keno tu. Punco dio, faktor bako awe adek pun ada, faktor sekitar pun ado."
--------------
Nampaknya seorang ni cuba nak mainkan isu ni semenjak bbrp hari lepas. So what..... Kalau betul apa yg Sdr kata, itu adalah takdir Allah swt. Tak perlulah guna isu sebegini utk bunuh karakter orang. Kalau terkena kat anak cucu Sdr, nak tulis kat sini jugak ke? Cukuplah tu.
Anonymous said...
tak hairan, ambo dah jangka wak hamad ni memang ore pas yang berjiwa umno. Ambo tok kisah ore umno yang berjiwa pas, kerana baik untuk kerajaan islam. Ramai contoh ore umno yang berjiwa pas pada tahun 1990 dulu, fikrah mereka kekal bersama pas sehingga kini kerana dah tahu sangat apa itu pas, apa itu umno? Tetapi sebaliknya bagi ore yang tahap fanatik melampau kepada parti dan kerajaan pas contohnya Meli, Wak Hamad, Omar Khalid akhirnya betul2 benci yang berpanjangan kepada apa yang pas lakukan sekarang. Pasal manifesto pas tu, mintak tolong baca dan cari kat internet, pergi dengar ceramah pas berkenaan dengan penerangannya. Jangan sekadar suka membaca harakah kerana apa yang harakah sampaikan ada sebagai media propaganda, dan menjawab balik tohmahan jahat daripada media perdana yang dikatakan beretika bagi wakhamad itu. Wak hamad bijak memainkan propaganda untuk umno dari awal2 lagi dengan mendakwa pejuang islam tulen pas, peliknya apa yang berita harakah dan media perdana lapor pun tak reti beza mana yang xbetulnya. Adalah baiknya anda sendiri memanggil media dan umum keluar parti pas seperti ore umno gunung buat tu, lagi lebih 'gentlement'
kalau demo nak tahu gak....
wak hamad ni ado 2 keahlian dlm pas ngan umno, kawe bunyi koba kata dia x pernah daftar mano2 parti dan dia x pernah tandatangan jd ahli parti2 tersebut.
dulu dia pernah kijo ngan kerajaan pas kelate tp x tau bakpo dia kena turung pangkat, tu dia tahu sikit hal dalaman kerajaan pas tu, dia tambah sikit2 muga dia ni sakit hati ntah begapo dia x puah hati x tahu la kawe...
lorni bini dia jd penghulu tanpa mukim, lepah ni gak duk dumah jah bini dia kalau pas kalah gak, muga firasat dia kata pas kalah Pru12 ni, buleh la buat anok sokmo biar ramai, tupun kalu ado ges lg. :)
Membaca saranan Wak Hamad kepada saya agar aktif dulu dalam PAS baru tahu sepak terajang memberi maksud kepada saya bahawa Wak Hamad merupakan orang yang kecewa dalam parti.
Kecewa mungkin apa yang diharapkan tak dapat. Atau mungkin ditikam dari belakang atau apa-apa sahaja lah.
Maka atas rasa kecewa ditambah pula dengan prinsip perjuangan yang longgar serta tiada keikhlasan dalam perjuangan atas nama Islam, maka wujudlah Wak Hamad hari ini...seorang yang mendakwa ahli PAS yeng berjiwa UMNO. Kalau benar andaian saya ini maka, tidak mustahil sekiranya Wak Hamad kecewa pula dalam UMNO Wak Hamad akan kembali menjadi Ahli PAS yang BEKAS berjiwa UMNO.
Wak Hamad, saya pula berlainan sedikit dengan Wak. Saya orang tanpa Parti berjiwa PAS. Atau boleh dikatakan AKTIVIS PAS tanpa parti. Kenapa saya tidak menjadi ahli PAS? Apakah saya tidak yakin dengan PAS? Begini, saya impikan sebuah negara yang menjadikan ISLAM sebagai perlembagaannya. Untuk meletakkan ISLAM pada tempatnya mesti ada KUASA politik. Dalam keadaan sekarang hanya PAS satu-satunya yang berjuang ke arah itu. Mungkin pada masa hadapan ada parti lain yang juga mempunyai hasrat yang sama. Jadi saya juga akan bersama parti itu juga dengan membawa agenda ISLAM. Sebb itu saya lebih suka berada diluar Parti. Ada setengah org masuk PArti bukan kerana ISLAM tapi ada agenda sendiri, bila tak dapat.. dia kecewa lepas tu burukkan Parti.
Memang la asal saja nama parti politik ada lah buah silat dia. Termasuklah dalam PAS. Ada yang wangi ada yang busuk. Sebab kita ni manusia yg tak dijamin maksum. Tapi janganlah jadikan iu sebagai alasan membenci perjuangan.
Saya nak beritahu Wak hamad kalau Wak Hamad belum tahu lah. Wah Hamad benci PAS pasal politk busuk org2 tertentu dalam PAS. Maka Wak menyokong UMNO. Wak tahu tak busuk politik UMNO lebih dahsyat lagi. Wak pernah dengar kisah Mokhtar Hashim? Berbunuhan pasal politik. Anwar Ibrahim.... satu dunia terhidu bau busuk politik dalaman UMNO.
Jadi di mana rasionalnya pertimbangan Wak Hamad dan rakan2 sekutu? Semaklah diri dulu apakah benar ada secebis rasa sayang pada ISLAM yang masih tersisa?
Saya tidak mahu buat andaian terhadap Wak sebab saya tidak kenal Wak. Cuma itulah apa yang saya faham kalau kita nak tukar kereta yang rosak jangan dengan spare part yang lebih rosak. Lebih baik kita baiki kereta yang rosak itu.
FADZLI
Tajunm menulis.
Membaca Sinar Harian 26 Februari, kelmarin, berdasarkan temuramah dengan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, menggerakkan hati ini untuk terus menulis, tetapi tak berkesempatan. Alhamdulillah, malam ini ada sedikit masa.
Menurut Mufti Kerajaan Perlis ini, ".....adalah jelas pengundian mempunyai nilai yang besar dalam agama ini". Dan lagi, "Sesiapa yang tahu bahawa undiannya atau pemilihan terhadap calon tertentu itu boleh membawa kerosakan atau keburukan kepada negara dan umat tetapi dia tetap lakukan atas kepentingan diri, atau suka-suka maka dia berdosa. Sebaliknya jika dia memilih calon yang berkelayakan maka dia menunaikan arahan Allah tadi, ini bererti dia mendapat pahala".
Suatu masa dahulu, dan saya yakin sekarang ini pun, orang UMNO cukup marah jika PAS kaitkan mengundi dengan syurga dan neraka. Agaknya apa pula pandangan UMNO dengan pandangan mufti mereka ini.
adakah mufti yang salah, atau pegangan mereka selama ini yang tidak betul.Kalau mufti salah, bermakna Kerajaan Perlis telah melantik orang tidak berkelayakan sebagai mufti. Tetapi takkan Kerajaan Perlis tak reti nak lantik orang. Takkan orang UMNO betul dan Kerajaan Perlis yang salah. Takkan tak tengok sijil dia besar mana sebelun dilantik sebagai mufti. Jadi sahlah pegangan dan pandangan orang UMNO selama ini, sejak sekian lama yang tak betul.
Kenapa UMNO marah sangat bila PAS kata politik itu adalah Islam? Politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Sebaliknya mereka berkeras bahawa Islam dan politik tidak boleh disatukan. Alasannya, politik itu kotor, sedangkan Islam itu suci. Sekarang siapa yang dah terantuk?
Dengan kenyataan Tn. Mufti ini, adakah pandangan orang UMNO akan berubah. Atau akan ada alasan lain supaya terselamat daripada persoalan syurga dan neraka?
Kenyataan Tn. Mufti di atas jelas menyatakan bahawa berdosa jika memilih calon yang membawa kerosakan atau keburukan kepada negara.
Nak tanya jugalah kepada para pengundi seluruh negara, dan di Kelantan khususnya; antara PAS dan BN parti yang mana lebih banyak membawa kerosakan. PAS telah memerentah Kelantan selama 18 tahun, tetapi sebelum tu BN lah yang memerentah. Cuba ingat balik, berapa banyak hutang yang telah ditinggalkan oleh BN, tetapi sedikit demi sedikit berjaya dikurangkan oleh PAS. Cuba ingat balik, semasa BN memerentah dulu, ada ke tak, judi dan kedai nombor ekor di Kelantan. Masih ada tak benda tu setelah kerajaan PAS ambil alih. Masih ingat tak, banyak dokumen kerajaan yang didapati hilang daripada pejabat-pejabat kerajaan sebaik sahaja BN tau mereka gagal memerentah. Pengalaman ini menyebabkan PAS Terengganu terpaksa berjaga di pejabat-pejabat kerajaan supaya peristiwa yang sama tidak berlaku di sana. Ingat lagi dak? Parti mana yang membawa lebih banyak kerosakan atau keburukan? Dalam keadaan pemilikan kuasa yang terhad, tidakkah PAS telah berjaya membuat lebih banyak makruf?
Dr. Asri juga menyatakan bahawa adalah berdosa jika kita mengundi kerana kepentingan diri sendiri. Dengan kata lain, kerana duit, pangkat, kontrak, anak beranak dan apa-apa tujuan untuk kepentingan kita. Ini juga bermaksud, undi kita mestilah untuk kepentingan umum, kepentingan ummah. Barulah dapat pahala.
Persoalannya, kita tahu ke tak undi kita tu merosakkan negara dan ummat. Kita pangkah si anu tu sebab kita suka dia, bukan nak suruh dia rosakkan negara. Mungkin adalah yang gatal mulut nak jawab macam tu. Nampak bodohpun kena jawab jugalah.
Dengan undi kita menanglah si anu tu. Di dewan, macam-macam cadangan dibentangkan. Ada yang baik dan menurut kehendak agama. Dapat pahalalah kita sebab undi dia, sebab dia angkat tangan bersetuju apabila speaker nak kira, walaupun dia tak masukpun semasa perbahasan dijalankan. Itukan yang biasa kita nampak dalam TV. Masa berbahas, lengang sahaja. Masa nak ngundi tu barulah nampak penuh.
Resmi wakil-wakil BN/UMNO memang macam tu. Kalau ketuanya buat apa-apa usul, tak berani nak komen-komen lagi, apa lagi nak kata tak boleh.
Jadi semasa ngundi, wakil rakyat yang kita sokong tadi pun angkat tangan bersetuju, walaupun dia sendiri tau ada kesan yang tak baik disebaliknya. Dapat pahala jugakah kita? Jangan anggap kita memangkah calon itu tidak ada nilai disisi Allah. Mufti Kerajaan BN/UMNO Perlis kata ".....mempunyai nilai yang besar dalam agama ini".
Dah tu, sesuatu dasar yang kerajaan buat ditentukan oleh parti atau calon?
Dah tentulah oleh calonkan, sebab calon/wakil kita yang angkat tangan bersetuju dengan cadangan rakan-rakan parti kita dan menolak cadangan oleh wakil pembangkang.
Dalam dewan, kita ada lebih daripada 2/3 majoriti. apa nak kesah? Angkat tangan aje, menang! Angkat tangan aje, cadangan pembangkan tertolak!
Eh! Kalau macam tu, betul ke dasar kerajaan di tentukan oleh calon?
Takkan sorang calon kita yang angkat tangan boleh menang. Nak menang mestilah calon kita dan calon-calon daripada parti kita kena angkat tangan. Calon-calon parti lawan jarang sekali nak bersetuju dengan cadangan parti kita, apatah lagi jika cadangan itu kelihatannya memihak kepada parti kita dan menekan parti mereka.
Calon kita mesti/wajib bersetuju dengan apa-apa cadangan yang dibawa oleh parti kita, dan akan menolak cadangan daripada parti lawan, walaupun cadangan parti lawan itu amat baik untuk kepentingan negara dan ummah.Ya, betul tu, wakil kita mesti bersetuju dengan cadangan parti kita walaupun bercanggah dengan agama. Alasannya, untuk perpaduan kaum, atau masyarakat majmuk, atau ekonomi global atau lain-lain.
Kalau calon kita berani sangat nak menyokong cadangan parti lawan dan membantah bos parti, boleh menang ke cadangan itu jika dia sahaja dari parti kerajaan yang sokong cadangan parti lawan? Tak ke wakil kita akan terfikir mungkin akan digugur dalam pilihanraya akan datang jika berani-berani sokong cadangan parti lawan?
Apa atau siapa yang nampaknya lebih 'power' disini. parti ke calon?
Siapa/apa yang lebih penting? Calon ke parti? Nak ngundi ikut calon atau ikut parti?
Mengikut nasihat Mufti Kerajaan BN/UMNO Perlis tu, "undilah berdasarkan calon, bukannya parti".
Jadi, betul ke nasihat mufti ni?
Bukan saya yang lantik dia!
Jumpa lagi...
Post a Comment